Tuesday, September 17, 2013

.

He never forgets.

Sunday, September 15, 2013

menikahnya dia di jalan dakwah

bismillah.

alhamdulillah, semalam mantan murabbiahku telah menikah, dan harini walimahnya. and im so happy for her. really.
but at the same time i feel really3 bad for not attending her walimah :'( *akak sorry sangattt. last minute sangat tak jadi pergi. baju pon dah siap pakai sobs. ada beberapa kesulitan yang, yang, mungkin ada hikmahnya. wuuu*

melihat gambarnya di fb, seriusli membuatkan aku tersenyum2 seorang diri. mehehehe geli pule ayat. tapi betul. tak tahu lah. rasa macam, emm akak dah kahwin akhirnya. dengan seorang ikhwah. alhamdulillah.
mungkin Allah saja yang tahu the mujahadah that she went through demi untuk membina baitul muslim dengan pasangan yang jugaa seorang ikhwah. demi menjaga asolah fikrah. eh pandai2 pulak aku ni

jadinya...

dialah insan yang bertanggungjawab 'mengheret' aku ke jalan ini. my first murabbiah ever(syadid pulak tu hehehe. this is a compliment kak ;) ) yang penuh sabar ulang alik tanjung malim-kepong-smakl saban minggu untuk menghalaqahkan kami walaupun susah sangat nak satu halaqah tu full attendance nya. masa tu aku tak terfikir sangat pun akan kesusahannya. mungkin sebab aku pon budak sekolah, bukan tau sangat macam mana dunia budak u ni. until aku sendiri menjadi pelajar univ, baru aku faham sedar betapa tadhiyyah-nya dia masa nak tarbiyah kami dulu. sobs. dengan halaqah dia sendiri, bawak halaqah lagi, daurah hujung minggu lagi, syuro lagi, assignment lagi, tapi masih mampu untuk ke kepong setiap minggu. seriously :'(

masih segar bugar je di ingatan, macam mana tiap kali halaqah mesti akan tadabbur ayat dulu. dan aku perasan, akhawat geng2 dia ni memang dalil2 hafal hujung jari je surah mana ayat berapa. ala2 ustaz zakir naik gitu. subhanallah. dan betapa dia strict pasal ikhtilat huhu, pasal perkara2 lagho ni(pernah dulu chat dengan dia sambil main game, langsung ditegur :)

masih ingat jugak the firstttt daurah yang aku attend di masjid belakang smakl. masa tu dengan akhawat upsi. juga akhawat kolej matrik mana tah. tapi takkan lupa, tajuk daurah tu ialah 'ahammiyah tarbiyyah'. tak ingat sangat pon isinya hihi mentah lagi la katakan, tapi paling3 ingat makan nasi lemak sepinggan dengan kak hidayah halim(yang dah kawen dah pon, tak sangkaa begitu cepat :)

jugaa...program di klcc. pasal ukhuwah pengisiannya. masa tu dia suruh jadi ajk ape ntah dan aku memang tak reti benda2 cenggini. akhirnya macam ada tergaduh sikit huhu(rasa kerek jugak time tu sebab gaduh dengan akak yang dah besar ;p) masa tu participants dari kalangan kami tak ramai pon, yang meramaikan adalah akhawat nun dari terengganu dan sebagainya. dan dorang cakap dorang datang untuk 'meramaikan' dan 'meraikan' prog kami ni. like seriouslyy. time tu susah nak digest apakebenda 'kesusahan' yang dorang buat ni :')

dan...bila dia dan beberapa akhawat nak datang ziarah raya. time tu macam, aishh cmane ni murabbiah nak datang. huhu. tapi rasa sangat bangga bila dapat kenalkan pada mak 'inilah jenis kawan2 saya'. err jenis. haa lebih kurang laa. juga bila aku dan teha ziarah pulak rumah dia nun di banting. takkan lupa burung puyuh goreng dan beberapa masakan kampung yang tak pernah dijumpai tapi sangat marvelllouss

paling menyentuh hati, pernah masa satu sitting tu, dia suruh kami curhat perasaan kami or apa2 yang nak di share kat sekeping kertas. a week after dapat surat reply dari dia. tak tahu tapi macam gembiraaaa sangat baca surat pemberian dia tu. tulis tangan pulak tu hehe. dan mungkin gembira sebab surat aku yang paling panjang kak diba reply ngehehehe

dan bermacam macam lagi benda2 yang aku belajar indirectly dari insan ini. terlalu banyak. walaupun akhirnya, satu 'perpisahan' yang menyakitkan terjadi (takkan lupa momen aku call dia untuk menyatakan pilihanku) aku memilih untuk berada dalam kapal yang berbeda dengannya meskipun akan menuju ke destinasi yang sana inshaallah. penggunaan meskipun di situ macam tak kena la pulak,takpe

ohh. alhamdulillah. segala puji dan puja dipulangkan pada Allah. yang telah memberikan hidayah kepada kita, sehingga kita menjadi seperti kita pada hari ini. kalaulah bukan kerana hidayah Allah, kita mungkin tak macam yang kita sekarang ni. nanges.dan moga Allah tak palingkan hati kita setelah memberikan hidayah pada kita. dan terussss menjadikan kita orang2 yang dipandu olehNya hingga napas yang terakhir..

buat ukhti ku kak noradibah rohiman, insha Allah doa kami sentiasa bersama akak setiap kali teringat. moga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama akak dan keluarga yang bakal dibina.