Saturday, November 21, 2009

jangan lupa isi jadual tu hai f1 f2 n f4 sekalian

Bismillah walhamdulillah.

maka secara official nya aku mula cuti petang semalam. alhamdulillaaah!

tahun ni, pecah rekod diri sendiri sebabnya aku balik pada masa yang skema. (baca : masa sebenar yang boleh balik)

tahun sebelumnya, mesti sehari dua sebelum hari last aku dah cabut, namun atas tuntutan dakwah(serious poyo) tanggungjawab, dan segala bagai plus untuk menemani amal since ain dah cabot terlebih dahulu, aku pun dok kat hostel di mana ahli dorm aku pon tinggal sejemput je ha.

alhamdulillaaah, mesage 2009 telah dirasmikan,berlangsung,dan berakhir. oh, akan ada post khas mengenai mesage, nantikan.

alhamdulillaaah, naqibat telah terpilih dan dipilih. untuk perlaksanaan usrah tahun depan yang nak disettlekan tinggal dalam 30% senget2. moga Allah menguatkan dan permudahkan.

things won't happen without iznillah. alhamdulillaah thumma alhamdulillaah.

namun, bak pengisian dauroh tempoh hari, syukur boleh diexpress dalam tiga cara ; hati, kata2,perbuatan.

dan ekspresi syukur melalui perbuatan adalah yang paling sukar. ya, sukar. (skema nya bunyi, sukar gitu) tambahan, Allah kata, wa qolilum min 'ibadiya asysyakur..dan sangat sedikit daripada kalangan hambaKu yang bersyukur~ moga kita menjadi yang sedikit itu. huhu. easier said than done, huh?

bercerita mengenai cuti, this so called cuti sangat pendek, serious. refer je la kat borang mutaba'ah kita tu hai form 4 sekalian. ciput gilos, nak kentot pun tak sempat ok exaggerated giler tipu3.

buat aku, dan bakal naqibat sekalian, juga adik adik seluruh asrama, moga cuti ini membawa lebih manfaat berbanding mudharat. moga cuti ini 'menghidupkan' bukan 'mematikan'.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else. reminders are beneficial for those who believe.

waAllahua'lam.

p/s:form 4, dah bulih start mengisi borang k! tampal kat dalam bilik ke, meja ke, fridge ke (ni azimah sorang la)

p/s2:adik adik form 1 dan form 2, jangan buat buat lupa lak pasal borang yang antunna kena buat tu. amanah k! nanti akak nak kutip.

No comments: