Thursday, December 31, 2009

leaving on a jet plane. jet plane konon

bismillah walhamdulillah.

hoyeahh! sudah mahu pulang ke asrama, lagi 4 jam.

hoyeahh!!!!!! !!!! !!!

ok, ini adalah hoyeah sedih sebenarnya.


berat hati gilos nak pack barang padahal jarak sekolah dengan rumah 15 mins je, tapi aku perlu balik harini juga. dalam time2 lepas zohor juga. la budda!

sebab

nak cop katil. muahaha. ya Allah, rezkikan lah aku dapat katil bawah tepi pintu. aku nak cahaya lampu time malam untuk belajar. andai katil tu baik untukku.

sila amin kan ramai ramai. ;)

eh silap silap. sebenarnya balik awal sebab kena prepare segala bagai untuk orientasi adik adik form 1. yeahh form 1 sekalian sila terharu *astaghfirullah ni ikhlas idak ni buat kije?!* juga segala preparation untuk pelancaran usrah. ok ok ini aku mula sebak T_T aku tak tipu, tetiba rasa berat sangatttt nak pikul menda alah ni. ya Allah, kuatkan aku...dan kuatkan kami...

sudahlah, sabtu ahad depan mak pak aku datang visit jugak. gaya cam nak fly gi jordan mesir uk france je.

dah . tatau nak cakap apa . haha. apa merepek sangat entry ni. kalau adik adik f1 bakal masuk baca mau hilang thiqah kat aku,,,woha!

ok, sila doakan kami. kami mahu bina asas tarbiyah yang kukuh di sekolah itu. pls pls pls. so, doakan lah kami jadi soleh solehah plus musleh dulu yep. on the spot kau baca ni terus doa la kalau boleh. takut kalau tunggu2 terlupa kang.

:(

:(

:((

:(((

dahhhhh. ngade ngade pulak aku ni. cukup cukup la tu sedih. buleh caya tak, aku sedih nak tinggalkan segala kesenangan kat rumah ni?! astaghfirullah..apodaa...

infiruu khifafa wa thiqala! (9:41)

pls berangkat sekarang wahai diri. gi kemas baju cantek cantek dan berambus dari rumah ini laju laju.

seriously, aku berat hati. so doa koranglah yang akan meringankan hati aku. hohoho. perasan ouh ada orang baca. oklah, at least shark akan doakan aku. wardah pun. harap korang bukak blog aku sebelum pulang ke asrama jua, oh!

cukup.

waAllahua'lam.

p/s: ok sebenarnya masih tak cukup. :(((((((((((((((((((((( <--- lambang sedih

pulang marilah pulang

bismillah walhamdulillah.

bukak mata tutup mata bukak tutup dan bukak sebelum tertutup selamanya, cuti secara serius nya sudah sampai ke penghujung rancangan.

pejam mata celik mata pejam celik pejam, sebelum terpejam selamanya, 2010 menjengah sudah. heh.

satu kisah yang masih sugar bugar dalam ingatan ;

tempat : dorm sebelah
tahun : 2006
zaman tu, zaman aku form 1, kad matrik amatlah penting dan maksima penggunaannya. kalau cam zaman sekarang, kad matrik ni consider endangered species(?). orang tak heran, tak guna dah. poodah, rugi je aku bayar time awal2 kemasukan dulu. muahaha skema is cute, at times. eh terkeluar topik lak.

ok sambung, so zaman tu budak dorm rata rata pesen yang klipkan kad matrik kat katil. satu hari ni, sorang kakak form 5 2006 belek belek kad matrik adik form 1 2006 nya seraya berkata : sah sehingga 2010? lamanya lah korang duduk kat sini lagi. akak keluar dah tahun ni *lebih kurang gini*

apa aku nak cerita kat sini, tak lama pun, dah 2010 dah weh, 4 tahun mengharungi suka duka muka asrama. best jugak asrama ni, susah sama, senang pun bersama. kalau menu ayam, semua dapat merasa, kalau takde air, semua merana. cis apa masuk mode jiwang rust ni.

bergelar super senior esok sudah. hoh, super ke? haha super la nama blog pun superserikandi (konon ). aku takde buat apa apa persiapan mental ke fizikal ke, spiritual ada tak? boleh la sikit sikit.

tetiba kan, aku baru teringat banyak rupanya benda nak kena settlekan tapi belum settle lagi and i just have to work my heart out! T_T


folio bm siap sudah, alhamdulillah. ada kah kalimah lain yang lebih wajar untuk aku ucapkan?
folio english dan konserto, huhu, ada planning baik punya. khas untuk mereka yang last minute worker. ish, tak sihat betul kerja last minute ni, kata spm candidate. haigoo~

babe, sorry la kalau tak berkenan/rasa menyampah dengan kejakunan aku bergelar form 5, siap kata spm semua. kalau tak puas hati sila klik pada red box kat tepi atas tu. huhu. serious wa cakap sama lu, itu tandanya hati sakit la tu. orang cerita camni pun sakit hati kaa? adodoi. come on..

eh, tiba tiba masuk mode emo lak ni. aku dah tatau nak cerita apa. padahal banyak gilos benda nak cerita kat superserikandi nih. dahlah. mari baca mathurat petang.

oh oh, aku lupa nak inform naqibat untuk beli notebook baik punya khas untuk usrah. maka, ni aku tengah inform la ni. sila sampai sampai kan ye bagi yang tersinggah. ceh, bajet ada orang singgah. takpelah, biar aku gitau sendiri =.='

waAllahua'lam.

Tuesday, December 29, 2009

boleh boleh

bismillah walhamdulillah.

ini post khas untuk adik adik form 3(eiceh adik adik gituu).

double khas untuk adik dorm aku, dan adik TN aku dan adik usrah aku.

alf mabruk buat kalian, walau berapa A sekalipun yang ter listed pada slip pmr kalian.

buat yang 9a, sila jangan berbangga bangga. kejayaan ini adalah nikmat, boleh jadi ujian. pulangkan segala pujian hanya kepada Allah, wa mannasru ILLA MIN "INDILLAH, al aziz, al hakeem.(nak tau maksud cek sendiri dalam quran kui3 baru effort sikit)
bak kata opick, bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara?

buat yang 8,7,6,5,4,3,2,1,0 a, this is not the end of the world. korang masih hidup ok. life goes on. tak kisahlah terpaksa keluar dari smakl tercenta, ataupun nak apply kisas ke sbp ke mahupun yang memang stay smakl(apa keling sgt ayat ni). satu pesanan akak, i've learned something. it's not about WHERE you study, it's HOW you study. ok?

cerita pmr ni agak terlambat untuk saya post kan. tapi takpe, better late than never. hoho. kena post juga nih! bagi meraikan adik adik kita.

entahlah, sebenarnya rasa isk isk, sebab rasanya masih segar lagi ingatan time akak yang gi ambil result. pmr tak menjamin apa apa sangat dik. 9a ke, berapa a sekalipun, tak menjamin kecemerlangan mahupun kebengapan zaman f4 , let alone f5.

doakan kami beramai ramai. kami pun pasti mendoakan anda beramai ramai(?).

allahummaghfirlana, wa li ikhwaninallazina sabaquna bil iman.........


waAllahua'lam~

Wednesday, December 23, 2009

h.a.n.g.O.U.t

Bismillah,


sudah lama rasanya tak mengepost dengan sebenar benar perasaan nak post. takpe takpe, i ni blogger tak bertauliah je. kui3.

apodaa, pasal maal hijrah pun aku tak cerita. takpe takpe, aku rasa semua blog dah cerita pasal maal hijrah. aku pun malas nak cerita pom baik punya pasal azam azam aku and so on. tak payah cerita banyak ye cik saff, buat je. amal amal dan amal. ok ni bukan amal budak dorm aku drp form 1 tu ye. ini amal la. amal....

****************

finally, hang out juga dengan diorang. setelah sekian lama dari awal cuti lagi fatin ajak, baru semalam dapat gi. alhamdulillah. ni consider sebelum 'semua orang balik asrama' la kan? huhu

makanya, semalam gi ronggeng kat ou. bukan uo ye, OU. haha. perendek2 proffessional adalah ; mun, dib, tra, fatin, sarah dan aku. perjanjian untuk gather at 10.30 - 11.00 tak berapa nak dipatuhi. kuang3, sape la tu.

and guess what, keenam enam kitorang adalah daripada sekolah yang berbeza beza. SAMT BBST, SMK DU, SMK DJ, MRSM, SMK TTDI, dan SMKAKL, hoyeahh. haha

tapi to korang , aku tak tipu lah aku sangat guilty plus terharu semalam. isk isk. agak disebabkan aku, korang kensel tengok movie. seolah olah aku ini penghancur kebahagiaan korang. muahaha.. aku sebenarnya ok je korang nak tengok movie cumanya aku tak join lah and trah leh je accompany aku untuk meronggeng ke seantero ou time korang tengok movie.

tapi diba kata, tak bestlah semua takde. and finally korang kata takyah tengok and kita headed to pizza hut. i know, mun dah siap pakai contact lens sebab nak tengok movie, fatin pulak nak tengok puteri dan katak. thanks korang. walaopon korang masih kurang ngerti apesal la aku taknak tngok movie, namun diba tarik aku ketepi dan seolah olah mengajar aku supaya terus berprinsip !(despite diba mmg nak tgk movie jugak T_T)how sweet ~

usai solat zohor (apesal usai?) tetiba ada idea ajak main bowling. perjalanan ke u bowl digerunkan dengan cerita sarah, katanya ada kes orang tertinggal/terputus jari masa main bowling. isk isk, scary kot. namun, itu kes jari gemuk kot. terus bermain, game pertama agak hampeh, game kedua semua nak tunjuk belang cuma belang aku je tak tertunjuk tunjuk cis laa.

heh, satu benda aku notice, masa orang lain main, kita semua dok jampi 'longkang longkang' . masa aku main je korang kasi semangat. itu pasal la aku rasa aku tak dapat score !!! kalau korang jampi aku jugak, heh, u all shall bid goodbye laa ;p apa pon tak leh lawan la style sarah baling. and , naseb baek tak jadi gi karaoke lepas tu, pheww *lap peluh kat dahi* ;p

apa pon weh, i had good times with all of u. serious. eventhough i dengan fatin agak awkward masa awal awal tu. keh3. bak kata diba, tak sangka kita leh bkumpul camni kan.

the picts that enough.

minah biru tu lawan sengit aku. markah sipi sepoi je. heh.


fatin, tu longkang laaa ;p (sejuk hati melihatkan kalimah syahadatain tertampal dengan gahnya dalam kesibukan ou. bendera arab saudi *takde dlm pict ni*)

US ! *diba sebagai pemukul gambar*


sebenarnya, banyak lagi cerita lain yang jauh lebih signifikan daripada cerita bowling neh. huhu. tapi takde feeling dalm blogging semenjak dua menjak ni. haigoo. come on, set your priorities right!!

waallahua'lam.

Saturday, December 19, 2009

sila isi dengan tajuk yang anda mahu

Bismillah.

huh, tetiba rasa tak best.
rasa nak campak blog ni kat luar tingkap then tutup tingkap dan kunci. heh.

T______________________________________T

aku kehilangan set baju batik tahun ni. setelah 4 tahun sikit punya baik aku jaga. heh, padan muka. Allah nak ingatkan lah tu. segala apa di langit dan di bumi hakikatnya milik Allah, bila bila je Allah nak tarik balik beb! kui3...

tapi, aku tak nak bitau mak aku. nanti mak aku hilang thiqah kat aku. keh3...

big girl i am, settle sendiri lahh!

maka dengan riangnya i dah cop baju batik kak ammal! (baju saja without kain putihnya sob sob)
i juga cop kain jumaat kak yan! ( since kain jumaat yg asalnya i punya memang lama dah hilang and currently pakai kain jumaat ihsan aisya z mana tah dia cekup yg pasti bukan dia punya sebab longgar gilakkk~)

so, i dalam misi mencari kain putih ~~~~

ok sudah.

waAllahua'lam.

Friday, December 11, 2009

believe it.

Bismillah walhamdulillah.

kalau ikut perancangan asal, sekarang ni aku tak sepatutnya berada kat depan comp ni. patut ada kat meja belajar i'adah physics sampai masyi. (weh apa tibe byk istilah budak dq ni ;p)

tapi memandangkan dorm seberang aku ialah toleransi, aku kasi can la bukak comp jap jalan jalan cari suntikan iman, yeah! (sekadar alasan utk menutup keserba salahan. haih)

apasal tiba gedik taip dari kanan. hoho afdhal sikit kot. kui3. ok lupakan.

seperti yang aku tahu dan korang tatau, rata rata kita dah dapat result kan. ok ini soal aib kabir takle citer apa result huhu.

tapikan, haritu, aini yakni pen ketua pengawas tu (bak singgit penat aku publisiti nama kau huhu) men sms, dan memaklumkan aku kelas 5 othman 2010. ok serious aku tak bercaya baca sms 2 darab 5 kali, salah eja ke, ni saff ke dia maksudkan saff solat ke nama sabun iskk iskk.

alhamdulillah, aku bersyukur, at least takde lah tiba tiba nama aku kat kelas umar ke kan, nanti sape nak ajar bio huhu. ataupon tiba nama aku naik kat list pelajar kisas ke kan hahaha :) ada juga tempat di smakl untuk 2010, thumma alhamdulillah.

since aku tahu dan kenal diri aku, aku rasa cam ada semacam kesilapan pendataan. tak mungkin aku kelas tu~~~~~ wuuuuuuuuu. gilak competetive it gonna be. bukan aku nak kata akan jadi competetive dengan kehadiran aku haha perasan. tapi budak2 kelas tu la. isk. dan aku tak nak percaya 100% , takut tu betul2 kesilapan data makanya nanti aku gak malu huhu. sedikit pesimis di situ.

andai betul, ni musti Allah nak tarbiyah aku, soh aku belajar lagi kuattt! yearh biskut tigerrr. tapi jauh di sudut kidney, aku rasa malu nak masuk kelas tu, serious tak tipu dan bukan nak buat drama. serious malu. keliling sume memang set set budak cemerlang gemilang isk isk aku pon nak cemerlang i know i know kita kan nak jadi orang luar biasa so for the sake of islam i must! jadi cemerlang jugak. takbirr! Allahu akbar ( eh eh semangat tibe?)

asal lately ni aku rajin update ar. isk tak patot betol, patot iman aku jauh lebih updated dan sentiasa up to date daripada blog ini. isk isk. astaghfirullah.

tadi kita buat orang happy, alhamdulillah. huhu. apa daa tu pon nak kecoh ke.

waAllahua'lam.

p/s : tadi i berbalas pantun dengan pika shoid. dia rindu i la tu haha

Thursday, December 10, 2009

ayam

Bismillah.

every man dies, but not every man really lives.

maka, aku yang masih hidup, sila 'really live', manfaatkan sisa hidup yang tinggal. (huh tapi dok depan laptop jugak. astaghfirullah~)

takde kaitan dengan tajuk. cuma tadi makan ayam.

hari ni hari jadi ayah aku, yang ke 58. babah dah tua dah, bah. moga Allah terus memberikan hidayah dan taufiq buat babah. my babah is the best babah ever! :)

tadi pergi giant, masa tengah jalan dalam keadaan perut nyanyi lagu badar (tetiba je badar weh) lambang lapar bangat. jalan punya jalan, nampak satu muka yang seakan familiar. pika shoid kah? naa. bukan dia kat penang. macam najlaa? naa. tak mungkin.

berpuluh minit kemudian, pika shoid mensms dengan saspen, tanya aku kat mana, pakai baju apa. haha, masa ni aku senyum punya lebaq sampai abang aku usha kehairanan.

sah!!! tadi tu memang pika shoid.

mula lah pika buat drama, kata, patutlah aku mimpi korang semalam, petanda nak terserempak dengan kau hari ni! huhu. dan dia kata aku dah berubah. makin c.a.n.t.e.k eh weh? kui3. ;p

kau dah tak sechubby dulu lah. kuat sangat main gitar kot sampai leh kurus ;p (apa kaitan main gitar dengan lemakkk)

cukup kisah pika shoid. moga Allah kenalkan dan kekalkan kita pada jalan tarbiyah dan dakwah :) . sehingga ke nafas terakhirrr

.....

jalan punya jalan lagi, nampak sorang minah ni. dia pandang aku dua kali. aku buat macho je la. mengenangkan memang power spek dah naik, malas nak mengecikkan mata untuk fokus siapa tu.

tetiba dengan semangatnya mak aku gi sapa minah tu dan ayahnya. huhu.

sah!!!!again. aqeela!

jiran lama aku. dulu masa kecik dia salu ronggeng rumah aku. rumah dia pon aku dah biasa golek golek. dulu, selalu bentang kain khemah kat porch rumah dia, then bawak tin biskut dan payung, main camping2. agaga.

and selalu lepak kat library sama sama, sampailah aqeela ni pindah. huhu. :( rumah dia ni selang sebijik je dari rumah aku :) sebelum ni. its been ages wehh~

sorry tak notice awak qila. bak kata adik, dah berubah! adik berbicara sedikit jahat , " budak sri aman tu. pakai tudung dahhh.."

