Saturday, March 10, 2012

keabangan

bismillah walhamdulillah.

jadi hari ni cerita aku bertajuk keabangan..
tak pernah2 aku nak cerita pasal abang aku kat sini
tapi tak apa, there's always a first time for everything (betulkan grammar aku kalau salah, my english is rusting from day to day)
abang aku mungkin tak macam abang orang lain
dia tak ikut tarbiyyah (dia even ada sejarah hitam dengan orang3 'agama' ni okeh jadi agak sukar untuk aku bercakap dengan dia soal ini)
dia juga pro bn (haha ada ke kaitan, ada kot)

tapi kadang2 aku terharu dengan abang aku
dari dulu lagi, dia lah yang dok ngantar aku gi lrt kalau aku nak attend usrah ke.. daurah ke.. apa ke..
macam satu hari tu, nak gi aqsa syarif nye program, so macam program tu start awal pagi
nak travel lagi ke tempat program tu, kena keluar rumah seawal pagi yang boleh la kan
aku pun apa lagi, roger2 abang aku mintak hantar sampaiiii ke tempat program wahaha (err bukan nak manja sangat tapi kalau naik ktm takut by the time aku sampai program pun dah habis)

padahal abang aku baru balik kerja awal pagi tu ( dia shift malam pulak hari kejadian tu)
tapi dia gagah2 je ngantar aku, takut jugak aku sebenarnya, asik dok menguap je sepanjang dia drive tu
pulak tu aku mintak singgah kat kl sentral jap, nak ambik cik jah yang ingin menumpang sama
aku pun pergi la cari cik jah kejap
dan sementara aku cari (sekejap sangat kot) abang aku sempat lagi tidur
nak kata betapa penatnya dia
hew2.

aku selalu doa, agar dia ditemukan dengan kawan2 yang soleh2
dan moga2 sebab dia tak berkira (er walaupun kadang2 mintak gak duit minum) nak tolong aku hantar aku gi program2 tarbiyyah ni
dengan sebab itu, Allah memberikan hidayah kepadanya

the end. ( satu audi tepuk tangan )

Friday, March 2, 2012

hakikatnya~

bismillah walhamdulillah.

fuhhfuhhh (tiup blog yang dah berhabuk)
jadi, superserikandi telah pun kembali
dan sebenarnya banyakkkk je benda nak cerita dalam ni
tapi mungkin kekangan masa(konon) dan internet kat bumi barakah dq ni
menyebabkan blog ni terbiar begini sekali

jadii..haritu iqrac ada buat program kat maahad hamidiah
dan, begitu terharu kerana berpeluang dengar pengisian daripada dr hizul
setelah bertahun lamanya
(sebenarnya pernah dengar sekali je, masa form 4)
alhamdulillah, pengisian dia sangatlahh basahhhh ok
dan sangat3 teringat moment2 dulu kala, masa awal mengenal tarbiyyah..
teringat kat halaqah di musolla saban ahad..
teringat kat akhawat yang travel jauh2 untuk jumpa kitorang walaupun keesokannya ada kelas..
teringat kat teha,wardah(majlis syura HAHA),farahana,carey,jannah,dan akhawat smakl yang kini bersamaku di dq.. (dan ramai lagi sebenarnya, the list goes on ok)
dan of course lah paling teringat
kat murabbiyah terchenta ku T_T (ex murabbiyah, to be exact)

terus meng sms kerinduan terhadap kenangan2 tu kat cik ex murabbiyah ku..
dia reply, " waa..jgn begitu. Rindu sgt juga. Tapi hakikat adalah hari ini."

ya, hakikat adalah hari ini.

teruskan melangkah.