Thursday, December 31, 2009

leaving on a jet plane. jet plane konon

bismillah walhamdulillah.

hoyeahh! sudah mahu pulang ke asrama, lagi 4 jam.

hoyeahh!!!!!! !!!! !!!

ok, ini adalah hoyeah sedih sebenarnya.


berat hati gilos nak pack barang padahal jarak sekolah dengan rumah 15 mins je, tapi aku perlu balik harini juga. dalam time2 lepas zohor juga. la budda!

sebab

nak cop katil. muahaha. ya Allah, rezkikan lah aku dapat katil bawah tepi pintu. aku nak cahaya lampu time malam untuk belajar. andai katil tu baik untukku.

sila amin kan ramai ramai. ;)

eh silap silap. sebenarnya balik awal sebab kena prepare segala bagai untuk orientasi adik adik form 1. yeahh form 1 sekalian sila terharu *astaghfirullah ni ikhlas idak ni buat kije?!* juga segala preparation untuk pelancaran usrah. ok ok ini aku mula sebak T_T aku tak tipu, tetiba rasa berat sangatttt nak pikul menda alah ni. ya Allah, kuatkan aku...dan kuatkan kami...

sudahlah, sabtu ahad depan mak pak aku datang visit jugak. gaya cam nak fly gi jordan mesir uk france je.

dah . tatau nak cakap apa . haha. apa merepek sangat entry ni. kalau adik adik f1 bakal masuk baca mau hilang thiqah kat aku,,,woha!

ok, sila doakan kami. kami mahu bina asas tarbiyah yang kukuh di sekolah itu. pls pls pls. so, doakan lah kami jadi soleh solehah plus musleh dulu yep. on the spot kau baca ni terus doa la kalau boleh. takut kalau tunggu2 terlupa kang.

:(

:(

:((

:(((

dahhhhh. ngade ngade pulak aku ni. cukup cukup la tu sedih. buleh caya tak, aku sedih nak tinggalkan segala kesenangan kat rumah ni?! astaghfirullah..apodaa...

infiruu khifafa wa thiqala! (9:41)

pls berangkat sekarang wahai diri. gi kemas baju cantek cantek dan berambus dari rumah ini laju laju.

seriously, aku berat hati. so doa koranglah yang akan meringankan hati aku. hohoho. perasan ouh ada orang baca. oklah, at least shark akan doakan aku. wardah pun. harap korang bukak blog aku sebelum pulang ke asrama jua, oh!

cukup.

waAllahua'lam.

p/s: ok sebenarnya masih tak cukup. :(((((((((((((((((((((( <--- lambang sedih

pulang marilah pulang

bismillah walhamdulillah.

bukak mata tutup mata bukak tutup dan bukak sebelum tertutup selamanya, cuti secara serius nya sudah sampai ke penghujung rancangan.

pejam mata celik mata pejam celik pejam, sebelum terpejam selamanya, 2010 menjengah sudah. heh.

satu kisah yang masih sugar bugar dalam ingatan ;

tempat : dorm sebelah
tahun : 2006
zaman tu, zaman aku form 1, kad matrik amatlah penting dan maksima penggunaannya. kalau cam zaman sekarang, kad matrik ni consider endangered species(?). orang tak heran, tak guna dah. poodah, rugi je aku bayar time awal2 kemasukan dulu. muahaha skema is cute, at times. eh terkeluar topik lak.

ok sambung, so zaman tu budak dorm rata rata pesen yang klipkan kad matrik kat katil. satu hari ni, sorang kakak form 5 2006 belek belek kad matrik adik form 1 2006 nya seraya berkata : sah sehingga 2010? lamanya lah korang duduk kat sini lagi. akak keluar dah tahun ni *lebih kurang gini*

apa aku nak cerita kat sini, tak lama pun, dah 2010 dah weh, 4 tahun mengharungi suka duka muka asrama. best jugak asrama ni, susah sama, senang pun bersama. kalau menu ayam, semua dapat merasa, kalau takde air, semua merana. cis apa masuk mode jiwang rust ni.

