Monday, September 21, 2009

PAGE 16

Bismillah walhamdulillah.

the title says it all. hoh padahal orang tak paham pun amende tah page 16 tu. cis bajet ada orang baca blog ni pulok. haihs~

ok dah masuk perenggan kedua cerita page 16 tak mula mula lagi apa nak jadi. PAGE 16 stand for persatuan alumni generasi 16 kot. merangkap form 5 2007 la ni.

ok, post ni cam ala ala aku nak mengabadikan program yang dema (ceh, ni terikut kak diba la ni dema dema gitu) adakan untuk kitorg, form 2 and form 4. kira cam satu tanda appreciation la. tapi sebenarnya aku tahu dorang tak perlukan appreciation or periktirafan or whatsoever kan. sebab diorang buat ni untuk dipersembahkan kepada Allah. tapi saje nak post jugak. hoho

ok tiba tiba je.

berbalik kepada page 16. aku pun tatau apa nama spesifik program tu tapi nak dijadikan program, program ni start hari jumaat, penghulu hari gitu. lepas sekolah, lepas usrah puteri and lepas putera balik solat jumaat, kitorang berdaftar kat dewan. ceh konon kitorang padahal aku takde masa registration oh. bukan escape tau, ada pertandingan hadith. alhamdulillah, hafal sama2 dengan ayu, tasmi' pun dengan ayu, last2 menang dengan ayu oh. sweet kan. haha~

ok tiba tiba lagi. berbalik kepada cerita page 16.

dipendekkan cerita, petang tu ada riadhah. memandangkan salah satu ciri ciri muslim itu naafi'un lighoirihi - bermanfaat kepada orang lain, maka aku nak share la input output dan segala putput program tu. untuk riadhah ;

ldk 1 - apa tah nama die.
kitorang belit2 tangan sesame sendiri then kena uraikan jadi satu halaqoh besar which takde satu group pun yang berjaya tapi group aku paling berjaya la untuk ldk ni. haha~ tapi kena tolak markah gak last2 sebab ada orang tu pakai selipar kuning. redha je budak group lain. haha

ibrahnya, ukhwah tu penting, kena tolak ansur, dengar pendapat kawan and so on.

ldk 2 - bola iman.
yes, aku paleng chenta ldk ni. walaopon puasa tapi kitorang tak lemah pun ok well perang badar pon bulan ramadhan. kitorang buat halaqoh lagi, sambil bahu ke bahu kawan. then sejibik bola taruk kat tengah. kitorang kena protect bola tu jangan kasi fasi rampas.

and kitorang takleh bersuara selain ayat "pertahankan iman! pertahankan aqidah!" memang semangat plus galok giler ar kitorang protect bola iman tu sampai ada fasi nye cincin bengkok (sorry kak tika wani ;p) and tangan cedera sikit2. dengar cerita jam fasi ada yang tercemar sikit eh. haha.

ibrahnya, kita kena protect iman dan aqidah kita dari (sedikit kesalahan tatabahasa di situ ye) segala jenis anasir anasir walau camne gaya sekalipun. and yes, betapa umat islam sekarang diserang dari segenap sudut dan sudut yang paling kita kalah ----> PEMIKIRAN. cis.

ldk 3 - voyage amende tah tapi maksudnya, mari berlayar kot.

kitorang diberi beberapa helai paper, then dari starting point ke end point kena redah 'berlayar la konon' tapi tak leh jejak lantai, kena jalan atas paper. dan fasi lak akan rakus merampas paper yang terbiar.

aku paling terkesan dengan ldk ni sebenarnya. bila part kak rahmah terangkan ibrah dia.

ibrahnya, dalam pada kita berlayar, kita menuju ke arah mardhotillah, ke arah syurga Allah, ke arah kejayaan, ke arah kebenaran, kita kena tengok2kan jugak kawan kawan kita. kot2 ada yang 'kapal' (paper) diorang yang dah terkoyak, hampir karam ke. kita kena tolong. takkan nak masuk syurga sorang sorang. kata nak buat reunion kat jannah. (ameen). setakat makan kat nurysa bila bila boleh kan.

em, sangat betul oh. lagi lagi bila dah kuar sekolah nanti. janganlah tinggalkan kawan kawan kita yang dah makin hanyut, makin weng, makin jauh dari tarbiyah, dari islam tu sendiri. tolong diorang kot2 tengok dah semacam terhuyung hayang weng weng, dahnak karam tu, tarik dorang... iskk2..ya Allah, thabatkanlah aku dan sahabat2ku atas jalanMu hingga ke hari kiamat.

tiba tiba aku ngantuk. esok aku share lagi pengisian program hari tu okeh.

sebenarnya tiba tiba nak share benda cam bermakna sikit ni lepas terketuk lepas terbaca kat satu blog ni. sesungguhnya daripada kebaikan islam seseorang itu adalah meninggalkan apa2 yang tak bermanfaat baginya - riwayat at tirmizi. maka, sila silalah manfaatkan blog anda sikit pun takpe tapi aku tau blog ni tetap merapu tapi harapnya dapat jugalah manfaatnya walau sedikit. cis perasan ada readers again! takpe, aku tahu shark pasti akan baca. muahaha.

to be continued.

waAllahua'lam.

