Friday, December 28, 2012

qud-wahh!

pernah tak jumpa orang yang membuatkan kita can't take our eyes from them?

orang tu opkos lah yang sejantina yarr. saje nak mention sebelum timbul gapo2 spekulasi liar =p

sem lepas, Allah mempertemukan aku dengan beberapa insan yang, subhanallah, dengan sekadar memandang muka mereka2 ni je automatically mulut kita dan hati kita bertasbih. immediately teringat2kan Allah.

bukan sebab mereka2 ni cun macam lisa surihani ke apa, tapi, entah, inilah kot yang dikatakan sebagai "siimaahum fi wujuuhihim min atharis sujud" - tampak pada wajah2 mereka kesan sujud.

subhanallah.

dah tu, tasbih aku tadi tak terhenti di situ. tadi tu baru tengok muka je. sekali tengok qudwah, ma sha Allahhh, cair aku dibuatnya!!

akhlak sangatlahhhh tiptop. mulutnya setakat ni tak pernah dengar lagi benda yang tak bermanfaat. sentiasa tersenyum lagi. kalau salam tu tegap genggaman tangannya, hangat pelukannya. aicewahh. eh, tapi serious ni

orang2 sebegini, terlalu sering membuatkan aku macam muhasabah on the spot. rasa macam langit dengan bumi. rasa macam, wahh bestnya dia ni mampu mengingatkan manusia lain kepada Allah tanpa berkata sepatah pun!

dan sangat pasti lah, bagaimana mungkin orang yang tidak mengingati Allah dapat pula mengingatkan orang lain kepada Allah....

terima kasih ya Allah.. memberikan aku peluang untuk bersentuhan hati dengan orang2 yang dekattt denganMu.. di jalan dakwah dan tarbiyyah ini.. walaupun aku ni, tak 'amil macam dorang pon..

Wednesday, December 26, 2012

kekawan lelama

assalamualaikum.

lately ni aku selalu nampak kawan2 sekolah rendah aku di kaca tv. pelakon beberapa orang, pelumba kereta sorang. dah femes2 korang ni yeh.

sorang tu aku rapat gile gak masa sekolah rendah dulu, siap pergi rumah dia on weekend untuk main2. hahah. tapi dia tu memang family retis. broken family lagi. apa agaknya citer sekarang. moga kau kuat lah.

lagi sorang tu, rapat gak. tapi jarang ar hang out kat luar. sebab dia kelas lain. cuma aku takkan lupa dia belanja aku t-shirt jogathon masa darjah enam. time tu dia tengah scandal dengan sorang mamat hot kawasan perumahan aku. aku yang perkenalkan TT_TT

si pelumba kereta tu pulak, selalu lawan pemadam atau shaker yang dimodified sampai jadi kebal dengan aku kat kelas. masalah aku gak terrrapat lebih dengan budak laki masa tahap rendah. dia selalu ejek aku dengan sorang mamat selekeh ni (time tu) jahat gile. tapi masa main tetap main.

melihatkan gaya hidup korang sekarang, tak ku sangka kita pernah bermu'ayasyah masa kecik dulu. entah korang ingat aku lagi tak. yelah, aku ni bukan budak hot pon dulu. al maklumlah, antara yang minoriti pakai tudung. tak cun pulak tu. oh ye, and tak sekaya korang. (wehh serious memang ada diskriminasi sebegini macam masa aku sekolah rendah. cemar nye lah kan budak2 tamang tung ni)

apa pun, kalau dah teringat kawan lama yang dah 'semacam' tu, doa doakanlah. ye, doaa.. jangan lupet.

end.

*sudah2 le tu melagha. cuti dahnak habis

Wednesday, December 12, 2012

breakfast

bismillah.

di sini saya nak rekemen satu buku best bertajuk " ya Allah kokohkan kaki kami di jalan ini " karya pak muhammad lili nur aulia. beliau ni ala2 salim a fillah gitu. tapi salim a fillah punya karya lagi sarat dengan sirah laa. best2.

disebabkan buku ni buku indon (obviously ye pada perkataan 'kokoh' tu), makanya tidaklah buku ini boleh didapati di sebarangan tempat. favourite bookstore aku, dan kebanyakan akhawat juge, pastilah FAJAR ILMU BARU yang kat wisma yakin tu.

thanks to kak dibs yang merupakan insan bertanggungjawab membawaku ke dunia buku tarbawi haraki indonesi ni. juga telah mengenalkanku kepada kedai FIB tu. tapi sekarang alhamdulillah, dah mula banyak bookstore2 yang jual buku gini. iman shoppe dan ibook kat serdang pon hado. yang malas nak bergerak tu boleh la cari2 kat internet, melambak haa orang jual buku online. tinggal nak baca je.

ok intro yang begitu panjang, tak masuk lagi ke dalam topik yang aku nak coretkan buat diri ini.

kalau tengok tajuk buku tu, bunyi dia macam ala2 ada kaitan dengan ISTIQOMAH kan. yalah, kita doa agar Allah kuattttkan thabattttkan kaki kita atas jalan yang paaaaling Dia redhai. dan kalau bab istiqomah ni, aku adalah loser terbesar T_T zeriouz.

*mula sebak dan geram kat diri* 

no wonder lah nabi pun beruban disebabkan surah hud (dalam tu ada ayat pasal istiqomah)
kalau nabi pon beruban, nabi yang sangattttt2 hebat pon boleh beruban, manusia paling istiqomah pon boleh beruban, sepatutnya kita ni gugur rambut semua bila cakap pasal istiqomah. sepatutnyalah kot huhu

kalau aku, jangan kata gugur rambut, mungkin hilang kepala terus.

memang payah. cukup payah nak istiqomah buat something. paling unacceptable, amal2 fardi dalam mutabaah yang sepatutnya pada usia ini telah mendarah daging dalam diri pon boleh fluctuate dengan drastik. jangan nak kata lah benda lain.

heh,update blog pon tak istiqomah. wekkkk (ejek diriku kepada diriku) makan herbalife tak istiqomah. pastu kalau beli pencuci muka ke pape ke yang kena pakai istiqomahly, pon semangat dalam 2,3 hari pertama je. cis.

berat nanang mung saff

berbalik kepada buku yang aku rekemen dalam perenggan pertama tadi, dia ada state kan kondisi futur yang 'baik' lah. lebih kurang gini bunyinya ;

"sebaik2nya bila kita bersemangat, semangat tu taklah melampau2 mencanak naik dan bila kita futur pula, takdelah jatuh begitu drastik gedebuk gitu" -fufuhh. faham ke? maksudnya, time tengah ok jangan melampau sangat kesemangatan tuu sampai tahajjud 20 rakaat pastu bila futur pehhhhhhh solat 5 waktu pon tak cukup. 

"sebaik2nya rentang waktu kita bersemangat tu lebih panjang dari rentang waktu kita futur" - iya, guwe bagaimana.. iman baru ok jap tetibe futur fullamak lama betul keringnya

hehh. (kadang2 memang suka buat muka macho padahal mata dah bergenang) TT_TT 

entahlah. benda ni obvious sebenarnya. bila masalah mutabaah, most probably ada masalah hablumminallah. juga, kalau tengah gadoh or selisih faham dengan sape2, ponnn sila lah cek balik hablumminallah. lagiii, kalau tiba2 je asyik teringat kat lelaki yang telah mencuri hati, fuh, sila lah cek hati kita balik. mungkin banyak sangat masa kosong? or dah jarang sangat nak fikir pasal keadaan umat and ingat Allah? cek cek..

apa yang telah bercampur dengan hatimu

hmm T_T

Friday, November 23, 2012

kekuatang

ada orang kata, kekuatan bisa diraih dengan 3 cara :

1. Qiam
2. Siam
3. Diam

ohoh, no 2 yang siam tu bukan siam thailand eh, tapi siam = puasa. ya, sod di depan tu.

begitulah perkongsian ringkas daripada ukhti yang disegani tu. simple, yet deeeep.

kalau aku sendiri, aku ada masalah untuk melazimi puasa. hohh. peluhh. bukan sebab aku ni pelahap gemar makan banyak2, tapi perut aku memang kurang lasak sikit. isk2. dan pula, setelah diuji Allah dengan gastrik sementara tahun lepas, makin susah pula aku nak berpuasa.

bak kata ayah aku, aku ni small but frequent eater. tambah pulak masa cuti ni dok rumah, ada je benda best best yang boleh dikunyah. hoh.

tapi terasa pedih bila baca satu status ni, dia cakap yang kita kena biasa2kan diri dengan puasa. jangan dok manja manjakan perut tu. kerana tu kan salah satu cara yang agak efisien untuk melatih diri mujahadah, juga antara sunnah2 lazim ar rasul.

tak boleh jadi ni, bisikku pada diriku. in sha Allah akan mula kembali melazimi puasa seperti dulu2. aku rasa sebenarnya boleh je nak puasa. in sha Allah boleh. buktinya, masa bulan ramadhan, aku telah berjaya kot. alhamdulillah. tapi setiap kali nak puasa tu aku dalam sujud memang berdoa sangat7 agar Allah beri aku kekuatan hati dan fizikal untuk puasa ni. dan juga ditambah dengan sahur yang berat. wihihihi.

ok macam gedik pulak. ingin mula melatih diri untuk kurang menjadi cerewet


Wednesday, November 7, 2012

sobar

sudah tengahari, cepat sungguh masa berlalu, padahal rasa roti telur yang aku kunyah pagi tadi masih terngiang2 di tekak.

nabi pernah berdoa, allahumma barik li ummati fi bukuriha. ya Allah, berkatilah ummatku di pagi harinya(mereka yang berpagi pagi)

sebab tu penting untuk tidak tidur lepas subuh. untuk bangun awal pagi, bukannya bangun bila matahari dah menegak.

sebab kalau bangun lambat, satu anda akan pening kepala. kedua, hampir separuh hari macam dah terbazir. yelah, bangun2 je nak lunch dah. ergh, rugi2. lepas tu pulak, time malam pergi stay up sampai 3,4 pagi. and the cycle goes on and on. bukankah ini berlawanan dengan sunnatullah. Allah menjadikan malam untuk kita beristirahat, bukannya mengadap laptop. =p (jelir lidah untuk diri sendiri) -err lainlah kalau stay up time malam tapi still manage untuk bangun awal heheh.

terkesan juga dengan kata2 dari siapa entah, lebih kurang macam gini ; how do you expect the sun of islam will rise again, when the sons of islam are asleep during the sunrise?

pagi, dengan segala keindahannya, damai waktu dhuhanya, pancaran mentari yang penuh dengan segala vitamin dan khasiatnya, udara dingin yang begitu segarnya, boleh rosak macam itu sahaja dengan MARAH.

ye, marah. aku makin lama makin terasa signifikannya pesan nabi yang sebaris ini : la taghdob.

jangan marah! sounds simple. tapi bila saitonnirrojim dah merasuk kepala hotak dan jiwa tu, tak ada yang simple dah.

kepada pemarah pemarah dan manusia panas baran, your anger will take you nowhere. last2 anda yang akan termenyesal sebab dah hambur segala masa marah tu. dan pastilah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh direverse, terlajak kata dan tumbukan serta tamparan, BURUK PADAHNYA. kuang3

aku terbaca satu hadith yang begitu cantikkk dalam buku "ya Allah kokohkan kaki kami di jalan-Mu" lebih kurang gini lah mafhumnya ; siapa yang bila dia rasa marah tapi dia menelan kemarahannya(padahal dia boleh je nak marah) , Allah akan memenuhi jiwa dan setiap rongganya dengan KEIMANAN  dan KEAMANAN.

subhanallah. fwahhh. iman dan aman. memenuhi diri kita. fwahh.

Allahummaj'alni minassobirin. ameen.

atas jalan

baru2 ni aku telah berjaya drive kereta ( ehem manual ) ke lebuh raya. LEBUH RAYA BEB. HIGHWAY TU.

alhamdulillah, bukanlah sebab aku cekap sangat pun nak multi task ; tukar gear jaga clutch tengok side mirror dengan rear view mirror. tapi macam faom ler jugak, rasa macam Allah sangat jaga time tengah drive tu. hihih

semuanya bermula bila aku tertinggal barang kat cfs. so macam kalau nak suruh ayah hantar memang boleh tapi kena terima sebakul bebelan dulu (sebab ni kes terlupa padahal ayah dah 2,3 kali tanya ada tak barang tinggal)

maka, dalam cuak2 tu aku beranikan diri jugak. sebab rupanya bila ada lesen, bukanlah bermakna kita sudah tidak tempang ye. bak kata dr hizul : ikhwah akhawat tolongggg lah belajar bawak kereta. muslimah arqam tu, lori balak pun dia bawak!