bergelar super senior esok sudah. hoh, super ke? haha super la nama blog pun superserikandi (konon ). aku takde buat apa apa persiapan mental ke fizikal ke, spiritual ada tak? boleh la sikit sikit.

tetiba kan, aku baru teringat banyak rupanya benda nak kena settlekan tapi belum settle lagi and i just have to work my heart out! T_T


folio bm siap sudah, alhamdulillah. ada kah kalimah lain yang lebih wajar untuk aku ucapkan?
folio english dan konserto, huhu, ada planning baik punya. khas untuk mereka yang last minute worker. ish, tak sihat betul kerja last minute ni, kata spm candidate. haigoo~

babe, sorry la kalau tak berkenan/rasa menyampah dengan kejakunan aku bergelar form 5, siap kata spm semua. kalau tak puas hati sila klik pada red box kat tepi atas tu. huhu. serious wa cakap sama lu, itu tandanya hati sakit la tu. orang cerita camni pun sakit hati kaa? adodoi. come on..

eh, tiba tiba masuk mode emo lak ni. aku dah tatau nak cerita apa. padahal banyak gilos benda nak cerita kat superserikandi nih. dahlah. mari baca mathurat petang.

oh oh, aku lupa nak inform naqibat untuk beli notebook baik punya khas untuk usrah. maka, ni aku tengah inform la ni. sila sampai sampai kan ye bagi yang tersinggah. ceh, bajet ada orang singgah. takpelah, biar aku gitau sendiri =.='

waAllahua'lam.

Tuesday, December 29, 2009

boleh boleh

bismillah walhamdulillah.

ini post khas untuk adik adik form 3(eiceh adik adik gituu).

double khas untuk adik dorm aku, dan adik TN aku dan adik usrah aku.

alf mabruk buat kalian, walau berapa A sekalipun yang ter listed pada slip pmr kalian.

buat yang 9a, sila jangan berbangga bangga. kejayaan ini adalah nikmat, boleh jadi ujian. pulangkan segala pujian hanya kepada Allah, wa mannasru ILLA MIN "INDILLAH, al aziz, al hakeem.(nak tau maksud cek sendiri dalam quran kui3 baru effort sikit)
bak kata opick, bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara?

buat yang 8,7,6,5,4,3,2,1,0 a, this is not the end of the world. korang masih hidup ok. life goes on. tak kisahlah terpaksa keluar dari smakl tercenta, ataupun nak apply kisas ke sbp ke mahupun yang memang stay smakl(apa keling sgt ayat ni). satu pesanan akak, i've learned something. it's not about WHERE you study, it's HOW you study. ok?

cerita pmr ni agak terlambat untuk saya post kan. tapi takpe, better late than never. hoho. kena post juga nih! bagi meraikan adik adik kita.

entahlah, sebenarnya rasa isk isk, sebab rasanya masih segar lagi ingatan time akak yang gi ambil result. pmr tak menjamin apa apa sangat dik. 9a ke, berapa a sekalipun, tak menjamin kecemerlangan mahupun kebengapan zaman f4 , let alone f5.

doakan kami beramai ramai. kami pun pasti mendoakan anda beramai ramai(?).

allahummaghfirlana, wa li ikhwaninallazina sabaquna bil iman.........


waAllahua'lam~

Wednesday, December 23, 2009

h.a.n.g.O.U.t

Bismillah,


sudah lama rasanya tak mengepost dengan sebenar benar perasaan nak post. takpe takpe, i ni blogger tak bertauliah je. kui3.

apodaa, pasal maal hijrah pun aku tak cerita. takpe takpe, aku rasa semua blog dah cerita pasal maal hijrah. aku pun malas nak cerita pom baik punya pasal azam azam aku and so on. tak payah cerita banyak ye cik saff, buat je. amal amal dan amal. ok ni bukan amal budak dorm aku drp form 1 tu ye. ini amal la. amal....

