Thursday, December 31, 2009

pulang marilah pulang

bismillah walhamdulillah.

bukak mata tutup mata bukak tutup dan bukak sebelum tertutup selamanya, cuti secara serius nya sudah sampai ke penghujung rancangan.

pejam mata celik mata pejam celik pejam, sebelum terpejam selamanya, 2010 menjengah sudah. heh.

satu kisah yang masih sugar bugar dalam ingatan ;

tempat : dorm sebelah
tahun : 2006
zaman tu, zaman aku form 1, kad matrik amatlah penting dan maksima penggunaannya. kalau cam zaman sekarang, kad matrik ni consider endangered species(?). orang tak heran, tak guna dah. poodah, rugi je aku bayar time awal2 kemasukan dulu. muahaha skema is cute, at times. eh terkeluar topik lak.

ok sambung, so zaman tu budak dorm rata rata pesen yang klipkan kad matrik kat katil. satu hari ni, sorang kakak form 5 2006 belek belek kad matrik adik form 1 2006 nya seraya berkata : sah sehingga 2010? lamanya lah korang duduk kat sini lagi. akak keluar dah tahun ni *lebih kurang gini*

apa aku nak cerita kat sini, tak lama pun, dah 2010 dah weh, 4 tahun mengharungi suka duka muka asrama. best jugak asrama ni, susah sama, senang pun bersama. kalau menu ayam, semua dapat merasa, kalau takde air, semua merana. cis apa masuk mode jiwang rust ni.

bergelar super senior esok sudah. hoh, super ke? haha super la nama blog pun superserikandi (konon ). aku takde buat apa apa persiapan mental ke fizikal ke, spiritual ada tak? boleh la sikit sikit.

tetiba kan, aku baru teringat banyak rupanya benda nak kena settlekan tapi belum settle lagi and i just have to work my heart out! T_T


folio bm siap sudah, alhamdulillah. ada kah kalimah lain yang lebih wajar untuk aku ucapkan?
folio english dan konserto, huhu, ada planning baik punya. khas untuk mereka yang last minute worker. ish, tak sihat betul kerja last minute ni, kata spm candidate. haigoo~

babe, sorry la kalau tak berkenan/rasa menyampah dengan kejakunan aku bergelar form 5, siap kata spm semua. kalau tak puas hati sila klik pada red box kat tepi atas tu. huhu. serious wa cakap sama lu, itu tandanya hati sakit la tu. orang cerita camni pun sakit hati kaa? adodoi. come on..

eh, tiba tiba masuk mode emo lak ni. aku dah tatau nak cerita apa. padahal banyak gilos benda nak cerita kat superserikandi nih. dahlah. mari baca mathurat petang.

oh oh, aku lupa nak inform naqibat untuk beli notebook baik punya khas untuk usrah. maka, ni aku tengah inform la ni. sila sampai sampai kan ye bagi yang tersinggah. ceh, bajet ada orang singgah. takpelah, biar aku gitau sendiri =.='

waAllahua'lam.

No comments: