RSS

Thursday, June 9, 2016

Aku impikan sebuah pasukan yang...

Okay, resdung seketika bila buka blog ni. Terlalu berhabuk disebabkan hampir setahun aku tak update sepatah huruf pun kat sini (^^"). Whatever the reason is lah kan.

Tapi harini aku nak share satu post aku jumpa di FB, spesifically kat page JUS-Jom Usrah yang aku rasa sangat2 tersentuh tatkala membacanya dan wajar di-save kan di tempat yang easily traceable, semacam blog aku ni lah.

******************************

Aku impikan sebuah pasukan yang...
Kuat bekerja mencari ahli usrah seperti hebatnya ahli MLM mencari downline,
Kuat promosi usrah seperti kuatnya promosi makanan/air/supplement kesihatan,
Sentiasa follow up anak usrah seperti kuatnya orang TM/Celcom follow up untuk menggesa membayar bil,
Sanggup usrah online walau jauh beribu batu seperti cekalnya orang bisnes menuntut ilmu secara online,
Supaya manfaat usrah pun tersebar luas dan dikongsi dari HATI ke HATI.

Sumber : quranicgen.com


******************************

Aku ter-stalk tanpa sengaja ada beberapa junior yang begitu all-out untuk bisnes MLM waktu cuti semester ni. Kau bayangkan, orang balik cuti 3 bulan nak ramadhan di samping keluarga, deme sanggup bayar lebih untuk LIDV (live-in during vacation -- which means bayar yuran asrama lebih) semata2 untuk follow up coachees mereka dalam MLM. Setiap hari dengan gigih update kat FB apa latest update coachee masing2 dan terus memberikan semangat, motivasi dan segala mak nenek kata2 perangsang agar coachees mereka keep it up.

I was like, WOW! ini luar biasa! apa yang menjadi motivasi mereka agaknya yeh?

Kalau ditanya, jawapan standard pastilah : Ingin berkongsi agar orang lain sihat.
Tapi understood lah kan, antara motivasi terbesar juga adalah : DUIT. Commission yang akan diperoleh. Dan tak salah pun okay. Ini semua mahasiswa yang functional gak lah, cari duit sendiri tanpa menyusahkan mak ayah. Respek.

Cuma cuma cuma, aku terfikir, kenapa aku, tak mampu untuk sebermotivasi begitu dalam melaksanakan DnT? Apakah motivasi syurga Allah tu belum cukup menggiurkan untuk aku? T_T
... Now I hate myself already T_T . I have to be better and wayyyy more motivated in doing DnT as compared to those MLM team!

And this Ramadhan is the right time for me to rejuvenate this motivation.

May Allah guide us...

Wednesday, September 2, 2015

tahniah sebab berjaya naik 2nd year *pat my back*

beberapa hari lagi aku bakal memulakan hidup sebagai pelajar tahun dua jurusan sains tumbuhan. dah, kau jangan gelakkan kursus yang aku ambil. bunyi nya memang sumpah halakar dan err ada ek kursus ni, tapi best je sebenarnya ok. dan aku pun tidaklah berminat sangat untuk ambik course yang too mainstream ni. contohnya macam..... ok tak perlu contoh. itu mencari pasal namanya.

beberapa minggu yang lepas, aku sempat mendengar satu ucapan berapi daripada seorang al akh yang baru menamatkan pengajian universiti nya.

antara isi ucapan beliau ialah, dia merasakan dia mampu untuk 'berkarya' (ni maksudnya bekerja, beramal dalam bahasa indon) dengan jauh lebih hebat lagi di zaman mahasiswa.

aku masa dengar tu, pheww, si polan ni dah cukup dikenali sebagai aktivis yang bagus dah pun. aku ni macam mana la agaknye nak berkarya bagai, getusku dalam hati.