****************

finally, hang out juga dengan diorang. setelah sekian lama dari awal cuti lagi fatin ajak, baru semalam dapat gi. alhamdulillah. ni consider sebelum 'semua orang balik asrama' la kan? huhu

makanya, semalam gi ronggeng kat ou. bukan uo ye, OU. haha. perendek2 proffessional adalah ; mun, dib, tra, fatin, sarah dan aku. perjanjian untuk gather at 10.30 - 11.00 tak berapa nak dipatuhi. kuang3, sape la tu.

and guess what, keenam enam kitorang adalah daripada sekolah yang berbeza beza. SAMT BBST, SMK DU, SMK DJ, MRSM, SMK TTDI, dan SMKAKL, hoyeahh. haha

tapi to korang , aku tak tipu lah aku sangat guilty plus terharu semalam. isk isk. agak disebabkan aku, korang kensel tengok movie. seolah olah aku ini penghancur kebahagiaan korang. muahaha.. aku sebenarnya ok je korang nak tengok movie cumanya aku tak join lah and trah leh je accompany aku untuk meronggeng ke seantero ou time korang tengok movie.

tapi diba kata, tak bestlah semua takde. and finally korang kata takyah tengok and kita headed to pizza hut. i know, mun dah siap pakai contact lens sebab nak tengok movie, fatin pulak nak tengok puteri dan katak. thanks korang. walaopon korang masih kurang ngerti apesal la aku taknak tngok movie, namun diba tarik aku ketepi dan seolah olah mengajar aku supaya terus berprinsip !(despite diba mmg nak tgk movie jugak T_T)how sweet ~

usai solat zohor (apesal usai?) tetiba ada idea ajak main bowling. perjalanan ke u bowl digerunkan dengan cerita sarah, katanya ada kes orang tertinggal/terputus jari masa main bowling. isk isk, scary kot. namun, itu kes jari gemuk kot. terus bermain, game pertama agak hampeh, game kedua semua nak tunjuk belang cuma belang aku je tak tertunjuk tunjuk cis laa.

heh, satu benda aku notice, masa orang lain main, kita semua dok jampi 'longkang longkang' . masa aku main je korang kasi semangat. itu pasal la aku rasa aku tak dapat score !!! kalau korang jampi aku jugak, heh, u all shall bid goodbye laa ;p apa pon tak leh lawan la style sarah baling. and , naseb baek tak jadi gi karaoke lepas tu, pheww *lap peluh kat dahi* ;p

apa pon weh, i had good times with all of u. serious. eventhough i dengan fatin agak awkward masa awal awal tu. keh3. bak kata diba, tak sangka kita leh bkumpul camni kan.

the picts that enough.

minah biru tu lawan sengit aku. markah sipi sepoi je. heh.


fatin, tu longkang laaa ;p (sejuk hati melihatkan kalimah syahadatain tertampal dengan gahnya dalam kesibukan ou. bendera arab saudi *takde dlm pict ni*)

US ! *diba sebagai pemukul gambar*


sebenarnya, banyak lagi cerita lain yang jauh lebih signifikan daripada cerita bowling neh. huhu. tapi takde feeling dalm blogging semenjak dua menjak ni. haigoo. come on, set your priorities right!!

waallahua'lam.

Saturday, December 19, 2009

sila isi dengan tajuk yang anda mahu

Bismillah.

huh, tetiba rasa tak best.
rasa nak campak blog ni kat luar tingkap then tutup tingkap dan kunci. heh.