hidayah Allah tak mengenal kat mana kau duduk la dik. somehow bi'ah tu memang mempengaruhi juga lah. respek sama lu!

lepas exchange phone number, terus sms. huhu. she said, adik saffana semuaaa dah besar. shows how long dah! :)

ok itu saja. khairina masih belum dijumpai :)

waAllahua'lam.

p/s:baru dpt sms ika shoid. katanya, terubat rindu dapat nampak aku walau sekilas. heh :)

pak cik dm

Bismillah.

kat ym tadi, kak shida memberi tahu, bahawa dia baru dapat tahu tengah hari tadi, pak cik hamzah tukang masak dm kita baru sahaja meninggal dunia.

inna lillahi wa inna ilaihi rooji'un.

moga kita dapat sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
moga dia tergolong dalam golongan yang soleh.
moga Allah menerima setiap amalan baik arwah.

yang dah banyak membantu kita, terutamanya perihal makan dan majlis kat dm. disebabkan kita makan kat dm lah, kita punya tenaga untuk solat, untuk belajar, punya makanan untuk sahur, dan berbuka.

al faatihah~ (baca tau jangan kedekut)

hidup itu memang. mati itu pasti. (quote drp buku langit ilahi).

waAllahua'lam.

p/s:penulis dimaklumkan tentang kesihatan pak cik hamzah yg tak berapa namun sebab kematian yang spesifik tak dimaklumkan. boleh cek sendiri bagi yang ingin tahu. dan moga kita mengambil ibrah atas setiap kematian yang kita tahu.


Tuesday, December 8, 2009

library.

Bismillah walhamdulillah.

maka secara sesuka sukinya library kebanggaan warga ttdi telah menjad port lepak ku saban hari.
asal lately ni asyik war warkan perihal ttdi ek. huhu. maybe sebab tak ramai tahu kewujudan ttdi kot. and selalunya orang sangka ttdi aku ni ttdi JAYA yang shah alam tu. adududui. ttdi ni takde jaya jaya nya. ttdi TAQWA namanya :) (cett sejak bila huhu,memetik nama masjid femes ni ttdi ;p)


one thing i noticed, kat library rata-rata nya adalah mereka yang berbangsa cina. tepuk sikitt. huhu. ok ini bukan post racist ya. ;p . nak citernya sebenarnya tak ramai melayu lah. lagi lagi kat area kanak kanak. kat area remaja dewasa oklah ada jugak budak sekolah set set aku yang melayu ha.

kalau kat area tempat tinggal aku nih, melayu tu islam lah selalunya. tataulah kalau area korang lebih ramai cina dan india muslim kan. maka bukan nak men-generalisasikan. cuma satu kesimpulan yang aku terburuk sangka tadi, masih kurang muslim yang datang library. ok ok mungkin dorang baca kat rumah ke kat kedai kopi ke kan hadoi.

pesanan penaja buat diri sendiri yang baru je menjejakkan kaki di library tu setelah 4 tahun menyepi sampailah member card pon leh expired : read, you'll conquer the world :)

waAllahua'lam.

p/s:penulis pernah menjadi pengunjung perpustakaan sekolah dan perpustakaan ttdi yang setia. namun kesetiaan ini tercalar setelah masuk smakl. setelah 4 tahun baru perasan yang dah lama gilak tak jejak itu perpustakaan. apakah? oh. alhamdulillah, Allah menggerakkan hati dan kaki ini untuk ke library. :)

Monday, December 7, 2009

masa kecik

Bismillah.

semalam kan, aku ditipu hidup hidup bolat bolat oleh kawan aku yang aku thiqahhhhh gilak.
dia kata kan, dia dah bertunang, siap berwebcam lagi tunjuk cincin tunang. semangat gilos citer itu ini. last last kan. dia kata, dia tipu je. wehhhhhhhhhhh. dan aku sebenarnya tak ter-affected pong dengan tipu daya dia since kehidupan ni memang permainan dan senda gurau je weh cewah.
somehow aku saja nak kasi dia muhasabah jap aku buat konon merajuk. ngada ngada kan. takpe, ngada ngada dengan kawan perempuan :)

setinggi tinggi kesyukuran diekspreskan kepada Allah, tahun ni aku terjumpa ramai kawan lama aku. contohnya , ika shoid. haha. fatin fadzil? huhu. consider friend la kita ek? ;p dan siapa siapa entah lagi, credits to fesbuk. walaopon aku tak nafikan fesbuk tu penuh dengan game game buduh. hoho. apa pun, tertarik dengan komen seorang ukht ni terhadap fesbuk, Islam akan terus berkembang tanpa fesbuk. tapi islam akan makin dihina kalau tidak menguasai fesbuk. kesimpulannya, lu pikirlah sendiri ( ok ini tidak bagus seharusnya kau explain) tapi aku nak back to topic.

maka, secara terbukanya di sini aku sedang mencari my loooooong lost friend bernama khairina. dia ni budak samttaj tapi tatau lah kalau dah pindah sambest kan. huhu.

aku memang hilang jejak habis la dengan minah sorang ni. isk isk. cam, semua orang takde contact dia. dari diba sehinggalah athirah apatahlagi shazreen haha. untuk dijadikan kenangan sebelum aku jadi pelupa, suka untuk beta menceritakan camne beta kenal sama dia.

masa aku darjah 1 & 2, aku sekolah agama belakang rumah je. sebelah padang sebelah balai polis atas bukit. warga TTDI sejati tahu la kot katne. masa aku naik darjah 3 mak aku pindahkan kat sekolah agama lain, under JAIS lah. kat selangor. aku dok kl. sanggup oh hantar jauh jauh. jazakillah ma~sebab? sebab mak aku berharap gilos nak hantar aku masok sambest sekolah top tu.

isk isk, tengok tengok Allah takdirkan aku dapat jaid jiddan yang sipi sipi ke mumtaz masa darjah 6 nye psra, that was 89.4 . memang sambest tolak aku awal awal lah since sekolah tu kalau perempuan dia ambik kitar2 95 and above je. walaopon upsr 5a. heh

maka, tercampaklah aku kat? smkakl. huahuahua. alhamdulillah, innalhamdulillah. :)

masa darjah 3, aku tak sekelas dengan khairina ni. tengok dari jaoh je. sebab dia ni saingan hebat aku. boleh kata top student lah jugak. mumtaz selalu. paling busuk jaid jiddan. maka masa kecik memang persaingan kitorang agak sihat. walaopon masa tu tak mengerti langsung belajar kerana Allah. tahu, nak kejar mumtaz, yes.

naik darjah 4, sekelas dengan khai ni. kitorang panggil dia khai sebab masa tu tengah hot akademi fantasi tau tak khai yang ada kucing tu? haa. so my friend ni cam perasan lah. hoho. piqa, kau ingat kan?
khai ni pengawas, kain cekelat, same je dengan ika shoid. aku je kain hijau. huhu sensitip ;p . macam macam lah kenangan aku dengan dua minah kain cekelat ni since dorang dok belakang aku je masa tu. ingat lagi ustaz abdul rahman, kalau tanya soalan pastu kitorang dapat jawab, mesti dia cakap, "MUMTAZ!" hoho. and yeah, aku ingat lagi ustaz suka buat spot check gigi and kuku. hee~

naik darjah 5, aku rasa aku terpisah dari dia. darjah 6 eii lagi la. huhu. tapi kenangan paling tak leh bla masa darjah 6 was, aku gaduh besar dengan diba, sarah gaduh besar dengan mun. and pergaduhan kitorang ni dapat dihidu oleh ustazah. sebab encik nadzir yang telah pecah di mulut suka suki komplen. cettt. boleh lak ustazah damaikan kita kan, diba? :) (ok kak diba jgn perasan ;p)

kehabisannya, aku rindu syadid la sama itu khairina. so, siapa ada kenal khairina samttaj shah alam tu, sila roger aku. nak hang out dengan beliau di ou ni. haha. fatin dah memekak mekak bila nak kuar bila nak kuar. (bunyi cam tak berfikrah gilos si pemilik blog ni kan ronggeng je keje)

itu saja. waAllahua'lam.

p/s : last jumpa khairina masa darjah 6 ambik anugerah psra kat bilik mesyuarat yang disponsor oleh bapak sh. zahirah idid. aku ingat lagi weh~

Saturday, December 5, 2009

celikkan mata hati~

Bismillah walhamdulillah.

terimalah, open your eyes - maher zain ! oh, lagu nya boleh dengar kat tepi blog nih, ataupon pandai pandai search kat youtube, or lagi sedap terus download kat sini klik!

oh, i appreciate music. =)

Look around yourselves,

can't you see this wonder,

spreading from the view,

the clouds floating by,

the skies are clear and blue..

planets in the orbits

the moon and the sun

such perfect harmony


*bridge


lets start questioning ourselves,

isn't this proof enough for us

or are we so blind

to push it all aside..no..


**chorus


we just have to,

*open our eyes, our hearts, and minds,

if we just look, try to see the signs,

we can't keep hiding from the truth,

let it take us by surprise,

take us in the best way (Allah..)

guide us every single day.. (Allah..)

keep us close to You,

until the end of time..


look inside yourselves

such a perfect order

hiding in yourselves

running in your veins

what about anger love and pains

and all the things you're feeling

can you touch them with your hands

so are they really there


repeat *bridge and **chorus


when a baby is born

so helpless and weak

and you're watching it growing..

so why deny, what's in front of your eyes,

the biggest miracle of life..


repeat **chorus

repeat *


Allah..

You created everything

we belong to You

Ya Rabb we raised our hands

forever we thank You..



waAllahua'lam.


p/s : astaghfirullah, ampuni aku ya Allah. seringkali aku pandang sepi hidayah2 yang Kau utuskan~

Wednesday, December 2, 2009

nextmonthdahform5

Bismillah walhamdulillah.

ok, tak kira. aku still nak mencoret rasa. walaupon dalam taubah mode sekarang (haha takde kaitan).

ehem,

aku melihat seseorang itu, dahulunya dia pernah mengajak manusia meninggalkan suatu perbuatan. tapi, hari ini, dia diuji. diuji dengan apa yang pernah dia canang canangkan. diuji dengan apa yang pernah dia dakwahkan.

iskk~ aku jadi takut. aku sendiri pasti akan diuji dengan apa yang aku pernah katakan T_T . moga Allah menguatkan aku, untuk menjauhi kabura maqtan 'indaAllah...ok serious takut. maka, to all readers (haha bajet ada), sila doakan aku kuat. untuk berbuat. tapi takyah lah bitau aku yang korang ada doakan aku, nak kasi maqbul sikit, ahaks~

ok ni cerita lain takde kaitan dengan manusia di atas.

wans epong e taim,

x : s, gi la mengisi sikit2 budak2 kat luar tu. daripada dorang dok terbongkang baca novel main kad and so on so forth.

s : erm, okes okes ( menerima pengarahan dengan blur). nak cakap apa btw?

x : cakap je la apa apa. sebab sekarang kan dah lepas exam. jangan terlalu banyak buat benda lagha ke. apa apa lah.

s : oh okes. ( bergerak ke arah budak budak yang dimaksudkan dan goreng goreng sikit lah)

de nex dey,

s berada di dorm pada satu pagi hujung minggu yang agak membunuh akalnya since asrama cam lengang gilos sebab form 1 form 2 form 5 takde. form 3 secubit dan form 4 harapan la sikit.
s nak outing, sementara menunggu kawan dorm seberang ajak untuk tukar baju batik, dia berbaring kat sebelah adik dorm dia yang tak bangun bangun haha.

s ternampak seketul komik sebelah adik dorm dia, and wonder, komik apa nih. jeng jeng jengggg...

sambil baring baring, s pong bukak, dan baca intro, baca first page. oh, komik jepon. ala2 jepon gitu. tak sempat habis pun first page tu, suddenly.........

n : salamualaikum. weh s baca komik !!!!!!! (takjub gila muka) tau tak adik dorm aku kata apa?

s : er weh weh aku tak baca lah, baru terbukak first page! hoho, apa dia kata?

n : masa tu aku tengah baca komik, then dia kata, " semalam kak s kata, tak elok baca novel cintan cintun yang bulih melemahkan iman and komik2 yang lagha2". and hari ni kau tengah baca ( sambil buat muka wek wek haha)

s : ouch, tapi aku tak baca pon, baru bukak weh seriousssss.~

n : hahah lepak ar, aku baca gak......

s : tapi aku tak ler... huhuhuhuhuh

lepas lepas tu, s terduduk muhasabah. astaghfirullah,,,walhamdulillah. baru je nak bukak komik tu Allah dah hantar pemberi peringatan. huhuh. terima kasih ya Allah..kerana masih mengingatkan aku, bisik s syahdu.

nota buat daie : apabila kita diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu tandanya Allah ingin mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita katakan. bersyukurlah, kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..

astaghfirullah wastaghfirullah li walakum.

waAllahua'lam.

p/s : friends, doakan aku. next month dah form 5. result dah sampai rumah~ (^o^)/

Thursday, November 26, 2009

korban

bismillah walhamdulillah.

selamat hari raya aidiladha~
taqabbalallahu minna wa minkum~

waAllahua'lam.

Tuesday, November 24, 2009

super senior

Bismillah walhamdulillah.

tadi chat sebentar dengan kak *i* . beliau ni ex sekolah aku(ecece tak nak mention nama sekolah cam orang tatau je haha) spm 2003 gitu. terus teringat yang aku belum mengabadikan lagi kisah alumni 2003 datang sekolah aku haritu. best best.

rabu, malam tu. segerombolan orang orang asing yakni muka muka yang jarang dijumpai di dm,aras aras dan musolla sehari hari(asing la kan huhu) duduk bersama dalam musolla. usai solat isyak ( cett usai gitew), tirai dengan rakusnya dibuka dan rata rata pelajar puteri terkejut haha. semua musykel, ni campoq putera puteri ke dak nih..

disebabkan campoq, rata rata puteri terkedek mancari cari stokin, ada yang lari naik dorm, dan sewaktu dengannya. lepas tu, kakak dan abang alumni ni pong duduk dipecahkan kepada beberapa group, according to their courses.

aku blur blur baru sampai musolla gara gara naik dorm tak jumpa stokin rupa rupanya kat ampaian. pastu terus masuk satu halaqah kat tengah dunia (baca:musolla) kebetulan halaqah tu halaqah course yang aku agak berminat, yakni biosciences. hoho.

duduk punya duduk, kakak bioscience tu tanye kat abang bob (ex smakl juga yang menghandle malam tu) seraya bertanya, takde brothers berminat ke kat bioscience? then abang bob tu pun tanyalah memana putera yang nak. disebabkan semua cam dah syok masuk halaqah masing masing, halaqah bioscience end up takde lelaki ALHAMDULILLAH. hoho~ bebas sikit nak tanya merapu2.

taaruf punya taaruf, tetiga kakak bioscience terkezut bilamana tahu aku warga TTDI. hoho. dan aku pong turut sama terkezut tatkala mengetahui tetiga kakak bioscience itu, kak zata kak maryam kak hanis, pong, warga ttdi. my super senior lak tu! semua generasi skttdi 1. woha bangga tak bangga ~maka ada sedikit chemistry di situ ya, al maklumlah jumpa orang kampong.

habis round one, aku dah blur lagi, nak masok halaqah course apa, then teringat ada yang dari utp. aku ni buleh kata agak berminat la dengan utp sebab bukan senang oh nak masuk sana plus tarbiyah nya di situ bagus =) . tetibe, ada orang soh gi kat kak *i*. sebab beliau utp.

apa lagi, aku bersama che' wan dok sembang sembang dengan beliau. best best. dapat banyak pencerahan daripada beliau malam tu. sebab dia bukan cakap pasal skop course dia je, tu yang best. hoho.

tapi tertarik dengan statement beliau,

awak boleh nampak malam ni, seniors yang pelbagai.

hmmh, memang pelbagai pong, bisikku dalam hati.

dia banyak berpesan seolah olah, pilihlah nak jadi yang macam mana. and dia banyak tekankan kat u nanti selalu lalu lah doa kat Allah agar dikurnia kawan yang mengingatkan kita kepada Allah. erm.....

last last tu, ( ni sister lain pulak)

aku : akak dok ttdi katne?
kakak tu : oh, akak dah pindah shah alam dah.
aku : *tau* sebelum tu dok kat mana?
kakak tu : at****ha**n .
aku : *dalam hati , eyt area umah aku tu* at****ha**a mana?
kakak tu : medan
aku : medan berapa ?
kakak tu : **a
aku : oh? sama lah kita *tekezut sebenarnya tapi kontrol tak nak nampak takjub sangat.
kakak tu : ouh ye ke? *tekezut gak* rumah awak no berapa?
aku : ** . akak?
kakak tu : ** . rumah awak yang area bawah kan?
aku : haah.
kakak tu : eh, jap. awak ada abang tak?


dihabeskan cerita, dia kenal abang aku. kawan masa darjah 6. dia siap kata, dah besar dah adik dia* (merujuk kpd abg aku) huhu kecik nya dunia.

nak highlight kat post kali ni, betapa aku bangga ramai juga generasi ttdi masuk smakl neyh. asal bila zaman aku makin puput? oh oh semua nak masok sbp mrsm bagai. sob2. tak sefamous dulu. takpe takpe. low profile. hoho~

ye lah, batch aku kat skttdi 1 tu, aku sorang je la smakl. siapa entah lagi yang masok sekolah agama cam takde dengar cerita pung. nasib baik unie, masok time form 4. huhu.

oh, tahun ni ramai jumpa kawan lama. tak sabar nak hangout dengan diorang. yelah, dulu lagho senget nakal sama sama, takkan sekarang nak betul sorangsorang?

waAllahua'lam.

Sunday, November 22, 2009

mari tutup blog yeay

Bismillah walhamdulillah.

title yang tiada kaitan dengan hidupku dan matimu. hoho.

baik, aku dalam mode menunggu sorang long lost friend aku dan entah camne dah Allah berkehendak die found aku masa cuti ni untuk online. penantian adalah satu penyeksaan, gitew..phewit.

ganjil 365 hari, hari ni merupakan ulang tahun pembinaan blog aku.

sejarah penubuhan (cis mcm ayat intro majalah smakl je) blog ni bilamana masa lepas pmr form 3 aku jadi bosan tahap tak ingat padahal seorang mukmin tu patutnya takleh bosan, paham? ok tetiba. time saspen saspen menunggu keluaran result, aku dah bayangkan macam2, kot2 pmr dapat teruk then kena pindah masok sekolah biasa and so on. ok sedikit pesimis di situ.

konon nak mencatat kenangan kenangan yang konon tersisa di smakl padahal form 4 muka aku gak kat smakl tu hoho. ok takpe. kiranya, niat awal blog ni memang bukan tempat tazkirah copy paste dan sewaktu dengannya maka aku mintak maap kiranya anda anda dan anda yang telah tersinggah di blog ini dan tak dapat satu haram benefit dunia apatah lagi akhirat. astaghfirullah.

sebabnya, blog ni beneficial, bagi aku sendiri. dan kalau tetiba dia jadi terbermanfaat bagi kamu, alhamdulillah. nak jugak jadi manusia naafi'un lighairihi (maksud cek kamus) shark, wardah, pisang korang ngaku la blog aku ni bermanfaat eh since muka muka korang je salu baca blog aku haha.

ma sha' Allah. asal melalut terlebih ni. nak kata tu je sebenarnya, blog ni dah setahun. dan aku menulis di sini ikut suka hati aku, sila paham. aku bukan apa lah (cet dah mula tone bengang hoho), u ada prinsip u i tak kata apa pun. biarlah i berprinsip and hidup dengan cara i. baru ada life. cuma kalau cara i bertentangan dengan syariat, then tell la. in sha' Allah i terima. ok. bai.

waAllahua'lam.

p/s :esok takleh joget joget dah. spm ok. kakak dq kata, muslimah ni dia berpikiran jauh. kira spm walau jauh sebenarnya tak berapa jauh pon, mari kita berpandangan jauh. konon ko saff

Saturday, November 21, 2009

jangan lupa isi jadual tu hai f1 f2 n f4 sekalian

Bismillah walhamdulillah.

maka secara official nya aku mula cuti petang semalam. alhamdulillaaah!

tahun ni, pecah rekod diri sendiri sebabnya aku balik pada masa yang skema. (baca : masa sebenar yang boleh balik)

tahun sebelumnya, mesti sehari dua sebelum hari last aku dah cabut, namun atas tuntutan dakwah(serious poyo) tanggungjawab, dan segala bagai plus untuk menemani amal since ain dah cabot terlebih dahulu, aku pun dok kat hostel di mana ahli dorm aku pon tinggal sejemput je ha.

alhamdulillaaah, mesage 2009 telah dirasmikan,berlangsung,dan berakhir. oh, akan ada post khas mengenai mesage, nantikan.

alhamdulillaaah, naqibat telah terpilih dan dipilih. untuk perlaksanaan usrah tahun depan yang nak disettlekan tinggal dalam 30% senget2. moga Allah menguatkan dan permudahkan.

things won't happen without iznillah. alhamdulillaah thumma alhamdulillaah.

namun, bak pengisian dauroh tempoh hari, syukur boleh diexpress dalam tiga cara ; hati, kata2,perbuatan.

dan ekspresi syukur melalui perbuatan adalah yang paling sukar. ya, sukar. (skema nya bunyi, sukar gitu) tambahan, Allah kata, wa qolilum min 'ibadiya asysyakur..dan sangat sedikit daripada kalangan hambaKu yang bersyukur~ moga kita menjadi yang sedikit itu. huhu. easier said than done, huh?

bercerita mengenai cuti, this so called cuti sangat pendek, serious. refer je la kat borang mutaba'ah kita tu hai form 4 sekalian. ciput gilos, nak kentot pun tak sempat ok exaggerated giler tipu3.

buat aku, dan bakal naqibat sekalian, juga adik adik seluruh asrama, moga cuti ini membawa lebih manfaat berbanding mudharat. moga cuti ini 'menghidupkan' bukan 'mematikan'.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else. reminders are beneficial for those who believe.

waAllahua'lam.

p/s:form 4, dah bulih start mengisi borang k! tampal kat dalam bilik ke, meja ke, fridge ke (ni azimah sorang la)

p/s2:adik adik form 1 dan form 2, jangan buat buat lupa lak pasal borang yang antunna kena buat tu. amanah k! nanti akak nak kutip.

Friday, November 13, 2009

exam

dah habis. alhamdulillaah. yeay.

spm 2010

waAllahua'lam.

Friday, October 30, 2009

exam dah nak habis yeay

Bismillah.

setinggi tinggi pujian dan kesyukuran tanpa alasan buat Allah, tuhan di musim exam dan musim tidak exam, tuhan di masa kita senang, juga masa kita susah. solawat dan salam buat nabi Muhammad (saw) role model di musim exam dan musim tidak exam, uswah hasanah di masa kita senang juga masa kita susah.


exam dah nak habis yeay (saje ulang tajuk post haha)

dan aku sendiri tengah berpiker piker, studying the effect of exam to my iman. (ecece ni dah mabuk tiga hari berturut turut design experiment la ni haha)

dia tiba tiba teringat, satu harini paper add maths. rata rata orang tekezut dengan paper 2. aku pong turut sama terkezut, banyak keluar formula sendiri, dah macam galileo galilei dah gamaknya hoho~ balik sekolah tu semua gi solat zohor la kan.

then, ada sorang ni, dia tiba tiba menuju ke arah kami2 yang lepak kat belakang musolla tu seraya buat muka menangis, dah cam tak betol dah aku tengok dia. dia pon kata, aku dah cam tak betol dah.

rupa rupanya, dia uzur. but dia gi solat zohor (aduyaila~) dia kata dia lupa, then masa rakaat pertama baru dia teringat, menangis dia dengan keadaan masih bertelekung. lawak lawak~

walaupun semua kat situ gelak je, aku tersentak bila dia kata, tension sangat buat add maths, terus nak pi solat. sampai terlupa dia uzur. wawawa, touching tak? ke aku sorang je rasa touching? benarlah terlampau benar tiada yang benar melainkan yang benar belaka. ALLAHUSSOMAD. segala apa pon bergantung kat Allah. cuma masa senang manusia selalu bajet boleh berdiri sendiri, lupa kat Allah. bila time susah susah ni la....terkedek kedek cari Allah. ( aku la manusia...)

so far, ada paper yang ok, ada jugak yang kurang ok. hoho~ tapi sekarang ni tengah piker, sejauh mana exam ni mendekatkan aku dengan Allah, atau sejauh mana exam ni menjauhkan aku dari Allah.

aku bukanlah yang terbaik nak cakap pasal ni, tapi saja nak buat introspeksi untuk diri sendiri, takpekan.

macam macam pesen manusia jugak lah aku jumpa dalam musim exam ni.
yang sanggup turun kantin makan tapi nak singgah solat duha kejap takut tak sempat revise untuk next paper.

yang bangun pepagi buta nak gosok baju and revise sikit2, tapi tak amik kesempatan untuk maybe tahajjud 2 rakaat.

yang tilawah makin kurang lantaran masa sebelum maghrib yang masa tu je la salunye orang dapat duduk baca quran, dikorbankan dengan baca buku akademik. (ala kejap je pon sebelum maghrib tu sekarang kan azan awal)

tapi....tak kurang juga orang yang sujudnya dilanjut lanjutkan, doa dipanjang panjangkan, solat sunat diganda gandakan, tilawah diupgrade upgradekan(?). jom ketuk kepala tanya iman masing masing golongan manakah kita. moga dengan exam ni kita menjadi orang yang meletakkan kebergantungan 100% kat Allah.