katanya lagi, zaman mahasiswa adalah zaman idealisme.
zaman kita patut bercita tingga, berimpian besar dan beramal dengan sehabisssss tenaga untuk achieve all those. kita mampu sebenarnya untuk beramal lebih lagi, berkorban lebih lagi, bergerak lebih lagi, belajar lebih lagi, membaca lebih lagi (dan travel lebih lagi. ok yang ni aku tambah. tapi abu ammar kata dalam tazkiratunnaqib terlau banyak travelling yang luxury2 ni tak patut bagi para du'at. aku lega je sebab aku travel budget kahh).

masa ni , aku tak tipu aku memang rasa mata panass je. hampir mengalir air mata semangat (aku memang camni, bila semangat rasa nak nangis) bila mengenangkan, aku harus berbuat lebih! mula lah sketch2 apa2 dalam kepala pada saat itu agar tidak lupa azam yang tengah membara bara.

dan kalimat terakhir dia yang membuatkan aku rasa nak terberdiri sebab sangat semangat ialah ' ketepikan semua alasan, terus bergerak ke hadapan!' aku yang kadang2 literalis ni hampir2 je nak mampir ke depan. tapi serius betul, alasan3 ni boleh je nak diketepikan. boleh sangat. ingattt, time nak bagi alasan tuu 'izaa nasohu lillahi wa rosulih' ! 'innallaha 'aliimun bizaatissuduur' !


kesimpulan daripada celoteh aku ini adalah, azamku (bukan azam russia kehh) untuk tahun dua ini ialah, AKU HARUS BERKARYA LEBIH LAGI!

Wednesday, August 19, 2015

aqrabeen

harini aku nak cerita satu kisah sentap. penyentapnya adalah abang aku huk2.

nak dijadikan cerita, pada satu hari tu aku takmo ikut pergi satu open house. bukan aku je, mak ayah aku pun tersadai kepenatan kat rumah tak gi jugak. tinggalnya, sorang abang aku ni yang memang jenis 'family-man' je yang nak pergi. dipaksanya aku ikut.

aku pun, menggeliat geliat lah buat muka penat kata takmo pergi. abang aku pun berlalu pergi. ingatkan abang aku ok, aku dah memang 'yesss' dalam hati ler.

lagipun, ni bukan first time makcik yang ni buat openhouse. house dia memang selalu open pun. kiranya macam tak berapa wajib dan dah jumpa pon masa raya kan kan kann. begitulah aku justify kemalasanku waktu itu.

nak disambung lagi cerita, dia whatsapp pulak aku. pujuk2 soh ikut. hurmm tak habis lagi rupanya mamat ni, aku cakap dalam hati. aku jawab standard je lah .. tak larat lah .. gi lah sensorang.

then, dia jawab : ikram member tak boleh macam ni 
*merujuk kpd perangai aku time tu yang malas memenuhi jemputan*
*dah la abang aku bukan ikhwah*

zrapppppp rabak hatiku T_T 

****
aku kopipes satu post dalam fb ukhti habibti aisyah ;

Menyelami hati para syuyukh atau golongan veteran;
Mereka melihat sebahagian besar anak muda,
semakin hilang nilai akhlak dan adab.
Juga mereka melihat sebahagian institusi kekeluargaan,
semakin renggang hubungan silaturrahim.
Ibu bapa saudara menjadi seperti orang luar, tidak bertanya khabar apatah lagi menziarahi, yang dekat apatah lagi yang jauh.
Bahkan teknologi whatsapp, facebook dan sebagainya yang sepatutnya lebih memudahkan urusan bertanya khabar dibiar sepi.
Lebih mudah bertanya khabar kawan-kawan berbanding ibu ayah, nenek atuk, dan ibu bapa saudara.
-----
Entah. Tak tahu nak salahkan siapa.
Antara mereka golongan veteran terlalu sensitif atau kita golongan muda terlampau tidak sensitif.
Common sense.
huu banyak tanggungjawab kita.
bukan setakat study dan kerja, menyantuni orang-orang luar, tetapi menyantuni keluarga dan kaum kerabat juga perlu ditunaikan hak mereka.