Sunday, December 26, 2010

oh best lah korang ye enjoy enjoy gitu

bismillah.

emm, malam ni malam yang memenatkan, setelah seharian terkejar ke sana sini menyetelkan segala benda yang perlu disetelkan untuk pendaftaran esok. sampai ke saat ni, yelah saat ni, i mean it, saat aku tengah naip ni, aku masih tak dapat nak percaya 100% yang aku diberi peluang oleh Allah, untuk dapat offer belajar kat tempat tu.

dan yang paling mengharukan, aku rasa sedih, rasa sedih nak tinggalkan kedua orang tua aku. kenapa aku cakap haru? sebabnya aku ni bukan pesen anak yang dipampered lalu menjadi anak yang spoilt. aku pesen yang ok je, travel jauh2, kedua orang tua jua pesen yang, haa pergilah bawak diri, jadilah anak yang independent. haha. tapi tu lah, kali ni aku sedih. rasa nak nangis pun ada(or dah nangis dah pun, to be exact. ohh x macho nya)

sebenarnya, kkb tu bukanlah sejauh sabah. dekat je. naik ktm pun sampai u. tapi yang pasti, kkb tidaklah sedekat smakl. yang parents kesayangan boleh datang lawat anak perempuan terbaiknya (eiceh ini pengiktirafan sendiri namanya) setiap minggu siap hantar baju lagi haha ok shuuushh. dan pastinya sedih aku ni, bukan sebab sedih tak dapat eksport baju (ok people u have to really understand this, selama 5 tahun kat smkakl aku taknak pon ok untuk eksport baju, tapi parents yang insisted sangat3 soh hantar baju balik noktah) tapi sedihnya aku sebab aku dah pasang niat awal2 untuk tolong mak aku sepanjang lepas spm ni.

tipulah kalau aku cakap aku taknak masuk dq. tu impian aku since aku form 2 beb. since aku mengenal apa mendenya dq tu, dari saat tu lah aku nak masuk tahu. nak dijadikan lagi haru, boleh kata dalam kebanyakan sujud terakhir ni mesti berbisik, ya Allah rezkikanlah aku dq sob3. sampai form 4, rasa nak ke dq tu mula hilang. haha. rasa takde feel dah nak masuk dq. apa sebabnya, adalah sebab2 tertentu yang hanya aku dan Allah yang tahu. dan masa form 5 pun, masa hantar borang dq, memang niat dalam hati, ya Allah aku nak rasa sangat pengalaman diinterview ni ya Allah. hmm. sebab memang tak jangka dapatlah aku dah plan 1001 benda ar nak buat lepas spm ni. dan agenda yang paling besar, nak accompany mak aku lah, since adik bongsu tahun depan dah form 1, dah masuk smap labu, mau taknya sunyi mak ayah aku. siapa lagi nak teman mak aku gi kelas ngaji ke tolong masak ke sapu laman ke teman mak aku makan kek kat secret recipe ke. hmm.

but Allah has better plans for me. Allah tahu sangat yang cik saff ni tak mampu nak bertahan lagi 5,6 bulan dok rumah yang gile selesa u. dihantarnya ke zon selesa jugak yelah dq kan, tapi tempat best untuk mentarbiyah diri. kasi kuat sikit dalaman tu. kasi tak asik nak futur. kasi iman tu menyala nyala bukan asik suram cam mentol dahnak mati. dan, takde sape pon dalam family aku tau dq tu amendelah. including mak aku. tapi aku syak ni angkara kawan2 masjid negara mak aku yang agak solehah2 kesemuanya, dorang gi doktrin mak aku pasal ke-best-an dq. so, sejak lepas trial haritu mak aku lak semangat2 soh apply bagai. aku pon naik pelik mana mak aku tau. dan bila aku dapat offer ni, aku ingat mak aku cam takde feeling je. tak disangka sangka, mak aku happy sangat. i mean it, sangat3. semangat je melayan aku nak beli barang sumer carik jubah segala :') dan walaupun ayah aku pada awalnya tak berapa nak setuju dengan program tahfiz dq ni, mak aku lah dok pujuk sang ayah, sampai diberinya green light.

dan satu benda yang aku sangat pasti, aku dapat offer ni pun berkat doa doa doa orang sekeliling. serious, aku memang dapat rasakan ada antara kawan kawan aku yang doakan aku dapat dq. u know who u are. tapi, entah, im quite confident memang, ada insan tu, yang mendoakan aku. huhu. and gurauan2 kawan2 pun menjadi doa. dan yang menjadi ketakutan aku sekarang, apakah aku benar benar mampu nak carry the whole quran in less than 17 months. dengan hati yang, errr, kotor sangat ni. mana mungkin ayat Allah mampu melekat :"( maka doakanlah ye people.

so, aku mohon doa doa doa kalian, sesiapalah, yang tersinggah blog ni, wardah azimah fasyark teha amal sesiapa je lah, agar tolong, doakan kitorang yang dapat dq ni, agar dibersihkan hati sebersih2nya, agar diluruskan niat untuk menghafaz kalam Allah untuk lebih dekat denganNya dan bercita cita untuk melihat wajahNya, dan yang paling penting sekali, diberi kekuatan untuk mengexpresskan isi kandungan al quran itu dalam bentuk amal (warghhhhhhh) . moga moga, alquran itu benar benar menjadi hujjah bagi kita, bukan hujjah ke atas kita, nauzubillah.

bakal berangkat esok pagi. hp akan dirampas selama seminggu sepanjang minggu haluan siswa. so takyah hantar mesej rindu rinduan haha ok sungguh perasan bukan.

waAllahua'alam.

Thursday, December 23, 2010

thanks for the memories

bismillah walhamdulillah.

dalam mode gelak-sebak. gelak2 sambil usha balik gambar2 kenangan dengan kawan2 yang ada yang tah pahape, yang candid gile, yang berlakon thiqoh dan sebagainya. sebak sebab rasa sedih. haha memanglah sedih takkan girang gumbira kot. sedih, bila masanya lagi nak jumpa cukup 137 orang. reunion lagi 10 tahun nanti pun tak kompemlah 137/137 ada. mungkin kurang, kot2 ada yang mati muda(mati bila bila je weih serious nih) or mungkin lebih, ada yang bawak suami or anak (pehh). hm, begitulah.

aku kan, dah laaaama sangat nak attend lah pengisian ISK. buat yang tatau ISK tu natang apa, ISK tu ini sejarah kita. cam nama modul la (kot). emm, tau pasal isk ni pun lepas berjalan2 kat blog sisters. teringin sangat nak attend. kalau bahasa bebudak sekarang, nak sangat wokk.

cemane tah, Allah gerakkan hati abi(baca:pengetua) kitorang untuk kasi buat lah program untuk fivers yang baru habis spm ni. kasi program sikit sebelum benar2 mengakhirkan zaman sekolah. aku pun, on je la. dah segala abi tanggung, makan accomodation segala. tak bayar single cent pun weih. baik tak baik pengetua aku. no wonder lah rezeki beliau muraaaah je. :) . nak dijadikan program, pergilah kami ber35 orang ke sebuah tamrin yang dikenali sebagai kursus kepimpinan(kononnya) dan sampaikan ke tapak program tuh, masih taktau lagi pengisiannya ialah modul ISK.

so bertolak2 dari sekolah, aku kira banyaklah kot aktiviti outdoor sebagaimana kem2 tipikal yang lain. lalu aku tersebarkan dakyah kat berapa ramai tah untuk bawak seberapa banyak baju sokan, baju kurung or jubah sehelai cukup! ye, begitu konfiden nor saffana ni pada masa itu. membayangkan, kem di hutan, dok dalam khemah, kurang kurang pon bilik cam dorm yg katil double decker yang tak banyak kipas dan banyak nyamuk.

tapi semua sangkaan dan assumptions aku meleset tahap peleset bila kitorang sampai kat tempat program. perghh! satu banglo sikit punya tersergam lah terpacak depan kitorang. konfius 2 saat, baru tersedar, ouh bestnya tamrin kat sini! alhamdulillah. memang besar banglo tu i tell u. masuk je nampak lagi tersampuk aku dibuatnya. kat sini ke nak berprogram? sikit punya grand! memang semua pun like like like je huhu. nak nak pulak, kat belakang banglo tu ada swimming pool standard sunway lagoon nya(melampau bunyik) haha.

lepas taklimat, dan minum pagi, baruuuuulah tahu, ISK rupanya. time tu rasa terharu sangat dengan Allah. akhirnya diberi peluang. huhu. dan programnya berlangsunglah selama 2 hari 1 malam. dan the best part bila petang tu turn akhowat swimming. perghh, lama sangat tak swimming kat pool. kalau kat sungai ke laut ke lain citer la. kali terakhir swimming pun 5 tahun yang lepas. huhu. dan memang enjoy sakan la. alhamdulillah. nak gelak2 je bila ingat balik moment tu :')

baiklah, dalam program ni paling best masa yang laaaast sekali, yang semua pun pecah ikut group dan ditakdirkan Allah aku dapat fasi yang dah jadi mak orang dah pun tapi muda lagi serta melayan je loyak buruk kitorang haha. perkenalkan, kak hakimah. rumah dia dekat je dengan rumah aku dan ou, kat kota damansara. lepasan u kat oz, sekarang senior geophysicist kat petronas. pergh bukan. ehh apasal dok promote kak hakimah pulak.

lalu tamatlah program tu, dengan pesanan yang agak terakhir daripada abi, yang sangat345 mengharapkan penerusan tarbiyah bagi kami. tak melampau kalau aku cakap abi merupakan salah satu blessing yang Allah tetapkan untuk smkakl. bukan senang kau nak dapat pengetua sikit punya pemurah la, turun jemaah sekali dengan budak2, kalau takde orang azan dia yang azan, yang kau boleh datang rumah dia bila2 je, dan paling best, seorang pengetua yang mana kau berusrah dengannya :') . bak kata ustazah nabiroh masa tamrin tu, dia sangat envy kat kitorang. sebab masa zaman dia, usrah sikit punya sirr la sebab nak sorok daripada pengetahuan pengetua. zaman kitorang lak, berusrah dengan pengetua! alhamdulillah :')

dan dan, murobbiah saya berpesan, cara nak menilai jemjem mana satu nak intima', kena follow program dia, rasa then nilai. kat mana satu hati kau rasa tenang dengannya. huhu.

sebenarnya nak kasi tunjuk sikit a few picts yang sempat disnap sepanjang program dan sepanjang di banglo megah tu. tapi virus malas tetiba menyelinap dalam diri lalu tiadalah rezki kalian untuk usha picts tu semua. bye2.

waAllahua'lam.

Thursday, December 16, 2010

the greatest 5 years of my life ;)

bismillah walhamdulillah.

thumma alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
spm is finally over. Allahu akbar.
semalam lagi dah habis, paper quran sunnah. tapi baru balik pagi ni sebab ada pengisian daripada abi ( baca:pengetua ) tentang penerusan tarbiyah lepas keluar sekolah nanti.
hm.
pagi tadi. subuh terakhir kat smkakl kot. sujud sajadah terakhir sebagai pelajar kat situ. heh.
hm.
sedih ke? of course lah. 5 tahun kot kat sana, tak sedih hapenya.
nak kata lama tak lama 5 tahun tu, kalau baby baru lahir, 5 tahun kemudian dia dah boleh main masak2 dah. haha lama tak?
hm.
lepas habis solat pagi tadi. keluar musolla, jalan naik dorm. rasa sayu sangat.
hailaa, 5 tahun aku dok bina jiwa kat musolla ni.
naik dorm, lalu pulak ampaian.
hailaa, ampaian ni, masa aku form dulu takde bumbung pun. zaman tu kalau hujan masa sekolah, satu sekolah lari balik asrama selamatkan jemuran segala..
sekarang dah berbumbung.
hmm.
naik dorm pulak. hailaa, masa aku kecik dulu, asrama ni kaler lain. sekarang pink dah.
masuk dorm. dulu mana ada tiles, dinding pun capok2 je kaler putih. sekarang ada tiles dah, dinding dah pink.
hmm.
serious. the GREATEST five years of my life, finally ended, alhamdulillah. :')

hm, to be continued.
nak bersiap pergi jamuan kelas. :D

Wednesday, December 8, 2010

back to school is back again, says tesco.

bismillah walhamdulillah.

spm is coming to an end. 2 papers left. then, total al-hurriyyah! yeehaw~

lepas spm.

semua rebut rebut nak buat jamuan dengan aku (haha pasan2)
16 dec , habis je paper pqs, terus jamuan dengan epalians (oh, epal ni nama dorm spm aku) tapi nak ikut diorang gi skate jugak~ tapi takpelah. utamakan epal ;p
17 dec, jamuan kelas pulak. kat ou pulak tu. harap2 tak terbertembung dengan budak taman tun (which is kinda impossible) asal perlu segan utk terbertembung diorang?
20 dec, malam, lepas paper ekonomi asas, ada jamuan f5 pulak.
21 dec, ada apa tah, majlis form 5 ke ape tah.
22 and 23 dec, kem kat putrajaya ( dah la kem, kat putrajaya lak tuh, sukar utk diimaginekan)
24 25 26 dec, jirim. oh Allah. i really want to attend this programme~~
27 dec sampai result keluar. 1001 plan yang entah jadi entah tidak. haha.

ok people, pls pray for our bat n pqs. may Allah yusahhil everything for us.

waAllahua'alam.

(kena balik asrama esok. sebab sabtu sume epalians wajib pecahkan lemak kat taman menjalara gara2 3 weeks yang hanya makan sume jenis fattening food, dan belajar atas katil -.-' )

** eh tetibe ada sms masuk. ada orang topupkan lahh haha alhamdulillah :D :D :D **

Friday, October 29, 2010

bolos asrama

bismillah walhamdulillah.

sedang berada dalam fatrah 'study-gile-nak-mati' (ayat tak tawadhuk, bak kata kak diba)
saya sudah nampak spm melambai lambai dari kejauhan. anda nampak? haha.
akan memakai uniform sekolah dalam kurang 2 bulan je.
baju batik dalam 4 kali je lagi.
baju koko pulak, dalam 3 round je lagi.
kena dengar dan patuh pada peraturan2 yang silly pun, dalam 4 minggu je lagi. haha. im so excited!
im soo out of this school! (ok sebenarnya saya sedih)

doakan kami satu batch, buat yang terbaca post ni :)

Allahu ghayatuna,
WL043K017.

Friday, October 1, 2010

ya Awwal, ya Awwal

bismillah walhamdulillah.
trial sudah pun hampir ke penghujung rancangan. tinggal 4 subjek saja, dan addmaths sudah pun berlalu :D


ma'at taufiq wannajah utk adik adik form 3. pmr molek molek.

waAllahua'alam.

p/s: tiket konsert maher zain dah sold out ! :( nak pegi nak pegi~

Monday, September 20, 2010

tr-raya

bismillah walhamdulillah.

kini, berada di sebelah musyi di bilik ict, kesejukan plus berdebar untuk trial esok.
semua orang pun tengah dok menghapal syariah islamiah sampai lebam.
baik, doakan kami semua.

:)

Thursday, September 16, 2010

terima kasih malaysia

achtung! : entry ni macam tah pape je. kecuali untuk orang cam aku. ada sentimental value nya haha

bismillah walhamdulillah.
thumma alhamdulillah.

terima kasih pm, sebab kasi satu malaysia cuti sempena birthday aku. haha. bersyukurlah seorang saffana lahir pada tarikh 16 september, tak pasal2 satu malaysia kasi cuti free. ALHAMDULILLAH

cukup sesi perasan.

segala puji dan puja buat Allah, masih sudi kasi peluang dan ruang untuk aku hidup. pulak tu, hidup dalam keadaan beriman kepadanya. alhamdulillah.

andai kata deadline aku masa umur 20, tinggal lagi 3 tahun je untuk prepare amal segala.
tapi, tu kalau sampai umur 20. kalau tak? who can guarantee you a tomorrow, anyway? SOBS3 :'(

maka, yang tersinggah/tersesat ke blog/ entry ni, yang aku pasti adalah orang2 yang sama, tak wardah, fasyak. tak fasyak raihana jap tu pon kalau dia sudi. tak raihana wardah balik. ha, kadang kadang teha ada jugak la ;p

ok sambung ayat tadi tak habis, andai tersinggah di entry ini, doakan saya yang lahir sama tarikh ngan sa-malaysia ini, agar terus istiqomah dan istimrar(aicehh dah guna ayat akhwat dah tu) atas jalan yang Allah redha, sampailah ke nafas terakhir. moga aku dan kamu mati dalam iman. AMEEN~

baik, habis sesi besday besday.

selain nak mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa2 dan ucapan2 di fesbuk dan sms, harini aku rasa cam, omg, i'm already 17. what?! i'm SEVENTEEN?! oh my.

bila farishah, natalya, arina, fatin fadzil, and some kawan2 lama wish birthday kat fesbuk, and ayat dorang selalu end camni "lama kita tak jumpa" , aku rasa cam terlampau masih segar je zaman aku darjah 6 form 1 dulu. and now dah form 5. masa itu terbang ka? laju sangat ok.

i used to be very close to farishah. selalu sangat lepak dengan dia. sleepover party segala. first time gi theme park kat times square tu dengan dia la ni. haih, nak tergelak pun ada bila ingat balik. how i cabut-ed my tudung once sampai rumah dia then pergi bersuka ria kat times square free-haired and then bila nak balik rumah singgah rumah dia pakai tudung balik, then balik rumah cam takde pape jadi. kui3.

macamana pun, alhamdulillah. Allah selamatkan aku daripada terus jadi malaun camtu. dihantarNya ke smkakl. thumma alhamdulillah.

dengan natalya pon rapat gile. weekend je, driver dia datang amek aku kat rumah. sanggup tu, sebab nak bersuka ria kat rumah dia la. swimming nya..jalan2 kat the curve la apa la.. pun, cabut-ed tudung. keh3. then balik rumah sarung balik buat cam takde pape.

macamana pun, alhamdulillah. Allah selamatkan aku daripada terus jadi mangkuk camtu. dipenjarakan aku di smkakl. alhamdulillah.

arina pon. haih. kita ni sa-geng la weih. baru teringat, haha. lepak rumah dia jugak. dengan abang kembar dia hakim, dengan cousin dia, izi. makan 2 mangkuk besar baskin robbin sampai habis. huu~

fatin fadzil lak, HAHA, gila sejarah hitam dengan budak nih. ni aku memang takkan buka citer dah.

somehow, aku harap, aku doa, moga moga Allah selamatkan korang semua jugak. sob2. dulu enjoy sama sama, takkan sekarang nak betul sorang sorang kan. but i cant do much. jumpa korang pon 5 tahun tak sekali sekarang ni, haih.

at times aku akui, bila tengok balik picts korang suka ria, heh, rasa cam, bestnya kalau tak masuk asrama, satu sekolah dengan korang, boleh chill camni.

but then, astaghfirullah, aku rasa mangkuk sangat sebab aku terdetik macam tu.

moga Allah istiqomahkan kitaa semuaa atas jalan yang dia redhai.perkenalkan, sepupu i punya anak. rania~
doakan si kecil comel jepun ini menjadi mujahidah agama ini besar kelak, ameen.

subhanAllah, dia ni sangat345 comel and taknak dengan orang. tu yang payah. tapi selepas setengah hari pujuk dia, wah, dia nak i dukung, u! then all the makcik mula la puji i, ek eh dia nak dengan awak la, dengan mak long dia taknak.

heh, i take that as compliment.

SALAM 1 AQIDAH.

waAllahua'alam.

Sunday, September 12, 2010

dedikasi.

bismillah walhamdulillah.

puasa sudah, raya pun sudah. trial je belum sudah sudah. WARGH
saya akui, trial sejurus selepas cuti raya memang kurang senonoh.
namun, apakah pilihan yang kita ada?
yille puchi, takde pilihan.
bak kata mr nava, study smart and give your best shot! (aiyoo sir,, T_T )

********************************************************

khas untuk mawar kesayanganku dan fasyark teman baikku ;

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
- KH Rahmat Abdullah.

buat makhluk2 yang mungkin, tersesat di blog/entry ini, doakanlah kami satu batch supaya terus ikhlas dan bersemangat untuk menuntut ilmu, bukan kerana spm semata2 kerana belajar untuk spm itu macam takde life dan menstress serta membosankan, tetapi belajarnya kita untuk buat Allah redha kat kita. (ingat senang ke, susah weh. kita ni dah dididik dengan berorientasikan exam sedari kecil lagi.)

SPM HANYA ALAT, BUKAN MATLAMAT! yeehaw! ok tetibe je semangat =.='

buat ahli dorm k, jangan lupa ahad ni ada jamuan raya dorm.

buat yang masih berseronok di kampung, aku tahu bukan senang nak belajar kat kampung, kan. so balik cepat sikit. sedar diri ek semua ;p

buat yang buat tour raya( seperti kak diba ) silalah berhati hati di jalan raya. ingatlah Allah yang maha penyayang :)

waAllahua'alam.

Saturday, September 4, 2010

yang terakhir

bismillah walhamdulillah.

finally, ramadhan is coming to an end :'(
and my last ramadhan at smkakl, has finally ended :'( :'(

lepas ni,

takde dah orang kejut sahur dengan siren cam orang gila but the best part bila pagi2 lagi dah dengar zikir2 dan selawat ;)

takde dah sahur nasik kawah ( aku bukan jenis sahur macam nak lunch kat rumah)

takde dah lepas subuh tu musolla bunyik cam langau je.. semua dok bertilawah lepas tu terus jadi mayat bergelimpangan terbongkang tidor..

takde dah ramai ramai gi dhuha time rehat pastu guna bedak baby cinta, yang dah habis dah pun..

tak boleh dah 'ter'lepas prep petang sebab 'ter'lelap, lepas ni banyak additional class petang2..

takde dah tadarus lepas asar yang kalau boleh semua pun nak habis cepat..

takde dah bazar smkakl yang sangat hebat, ada ikan keli bakar roti john hot dog 1001 jenis air cocktail kek batik juices..

takde dah bukak puasa kat pertama lantaran malas nak cop meja kat dm, yang memang tak cukup nak tampung budak puteri..

takde dah solat terawih yang setiap hari mesti berharap 'moga2 imam harini sedap and laju' ;p..

takde dah rebut saff kedua and below sebab saff pertama panas giler.. ish3

takde dah solat witir yang daripada 7 saff tinggal 2 saff setengah =.='

takde dah moreh yang sangat mengasyikkan, yang kau tak dapat time bulan2 lain..

takde dah.. takde dah semua ni..

tak sangka, kalau kira guna jari dah 5 round rupanya ramadhan aku kat asrama ni..

paling takleh bla, ni la round kelima dan terakhir..

padahal masih segar je lagi camne bazar kat sini time f1 f2 dulu.. ustaz nik dengan air hijau nya, ustaz abduh dengan soya nya, abg bob lagi.. zaman tun budak2 belum reti nak meniaga sendiri..

tetiba je, bazar 2010 ni budak2 yang jual budak2 jugak la yang beli. tapi untung jugak hihihi alhamdulillah ;)

ok semua.
adakah anda akan merindukan ramadhan di smkakl?
yeaaaaaaaaaaaaaaa( satu musolla menjawab dengan sebak )

waAllahua'lam.

Saturday, August 28, 2010

apa nak jadi

bismillah walhamdulillah.

assalamualaikummmm~ (style kasi salam kat budak f1 time ta'lim)

baiklah. bagaimana ramadhan diri sendiri?
10 malam terakhir bakal menjengah tiba tak lama lagi. saspen tak? ye, saya saspen.
semoga kita beroleh taqwa, ameen. sob sob.

sebenarnya, aku malas je nak hapdet blog ni. ada jugak la rasa nak humban kat luar tingkap, daripada dok berhabuk camni. tapi takpe. as usual, blog ni merupakan seekor pendengar yang baik.

dan aku nak meluahkan sedikit kerisauan aku terhadap trend budak2 kita (baca: budak2 smakl) zaman ini.

lately ni, budak2 kita suka sangat buat jamuan. jamuan dorm kelas group orientasi group mesec badan2 induk kelas kelas tahun lepas dan seterusnya. agaknya kalau boleh buat jamuan ikut rumah sukan kaler kegemaran cita cita semua nak buat kot. dia camni, kalau jamuan yang melibatkan kita kita yang sejantina je, no hal, malah aku sangat support. merapatkan ukhwah, kalau bahasa skemanya.

tapi, hat tu ada sikit masalah bila mana buat jamuan segala yang melibatkan manusia berkromosom XX dan XY.

basically, cam takde masalah je bila buat jamuan ni. kau bayar dalam singgit dua, atau bawak lauk dari rumah, datang, melantak, lantas pulang. even badar pun akan buat in sha Allah tapi by lajnah memang takkan buat apesal nak buat ngade ngade ar tuh. tapi, dia jadi masalah bila, tercetusnya ikhtilat tak syarie. yelah, 'ukhwah fillah never dies' la kan kononnya. *gelengkapla*

sebagai contoh, cam haritu, ada kelas kelas seperti, 1 umar 2006. 2 hamzah 2007(sekadar contoh) kelas kelas yang lama buat cam, reunion (walaupun setiap hari memang muka muka tu jugak yang kau jumpa so bila aku dok pikir pikir balik kejadahnya nak buat reunion. cam menggelabah sikit kot, err no offense) ok berbalik kepada tajuk. lalu, bagi aku, ok je, tara hal nak buat makan makan, sambil mengimbau kenangan lalu gitu.

tapi aku jadi kurang senang dan risau bila bond between putera puteri ni jadi teman tapi mesra pulak. sangat risau. sebab teman tapi mesra tu satu step je nak ke couple. taruk picts jamuan2 tu kat fesbuk, pastu dok komen cam orang tak tentu hala. buat smiley2 menggedik sesame putere puteri. pastu dengan bahasa ngade ngade nya... dapat bayangkan kan?

entahlah. aku bukan nak jadi orang yang gile takde life ah, komen sikit sikit kat fesbuk pun isu ke. bukan. tapi aku cuma risau. aku risau sejauh mana aku sendiri boleh bertahan daripada terjebak dengan dok berbalas2 komen secara tak perlu plus gedik2 nya lagi tu. aku risau selama mana aku akan rasa tak selesa dengan keadaan ni, nak nak satu masa nanti benda ni jadi benda biasa je bagi aku, sebab kawan2 yang close dengan aku semua dok terjebak lagu ni. nauzubillah. aku bukan nak poyo, but yes, aku sangat risaukan kawan2 aku. kamon la people, kita dah nak keluar smakl. lagi berapa 2,3 bulan je nak menimba segala tarbiyah kat sini.

namun, apa yang aku perasan, kita saban hari makin mendahsat lak. bukan kat semua aspek, kat beberapa. seperti, ikhtilat. hm. kalau kau pesen amek tau perihal batch, tahu la kot cemane makin mendahsatnya kita dalam aspek ni. dia mungkin kadang kadang tak nampak secara terus tau, dia cam terselindung sikit. paham ke?

next, solat. eh kamonlah. speaker musolla tu dah menghadap prep A betul. but still, aish, dah dengar azan, dok golek3 lagi, imam bagi salam baru kedek kedek turun. entahlah. aku risau. nanti ada yang lepas spm keje part time, dan keje tu pulak pesen yang tak kasi kita ruang dan peluang untuk solat, adakah kita akan pertahankan prinsip kita untuk tetap solat atau kita yang berenti keje? tapi agak agak boleh ke konon nak pertahan camtu kalau masa kat sekolah, yang sikit punya islamik la, but still kita melewat2kan solat.

aku rasa dah keluar topik. takpelah. memang sekadar nak luah je malam ni. kira kalau karangan, memang takde flow ar post ni. tapi takpe.

moga Allah kuatkan kita semua untuk berprinsip dengan islam. entahlah, aku risau.

post berakhir di sini secara serta merta.

Saturday, July 31, 2010

ramadhan ; i'm lovin' it!


BLOG DIBERHENTIKAN OPERASINYA BUAT SEMENTARA WAKTU KERANA PEMILIKNYA AKAN MENDAFTARKAN DIRI DI MADRASAH RAMADHAN.

sekian,
wirawati.

ohh manusia biasa

ya Allah

abang aku reformat pc dia lalu segala nasyids best2, picts kat smkakl since 2006 yang aku save kat pc tu, lenyap begitu sahaja. begitu sahaja weih, begitu sahaja. Allah.....

for the songs, takpelah. boleh je daunlauk balik segala. but for the picts....since form 1.... :(:(:(:(


;(

sabar. redha. chill saff......


"agar kamu tak sedih terhadap apa yang luput darimu..." HE said.



doakan.

p/s : aku nak kunci kotak memori kat kepala ni ketat2 supaya memori 5 tahun budak-sekolah-menengah kat smakl(to be exact) tak hilang camtu jee :(

Saturday, July 17, 2010

gonna miss it. a lot.

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf, ayat 87


pre-trial exam. here i come!


p/s: saya seorang yang pernah berputus asa dengan add maths. sempatkah untuk saya bangun dan mula mencintainya di saat saat akhir ini?

(kebudak budakannya + keduniaannya stail saya mengkaitkan ayat ini dengan hidup. haigoo.)

kami wira wirawati negara! kini masa kami berjaya!

so...semua orang di dunia(ohh i'm exaggerating) pun tengah sibuk cerita pasal plkn.
saya, yang agak ketinggalan, tak mencek pun lagi dapat ke tak.
malas nak cek,
kalau dapat takut bersedihan lalu mengganggu study.
kalau tak dapat pulak, takut over excited sampai lupa akhirat HAHA
tapi, tak tahu kenapa, saya optimis saya tak dapat~

plkn? na'uzubillah.