tambahnya lagi, takde lesen pun takpelah. janji pandai bawak kereta. lesen tu nak tunjuk bila kena tahan polis je (pastu audience semua gelak.oh ni aku dengar mp3 talk beliau) so jangan sedih ustazah nora, benar, tak semua orang ada rezeki masa dan kewangan untuk ambil lesen. nanti ada kelapangan nanti kita ajar awak drive ye, in sha Allah, hik3

so pada masa dengar mp3 tu, aku rasa sangat tertampar tampar sebab dah ada lesen tapi tak berani bawak! apakah! tolonglahhh overcome ketakutan kau yang tak munasabah tu, kata saffana kepada dirinya.

sebab actually, aku jadi takut2 ni semenjak 1 ramadhan yang lalu, aku hampir terlanggar satu kereta ni, dah memang kalut habis dengan main pijak je clutch ke brake ke, so memang tak sempat nak angkat tangan kat orang tu sebagai gesture mintak maaf. muka aku pun dah pucat kot rasanya time tu. hohh

tapi, sob sob, boleh pulak kereta tu kejar aku sampai kat mobil, then park sebelah kereta aku, then turunkan tingkap, then maki3 hamun. i was like.....dumbfounded. tapi, alhamdulillah time tu setan kena ikat, aku cuma kata sorry7 sambil berbisik dalam hati, inni so'im. fwah.

sekian.

Wednesday, October 31, 2012

rabu tiada kata

zaman ni masih bongsu lagi

Monday, October 29, 2012

aku baru teringat, cuti 3 bulan aku ni tak confirm lagi 3 bulan, sampailah result ept keluar.

kalau exempted ept ( people tolong ameenkan! ) maka 3 bulan lah.

kalau tak (nauzubillah, people tolong doakan) maka cuti aku hanya berbaki kurang 2 minggu, sebab kena ambik short sem. hoh

tapi tapi tapi, kalau exempted, means first year aku ada cuti 3 bulan, second year pun 3 bulan.

so total sepanjang kat cfs ni aku cuti 6 bulan

LAMA GILE. (ok perkataan gile sangat tak tawadhuk) LAMA SANGAT OKEH 6 BULAN TU

6 bulan ialah bersamaan setengah tahun.SETENGAH TAHUN LAMA KOTTT T_T

baik uia compress kan je program 2 tahun aku jadi setahun setengah ke, cuti sekejap sekejap pun tak apa, dari membazir usia emas aku dengan cuti cuti cuti.

bak komen makcik aku ; aikk, baru start belajar dah cuti 3 bulan. lama benar tu

memang betul, kita boleh fully utilize cuti setengah tahun tu dengan perkara perkara perkara bermanfaat. seperti bla bla bla... banyaklah.

but still, asasi je pun, why cuti so lama.

mula berkecil hati dengan cuti yang lama.

Friday, October 26, 2012

nakal

#pesanan 1 dari daurah nota untuk naqib: 
-jangan jadi ikhwah/akhwat NAKAL-
contoh : pergi usrah, pergi daurah tajmik orang, bawa usrah, bagi tazkirah,selalu ingatkan orang dengan amar makruf nahi mungkar TAPI kat belakang ikhwah akhwat ; tengok movie, baca novel, dengar lagu lagho, chatting dengan ajnabi, facebooking memanjang. 

implikasi : tak lama dalam dakwah. !!!!

sebab tarbiyah bukan menj
adikan kita aktivis sahaja, tapi menjadikan kita hamba kepada Allah dan membina kekuatan akidah.
kalau hanya menjalankan amal di medan tapi kekuatan akidah tidak dititikberatkan itu namanya aktivis. dan bila ujian datang, kekuatan akidah tak dapat menampung tolakan ujian. menyebabkan kita lemah. dan akhirnya........

pergh. serius sangat nih.

jadihambayangbaik.





-copy n paste from kak diba's fb-





sangat benarrr. ramai yang boleh jadi aktivis. zaman muda2 ni semangatlah. mahasiswa gitu. tapi tanpa kefahaman yang benarrr, semangat pun akan berlalu dengan berlalunya masa muda. 





kena cut down lagi perkara lagha yang telah menjadi rutinitas. hoh

Tuesday, October 23, 2012

bismillah


alhamdulillah :') wahh wahhh lamanya tak menghirup udara pagi kat rumah. dah nak dekat sebulan okeh tak balik rumah. bagi aku kira lama la tu, sebabnya jarak rumah aku ke uia pj, adalah kitar2 15 mins perjalanan. so kalau dah hampir sebolan tak balik, lama la tu ye dop. eh ye ke.

terlalu banyak benda2 yang aku nak abadikan kat blog ni dengan bermacam2 perkara yang aku dapat sepanjang satu sem pertama ni. tapi, nantilah sambung. sekarang keadaan kurang mengizinkan

yang pastinya, satu sem ini terasa begitu cepattt berlalu. rasa macam baru je taaruf week haritu. tapi3, terasa begitu bermakna sekali. sangat :')

tbc.