T______________________________________T

aku kehilangan set baju batik tahun ni. setelah 4 tahun sikit punya baik aku jaga. heh, padan muka. Allah nak ingatkan lah tu. segala apa di langit dan di bumi hakikatnya milik Allah, bila bila je Allah nak tarik balik beb! kui3...

tapi, aku tak nak bitau mak aku. nanti mak aku hilang thiqah kat aku. keh3...

big girl i am, settle sendiri lahh!

maka dengan riangnya i dah cop baju batik kak ammal! (baju saja without kain putihnya sob sob)
i juga cop kain jumaat kak yan! ( since kain jumaat yg asalnya i punya memang lama dah hilang and currently pakai kain jumaat ihsan aisya z mana tah dia cekup yg pasti bukan dia punya sebab longgar gilakkk~)

so, i dalam misi mencari kain putih ~~~~

ok sudah.

waAllahua'lam.

Friday, December 11, 2009

believe it.

Bismillah walhamdulillah.

kalau ikut perancangan asal, sekarang ni aku tak sepatutnya berada kat depan comp ni. patut ada kat meja belajar i'adah physics sampai masyi. (weh apa tibe byk istilah budak dq ni ;p)

tapi memandangkan dorm seberang aku ialah toleransi, aku kasi can la bukak comp jap jalan jalan cari suntikan iman, yeah! (sekadar alasan utk menutup keserba salahan. haih)

apasal tiba gedik taip dari kanan. hoho afdhal sikit kot. kui3. ok lupakan.

seperti yang aku tahu dan korang tatau, rata rata kita dah dapat result kan. ok ini soal aib kabir takle citer apa result huhu.

tapikan, haritu, aini yakni pen ketua pengawas tu (bak singgit penat aku publisiti nama kau huhu) men sms, dan memaklumkan aku kelas 5 othman 2010. ok serious aku tak bercaya baca sms 2 darab 5 kali, salah eja ke, ni saff ke dia maksudkan saff solat ke nama sabun iskk iskk.

alhamdulillah, aku bersyukur, at least takde lah tiba tiba nama aku kat kelas umar ke kan, nanti sape nak ajar bio huhu. ataupon tiba nama aku naik kat list pelajar kisas ke kan hahaha :) ada juga tempat di smakl untuk 2010, thumma alhamdulillah.

since aku tahu dan kenal diri aku, aku rasa cam ada semacam kesilapan pendataan. tak mungkin aku kelas tu~~~~~ wuuuuuuuuu. gilak competetive it gonna be. bukan aku nak kata akan jadi competetive dengan kehadiran aku haha perasan. tapi budak2 kelas tu la. isk. dan aku tak nak percaya 100% , takut tu betul2 kesilapan data makanya nanti aku gak malu huhu. sedikit pesimis di situ.

andai betul, ni musti Allah nak tarbiyah aku, soh aku belajar lagi kuattt! yearh biskut tigerrr. tapi jauh di sudut kidney, aku rasa malu nak masuk kelas tu, serious tak tipu dan bukan nak buat drama. serious malu. keliling sume memang set set budak cemerlang gemilang isk isk aku pon nak cemerlang i know i know kita kan nak jadi orang luar biasa so for the sake of islam i must! jadi cemerlang jugak. takbirr! Allahu akbar ( eh eh semangat tibe?)

asal lately ni aku rajin update ar. isk tak patot betol, patot iman aku jauh lebih updated dan sentiasa up to date daripada blog ini. isk isk. astaghfirullah.

tadi kita buat orang happy, alhamdulillah. huhu. apa daa tu pon nak kecoh ke.

waAllahua'lam.

p/s : tadi i berbalas pantun dengan pika shoid. dia rindu i la tu haha

Thursday, December 10, 2009

ayam

Bismillah.

every man dies, but not every man really lives.

maka, aku yang masih hidup, sila 'really live', manfaatkan sisa hidup yang tinggal. (huh tapi dok depan laptop jugak. astaghfirullah~)

takde kaitan dengan tajuk. cuma tadi makan ayam.

hari ni hari jadi ayah aku, yang ke 58. babah dah tua dah, bah. moga Allah terus memberikan hidayah dan taufiq buat babah. my babah is the best babah ever! :)

tadi pergi giant, masa tengah jalan dalam keadaan perut nyanyi lagu badar (tetiba je badar weh) lambang lapar bangat. jalan punya jalan, nampak satu muka yang seakan familiar. pika shoid kah? naa. bukan dia kat penang. macam najlaa? naa. tak mungkin.

berpuluh minit kemudian, pika shoid mensms dengan saspen, tanya aku kat mana, pakai baju apa. haha, masa ni aku senyum punya lebaq sampai abang aku usha kehairanan.

sah!!! tadi tu memang pika shoid.

mula lah pika buat drama, kata, patutlah aku mimpi korang semalam, petanda nak terserempak dengan kau hari ni! huhu. dan dia kata aku dah berubah. makin c.a.n.t.e.k eh weh? kui3. ;p

kau dah tak sechubby dulu lah. kuat sangat main gitar kot sampai leh kurus ;p (apa kaitan main gitar dengan lemakkk)

cukup kisah pika shoid. moga Allah kenalkan dan kekalkan kita pada jalan tarbiyah dan dakwah :) . sehingga ke nafas terakhirrr

.....

jalan punya jalan lagi, nampak sorang minah ni. dia pandang aku dua kali. aku buat macho je la. mengenangkan memang power spek dah naik, malas nak mengecikkan mata untuk fokus siapa tu.

tetiba dengan semangatnya mak aku gi sapa minah tu dan ayahnya. huhu.

sah!!!!again. aqeela!

jiran lama aku. dulu masa kecik dia salu ronggeng rumah aku. rumah dia pon aku dah biasa golek golek. dulu, selalu bentang kain khemah kat porch rumah dia, then bawak tin biskut dan payung, main camping2. agaga.

and selalu lepak kat library sama sama, sampailah aqeela ni pindah. huhu. :( rumah dia ni selang sebijik je dari rumah aku :) sebelum ni. its been ages wehh~

sorry tak notice awak qila. bak kata adik, dah berubah! adik berbicara sedikit jahat , " budak sri aman tu. pakai tudung dahhh.."

hidayah Allah tak mengenal kat mana kau duduk la dik. somehow bi'ah tu memang mempengaruhi juga lah. respek sama lu!

lepas exchange phone number, terus sms. huhu. she said, adik saffana semuaaa dah besar. shows how long dah! :)

ok itu saja. khairina masih belum dijumpai :)

waAllahua'lam.

p/s:baru dpt sms ika shoid. katanya, terubat rindu dapat nampak aku walau sekilas. heh :)

pak cik dm

Bismillah.

kat ym tadi, kak shida memberi tahu, bahawa dia baru dapat tahu tengah hari tadi, pak cik hamzah tukang masak dm kita baru sahaja meninggal dunia.

inna lillahi wa inna ilaihi rooji'un.

moga kita dapat sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
moga dia tergolong dalam golongan yang soleh.
moga Allah menerima setiap amalan baik arwah.

yang dah banyak membantu kita, terutamanya perihal makan dan majlis kat dm. disebabkan kita makan kat dm lah, kita punya tenaga untuk solat, untuk belajar, punya makanan untuk sahur, dan berbuka.

al faatihah~ (baca tau jangan kedekut)

hidup itu memang. mati itu pasti. (quote drp buku langit ilahi).

waAllahua'lam.

p/s:penulis dimaklumkan tentang kesihatan pak cik hamzah yg tak berapa namun sebab kematian yang spesifik tak dimaklumkan. boleh cek sendiri bagi yang ingin tahu. dan moga kita mengambil ibrah atas setiap kematian yang kita tahu.


Tuesday, December 8, 2009

library.

Bismillah walhamdulillah.

maka secara sesuka sukinya library kebanggaan warga ttdi telah menjad port lepak ku saban hari.
asal lately ni asyik war warkan perihal ttdi ek. huhu. maybe sebab tak ramai tahu kewujudan ttdi kot. and selalunya orang sangka ttdi aku ni ttdi JAYA yang shah alam tu. adududui. ttdi ni takde jaya jaya nya. ttdi TAQWA namanya :) (cett sejak bila huhu,memetik nama masjid femes ni ttdi ;p)


one thing i noticed, kat library rata-rata nya adalah mereka yang berbangsa cina. tepuk sikitt. huhu. ok ini bukan post racist ya. ;p . nak citernya sebenarnya tak ramai melayu lah. lagi lagi kat area kanak kanak. kat area remaja dewasa oklah ada jugak budak sekolah set set aku yang melayu ha.

kalau kat area tempat tinggal aku nih, melayu tu islam lah selalunya. tataulah kalau area korang lebih ramai cina dan india muslim kan. maka bukan nak men-generalisasikan. cuma satu kesimpulan yang aku terburuk sangka tadi, masih kurang muslim yang datang library. ok ok mungkin dorang baca kat rumah ke kat kedai kopi ke kan hadoi.

pesanan penaja buat diri sendiri yang baru je menjejakkan kaki di library tu setelah 4 tahun menyepi sampailah member card pon leh expired : read, you'll conquer the world :)

waAllahua'lam.

p/s:penulis pernah menjadi pengunjung perpustakaan sekolah dan perpustakaan ttdi yang setia. namun kesetiaan ini tercalar setelah masuk smakl. setelah 4 tahun baru perasan yang dah lama gilak tak jejak itu perpustakaan. apakah? oh. alhamdulillah, Allah menggerakkan hati dan kaki ini untuk ke library. :)

Monday, December 7, 2009

masa kecik

Bismillah.

semalam kan, aku ditipu hidup hidup bolat bolat oleh kawan aku yang aku thiqahhhhh gilak.
dia kata kan, dia dah bertunang, siap berwebcam lagi tunjuk cincin tunang. semangat gilos citer itu ini. last last kan. dia kata, dia tipu je. wehhhhhhhhhhh. dan aku sebenarnya tak ter-affected pong dengan tipu daya dia since kehidupan ni memang permainan dan senda gurau je weh cewah.
somehow aku saja nak kasi dia muhasabah jap aku buat konon merajuk. ngada ngada kan. takpe, ngada ngada dengan kawan perempuan :)

setinggi tinggi kesyukuran diekspreskan kepada Allah, tahun ni aku terjumpa ramai kawan lama aku. contohnya , ika shoid. haha. fatin fadzil? huhu. consider friend la kita ek? ;p dan siapa siapa entah lagi, credits to fesbuk. walaopon aku tak nafikan fesbuk tu penuh dengan game game buduh. hoho. apa pun, tertarik dengan komen seorang ukht ni terhadap fesbuk, Islam akan terus berkembang tanpa fesbuk. tapi islam akan makin dihina kalau tidak menguasai fesbuk. kesimpulannya, lu pikirlah sendiri ( ok ini tidak bagus seharusnya kau explain) tapi aku nak back to topic.

maka, secara terbukanya di sini aku sedang mencari my loooooong lost friend bernama khairina. dia ni budak samttaj tapi tatau lah kalau dah pindah sambest kan. huhu.

aku memang hilang jejak habis la dengan minah sorang ni. isk isk. cam, semua orang takde contact dia. dari diba sehinggalah athirah apatahlagi shazreen haha. untuk dijadikan kenangan sebelum aku jadi pelupa, suka untuk beta menceritakan camne beta kenal sama dia.