Thursday, July 15, 2010

ohmegosh

hannnnani sudah tahu password saya. hoh

Thursday, July 8, 2010

ahlen ahlen!

bismillah.

subhanAllah, walhamdulillah, waAllahu akbar!
Ramadhan is just around the corner! as well as spm*sigh*

Allahumma bariklanaa fi rajab wa sya'aban wa ballighna ramadhan..

waAllahua'lam.

p/s:nak balik :( rumah rindu saya

Saturday, June 26, 2010

Promo : Minggu Puteriku Sayang

bismillah walhamdulillah.

tak jarang kita dengar, kisah kawan2 kita, adik2 kita, mahupong senior2 kita, yang perubahan mereka (ke arah yang lebih baik of course) ditentang, ataupong dihalang, ataupong tidak disokong oleh suasana ; keluarga, kawan2 di smakl itu sendiri, kawan2 sekolah lama.
dalam erti kata lain, prinsip mereka diuji. senior/ustazah kata ; kena tutup aurat camni camni. mak kata ; apa pakai macam ustazah ni, nape pakai tudung kat kampung ni, and so on (ala cam x paham lak camne stail tipikal para mak 'membebel')

tambahan pula, kehadiran para putera di sekolah menambah tekanan. sesedap oren je kata budak puteri ni hipokrit. dalam lain, luar lain. padahal diorang tak sedar, diorang pong sama je. (di sini bukanlah nak turut menuding jari ke hape, cuma nak kata kita ni selalu nampak salah orang, tak nampak salah sendiri) cuma mungkin kalau perempuan ni perbezaan kat dalam dan luar sekolah nampak ketara berbanding lelaki.(faktor pakaian)
para putera harapan agama sekalian, antum ini(woah antum gitu) perlulah memahami apa yang dilalui puteri puteri kita ni, bukannya best je cakap itu ini kat budak puteri. terlalu menghukum, tanpa langsung menilai. ataupong mengecek(?) kenapalah puteri kita ni jadi lagu ni...


***********************************************************

lalu, bagaimana ingin mengislah keadaan ini?


bagaimana mahu menjadikan pelajar kita ni, terbuka tapi tidak hanyut, berprinsip tapi tidak jumud ?



-ni poster ceramahnya, bukan minggunya-
ya, inilah dia program yang kertas kerjanya direject mau masuk 7 round.(haha)
basically, minggu ini diberi nama minggu puteriku sayang.
acara kemuncaknya ; malam lipur puteri.
acara terbestnya ; talk daripada fatimah syarha
antara aktiviti ; (malas nye la nak list out)

yang penting, jangan ketinggalan untuk mendengar cerita tentang para sahabiyah setiap waktu prep jam 9.00 malam, 5 minit sebelum memulakan prep seperti biasa.

ya, kena dengar!

kenapa?

sebab, term 'sahabiyah' tu sendiri sangat asing pada pendengaran majoriti kita.
mungkin kerana lebih ma'ruf tentang super junior.

sebab, kita tak kenal nusaibah, khaulah al-azwar, al khansa' bt amru.
mungkin kerana lebih kenal siapa lady gaga(siap boleh list out lagu2nya) justin bieber dan shakira dan lagunya, waka waka.

ini minggu kita, malam itu malam kita. girls rule! (ahah tetiba)
doakan, segalanya lancar.
walaupun badar, agak pokai kini. huh

waAllahua'lam.

Saturday, June 19, 2010

get up

bismillah walhamdulillah.

cuti telah sampai ke penghujung rancangan.
sila jangan rindu rinduan.
tapi tolong doa doakan.
dah masuk semester kedua twenty-ten dah ni
sumpa spm dah super dekat.
sumpa takleh malas malas takde mood takde mood ngantuk ngantuk lesu lapar dah.

masa kat daurah haritu, kak aman menyatakan keharuannya melihat kami dah besar.
haha, rasa kelakar lak. masa dulu kak aman form5, aku baru hingusan form2.
sekarang...haish...nak dekat mati dah aku.

ma sha Allah, rasa masa terbang sangatlah laju.
bukannya boleh nak kata kat masa ; eh masa, sentap je, laju giler kau sekarang. stop jap boleh? nak cari kekuatan jap..aku futur neh..

tak boleh tak boleh. atau bahasa rempitnya, boleh blah.

masa tu milik Allah. dan akan terus bergerak, tak tunggu 0.01 saat pun untuk orang orang yang bermalasan cam aku.
sangat sangat kena perhatikan secara serious akan hablumminallah. dan hablumminannas.
dah nak keluar taman islam dah ni.
tak sedih ke semua..
(sedihhhh..) <---satu dewan seri bestari menjawab.

nak habis sekolah ke tak nak habis sekolah ke, life goes on. saya wajib jadi rajin. rajin rajin rajin!

SAYA

DAIE
RAJIN!

(ameen) ohh.

Allah knows best.

p/s:mode melayan lagu2 the zikr, nadamurni..lagu nasyid2 lama..so soothing..kenapa nasyid sekarang hilang 'ruh'nya, tak seperti nasyid2 dulu? tangkap leleh je lagu sekarang..haigoo

Friday, June 18, 2010

quote

"Kalau kamu tak mahu berubah, sudahlah.
Jangan kamu kata orang yang berubah itu hipokrit pula.
Dia mahu berubah jadi lagi baik, biarkanlah.
Kamu doa-doalah satu hari nanti kamu akan tergerak hati mahu berubah juga."

Wednesday, June 16, 2010

pit,za

bismillah.
alhamdulillah.
tgh makan2 pizza, sambil struggle menyiapkan projek add maths (hoh yeke)
mak aimi belanja lohh pizza ni ;)

bai

Tuesday, June 15, 2010

kenapa monyet

bismillah.

SLUMBER PARTAYYYY!

huu, galok.
kami berada di rumah cik aimi ini.
ada add maths sleepover party. ada add maths di situ ye.
*nyatakan sikit siapa yang ada* <------qid memberi arahan.
-pah
-qid
-ummu ja
-nani
-fatem
-dan aimi, si pemilik rumah.

bai semua.

happy tuesday !

bismillah.
the title should be, 'SADDAY' tuesday!
todays already the second week of holiday. which means to say, im so going back to school the very next week. and this so-called next week is only left 5 days.

AAAAHHHHHHHHHHHHHH ;( <--- jeritan tipikal seorang budak gedik.)


PEOPLE! more importantly, we are in Rejab already.
so, lets raise our hands and make doa, like the prophet taught us.. ( baca ayat ni dalam keadaan menyanyi lagu maher zain)

ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Ameen.. tolong ameenkan ye semua...
waAllahua'alam.

Tuesday, June 8, 2010

bukan.kaki.bola

bismillah walhamdulillah.

cuma nak kongsi satu video ni,
dan, agak suka dengan lagu tema fifa tahun ni, by k'naan, artis dari somalia, dan lagunya, waving flag. maksud yang mendalam lagu tuh ye~ fifa fifa pon, jangan buat buat lupa kat saudara seislam di falestin dan fi kulli makan.


cara kita tunjukkan 'affection' terhadap fifa kena berbeza drp orang lain. kata belajar agama?
"not the ball controls you"
waAllahua'lam.

Wednesday, June 2, 2010

LL4G


Saturday, May 29, 2010

kasihan puteri kita

bismillah walhamdulillah.

harini nak balik sekolah dah.
belakangan ni tak banyak sangat post yang berbentuk, "ni saya serious ni"
tapi lebih berjalan kat blog2 yang 'membawa pencerahan' gitu
hm, bagus mereka ni. tulisan2 mereka yang menyentuh jiwa orang lain. yang mengejutkan iman orang lain.
tak kisahlah diorang ikhlas ke tulis untuk publisiti ke ape ke tu bukan hal aku.
yang aku tau, tulisan diorang menyentak aku. dan bila tulisan diorang tu sampai ke hati, kemungkinan besar mereka menulis pasti dari hati jugak kan.

******************************************************

sampai ke hari ni, aku bersyukur sebab aku bersekolah di sebuah sekolah agama, di tengah2 kuala lumpur. tengah2 bandaraya dengan arus jahiliyah sekeliling yang sangat deras. hanya kekuatan iman dipohon daripada Allah, plus tangan tangan sahabat soleh untuk dibuat berpaut membuatkan kita survive.
sorang sahabat junior sikit pernah cerita, macam mana keterkejutan dia bila sampai di sekolah agama kl ni. oh, dia ni dulu sekolah agama kat terengganu. so bila sampai sini, tengok style budak kl, fuuh, agak cultural shock di situ.
somehow, dia bersyukur, sebab Allah hantar dia ke kl. zon yang tak seselesa tempat tinggal asal dia, mungkin.

tapi sebenarnya, dok kat mana mana pon, ada saja ujiannya yang tertentu. its a life of test baii, a life OF TEST. maka kalau kamu dok kat ceruk hutan amazon sekalipon, mesti ada ujiannya yangtersendiri. yang penting, kena sentiasa percaya ayat ni (2:286)

and yes, aku lihat sekarang, pelajar kita ni dihimpit dengan segala 'forces' dari luar ke dalam. malangnya, forces ni datang menyerang pelajar kita, dalam keadaan pelajar kita kurang ilmu kebal, or maybe takde?

contoh mudah, adik2 tingkatan 1 yang sangat disayangi. yang sangat kita bimbangi. yelah, adik2 freshie. dalam beberapa sesi 'ta'lim', akak2 selalu mengingatkan tentang iman..solat..pergaulan..aurat..and so on. dah nama pun freshie, segala apa senior cakap semua dia serap masuk baik punya.

tiba tiba, datang pulak orang luar buat program. bicara cinta sayang gitu. program tu pula membawakan ideologi yang sangat bertentangan dengan apa yang selama ni akak2 canang2kan kat diorang. akak kata, couple tak bagus. orang luar tu kata, apa salahnya couple2, bukan nak kahwin pun, just for fun. siap memperkenalkan cinta 3 hari cinta seminggu cinta monyet dan segala jenis cinta yang seolah2 memurahkan nilai cinta tu sendiri (oi faham ke)

consequently,
adik adik = confused! nak percaya mana satu ni?????

ustazah cakap..akak2 pon cakap..aurat kena jaga, depan sedara mara laki pon kena jaga dah. sekarang dah 13 tahun, dah besar, dah tak macam dulu.
again, nama pun freshie, segala apa ustazah dan akak2 cakap semua serap baik punya.

tiba tiba, mak dia tak bagi dia pakai tudung kat kampung. "nanti adik panaslah.""ala, kita kan sedara mara je kenapa nak pakai sangat nih".......dan seterusnya. kakak2 dia pulak langsung tak membantu, malah menggelakkannya yang cuba nak bertudung secara elok"ek eh ustazah kita ni, besarnya tudung!"

dalam keadaan masih baru bertatih nak membina iman yang ampuh, baru nak menetapkan prinsip, dia terus dihanyak dengan pelbagai tekanan luar macam tu. akhirnya, dia keliru! tension pon ye gak!

dan sebenarnya...banyak lagi kisah-kisah macamni. bila mana, tarbiyah di sekolah dan 'tarbiyah' di rumah sangatlah kontradik, sangat bertentangan.

lalu, bagaimana nak membina anak anak smakl yang berprinsip, namun tidak jumud? anak anak smakl yang open-minded, namun tidak sampai hanyut?

nantikan dalam MINGGU PUTERIKU SAYANG~

(woi kata je la kau nak promote program :p)

tapi sebenarnya banyak lagi kisah2 camni. yang kadang2 buatkan kita rasa kasihan sangat. mungkinlah, family kita tak sesoleh mana. but at least, family kita tak menghalang, sebagaimana family diorang menghalang perubahan diorang. dan aku rasa, kalaulah putera putera smakl tau kisah2 terselindung puteri puteri kita nih, pasti tak ada yang sampai hati nak kata, PUTERI SMAKL HIPOKRIT.

waAllahua'lam.