Saturday, September 19, 2009

nostalgia.

Bismillah.

tajuk post ni gelabah je tu. melihatkan ramadhan dah sampai ke penghujongnya, molek benar kiranya hamba mengabadikan nostalgia ramadhan 1430 H kat superserikandi ni kan. hoho.

aku buat blog hopping sikit, tengok orang pakat citer comparison between ramadhan at malaysia and mesir, jordan, france and so on. since aku ni belajar dalam nogori sajor, aku pakat story malaysia je la eh. kan sekarang orang sebok kata satu malaysia. hanya jauhari mengenal manikam. ok tiba tiba je.

antara puasa kat sekolah dan kat rumah, mana lagi best, masyuk, wangi, beriman ???

ha-ha. of course la kat sekolah.

sahur.
kat rumah, aku selera tinggi. haha~ sebab aku ni pesen sahur bukanlah macam nak makan lunch kan. tapi kat sekolah kasi menu lunch. ambik kau pepagi mamai tu makan nasi kawah, sotong sambal and so on. tapi aku bersyukur, alhamdulillah. ada gak benda nak makan. lagi satu best kat rumah, kau bangun suci suci sikit terus sahur. kalau kat asrama, kena tukar baju 390 darjah. unless sekolah buat lagi satu dm milik puteri.

aktiviti seharian.
apa skema sangat daa aktiviti seharian gitu. ok takpe. kalau kat sekolah la lagi best, obviously. kau terlupe tentang kelaparan sebab lepas sekolah terus solat pastu gi sekolah balik tiba tiba dah petang pastu buka. yeay. kalau kat rumah tercongok tatau nak buat apa buat taik mata banyak ish2 serious buang masa. nak belajar pun takde feel tah pape tah. kalau kat sekolah, lapar2 pun tengok kiri kanan at least ada gak orang belajar. so the spirit is there la.

lagi satu,. kat sekolah ni rasa la keindahan amal jamaie yang selalu indah diperkatakan tu. serious. satu benda yang paling aku chenta pasal smakl ni, bila masuk musolla. time lepas zuhur, and lepas maghrib terutamanya. masa tu ramai orang dok baca quran, satu view yang touching, yang aku tak pernah bosan tengok, yang everytime tu aku mesti akan terbisik, emm, i'm so gonna miss this moment. =) kalau tidur terbongkang pun jamaie jugak an. haha iskk~

kalau kat rumah, baca quran, pandang kanan nampak meja belajar. pandang kiri nampak Kktil. tskk tskk~ tarbiyah dzatiyah giler.

lagi satu, kat sekolah ni ada bi'ah dia. kalau nak dekat2 buka tu, dalam kesemakan orang kecek non stop kita tadah tangan doa pun tak rasa apa. tak rasa malu ke. sebab bukan kita sorang buat kan. tuh best ar. suasana ibadah tu ada la. kat rumah, tiba2 nak tadah tangan berdoa time maqbul2 nak dekat iftor tu semacam la. tapi sebenarnya, kau takyah malu kan nak buat kebaikan. tapi entahla. alternatif lain, dok diam2 kat bilik and berdoa time2 tu.

bazar.
tahun ni aku memang tak pernah jejak the so called bazar ramadhan. and aku rasa memang aku tak sempat nak jejak untuk tahun tahun sebelum ni gak. bagus save duit oh. tapi seperti biasa sekolah ku sentiasa menyediakan alternatif lain. perkenalkan....bazar court merah. haha.

aku bukan nak cakap apa la. tapi memang kalau form 4 tak menjual meniaga, tinggal abang bob dan air hijaunya, koopians sikit sikit and lajeko sikit sikit. tepuk sikit~ ok tiba tiba nak tepuk pesal kau.