masa aku darjah 1 & 2, aku sekolah agama belakang rumah je. sebelah padang sebelah balai polis atas bukit. warga TTDI sejati tahu la kot katne. masa aku naik darjah 3 mak aku pindahkan kat sekolah agama lain, under JAIS lah. kat selangor. aku dok kl. sanggup oh hantar jauh jauh. jazakillah ma~sebab? sebab mak aku berharap gilos nak hantar aku masok sambest sekolah top tu.

isk isk, tengok tengok Allah takdirkan aku dapat jaid jiddan yang sipi sipi ke mumtaz masa darjah 6 nye psra, that was 89.4 . memang sambest tolak aku awal awal lah since sekolah tu kalau perempuan dia ambik kitar2 95 and above je. walaopon upsr 5a. heh

maka, tercampaklah aku kat? smkakl. huahuahua. alhamdulillah, innalhamdulillah. :)

masa darjah 3, aku tak sekelas dengan khairina ni. tengok dari jaoh je. sebab dia ni saingan hebat aku. boleh kata top student lah jugak. mumtaz selalu. paling busuk jaid jiddan. maka masa kecik memang persaingan kitorang agak sihat. walaopon masa tu tak mengerti langsung belajar kerana Allah. tahu, nak kejar mumtaz, yes.

naik darjah 4, sekelas dengan khai ni. kitorang panggil dia khai sebab masa tu tengah hot akademi fantasi tau tak khai yang ada kucing tu? haa. so my friend ni cam perasan lah. hoho. piqa, kau ingat kan?
khai ni pengawas, kain cekelat, same je dengan ika shoid. aku je kain hijau. huhu sensitip ;p . macam macam lah kenangan aku dengan dua minah kain cekelat ni since dorang dok belakang aku je masa tu. ingat lagi ustaz abdul rahman, kalau tanya soalan pastu kitorang dapat jawab, mesti dia cakap, "MUMTAZ!" hoho. and yeah, aku ingat lagi ustaz suka buat spot check gigi and kuku. hee~

naik darjah 5, aku rasa aku terpisah dari dia. darjah 6 eii lagi la. huhu. tapi kenangan paling tak leh bla masa darjah 6 was, aku gaduh besar dengan diba, sarah gaduh besar dengan mun. and pergaduhan kitorang ni dapat dihidu oleh ustazah. sebab encik nadzir yang telah pecah di mulut suka suki komplen. cettt. boleh lak ustazah damaikan kita kan, diba? :) (ok kak diba jgn perasan ;p)

kehabisannya, aku rindu syadid la sama itu khairina. so, siapa ada kenal khairina samttaj shah alam tu, sila roger aku. nak hang out dengan beliau di ou ni. haha. fatin dah memekak mekak bila nak kuar bila nak kuar. (bunyi cam tak berfikrah gilos si pemilik blog ni kan ronggeng je keje)

itu saja. waAllahua'lam.

p/s : last jumpa khairina masa darjah 6 ambik anugerah psra kat bilik mesyuarat yang disponsor oleh bapak sh. zahirah idid. aku ingat lagi weh~

Saturday, December 5, 2009

celikkan mata hati~

Bismillah walhamdulillah.

terimalah, open your eyes - maher zain ! oh, lagu nya boleh dengar kat tepi blog nih, ataupon pandai pandai search kat youtube, or lagi sedap terus download kat sini klik!

oh, i appreciate music. =)

Look around yourselves,

can't you see this wonder,

spreading from the view,

the clouds floating by,

the skies are clear and blue..

planets in the orbits

the moon and the sun

such perfect harmony


*bridge


lets start questioning ourselves,

isn't this proof enough for us

or are we so blind

to push it all aside..no..


**chorus


we just have to,

*open our eyes, our hearts, and minds,

if we just look, try to see the signs,

we can't keep hiding from the truth,

let it take us by surprise,

take us in the best way (Allah..)

guide us every single day.. (Allah..)

keep us close to You,

until the end of time..


look inside yourselves

such a perfect order

hiding in yourselves

running in your veins

what about anger love and pains

and all the things you're feeling

can you touch them with your hands

so are they really there


repeat *bridge and **chorus


when a baby is born

so helpless and weak

and you're watching it growing..

so why deny, what's in front of your eyes,

the biggest miracle of life..


repeat **chorus

repeat *


Allah..