Thursday, May 20, 2010

mimix

bismillah.

SELAMAT HARI MURABBI.

May Allah bless all my teachers~

babai.

Saturday, May 15, 2010

PESTA BUKU LAGI

bismillah.

oklah, atas permintaan ramai(ek eh), sukalah untuk saya mengwarwarkan di sini akan satu event yang akan berlangsung pada satu hari nanti.


PESTA BUKU DI SMKAKL

PADA 23 MEI 2010
HARI AHAD
8.00 am - 5.00 pm
DEWAN SRI BESTARI, SMK AGAMA KUALA LUMPUR,
BANDAR MENJALARA, KEPONG
52200 KUALA LUMPUR

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Pesta buku ini adalah gabungan usaha Pengawas Pustakawan, Lajnah Penerangan Dan Penerbitan Badan Dakwah dan Rohani, dan
Pengawas Biro Akademik SMK Agama Kuala Lumpur.
Syukran kepada yang membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung
maka saya secara langsung mengiklankan inilah. namun saya sedar readers blog ni alih2 muka muka tu jugak(fasyak..mawar..teha ke..) <--- budak smakl yang pasti sudah ma'ruf pasal pesta. tapi takpe, nak iklankan jugak, just in case anda terlupa.
oh ye, blog badar makin sunyi lah. u're so welcome to leave ur footsteps here
kat sana post agak 'beriman' sikit. sini banyak merapu seorang diri. haih, belum tibakah masanya untuk mengingati Allah secara khusyuk, plus taat segala perintah yang diwahyukan, oh wahai diri? tak takut ke melalui satu masa yang panjang, lalu hati menjadi keras?
ohh, tidak mahu hati yang keras..tidakkkkkkkk
ok bye semua.

Wednesday, May 12, 2010

banggakah kalian?

bismillah.

during the morning assembly,

"....subuh ni seramai 57 pelajar puteri lewat subuh.", announce si ahli badar itu di corong announcement.

WOOOOOOTT!!! *clapclapclap*
guess what?
SATU SEKOLAH BERSORAK.

kenapa bersorak? bukankah ini satu perkara yang perlu diistighfarkan?
lewat solat, satu perkara yang boleh dipandang entengkah? kalau kat sekolah solat time2 gajah, kat rumah macam mana? tak solat langsung, eh?

itulah, kursus smart solat dah ditangguh entah kali keberapa. ada je program lain yang pada pandangan saya, kurang signifikan compared to kursus SOLAT, dibuat pada tarikh yang dah agak dicop.

entah. makin kritikal keadaan solat pelajar kita ini.
pastu ada la mula kata badar tak buat kerja, tatau pape.

may Allah permudahkan utk kursus smart solat tu, sangat sangat SANGAT PENTING BAII

waAllahua'lam.

Sunday, May 9, 2010

ketinggalan

bismillah.

kat pse ni, dengan budak 5 othman lelain.
tengah tengok laskar pelangi. huhu. agak ketinggalan di situ, i know i know.
kelakar la tengok gelagat budak kelas aku ni, gaya cam kat wayang je.

ok semua. asrama bersih gilak i tell u. ni semua gara gara 'brainwash open air' and duty asrama secara military(?) semalam.

kalau kita basuh toilet mau banjir aras depan toilet tu kan? haha ;p
ohh, tudung hitam kedua hilang pagi tadi, kat ampaian.
;( takpe, aku syak orang tu 'ter'ambik. moga dia ingat nak pulangkan.

baibai semua. nak spm dah ni.

Sunday, April 25, 2010

ini penting ye warga aspuri sekalian

eh cop. sebelum rehat aku nak buat announcement sikit.

heh.

suka untuk saya warwarkan kat sini, saya kehilangan tudung hitam yang disangkut dalam hanger dan disangkut di ampaian dorm k minggu lepas.

mengikut statistik, ni dah masuk kali ke 24 aku hilang barang kat ampaian (ok aku tipu tak pernah kira pun banyak kali dah tapi weih) serious weh, doakan si 'peminjam-curi' sudah, husnu zhon pun sudah. sebelum ni kalau hilang barang aku optimis la, jap lagi dia pulangkan lah tu. tetiba musim berlalu awan berarak(?) dia buat harta segala benda aku tu (stokin armsock tudung brooch stokin lagi anak tudung)

aku tak syak makcik cleaner amek. memang aku syak warga aspuri gak yang kebas tudung aku tuh. tolong la eh, kalau tetiba kau tersesat kat blog aku, and baca mende alah ni, tolong pulangkan tudung tu esok, kat tempat asal.

gua bukan nak cakap apa la, kalau tudung gua mungkin boleh tolerate lagi, masalahnya ni tudung kawan gua..adoiiiiilaaaaaaa


apesal arrr suka amek barang orang hak orang? kalau kau punya barang kena sebat marah tak? jangan sampai gua panggil kroni buat solat hajat kasi siapa curik tu perut kasi buncit senang nak detect!

ni belum lagi kira gua hilang duit, jam 2 utas, buku... entah apa apa entah kau belajar masa pai psi pqs tu kan. hadoi la. gua malas nak ulas isu budak sekolah agama belajar agama buat kerja camnih. malas nak kasi hit sama ini blog. gahahaha

kalau aku hilang barang tapi atas kesilapan aku(memang aku yang tak jaga campak merata rata) memang aku tak kecoh la. ni masalahnya nama pun ampaian tempat letak pakaian. siap berhanger lagi weih. jarang aku buat kerja suri rumah camtu - menghangerkan pakaian.

tolong, pulangkan~~~~~~

ok sekarang boleh berehat.

sila bantu

nak merehatkan blog buat sementara waktu-

kategori gedik yang 'cannot-go' !

haha. serious takleh bla. got this from my cousin's blog. kite ni sefikrah ar kak ijat~ err i know u wont be reading this anyway.

copied from kak izzati's blog.

kalau mahu berurusan sama aku;
sila jangan guna perkataanperkataan ini.

mamamz/ mam
jewww
kewww
nyeww
ituww
na
cikit
cangat
cakit
tatowt
muncit
ciap
caye
kitew
ahaks
boley/boye
mish
cedeyh
copping
nanak
cenyum
takowt
cangat
windu
cayang
ecaimen
fwenz
maceh
cemoga
wink wink
dushh dushh
and also wawen as for kahwin. (found this on facebook)-whatthehell??
"aq ta na pegy da.." - kau bercakap macam takde gigi?
serta all the c words and w words yang malas dah aku nak fikir.


penat okay nak list down semua perkataanperkataan ni.
semangat aku check all the status on facebook kat pagepage orang.

kalau umur kau baru 6 tahun, nak cakap pelatpelat macam ini, or should i say babytalk lah kan; satu hal lah jugak. ini semua kat facebook tu dah habis sekolah, cakap nak macam ni lagi apa kes.
okay. paling aku tak boleh blah, kalau lelaki yang cakap macam ni. hantar ym ke komen ke,
-awak da mamamz?
WHATTHEHELL? ingat aku budak tadika? or fikir habis comel lah conversation tu? kita bukan budak sekolah lagi lah untuk use all this kind of language.

yes, i do admit that my friends and i pernah balasbalas komen guna ayat macam ini. sebab apa? sebab sakit hati sangat baca ayatayat macam ini and saja sukasuka mengstresskan diri sesama kami dengan buat ayatayat macam ini. bagi member rasa annoyed. haha. herotherot mulut bila baca ayatayat macam ni. penat okay nak fikir macammana nak buat ayat.



aish. sudahsudah lah guna words macam ini.
serious tak cool wa cakap lu. ;)

p/s:serious, paling tak tahan bila lelaki guna. dan bila lelaki guna kepada pompuan or lagi jijik POMPUAN GUNA KAT LELAKI. DENGAN KAUM SEJENIS SIKIT PUNYA KASAR, DENGAN LELAKI SIKIT PUNYA MANJA.. adedeii..

Saturday, April 24, 2010

changing for good is not a crime

bismillah.

hoho, baru singgah blog aimi and nailah, then teringat aku belum pun promote secara kecoh pasal satu novel ni. uuu layan gak novel aku nih. layan jugak la, tapi aku tak layan ar novel lovey mushy(?) dovey meleret leret cinta basi tuh. (total 'no' to alaf 21 novels ;p) so let me introduce,

VERSUS
by HLOVATE


so novel ni adalah novel hlovate fav aku yang kedua selepas rooftop rant. aku malas pulak nak cerita sinopsis novel, nak tau baca la sendiri puas puas. cuma nak stresskan kat sini, ada satu point berharga aku dapat daripada novel ni.

menceritakan pasal sorang mamat (ek eh tadi kata taknak cerita) street yang nak berubah ni. ironinya, dia mula nak berubah masa belajar kat aussie, negara bukan islam, kat situ barulah ditarbiyah, ditemukan dengan sahabat yang baik. masa dok malaysia yakni negara islam, tak ketemu lak 'cahaya' yang dicari, tuptup kat negara kapir pulak dia berubah for good. benarlah, hidayah Allah tak pernah mengenal tempat dan masa.

point nya, contoh kan, kita kata kita nak jadi baik. benda pertama kita kena tahu ialah, apa itu baik. how good is good. sebabnya, macam mana kita nak jadi baik kalau kita sendiri tak clear apa itu baik. so dalam novel ni, sahabat soleh kepada mamat street tu men-define-kan baik daripada ayat ni (2:208) so sila cek quran terjemahan masing masing la ye. so bila kita dah super duper clear apa itu baik, barulah penghijrahan diri kita kepada baik tu lebih terarah...and so on. hm, paham la tuh.

tapi aku lebih suka rooftop rant compared to versus. sebabnya versus ni ada part2 yang bagi aku cam, tak berapa nak realistik dan terlalu abrupt. somehow takpelah. berapa novel je lah yang realistik an. rooftop pulak jalan cerita dia cam real, pernah dijumpai kat 'waqi' aku. apa pun aku lebih suka untuk ambil mesej yang hlovate nak sampaikan.
dan, aku syak hlovate ni budak usrah. hohoh~nak quote sikit drp novel ni ;

......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....