haha, serious tak layak cakap sebab i takdelah seusaha dan sestruggle kawan kawan lain. baru nak stay up kat dorm seberang, dah terlelap. hoho~ tapi saja nak ingatkan. diri.

sangat mengambil ibrah ar dengan paper 3 physics. jangan terlalu percaya soklan spot. baca je semua boleh. tapi, ibrah yang aku dapat untuk paper chemistry, soklan spot juga perlu diberi perhatian sebab kadang kadang tepat. haha.

takut sangat kalau tetiba aku jadikan exam ni sebagai matlamat. padahal exam ni alat je, untuk capai matlamat, yang lebih hakiki.

akhir post, lagi 4 hari je exam wehhh. bahagia bahagiaa~ oh, saya memang tak suka exam, ia membuatkan saya jadi seorang yang exam-oriented. however, exam ni bagus jugak, boleh jadi catalyst untuk belajar lebih~

ok dah dah. tak sabar nak buat halaqah lepas exam. usrah TN ku~ sian korang kan. haila~

waAllahua'lam.

tusbihu ala kheir~

Bismillah walhamdulillah.

alhamdulillah, hujan renyai renyai rahmat turun pepagi bute ni. setelah berjanggut tak mengupdate, aku nak update la ni. haha~

dia sebenarnya tetiba nak update sebab pagi yang sejok hingga ke tulang sum sum ni mengingatkan aku kat beberapa peristiwa kat asrama lately ni.

hoho, asrama lagi??? bosanlah...haha, nama pon blog budak sekolah kot. ok takpe. yang bacanya budak sekolah jugak. shark,wrdh,pisang,angah,danpeminat2superserikandi seluruh dunia, korang budak sekolah kan? serious perasan gilos muahaha

ok shut up. bosan gila sebut pasal sekolah.

semenjak dua menjak ni, semua orang nak marah pasal kebersihan. gotong royong mengejut la petang petang. gotong royong tak terkejut pun ada seperti yang hari ahad tu.

awal awal dulu aku agree dan turut kiki sama la kalau nak kata asrama kotor. tapi sekarang ni, aku tak berapa nak nampak apa yang kotor sebenarnya? kalau dulu sampah berjoget jogetan di sepanjang koridor sebab ditolak angin (serious bukan salah angin sebab angin Allah yang kasi, kita yang biaq pi sampah banyak2 pahal.) sekarang consider taknampak la sampah yang terzahir.

nak dijadikan post, aku teringat haritu our honourable abi mengatakan dalam salah beberapa ucapan beliau. time tu ayat dia memang mencocok hingga ke back bone la i tell u.

tapi aku tak ingat sangat haha. tapi lebih kurang cam, student yang fail kelas tatasusila ni memang la sampah pun dia selit kat pokok bunga, dah minum2 tinggal je air kotak kat bangku batu tu. pulak, rasa diri bagus. padahal setiap hari kita meruntuhkan iman, ye lah asyik kotor serta mengotori je. tu pun rasa diri mulia. cleaner tu, yang kita tak pandang suku mata tu, doranglah tiap tiap hari MEMBINA IMAN, membersihkan sekolah...ila akhir ayat~

kita...meruntuhkan iman? iskk2 pedas i tell u. ko tak rasa pedas ke? cek balik sensory iman ko. hoho.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else.

before i end up my post, ini adalah beberapa ceritera lipas.

cerita 1
kat dalam shower, terperangkap dengan sang lipas. terus menejrit tak hingat dunia dahlah pagi buta dalam kol 5senget2. cik tina, adik dorm dalam toilet yang sama, sama penakutnya dengan ku hanya menambah gamat suasana dengan menjerit sekali. cis.

kehadiran shimu2 bak heroin membelah kekalutan pagi. setelah berjaya tarik perhatian sanglipas ke tempat lain, aku marathon balik dorm. huh~ fobia trauma tol ar.

cerita 2
time ni ramai sangat orang dok kat kolah, yang nak makan supper ada, yang buat muka ihsan tak de stokin mintak tolong orang ambikkan makanan pon ada. aku riang ria basuh kaki kat paip ampaian. then ternampak lipas berjoget betol2 sebelah kaki aku.

diiringi jeritan feminin habes, aku lari sampai nak tergelincir kat kolah tu ha. malu serious ok dahnak tergelincir but then cover balik. muni gelakkan aku non stop. cis la ko.

cerita 3
pagi sangat, sementara nak tunggu subuh bukak buku add maths jap sebab exam add maths haritu. adik dorm pandang aku buat muka saspens seraya berkata, "kak saff, ada lipas"

dah muka saspen tahan kentot camtu, aku ingat lipasnya ada kat aku, sebab dia pandang aku tak berkelip, tercampak segala pencilbox dan buku add maths dan lari ke hujung sebelah sana dorm, amal pon satu, tambah saspen je jerit kuat2.

rupa rupanya lipas dalam loker dia, tapi tak mau keluar. haila~ 2,3 budak dorm yang masih tidor terus terbangun lantaran jeritan kami. haa bagusla penat dah aku kejut korang tau. lepas ni jerit je la mesti sume bangun.

itulah, lately ni lipas sering hadir dalam hidupku.

waAllahua'lam.

Saturday, October 10, 2009

kosong.

Bismillah walhamdulillah.

aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan diriku dan keburukan amalanku.

thumma alhamdulillah. masih hidup di jalan Islam, moga Allah sudi mengurniakan kemanisan Iman.

berlist list benda nak cerita, berkajang kajang benda nak kongsi, berkoyan koyan benda nak luah.

tapi perasaan aku semacam kosong. orang kata, kau tak buleh memberi dalam keadaan kau tak punya apa.

so, ini post kosong. mari introspeksi (baca : muhasabah) diri.

moga bermanfaat. moga Allah redha.

doakan aku tak selalu kosong (baca : futur) sentiasa ceria, rajin, beramal, dan teringat ingatkan Allah.

waAllahua'lam.

Monday, September 21, 2009

PAGE 16

Bismillah walhamdulillah.

the title says it all. hoh padahal orang tak paham pun amende tah page 16 tu. cis bajet ada orang baca blog ni pulok. haihs~

ok dah masuk perenggan kedua cerita page 16 tak mula mula lagi apa nak jadi. PAGE 16 stand for persatuan alumni generasi 16 kot. merangkap form 5 2007 la ni.

ok, post ni cam ala ala aku nak mengabadikan program yang dema (ceh, ni terikut kak diba la ni dema dema gitu) adakan untuk kitorg, form 2 and form 4. kira cam satu tanda appreciation la. tapi sebenarnya aku tahu dorang tak perlukan appreciation or periktirafan or whatsoever kan. sebab diorang buat ni untuk dipersembahkan kepada Allah. tapi saje nak post jugak. hoho

ok tiba tiba je.

berbalik kepada page 16. aku pun tatau apa nama spesifik program tu tapi nak dijadikan program, program ni start hari jumaat, penghulu hari gitu. lepas sekolah, lepas usrah puteri and lepas putera balik solat jumaat, kitorang berdaftar kat dewan. ceh konon kitorang padahal aku takde masa registration oh. bukan escape tau, ada pertandingan hadith. alhamdulillah, hafal sama2 dengan ayu, tasmi' pun dengan ayu, last2 menang dengan ayu oh. sweet kan. haha~

ok tiba tiba lagi. berbalik kepada cerita page 16.

dipendekkan cerita, petang tu ada riadhah. memandangkan salah satu ciri ciri muslim itu naafi'un lighoirihi - bermanfaat kepada orang lain, maka aku nak share la input output dan segala putput program tu. untuk riadhah ;

ldk 1 - apa tah nama die.
kitorang belit2 tangan sesame sendiri then kena uraikan jadi satu halaqoh besar which takde satu group pun yang berjaya tapi group aku paling berjaya la untuk ldk ni. haha~ tapi kena tolak markah gak last2 sebab ada orang tu pakai selipar kuning. redha je budak group lain. haha

ibrahnya, ukhwah tu penting, kena tolak ansur, dengar pendapat kawan and so on.

ldk 2 - bola iman.
yes, aku paleng chenta ldk ni. walaopon puasa tapi kitorang tak lemah pun ok well perang badar pon bulan ramadhan. kitorang buat halaqoh lagi, sambil bahu ke bahu kawan. then sejibik bola taruk kat tengah. kitorang kena protect bola tu jangan kasi fasi rampas.

and kitorang takleh bersuara selain ayat "pertahankan iman! pertahankan aqidah!" memang semangat plus galok giler ar kitorang protect bola iman tu sampai ada fasi nye cincin bengkok (sorry kak tika wani ;p) and tangan cedera sikit2. dengar cerita jam fasi ada yang tercemar sikit eh. haha.