kelas aku, 4 Othman, jual air je tiap tiap hari. alhamdulillah, setiap hari memang habis la berkat ramadhan kan. kelas 4 Umar dengan float nye. 4 Ali sama ngan kitorang, jual air. bersaing betul, huh. haha. tapi saing yang sihat gitu. 4 Hamzah dengan kek batik nya yang aku tak pernah2 menyempat nak beli. dengan segala jenis cocktail nata de coco amende tah. 4 AB ? korang dah kaya dah.. :p ni kira cam fastabiqul khairat kot. semua kejar2 nak kumpul duit buat gi jamuan kelas nak ikut sunnah nabi, berniaga. hihi. dan dan je.

tarawih.
aku suka solat tarawih kat masjid taqwa ttdi. sebab kekadang adik muhammad yang baca sedap tu jadi imam. walaupun baca panjang, tapi berkat belajar arab sikit sikit, suara dia yang sedap, dan setan diikat, tak penat insha Allah. tapi kalau imam kat sekolah aku aka budak putera, ada pesen laju gila cam bullet train shikansen, harap 'lagu' sedap tapi kalau diteliti tajwid tonggek lunggang. ada gak pesen baca pergh sedap, tajwid pun pass, tapi pendek tahap tak ingat. hihi. takpe2. at least sempat makmum nak toma'ninah kan.

tiba tiba aku lost lak, apa yang aku nak citer sebenarnya ni. haih~

ok takpe. kesimpulan hukum daripada post ni (ecehh cam psi lak)
sebenarnya cume nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI. MAAF SEGALANYA~
cis, intro sikit punya pendek laa.

dan selamat mengintrospeksi diri, sempena tamatnya ramadhan dan bermulanya syawal.

mari usha peringatan ini,

hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (59:18)

sungguh, peringatan buat diri pertama tama sekali.

waAllahua'lam.

Thursday, September 17, 2009

tak.best

sedihsedihsedihsedihsedih. kalahkalahkalahkalahkalah. cukuplah. masa dah time.

Tuesday, September 15, 2009

.mati.

Bismillah walhamdulillah.

di rumah, i am. balik 'beraya' awal pulok. huh. hal ini adalah kerana telinga aku sakit. detailnya, aku seleselema pastu camne tah mengakibatkan infection kat eardrum.

iskk. malam tadi memang sepanjang malam takleh tidur takleh watpe. sakit teramat cam nak mati. tepat je masuk ulang tahun hidop aku ke 16, terus sakit (fyi, sakit telinga ni strike masa 12 lebih gitu). tskk tskk~ terima kasih ya Allah. rasa ter-tazkiyah nafs sikit. huhu. kaffarah dosa mode.

nak cerita betapa sakitnya telinga ni, sampai air mata mengalir non stop sesuki dia je. pah kata, tak cool. cettt~ wardah lak kata, aku tahu sakit gila sebab nampak air mata kau. thumma alhamdulillah. air mata melembutkan hati, seriously~

the best part, pagi ni aku terus mintak balik and terus dapat. tak bestnya, pagi ni bio physics chmistry straight sebelum rehat! (ecece..ni nak kata student mithali la ni =p ) patutnya harini aku merempit dengan rakan muda tu. siap dah pakai baju sokan. tapi mak aku sampai pukul 9 tadi, maka terlepaslah peluang. (mungkin nampak cam jakun gila nak naik motor je kot tapi biarlah. aku kadang2 memang jakun dan kejakunan aku tu tak buat sesape lapar~) ada hikmahnya, aku yakin. kot2 aku jatuh ke kalau naik motor tak ke maliu depan budak sekolah luar~takut nanti affect view dorang kat islam tu sendiri. contoh ; budak sekolah agama ni pakai tudung besor2 tu yang jatuh motor (harap bukan suu' zhon..~ ) or, aku yang piker jauh sangat? however, nasehat kakak dq tu, muslimah ni memang kena berpandangan jauh. haha

but the best-est part, cikgu2 tak sempat bagi ole2 raya kat aku. heee~ tapi kalau mau berjaya, usahalah sendiri walaupun takde ole2 kan. final exam pun dah around the corner gila.

afwan kathir kat pihak tertentu, bahawa aku tidak menyempat nak buat part aku untuk majlis kenang kenang form 3 & 5. ala, jealousnya tak dapat join. mesti cam sweet, aku tahu (Sebab f4 yg handle haha ok gurau je.) to 4 othman, menggemoklah korang ye makan kat nursya. er, jadi ke anyway? hari ni jual air elok elok ok. jangan lupa akad aku jual kau beli.

dan, aku selangkah mendekati kematian.


cukuplah mati sebagai peringatan.

orang bijaksana orang paling banyak ingat mati and of course beramal bersedia untuk menghadapinya.

betapa ramadhan itu dah nak habis. tskk tskk~

waAllahua'lam.