*********************************************************************************

kalau nak jadi baik, kita kena tahu apa itu baik terlebih dahulu barulah kita boleh mula berubah secara terarah kan.

the same goes for nak khusyuk dalam solat( tetiba nak cerita pasal ni sebab lately ni beberapa juniors keep on asking how to get super khusyuk in solah)

mengikut apa yang pernah aku dengar, khusyuk dalam solat ni ada beberapa pesen/pendapat. ada yang mengatakan, bila kita sedar kita dalam rakaat berapa, itu sudah dikira khusyuk. yang lain pula, bila kita paham setiap bait kita dalam solat, itulah khusyuk. lagi, bila solat cam umar, kena panah masa solat pun tak rasa sakit, itulah khusyuk. gua pun satu, apesal boleh lupa nak rujuk ustaz lagiii. kalau nak ikut dalam buku teks tu, semua pun tau maksud khusyuk an. siap maksud secara bahasa dan istilah lagi tu.

bukanlah aku nak cerita pasal khusyuk sebab bukanlah aku ini orang yang arif dalam hal ni. cuma nak cerita beberapa fenomena yang boleh dikatakan kelakar la jugak, yang sering terberlaku kat sesatunya musolla sekolah aku tuh.

pernah tak, time korang solat jemaah, time tu rakaat kedua, lepas sujud sepatutnya duduk tahiyat awal. tetiba ada la manusia ni, terlajak bangun, pastu dia cover la balik bila menyedari yang dia sorang je cam na kterbangun, konon betulkan kain la, betulkan duduk la. har-har.

lain pulak, time rakaat 3, lepas sujud patut semua berdiri untuk rakaat 4. kadang kadang kalau nak berdiri imam nye takbir tu cam meleret sikit, menunjukkan dia pun tengah nak berdiri. bila kena pulak imam yang pendek je takbir dia, mulalah semua ragu ragu. pernah sekali tu, satu saf duduk bukan main lama, nak tunggu ada orang memulakan untuk berdiri baru nak berdiri. haigoooo~

satu kes, lampu musolla terpadam, memang gulap gulita la, time tu duduk tahiyat awal, orang depan aku semangat je berdiri tegak, mentang mentanglah gelap, tetiba dia duduk balik. haishh...terganggu kekhusyukan aku yang dah tak berapa nak khusyuk tu.

apa tandanya ni. kenapa camni sekali tahap khusyuk kita. ni yang kena amalkan 3 qul setiap kali sebelum nak solat ni. plus isti'azah. fenomena sebegini lazimnya berlaku time solat maghrib dan isyak..

kadang kadang bila dok pikir balik, rasa nak tergelak pun ada. macam macam ragam. cuma satu benda aku suka, kat sini kita terdidik untuk rapatkan saf. tak lah macam kat kebanyakan masjid biasa, antara sorang dengan sorang dalam saf tu ada handbag lah, apa lah, jauh sekilometer lah(exaggerate lak haha)

ok itu sajor. baibai. sebenarnya post ni dalam draft aku, berapa lama dah nak post.

waAllahua'lam.

Friday, April 23, 2010

saya suka 2

kadangkala, sengaja DIA biarkan angin meniup cintaNya pergi,
agar kita laju mengejar kembali.

Thursday, April 22, 2010

hamdanlillah~~~~

so add maths result was out, and above my expectation. alhamdulillah, and then alhamdulillah. is there any other word that i should say other than praising the almighty Allah? alhamdulillah. i must work harderrrrr.

walaupun markah masih kategori pemeriah slip periksa berdakwat merah, tapi bertambah 7 markah compared to intervensi's result. huhuuuuuuu~ ada alasan utk ayah aku neh. kalau ayah marah, cakap : "bah, kite meningkat 7 markah tau... 7 markah equals to 7 malam stay up"

hikhik.somehow i have to work harder. may Allah yusahhil umurona. pray for us. babai

Tuesday, April 20, 2010

kenapa pakai baju batik hari rabu rasa nak balik

(tajuk post ditentukan oleh unie yang sedang tensi masam tensi)

budak kelas saya semua dah tengok markah add maths masing masing.
tetiba gua rasa keseorangan. asal cam markah gua je yang 'luar biasa'.
ni yang aku sedih dok kelas othman ni. sob sob.
gua nak naik kelas, nak tengok markah.
(unie suruh rehat dulu)
doakan gua redha, doakan ayah gua cool je bila tau markah gua.
tolong ek.
haha.
(tetiba ummuja datang pegang tangan aku dan buat drama seraya bertanya, "add maths berapa? cakap je..)
tengok....

Saturday, April 17, 2010

saya suka

nak quote beberapa ayat. untuk dijadikan catalyst bagi menaikkan semangattt.
“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."


- urghh bertahan bertahan!~ -

Saudaraku.. tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.. tika tangan letih menggapai cita-cita, maka serulah Allahu Akbar!.. tika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.. ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah swt, agar tunduk di saat yang lain semua angkuh.. agar teguh di saat yang lain runtuh.. agar tegar di saat yang lain terhampar..

- urghh ikhlas ikhlas betulkan niat!~ -

Friday, April 16, 2010

kabut jadinya 2

bismillah walhamdulillah.

benarlah, tiada yang benar melainkan yang benar belaka.
dalam setiap kesusahan, ada kesenangan. verily, dalam setiap kesusahan, ada kesenangan.

dalam kesusahan takde air, ada kesenangan dapat balik bermalam(err, applicable tak ayat ni)

so semua pun maklumlah ketiadaan air yang lebat di asrama. selasa rabu khamis air ada jugaklah walaupun rata rata kitorang masih tak buleh hidup dalam 'zon selesa'. mana taknya, air cam kejap ada kejap takde terbatok batok keluar paip. nak nak air main cak cak masa kita tengah 'kritikal', naye weh..

dimaklumkan yang kitorang boleh balik pong dalam nak dekat kol dobelas tadi. semua saspen je bila suara ustaz aziz kedengaran kat corong announcement. apabila ustaz kata boleh balik je, heh, apa lagi, bersorak la satu sekolah. saya pun turut touching di situ. bahagiaaaaa~ tapi ayah saya cakap, rugilah, kalau hari sabtu ada kelas. isk isk saya mengiyakan dalam hati, sebab kalau kat rumah saya ulangkaji karangan dengan cara ini - blogging. (kalau cikgu bm gua baca blog ni memanglah, memang 'flying colour' la markah bm gua)

habis cerita pasal air. masuk pasal usrah puteri. usrah puteri ni nama dia camtu - usrah puteri - sebab memang puteri je ada. dijalankan semasa putera putera agama kami (aicehhh) ke masjid utk solat jumaat. so kami pun bikin musolla tu cam kami punya. patut harini ada, tapi disebabkan dapat balik, memang cancel lah.

nak cerita kat sini, yang patut mengisi minggu ni adalah sorang cikgu ni. saya touching dengan beliau. beliau cam tak berapa nak sihat, pening pening semua, sian beliau, tapi saya tak paksa pun beliau mengisi, kalau beliau tak dapat turun takdelah talk daripada guru, just daripada pelajar je.

tadi pagi, saya ke bilik guru, berjumpa beliau. nak reconfirm pasal talk harini(time ni tatau lagi bisa balik). beliau pun cam cakaplah, lebih kurang gini, 'nak ke budak2 dengar nih. tengahari2 ni mesti semua tertidur je. lagipun dengan takde air nya semua tak selesa.....ila akhir ayat"

saya pun sambil buat muka bajet comel dan kebil kebilkan mata berkata,'takpelah cikgu. kalau cikgu boleh,adalah. kalau tak boleh takpe je. kitorang paham.nanti ada tazkirah drp pelajar'.

pastu cikgu tu sambung lebih kurang gini. ' tu la..tengoklah., saya cuba turun. kalau sempat untuk slot saya adalah. kalau tak sempat takpe.(jeda, berfikir) nak cakap apa ye.. mencari bahagia. dalam keadaan semua orang tengah stress, tension takde air..tak bahagia..tapi bahagia tu perlu dicari. dicari dengan redha, dan..........ila akhir ayat'

Allah... meruntun hati kata kata cikgu tu. isk isk. tatau nape. mungkin saya pun baru cubit iman, kau ni redha ke tak, dengan segala apa yang jadi ni. padanlah tengok cikgu ni saya rasa tenang je, tatau nape. huhu. tapi sayang sejuta kali sayang, takde rezki loh puteri semua nak dapat 'pencerahan' daripada cikgu kita sorang ni. next time, maybe, in sha Allah.
rabbuna yusahhil....

waAllahua'lam.

p/s:gua rasa post gua makin lama makin berbaur budak budak sekolah. cam agak expressing the budak-sekolah side of me..

Monday, April 12, 2010

kabut jadinya

bismillah.

hoho. saya kembali dengan girangnya.
alhamdulillah, exam diagnostik tamat sudah dengan gumbiranyaaa~
esok netball team smkakl nak berlawan nih. so sila sila doakan~
cakap bab wakil sekolah neh, kalau kat zon aku, memang smakl ni je la ha sekolah agama.
so kalau ada menang apa apa tu, up sikitlah nama. semua pun kenal.
tapi tak kesah pun pasal nama sekolah up. haha. i mean, aku lebih kesah nama agama yang up.
yolah, takde la orang pikiaq team yang tudung paling 'besar' among all tu tangan dan kaki bangku. ye dak? ye ke? entah. huhu.

so, all the best! Allah ma'ak, serious.
hasbunallah, wani'mal wakil... betulkan niat sebelum langkah masuk padang.
(weh ada ke sesape akan baca blog ni sebelum bertanding esok?)

ok sudah cerita tentang netball.
air kat asrama memang kering kontang kanting dari semalam lagi.
gua ingat tak kritikal lah. kot kot malam nanti keluar la air tuh.
tetiba sampai la ke pagi dan petang, air kat asrama memang takde, kat musolla harapanlah. tu pun ciput. somehow, alhamdulillah.
satu benda gua dapat simpulkan harini, perempuan memang suka jerit tak kira punca dan masa. (huhuhu not applicable to all perempuan, err, i guess)
petang tadi sikit punya kabut la, kejap berita kata boleh balik, haa satu asrama pun melalak laa yeayyyy sikit alhamdulillah gua tak dengar. naseb baik lah dorm gua tak melalak camtu, kalau tak ada gak kena sepuk huhuhu.

last last, alhamdulillah, dapat balik FOR REAL. serious punya. semua pun pakat lah bungkus barang yang tak berapa nak bungkus sebab semalam baru balik asrama kan.
hemo hemo. gitulah ceritanya.
apa pun, gua terharulah perkara ni terjadi sejurus selepas exam habis. hamdanlillah~~~ isk isk

waAllahua'lam.