You created everything

we belong to You

Ya Rabb we raised our hands

forever we thank You..



waAllahua'lam.


p/s : astaghfirullah, ampuni aku ya Allah. seringkali aku pandang sepi hidayah2 yang Kau utuskan~

Wednesday, December 2, 2009

nextmonthdahform5

Bismillah walhamdulillah.

ok, tak kira. aku still nak mencoret rasa. walaupon dalam taubah mode sekarang (haha takde kaitan).

ehem,

aku melihat seseorang itu, dahulunya dia pernah mengajak manusia meninggalkan suatu perbuatan. tapi, hari ini, dia diuji. diuji dengan apa yang pernah dia canang canangkan. diuji dengan apa yang pernah dia dakwahkan.

iskk~ aku jadi takut. aku sendiri pasti akan diuji dengan apa yang aku pernah katakan T_T . moga Allah menguatkan aku, untuk menjauhi kabura maqtan 'indaAllah...ok serious takut. maka, to all readers (haha bajet ada), sila doakan aku kuat. untuk berbuat. tapi takyah lah bitau aku yang korang ada doakan aku, nak kasi maqbul sikit, ahaks~

ok ni cerita lain takde kaitan dengan manusia di atas.

wans epong e taim,

x : s, gi la mengisi sikit2 budak2 kat luar tu. daripada dorang dok terbongkang baca novel main kad and so on so forth.

s : erm, okes okes ( menerima pengarahan dengan blur). nak cakap apa btw?

x : cakap je la apa apa. sebab sekarang kan dah lepas exam. jangan terlalu banyak buat benda lagha ke. apa apa lah.

s : oh okes. ( bergerak ke arah budak budak yang dimaksudkan dan goreng goreng sikit lah)

de nex dey,

s berada di dorm pada satu pagi hujung minggu yang agak membunuh akalnya since asrama cam lengang gilos sebab form 1 form 2 form 5 takde. form 3 secubit dan form 4 harapan la sikit.
s nak outing, sementara menunggu kawan dorm seberang ajak untuk tukar baju batik, dia berbaring kat sebelah adik dorm dia yang tak bangun bangun haha.

s ternampak seketul komik sebelah adik dorm dia, and wonder, komik apa nih. jeng jeng jengggg...

sambil baring baring, s pong bukak, dan baca intro, baca first page. oh, komik jepon. ala2 jepon gitu. tak sempat habis pun first page tu, suddenly.........

n : salamualaikum. weh s baca komik !!!!!!! (takjub gila muka) tau tak adik dorm aku kata apa?

s : er weh weh aku tak baca lah, baru terbukak first page! hoho, apa dia kata?

n : masa tu aku tengah baca komik, then dia kata, " semalam kak s kata, tak elok baca novel cintan cintun yang bulih melemahkan iman and komik2 yang lagha2". and hari ni kau tengah baca ( sambil buat muka wek wek haha)

s : ouch, tapi aku tak baca pon, baru bukak weh seriousssss.~

n : hahah lepak ar, aku baca gak......

s : tapi aku tak ler... huhuhuhuhuh

lepas lepas tu, s terduduk muhasabah. astaghfirullah,,,walhamdulillah. baru je nak bukak komik tu Allah dah hantar pemberi peringatan. huhuh. terima kasih ya Allah..kerana masih mengingatkan aku, bisik s syahdu.

nota buat daie : apabila kita diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu tandanya Allah ingin mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita katakan. bersyukurlah, kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..

astaghfirullah wastaghfirullah li walakum.

waAllahua'lam.

p/s : friends, doakan aku. next month dah form 5. result dah sampai rumah~ (^o^)/