Friday, August 28, 2009

POTO ; suatu ibrah~

Bismillah walhamdulillah.

harini dah 7 Ramadhan, tarawih ke 8. wahaii diri, bagaimana amal? muhasabah mode activated~ (taa'la..nu'minu sa'ah!)

aku agak berkira calculate nak post pasal poto sebenarnya, sebab takut tergores dan menang mana mana hati, terterajang mana mana perasaan. tapi, takpelah, yang baik ambiklah, buat ibrah. yang buruk busuk tu tapis habis2an dulu kot kot masih ada nilai yang bisa diambil, then baru buang.

buat yang tak tahu natang apa tu POTO, takyah la tahu. waaah kerek planta gila kau buat orang tertanya tanya lak ! ok ok, bagi mereka yang curiousity dia tinggi tahap tak hafaz (huh?) itu adalah singkatan the Phantom of the Opera. ya, haritu patutnya ada pementasan teater ( la sangat..)

hampir satu sekolah tahu, kita, form 4 akhowat (ecece, ni mpp la ni cadang next year guna ikhwah akhowat :p )telah gila katak bertungkus lumus berminggu minggu bahkan bulan kot untuk prepare untuk pementasan ni. pementasan yang julung kali diadakan di smkakl gitu. tengok je la director kita, gila teliti untuk skrip, actor lagi. korban masa petang dan malam, buat latihan.

kalau nak cerita pasal duit, berapa banyak dah labur. duit xerox dialog lagi, duit pinjam baju lagi, untuk preparation dewan lagi. memang semua rela gila meng'infak'kan harta ar demi kelangsungan pementasan itu. bagus tol kita nih kan, ha-ha jangan ujub~ ni sayang korang lebih ni! apapun, moga moga kita juga sentiasa bersedia menginfakkan harta,masa,tenaga,idea bahkan jiwa, demi Islam, insha Allah.


pendekkan cerita, akhirnya sampailah hari yang agak dinanti nanti, hara pementasan tu. tiket semua dah edar, dewan memang dah 99.9999% siap, tinggal nak berlakon je. then apa jadi? ya, Allah adalah sebaik baik perancang dan Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia tahu apa yang kita tak tahu.
(cantik dewan. thnks aimi, for this photo)
habis waktu sekolah, ada notis mengatakan, POTO batal. ye, bukan mubah or makruh dah, BATAL terus.

still, batch aku ni memang jenis susah nak putos asa, ramai usaha gak pujuk pihak berkenaan, mintak diadakan, kalau tak dapat hari tu pun, postpone hari lain pun takpe. but, still, tak boleh. and again, Allah knows best. Allahu aa'lam maa laa na'lam.

berapa ramai nangis haritu, tak kurang yang mengkiki, menyumpah seranah rasanya takde kot. sebab aku tau, akhowat form 4 ni jenis berlapang dada dan bersangka baik pada setiap yang berlaku (ha-ha dah mengampu terlebeyh ni!) sayang korang lebih lebih. aku pendekkan terus la kepada ibrahs yang aku dapat, ye, daripada pandangan peribadi yang mungkin tak berapa nak terang lantaran kegelapan hati yang sering buatku keliru. (huh?)



-> masa awal awal dulu, kita dima'lumkan yang akan menyaksikan pementasan ni hanyalah pelajar puteri, betul? tapi bila hari pementasan makin mendekat, kita terma'lum dengan satu ma'luman baru yang agak membuat rahang2 jatuh, jantung2 terkezut, IMAN2 terhimpit,terobek. yaa, putera boleh tengok sama! yang berlakonnya kami, puteri form 4. dan pada pandangan aku yang kerdil (terbayang orang kerdil lak, iskk), tak kisahlah korang nak kata aku tak professional and so on tapi aku tak senang dan rasa tak sesuai untuk lelaki ajnabi tengok kita berpementas. sebabnya, fikirlah sendiri.

sebenarnya, POTO tak jadi mungkin sebab Allah yang maha pengasih lagi penyayang nak selamatkan maruah kita semua. maruah kita, pelajar puteri sekolah agama, serikandi Islam insha Allah ( deh cam gelabah la pulak ayat ni. layan~ ) . taknak hurai lebih, again, fikirlah sendiri.



-> mungkin persediaan kita untuk berlakon tak berapa nak mantop, dengan main main masa training haha sape la tu. maka, kalau kita buat cam tak berapa nak best kan, entah2 nanti budak2 semua boikot kita. sebab apa? bayar tiket tapi tak memuaskan. pelaburan yang merugikan. hm, kan susah gitu?



-> boleh jadi Allah nak tegur kita. kita semua, aku kau, termasuk, takde pengecualian. mungkin, aku ulang, mungkin, sepanjang latihan, preparation bagai, kita lupa pergantungan pada Allah. masuk waktu solat, kita masih galok di dewan dengan training, sampai ada yang solat sangat lambat, tak kurang yang solat dalam dorm. mungkin sesama kita, termasuk aku, kurang saling mengingatkan. iskk astaghfirullah. mungkin masa tu, tawakkal kita kurang. usaha dah separuh mati dah, tapi kalau tawakkal takde tu sombong namanya.




-> mungkin juga ada kaitan dengan niat kita. iskk takut giler nak cakap pasal ni tapi takpelah like i said before, ni ibrah yang aku dapat. mungkin ada TERniat, nak show off, budget batch best. satu benda aku suka pasal pementasan ni (pada awalnya), budak sekolah agama pun boleh beb nak buat pementasan phantom. ingat jumud gila ker kitorang bwahaha. ok tu gelak keji tak baik. gurau je~ alamak, dah malas nak taip so kira fikirlah sendiri, pasal niat tu.


->dan sebenarnya banyak lagi, banyak gile bak kata orang. setiap apa yang berlaku, adalah tarbiyah daripada Allah. asalkan kita mahu memandangnya dari sudut kaca mata seorang hamba, yang sebenar benar hamba. Allah, sebaik baik murabbi dan tarbiyah direct daripada Allah adalah sebaik baik tarbiyah.

tuntasnya, spesifically kepada akhowat batchku sayang, generally kepada sesape yang mahu mengmbil iktibar, pergantungan pada Allah itu super penting. dan batchku, jangan putus asa okes! pementasan tu memang good job giler, kan shashark? kamu memang natural-born director la weih! huhu.


i'm sooo speaking to myself, before i speak to anyone else.

sesiapa melupakan sejarah pasti akan mengulanginya - makcik santayana.

fa'tabiru, yaa ulil absor !

waAllahua'lam.

2 comments:

cikdoktorfalsafah said...

heee!
this is wat i want.
thanks fr the story babe.

baguslah sekurang kurangnya ade jugak yg mencoret kenangan.
nk share kat blog, tapi malas.
huhu :)

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
selamat menjalani ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.