Saturday, April 10, 2010

stand up, and be counted!

makanya, ganjil sudah 3 hari gua dok rumah neh.
nak balik dah harini.
gua ingat exam dah habis, rupanya paper arab hari senin ni. (baca:esok)

sepanjang 3 minggu ni macam macam jugak lah jadi.
yang paling tak sangka, berjaya gak attend konsert lifeline 4 gaza tu, alhamdulillah.
yang paling sadis, paper add maths gua......lu isi lah dot dot tu dengan perkataan sendiri.

jumaat haritu ada meeting badar. sepetang bersama ustaz hafizi.
best sangat dapat pencerahan, alhamdulillah.
dan, tak sangka camtu teruk sekali putera badar kena.
tersedak jugak dengar. rupanya kita ni takdelah diuji berat mana pun.
kalau apa yang putera kena tu kena kat kita, agak agak dapat tahan tak?
pindah kisas aku, hahaha. okkk gurau~

betul la, sekarang dah bulan empat.
tak lama lagi dah nak spm.
tapi tu tau dah, so takdelah kisah sangat ( ok la kisah la jugak)
aku lagi kisahkan, yang aku nak keluar smakl dah ni.
semua sedih takkk? (satu dewan jawab : sedihhhhhhhh)
gua tengah merancang nak buat apa lepas spm sementara tunggu result.
pastu mak gua sound. spm pun belum lagi dah berangan macam macam.
keh3.
betul jugak tu. gua patut dok kat meja belajar sekarang ni. esok arab kan.

haa. cerita pasal arab.
ustazah offer, kalau satu kelas dapat A untuk arab (tak kisah a tambah tolak bahagi)
ustazah mau kasi kek.
tapi kalaupun sorang kantoi tak dapat A, tak dapatlah kek.
gua terdiam. gua takmo jadi penyebab antum (eiceh, abi tak kasi gune 'korg' ;p) tak dapat kek.
tapi ada orang suruh gua optimis. in sha Allah boleh punya.
tapi gua karisma. camne? keh3.

baiklah, gua mau pulang harini.
gua, dan dia dan dia, dah buat keputusan. kot.
moga pilihan kami ni dipandu dengan iman.
u all doakan je lah.
apesal gua rasa gua makin gedik?
ni gua nak insaf ni. taknak dah guna pencilbox bulu pink tu.
apa gua cakap ni. gua pun tatau.


tapi gua dapat rasa gua cam dah off track sikit.
tapi bersyukur sebab kawan sekeliling selalu suruh betulkan niat.
thanks Allah, sebab kasi kawan kawan camneh.
bila gua down, orang datang mengadu dia pun down. mintak nasehat.
tersedak gua. gua pun tengah breakfast cam lu gak (baca:futur)
tapi, dulu, kakak jordan tu pernah kata, kita kena 'buat buat kuat'.

ok semua. cukup sudah post tak bermotif ini.

waAllahua'lam.

p/s:nd, next week gua turun kawad ok.jgn masam masam kat gua dah. haha

kemengantukan

bismillah.

bagaimana ye.
ada dua jalan.
destinasi sama.
tapi jalan nya lain lain.

macam mana nak pilih.

ok.

mana satu bersifat long term.
dan maslahatnya lebih besar.
*diam*
tak sampai hati oh.

pusinggg~~~

Friday, April 9, 2010

hammasah

bismillah walhamdulillah.

kemudian alhamdulillah, kemudian alhamdulillah.

sukar untuk mempercayai oh, dah 3 minggu diri ni mengurung diri kat smakl. keh3
hari ini pulang dengan semangat baru. mentang kentang baru dapat pengisian daripada ust hafizi.

huhu~

post berakhir serta merta di sini.

Wednesday, March 31, 2010

apasudahjadi

i screwed up my add. maths paper~

astaghfirullah........................sorry babah......

people, doakan kamiiii




p/s: kat pse, melepas sedih dgn lagu shoutul harakah bersama jah. (heh cam tak kena je lagu tu)

Thursday, March 18, 2010

konsert lifeline 4 gaza~

klik gambar untuk tumbesaran


KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

TARIKH:
26 Mac 2010

LOKASI:
Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor

MASA:
8.00mlm hingga 11.00mlm

SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulharokah.com
MUADZ http://www.facebook.com/profile.php?id=1046803257

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00

#VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas. Lelaki & Perempuan diasingkan.

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA
HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my/
HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php
KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my/
MAWADDAH http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com/
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

Dapatkan Tiket Melalui Wakil IPT Masing-masing atau di kaunter tiket di pintu masuk auditorium pada 26 Mac nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan. Semua dijemput hadir!

#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page.

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.

copied from here

waAllahua'lam.

p/s : nak pergi nak pergi nak pergi~~ tahun lepas kita pergi tau. best, haha, dahlah dok tempat vip *ustzh belanja tiket*

ok tahniah semua

bismillah walhamdulillah.

hoh , pada post sebelum neh ada mention nak cerita pasal result spm, kan.

so,,

to all my seniors.
senior smkakl f509. and specially dedicated to my favourite cousin ever (i know u wont be reading this)

.tahniah.
.congratulations.
~alf mabrukkk~


YOU ALL ROCK! (haha tetibe?)

subhanallah . alhamdulillah. Allahu akbar!

dipendekkan post, result spm smkakl 2009, menaik dengan seronoknya.
alhamdulillah, segala pujian dipulangkan kepada Allah juaa~
dengan pencapaian 11A - 5 orang !!! ( okok aku tau sekolah kau lagi power )

nak dijadikan post terharu,
masa hari keluar keputusan tu, boleh kata rata-rata f5 2010 ni agak mensebuk lah. mengalahkan yang nak amek result! haha
buktinya, satu batch gi mensebuk dalam dewan, keh3.
takpe takpe, sebagai satu unsur motivasi jugak uh.

yang mana, memang aku sangat sangat sengat termotivasi lah pada hari tu.

mula mula, masa wakil pelajar 09 bacakan doa, aku dah banjir loh. ya robb,,,,
kalau korang dengar bait bait doa tu, korang banjir gak in sha Allah.
touching sangattt. rasa sangattt berdosa kat Allah. malu sangat nak mintak keberjayaan. tapi kalau tak mintak kat Allah nak mintak kat siapa lagi :'(

(mula mula agak menahan air mata, takut aku sorang je touching terlebih. tetiba terdengar sokseksoksek bunyi orang menangis sedut sedut hingus, so i just let the tears rolled down my face *walau agak malu ngan syark semenarnyee haha kan dah x macho aku ini* )


so bila disebut nama nama start dari dapat 9a...10a...11a...

rasa cam, subhanallah, wow, this is a big challenge for my batch.

at least kena maintain, atau dapat lagi baik which is not easy baii.

naik kelas, semua pun kata, dah dah, jom belajar.

tu yang insaf tu kak fasihah, bukan sebab result teruk, sebab result power lohh ;)

*insaf insaf blogging fesbuking gak malam ni hadoyaiii*
takpe takpe, berapa hari dah aku puasa internet tau.

waAllahua'lam.

p/s : beb, kurang setahun result spm aku pulok akan keluar o_O

the neglected sunnah

bismillah walhamdulillah.

selamat hari khamis semuaa.
bagi memenuhi permintaan ramai (haha perasan tak) , terpaksa rela lah saya postkan perihal iftor jamaie hari khamis lalu , yang dah sangat lalu tu.

ceh, mentang kentang lah internet sudah sihat. haha, boleh boleh, sila manfaatkan waktu sihat internet sebelum sakitnya.

so now, let the pictures do the talking~
tengok tu. semua pun nak pakai jubah. dah macam kat dq dah hoho ;p
cuba teka di mana tempat kejadian nih?
itulah, di kantin. semua pun nak beli air untuk iftor nanti, huhu. sesak gile i tell u i pun tak jadi beli air oh~
berdebar debar menanti laungan azan~ (asal kena berdebar weh?)aimtengok tu. usrah siapa tu?! haha
aimi tu memang excited bab makan.suka la tu cik rown~sila basuh dan jemur talam ulam anda~

maap la ye, kpd wajah wajah yang sepatutnya ada tersesat dalam camera aku tapi i tak post kat sini, picts ini agak melalui penapisan yang ketat untuk disiarkan. huhu.

so sesapa yang nak boleh mintak personal kat i via ym la yep.


*****************************************************************

sorang sahabat cerita, camne ustaz cakap kat kelas diorang.

sebenarnya, makan dalam talam/berkongsi ( sebenarnya berkongsi bekas dengan orang) sunnah dia 'sikit' je tu. ada sunnah lagi besar daripada tu, yang kita agak pandang sebelah mata kot.
*aku dah cuakk, ustaz nak cakap pe nih*

that is....

tahan mengantuk / tahan daripada tidur dalam kelas.

*gurlp*

sebab apa? sebab menuntut ilmu tu wajib kan?
sebuk sebuk wat kempen ihya' sunnah somehow lupa fokus kat sunnah yang lebih aula.

**************************************************************

walaupun tak dengar direct daripada ustaz, dengar cerita daripada kawan (second point of view) pun agak menyentak mengetuk hati jiwa iman etc..
no wonder la ada yang buleh nangis, aku yang dengar tak direct pun bergenang,,,

astaghfirullah. . .

faham tak apa yang aku rasa weh.

betul la aku nak berubah nih. taknak tertidur dah. tapi cikgu hamiliya kata kalau buat head banging (sengguk2 la tu) buleh dimaapkan sebab kira nampak la mujahadah kita dari terus tersembam ke meja, kan kan. haha.

cis, saja je nak keringanan aku neh.

aku pun dah insaf sikit lepas spm result keluar harituh.

nanti lah aku cerita pasal result spm pulak okeh.

stay tuned.

waAllahua'lam.

Saturday, March 13, 2010

kediagnostikan

bismillah walhamdulillah.

apa khabar semuaaa? *kedengaran bunyi satu dewan menjawab 'alhamdulillah sehatttt'* (ok agak perasan di situ.

buat pengetahuan anda ye fatin syakira, internet kat rumah broke down. so in sha Allah peluang dan ruang untuk membuang masa secara setan dihadapan komputer dalam cuti seminggu ni cam takde. terharu sangattt dengan Allah sebab takdirkan i punya internet senget. hihi.

alhamdulillah.

currently kat rumah aimi. ada sleepover partyyyy *woot woot* ok tipu, gurau je.
menumpang di rumah aimi, sebab attend seminar bio and chemistry kat ukm bangi.
so agak jenuh di situ kalau nak ulang alik dari ttdi ke bangi setiap hari. boleh.

baaaaaanyak semenarnya benda untuk diceritakan kat superserikandisenget ni.
tapi tengoklah, ada rezki dapatlah.

sampai sini sahaja. doakan saya dan kami tergolong dalam golongan manusia yang memanfaatkan cuti yang secubit ini.

waAllahua'lam.

p/s:oh ayu suruh capub nama dia. beliau juga di sini, sebelah saya.

Saturday, February 27, 2010

dulang sudah pupus

bismillah walhamdulillah.

post ini post mengejut sebab saya terkejut bila ramai memaklumkan mereka terkejut apabila saya kata sekolah tak akan sediakan talam untuk khamis ni. haihs~

begini ceritanya,
kita kan nak iftor serentak khamis ni. semua orang pun nak guna talam, yes? tahun lepas bolehlah sekolah provide sebab kita ada turn iftor ikut dorm. to be fair, untuk khamis ni talam adalah sendirian berhad punya. kalau nuqaba' takde talam, sila maklumkan adik usrah untuk bawakkan. effort sikit la ek, thanks babe.


haih. i cant stop worrying about the talam thingy, ok rai? ;p

* oh i think my nenek got talam laa but how to get it? going back to hostel tomorrow maa*

may Allah yusahhil umurona.. ameen.

****************************************************************
kisah 2 : ibrah daripada lipas.

pada satu malam yang hening, gua, aimi wa nailah ada sikit meeting sama ustaz hamdi, dan beberapa putera *sape entah mereka di sebalik tirai, hanya nampak ustaz je* tengah discuss pasal kursus pengucapan awam gitu.

tengah tengah agak serious jugakla berdiskusi, suddenly aimi kata camni ;
weh, ada benda bergerak belakang tu

tatkala aku menoleh, memang tak nampak pape. toleh depan balik....
WARRGGGHHHHHHHH~~~~~

ok, satu lipas kaler cekelat, sangatlah gemok, kelihatan berupaya untuk terbang. lalu depan aku dan nailah. macam tu je. macam tu je weh, takde nak kasi notification dulu ke apa camtu je dia redah.

kami bertiga terus terlupa untuk mencover keputerian kami, berlari dan agak menjerit yang bercover. huh~~~ u imagine my friend, depan ustaz kami terbuat camtu. eeei.

dalam beberapa minit, aku dan nailah agak enggan untuk pulang ke tapak mesyuarat. yakin, si cekelat itu masih di situ. lepas aimi confirmkan dengan ustaz tentang lipas tu, lepas ustaz kata si cekelat tu dah pergi kat tempat putera, barulah kami kembali. itu pun sangat was was. seramm~

but then ustaz kata lebih kurang camni ; lipas tu takleh buat pape kat kamu... kalau orang yahudi nak kalahkan orang islam, letak lipas je.. letak tikus ke..nanti semua dah lari.. takyah lawan lawan.. *lebih kurg*

so time tu aku agak termuhasabah 2 saat dan termotivasi untuk berani dengan lipas! tak kira reti terbang atau tidak. yeay!

namun, still i memang tak buleh nak click dengan cik lipas loh. sorry, we're not meant to be together. tapi saya 'raikan' je kehadiran dia di muka bumi ini. pasti ada sebab kenapa Allah ciptakan cik lipas. kalau takde cik lipas, mungkin ekosistem agak akan terganggu? rantai makanan dan sebagainya.. namun cik lipas, if u happen to read this, sila jangan berbangga. saya berkata bergini tak bermakna saya memanggil anda ke dorm saya. shuh shuh..

waAllahua'lam.

Friday, February 26, 2010

sekitar minggu lepas

bismillah walhamdulillah.

oh, saya telah terpengaruh oleh aimi untuk mengepost perihal sambutan maulidur rasul minggu lepas. but now let the pictures do the talking~pagi yang, subhanallah, sangat indah. perhimpunan di tapak, kena ulang lagu badar 2 kali, tu lah sape suruh nyanyi lagu tak ikut rhythm -_-' *oh sila ma'lum camera saya jenama ayam bukan slr yee*
oh, mereka ini sempat lagi bergambar dengan gumbira. biasalah, sangat sensitip bila menyedari kehadiran kamera.

banner puteri form 5~ tepuk sikitt..
mula berarak, ke sekitar perumahan menjalara. ohh jangan didebatkan di sini pula ya tentang hukumnya. bak kata ustaz, ikut fiqh : bid'ah. ikut dakwah : sesuatu yang menguntungkan ;)

puteri turut tidak melepaskan peluang merasa udara luar pagar smkakl. huhu~ sila abaikan peja di situ.
perarakan tammat sudah. beratur sekejap kat dataran sebelum kantin wa koop banjir.yang kain merah semua adik2 f1. yang veteran2 kain hijau.huhu~ *tiada unsur politik di sini ya*
seterusnya, masuk ke dewan untuk ceramah~ credits to backdroppers, backdrop yang sangat cantik cuma nak tanya, kenapa unta pink tu ada 3 kaki je sedangkan unta kuning ada 4?
persembahan qasidah drp pelajar maahad sofa n9~
ustaz salahuddin, penceramah~

BADARians puteri~
dah dah~~ mai pulang ke asrama. call mak dan balik cepat cepat. ahaks..
sekian sahaja laporan untuk post sekitarrr minggu lepas. banner2 utk batch lain boleh diusha di blog aimi or blog badar(belum ada, tapi bakal ada in sha Allah)bersempenakan kempen ihya' sunnah minggu depan, mari sama sama introspeksi, ciput mana je sunnah nabi yang telah diihya'kan(dihidupkan) oleh diri.

waAllahua'lam.

Thursday, February 25, 2010

teknik bugee

bismillah walhamdulillah.

pada minggu lepas yang lalu, oh i thought lepas is lalu?
kursus pengucapan awam telah berlangsung dengan jayanya atas keizinan dan pertolongan daripada Allah jua. kursus ini, yang telah diwajibkan ke atas setiap pelajar bergelar form 5, certain form 4 dipilih, dan form 3 dipilih.

pada awalnya, aku agak rasa cam kursus ni bakal menjadi agak bosan (jarang jarang pergi kursus yang best, hoho) walaupun aku antara ajk pelaksana program ni, eh aimi? tapi setelah diperjelas oleh ustaz, jemput raja pakar pidato datang la, pengerusi kelab pidato datang and so on, kebunyian agak seronok di situ.

pada akhirnya, ya, memang buruk khabar dari rupa. kursus tu memang! bestt~ hamdallah.. banyak benda aku dan kami belajar di situ. walaupon pada tengahnya aku dan fiqah ram agak menggelabah takut tetiba dia kata ; haa , kamu , cube try pidato sikit! but at the end of the day, i realized speaking and communication skills are verrrry important, the very the important, important it is!! (huh, trying to say that, penting lah, penting!)
most importantly, to convey the message of Islam. camne masa kau pidato tentang Islam, camne nak buat orang tertarik kat apa yang kau cakap, gaya kau..and so on. camne nak jadi daie yang baik daripada sudut bercakap.

setakat daripada gambaran yang aku cerita ni, agaknya best tak kursus tu? *winkwink*

huhu. yang tak leh bla lagu tema kursus ni open your eyes. walaupun agak takde kaitan kita kait kaitkan je la kan, aimi n nailah ;p ? naseb baek ler orang tu tak jadikan lagu for the rest of my life lagu tema -_-" .

somehow, aku akui hari ahad kursus dari pagi ke petang merupakan satu hari yang sukarrr. yelah, mak pak datang, homework belum siap, basuh baju lagi, and so on. tapi biasalah kan, nak cari ilmu macam macam lah tribulasi dan kesukarannya, ye dak.

tapi kena ingatlah, ustaz jugak berkorban tau. teringat malam tu ustaz cakap, memang kita yang peserta kursus ni menghadapi hari yang sukar, tapi ustaz pun ada kat tapak program sepanjang kursus, perasan tak? meninggalkan keluarga kat rumah, anak lagi (baca : musleh yang comel). so jangan perasan kita sorang je cam berkorban gilos sume. huhu. (saya utarakan kisah ini kerana keesokan harinya ada orang mengkiki, sangat bengang sebab seharian 'dibazirkan' untuk kursus tu)

**********************************************

sepetang yang panas,

senior : a**ir**, awak ada tudung putih lebih tak?
junior : em, takdelah kak. sorryyy..
senior : oh takpe. thanks.
junior : akak, tadi akak panggil nama saya eh?
senior : em? haah la. nape?
junior : ohh, terharunyaaa. terima kasih kak!
senior : haha (gelak kepelikan dan...(?) )

nilai murni yang boleh didapati pada petang panas itu ialah, bagi sesetengah orang, mengingati nama dia adalah sesuatu yang signifikan dan, wahh, dia ingat nama aku. so, sila silalah kurangkan makan semut dan ingat nama manusia sekeliling, agak untung untuk dakwah di situ. *sila soroti kisah hassan al banna yang ingat nama sorang ahli ikhwan bila kawan dia laung nama dia kat stesen kereta api*

"every night and every day,
never forget to say,
la ilaha illa Allah "

suka lagu ini~ never forget - maher zain & mesut kurtis

waAllahua'lam.