ibrahnya, kita kena protect iman dan aqidah kita dari (sedikit kesalahan tatabahasa di situ ye) segala jenis anasir anasir walau camne gaya sekalipun. and yes, betapa umat islam sekarang diserang dari segenap sudut dan sudut yang paling kita kalah ----> PEMIKIRAN. cis.

ldk 3 - voyage amende tah tapi maksudnya, mari berlayar kot.

kitorang diberi beberapa helai paper, then dari starting point ke end point kena redah 'berlayar la konon' tapi tak leh jejak lantai, kena jalan atas paper. dan fasi lak akan rakus merampas paper yang terbiar.

aku paling terkesan dengan ldk ni sebenarnya. bila part kak rahmah terangkan ibrah dia.

ibrahnya, dalam pada kita berlayar, kita menuju ke arah mardhotillah, ke arah syurga Allah, ke arah kejayaan, ke arah kebenaran, kita kena tengok2kan jugak kawan kawan kita. kot2 ada yang 'kapal' (paper) diorang yang dah terkoyak, hampir karam ke. kita kena tolong. takkan nak masuk syurga sorang sorang. kata nak buat reunion kat jannah. (ameen). setakat makan kat nurysa bila bila boleh kan.

em, sangat betul oh. lagi lagi bila dah kuar sekolah nanti. janganlah tinggalkan kawan kawan kita yang dah makin hanyut, makin weng, makin jauh dari tarbiyah, dari islam tu sendiri. tolong diorang kot2 tengok dah semacam terhuyung hayang weng weng, dahnak karam tu, tarik dorang... iskk2..ya Allah, thabatkanlah aku dan sahabat2ku atas jalanMu hingga ke hari kiamat.

tiba tiba aku ngantuk. esok aku share lagi pengisian program hari tu okeh.

sebenarnya tiba tiba nak share benda cam bermakna sikit ni lepas terketuk lepas terbaca kat satu blog ni. sesungguhnya daripada kebaikan islam seseorang itu adalah meninggalkan apa2 yang tak bermanfaat baginya - riwayat at tirmizi. maka, sila silalah manfaatkan blog anda sikit pun takpe tapi aku tau blog ni tetap merapu tapi harapnya dapat jugalah manfaatnya walau sedikit. cis perasan ada readers again! takpe, aku tahu shark pasti akan baca. muahaha.

to be continued.

waAllahua'lam.

Saturday, September 19, 2009

nostalgia.

Bismillah.

tajuk post ni gelabah je tu. melihatkan ramadhan dah sampai ke penghujongnya, molek benar kiranya hamba mengabadikan nostalgia ramadhan 1430 H kat superserikandi ni kan. hoho.

aku buat blog hopping sikit, tengok orang pakat citer comparison between ramadhan at malaysia and mesir, jordan, france and so on. since aku ni belajar dalam nogori sajor, aku pakat story malaysia je la eh. kan sekarang orang sebok kata satu malaysia. hanya jauhari mengenal manikam. ok tiba tiba je.

antara puasa kat sekolah dan kat rumah, mana lagi best, masyuk, wangi, beriman ???

ha-ha. of course la kat sekolah.

sahur.
kat rumah, aku selera tinggi. haha~ sebab aku ni pesen sahur bukanlah macam nak makan lunch kan. tapi kat sekolah kasi menu lunch. ambik kau pepagi mamai tu makan nasi kawah, sotong sambal and so on. tapi aku bersyukur, alhamdulillah. ada gak benda nak makan. lagi satu best kat rumah, kau bangun suci suci sikit terus sahur. kalau kat asrama, kena tukar baju 390 darjah. unless sekolah buat lagi satu dm milik puteri.

aktiviti seharian.
apa skema sangat daa aktiviti seharian gitu. ok takpe. kalau kat sekolah la lagi best, obviously. kau terlupe tentang kelaparan sebab lepas sekolah terus solat pastu gi sekolah balik tiba tiba dah petang pastu buka. yeay. kalau kat rumah tercongok tatau nak buat apa buat taik mata banyak ish2 serious buang masa. nak belajar pun takde feel tah pape tah. kalau kat sekolah, lapar2 pun tengok kiri kanan at least ada gak orang belajar. so the spirit is there la.

lagi satu,. kat sekolah ni rasa la keindahan amal jamaie yang selalu indah diperkatakan tu. serious. satu benda yang paling aku chenta pasal smakl ni, bila masuk musolla. time lepas zuhur, and lepas maghrib terutamanya. masa tu ramai orang dok baca quran, satu view yang touching, yang aku tak pernah bosan tengok, yang everytime tu aku mesti akan terbisik, emm, i'm so gonna miss this moment. =) kalau tidur terbongkang pun jamaie jugak an. haha iskk~

kalau kat rumah, baca quran, pandang kanan nampak meja belajar. pandang kiri nampak Kktil. tskk tskk~ tarbiyah dzatiyah giler.

lagi satu, kat sekolah ni ada bi'ah dia. kalau nak dekat2 buka tu, dalam kesemakan orang kecek non stop kita tadah tangan doa pun tak rasa apa. tak rasa malu ke. sebab bukan kita sorang buat kan. tuh best ar. suasana ibadah tu ada la. kat rumah, tiba2 nak tadah tangan berdoa time maqbul2 nak dekat iftor tu semacam la. tapi sebenarnya, kau takyah malu kan nak buat kebaikan. tapi entahla. alternatif lain, dok diam2 kat bilik and berdoa time2 tu.

bazar.
tahun ni aku memang tak pernah jejak the so called bazar ramadhan. and aku rasa memang aku tak sempat nak jejak untuk tahun tahun sebelum ni gak. bagus save duit oh. tapi seperti biasa sekolah ku sentiasa menyediakan alternatif lain. perkenalkan....bazar court merah. haha.

aku bukan nak cakap apa la. tapi memang kalau form 4 tak menjual meniaga, tinggal abang bob dan air hijaunya, koopians sikit sikit and lajeko sikit sikit. tepuk sikit~ ok tiba tiba nak tepuk pesal kau.

kelas aku, 4 Othman, jual air je tiap tiap hari. alhamdulillah, setiap hari memang habis la berkat ramadhan kan. kelas 4 Umar dengan float nye. 4 Ali sama ngan kitorang, jual air. bersaing betul, huh. haha. tapi saing yang sihat gitu. 4 Hamzah dengan kek batik nya yang aku tak pernah2 menyempat nak beli. dengan segala jenis cocktail nata de coco amende tah. 4 AB ? korang dah kaya dah.. :p ni kira cam fastabiqul khairat kot. semua kejar2 nak kumpul duit buat gi jamuan kelas nak ikut sunnah nabi, berniaga. hihi. dan dan je.

tarawih.
aku suka solat tarawih kat masjid taqwa ttdi. sebab kekadang adik muhammad yang baca sedap tu jadi imam. walaupun baca panjang, tapi berkat belajar arab sikit sikit, suara dia yang sedap, dan setan diikat, tak penat insha Allah. tapi kalau imam kat sekolah aku aka budak putera, ada pesen laju gila cam bullet train shikansen, harap 'lagu' sedap tapi kalau diteliti tajwid tonggek lunggang. ada gak pesen baca pergh sedap, tajwid pun pass, tapi pendek tahap tak ingat. hihi. takpe2. at least sempat makmum nak toma'ninah kan.

tiba tiba aku lost lak, apa yang aku nak citer sebenarnya ni. haih~

ok takpe. kesimpulan hukum daripada post ni (ecehh cam psi lak)
sebenarnya cume nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI. MAAF SEGALANYA~
cis, intro sikit punya pendek laa.

dan selamat mengintrospeksi diri, sempena tamatnya ramadhan dan bermulanya syawal.

mari usha peringatan ini,

hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (59:18)

sungguh, peringatan buat diri pertama tama sekali.

waAllahua'lam.

Thursday, September 17, 2009

tak.best

sedihsedihsedihsedihsedih. kalahkalahkalahkalahkalah. cukuplah. masa dah time.

Tuesday, September 15, 2009

.mati.

Bismillah walhamdulillah.

di rumah, i am. balik 'beraya' awal pulok. huh. hal ini adalah kerana telinga aku sakit. detailnya, aku seleselema pastu camne tah mengakibatkan infection kat eardrum.

iskk. malam tadi memang sepanjang malam takleh tidur takleh watpe. sakit teramat cam nak mati. tepat je masuk ulang tahun hidop aku ke 16, terus sakit (fyi, sakit telinga ni strike masa 12 lebih gitu). tskk tskk~ terima kasih ya Allah. rasa ter-tazkiyah nafs sikit. huhu. kaffarah dosa mode.

nak cerita betapa sakitnya telinga ni, sampai air mata mengalir non stop sesuki dia je. pah kata, tak cool. cettt~ wardah lak kata, aku tahu sakit gila sebab nampak air mata kau. thumma alhamdulillah. air mata melembutkan hati, seriously~

the best part, pagi ni aku terus mintak balik and terus dapat. tak bestnya, pagi ni bio physics chmistry straight sebelum rehat! (ecece..ni nak kata student mithali la ni =p ) patutnya harini aku merempit dengan rakan muda tu. siap dah pakai baju sokan. tapi mak aku sampai pukul 9 tadi, maka terlepaslah peluang. (mungkin nampak cam jakun gila nak naik motor je kot tapi biarlah. aku kadang2 memang jakun dan kejakunan aku tu tak buat sesape lapar~) ada hikmahnya, aku yakin. kot2 aku jatuh ke kalau naik motor tak ke maliu depan budak sekolah luar~takut nanti affect view dorang kat islam tu sendiri. contoh ; budak sekolah agama ni pakai tudung besor2 tu yang jatuh motor (harap bukan suu' zhon..~ ) or, aku yang piker jauh sangat? however, nasehat kakak dq tu, muslimah ni memang kena berpandangan jauh. haha

but the best-est part, cikgu2 tak sempat bagi ole2 raya kat aku. heee~ tapi kalau mau berjaya, usahalah sendiri walaupun takde ole2 kan. final exam pun dah around the corner gila.

afwan kathir kat pihak tertentu, bahawa aku tidak menyempat nak buat part aku untuk majlis kenang kenang form 3 & 5. ala, jealousnya tak dapat join. mesti cam sweet, aku tahu (Sebab f4 yg handle haha ok gurau je.) to 4 othman, menggemoklah korang ye makan kat nursya. er, jadi ke anyway? hari ni jual air elok elok ok. jangan lupa akad aku jual kau beli.

dan, aku selangkah mendekati kematian.


cukuplah mati sebagai peringatan.

orang bijaksana orang paling banyak ingat mati and of course beramal bersedia untuk menghadapinya.

betapa ramadhan itu dah nak habis. tskk tskk~

waAllahua'lam.

Friday, August 28, 2009

POTO ; suatu ibrah~

Bismillah walhamdulillah.

harini dah 7 Ramadhan, tarawih ke 8. wahaii diri, bagaimana amal? muhasabah mode activated~ (taa'la..nu'minu sa'ah!)

aku agak berkira calculate nak post pasal poto sebenarnya, sebab takut tergores dan menang mana mana hati, terterajang mana mana perasaan. tapi, takpelah, yang baik ambiklah, buat ibrah. yang buruk busuk tu tapis habis2an dulu kot kot masih ada nilai yang bisa diambil, then baru buang.

buat yang tak tahu natang apa tu POTO, takyah la tahu. waaah kerek planta gila kau buat orang tertanya tanya lak ! ok ok, bagi mereka yang curiousity dia tinggi tahap tak hafaz (huh?) itu adalah singkatan the Phantom of the Opera. ya, haritu patutnya ada pementasan teater ( la sangat..)

hampir satu sekolah tahu, kita, form 4 akhowat (ecece, ni mpp la ni cadang next year guna ikhwah akhowat :p )telah gila katak bertungkus lumus berminggu minggu bahkan bulan kot untuk prepare untuk pementasan ni. pementasan yang julung kali diadakan di smkakl gitu. tengok je la director kita, gila teliti untuk skrip, actor lagi. korban masa petang dan malam, buat latihan.

kalau nak cerita pasal duit, berapa banyak dah labur. duit xerox dialog lagi, duit pinjam baju lagi, untuk preparation dewan lagi. memang semua rela gila meng'infak'kan harta ar demi kelangsungan pementasan itu. bagus tol kita nih kan, ha-ha jangan ujub~ ni sayang korang lebih ni! apapun, moga moga kita juga sentiasa bersedia menginfakkan harta,masa,tenaga,idea bahkan jiwa, demi Islam, insha Allah.


pendekkan cerita, akhirnya sampailah hari yang agak dinanti nanti, hara pementasan tu. tiket semua dah edar, dewan memang dah 99.9999% siap, tinggal nak berlakon je. then apa jadi? ya, Allah adalah sebaik baik perancang dan Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia tahu apa yang kita tak tahu.
(cantik dewan. thnks aimi, for this photo)
habis waktu sekolah, ada notis mengatakan, POTO batal. ye, bukan mubah or makruh dah, BATAL terus.

still, batch aku ni memang jenis susah nak putos asa, ramai usaha gak pujuk pihak berkenaan, mintak diadakan, kalau tak dapat hari tu pun, postpone hari lain pun takpe. but, still, tak boleh. and again, Allah knows best. Allahu aa'lam maa laa na'lam.

berapa ramai nangis haritu, tak kurang yang mengkiki, menyumpah seranah rasanya takde kot. sebab aku tau, akhowat form 4 ni jenis berlapang dada dan bersangka baik pada setiap yang berlaku (ha-ha dah mengampu terlebeyh ni!) sayang korang lebih lebih. aku pendekkan terus la kepada ibrahs yang aku dapat, ye, daripada pandangan peribadi yang mungkin tak berapa nak terang lantaran kegelapan hati yang sering buatku keliru. (huh?)



-> masa awal awal dulu, kita dima'lumkan yang akan menyaksikan pementasan ni hanyalah pelajar puteri, betul? tapi bila hari pementasan makin mendekat, kita terma'lum dengan satu ma'luman baru yang agak membuat rahang2 jatuh, jantung2 terkezut, IMAN2 terhimpit,terobek. yaa, putera boleh tengok sama! yang berlakonnya kami, puteri form 4. dan pada pandangan aku yang kerdil (terbayang orang kerdil lak, iskk), tak kisahlah korang nak kata aku tak professional and so on tapi aku tak senang dan rasa tak sesuai untuk lelaki ajnabi tengok kita berpementas. sebabnya, fikirlah sendiri.

sebenarnya, POTO tak jadi mungkin sebab Allah yang maha pengasih lagi penyayang nak selamatkan maruah kita semua. maruah kita, pelajar puteri sekolah agama, serikandi Islam insha Allah ( deh cam gelabah la pulak ayat ni. layan~ ) . taknak hurai lebih, again, fikirlah sendiri.



-> mungkin persediaan kita untuk berlakon tak berapa nak mantop, dengan main main masa training haha sape la tu. maka, kalau kita buat cam tak berapa nak best kan, entah2 nanti budak2 semua boikot kita. sebab apa? bayar tiket tapi tak memuaskan. pelaburan yang merugikan. hm, kan susah gitu?



-> boleh jadi Allah nak tegur kita. kita semua, aku kau, termasuk, takde pengecualian. mungkin, aku ulang, mungkin, sepanjang latihan, preparation bagai, kita lupa pergantungan pada Allah. masuk waktu solat, kita masih galok di dewan dengan training, sampai ada yang solat sangat lambat, tak kurang yang solat dalam dorm. mungkin sesama kita, termasuk aku, kurang saling mengingatkan. iskk astaghfirullah. mungkin masa tu, tawakkal kita kurang. usaha dah separuh mati dah, tapi kalau tawakkal takde tu sombong namanya.




-> mungkin juga ada kaitan dengan niat kita. iskk takut giler nak cakap pasal ni tapi takpelah like i said before, ni ibrah yang aku dapat. mungkin ada TERniat, nak show off, budget batch best. satu benda aku suka pasal pementasan ni (pada awalnya), budak sekolah agama pun boleh beb nak buat pementasan phantom. ingat jumud gila ker kitorang bwahaha. ok tu gelak keji tak baik. gurau je~ alamak, dah malas nak taip so kira fikirlah sendiri, pasal niat tu.


->dan sebenarnya banyak lagi, banyak gile bak kata orang. setiap apa yang berlaku, adalah tarbiyah daripada Allah. asalkan kita mahu memandangnya dari sudut kaca mata seorang hamba, yang sebenar benar hamba. Allah, sebaik baik murabbi dan tarbiyah direct daripada Allah adalah sebaik baik tarbiyah.

tuntasnya, spesifically kepada akhowat batchku sayang, generally kepada sesape yang mahu mengmbil iktibar, pergantungan pada Allah itu super penting. dan batchku, jangan putus asa okes! pementasan tu memang good job giler, kan shashark? kamu memang natural-born director la weih! huhu.


i'm sooo speaking to myself, before i speak to anyone else.

sesiapa melupakan sejarah pasti akan mengulanginya - makcik santayana.

fa'tabiru, yaa ulil absor !

waAllahua'lam.