Sunday, October 7, 2012

a thing or two i'd like u to know

bismillah walhamdulillah.
wassolatu wassalamu 'ala rasulillah..

setelah begitu sekian lamanyaaaaaaaaaaaa tak update blog
bahkan hampir terlupa aku ni ada blog, sampailah masa usrah haritu, naqibahku kata : "nanti share2 la input yang kita dapat kat orang lain. yang ada blog tu, haa share la kat blog"

sampai je kat ayat tu, aku siku2 ustazah noraini kita yang begitu aktif mengupdate blog dia hoho.

#############

Nabi kita pernah kata : "ada 2 nikmat yang telah disia2kan oleh KEBANYAKAN DARI KALANGAN MANUSIA. iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG" (riwayat bukhari)

cuba bayangkan, tiba2 madam susilawati (ni lecturer chemistry aku eh) dia announce yang exam final sem kali ni RAMAI DARI KALANGAN KELAS G2 yang fail.
secara logiknya, kalau kita ni budak kelas G2, kita mesti rasa terancam. betul tak?
mesti rasa tak senang duduk, rasa macam 'eh aku ke ea yang fail tu. entah2 aku, jawab haritu pun tah pahape je'

begitulah.
jadi bila nabi kita yang konfem2 lah takkan berkata sesuatu yang bohong cakap ramaiiiii dari kalangan manusia yang sia2kan nikmat sihat and masa kosong dia, sepatutnyalah kita terasa, dan berbuat sesuatu so that kita bukan daripada kalangan tu.
sepatutnyalah kan. biasalah hidup ni memang banyak perkara yang 'sepatutnya'. tapi ramai je yang tak terasa dengan hadith ni. (termasuklah aku) yelah kan, kononnya dah familiar sangat dengan hadith ni, pqs dulu2 pon ada belajar. hoh.

nak kata lagi, 2 nikmat ni, hanya akan terasa dapat dimaknai, bila kedua2 ada.

contoh, kalaulah kita ni baaaaanyak masa lapang, tapi kita ni tak sihat. nak belajar lama2 pun pening ye dop. nak sujud lama2 kang hingus meleleh pule.
macam tu jugak, bila kita sihat wal 'afiat, bmi pun normal, tapi busy tak hengat dunia akhirat. memang tak menyempat lahh nak baca buku2 tarbawi ke, solat zohor pun gitu2 je sebab kejar masa kelas (astaghfirullah)
begitulah.

dannn, aku pun bakal menghadapi buat pertama kalinya final exam kat cfs ni. lepas tu, bakal bercuti 3 bulan sampai termuntah. fufuhh.
doakanlah aku dapat hadapi exam dengan baik, dan akan memanfaatkan semaksimanya cuti 3 bulan ni.
ni cuti terpanjang aku kot setelah habis f5. mana taknya, habis je spm, ada seminggu je gap before daftar masuk dq. habis je dq, ada seminggu je gap nak daftar uia pulak.
begitulah.
moga Allah akan menyibukkan aku dengan segala macam kebaikan sehingga aku penat dan tak ada tenaga dan masa dah untuk dibazirkan dengan perkara lagha apatah lagi maksiat.

dan, aku sendiri masih dalam proses untuk mengimplementasikannnn sangat2 hadith yang begitu bermakna di dalam hidup aku. note the word 'masih dalam proses'. means, bukanlah aku orang yang terbaik dan paling beramal dengan hadith ini. moga2 para pembaca yang membaca lebih2 lagi beramal dari diriku.
(eh ada ke pembaca)

waAllahua'alam.

Monday, August 20, 2012

eid

bismillah.

terbaca ayat ni di status orang randomly.

" Bila kita menjadi duta kepada sesuatu produk, banyak benda yang kita kena jaga sebenarnya.

Kerana kita sendiri menggambarkan bagaimana syarikat kita. "

bila cakap pasal duta2 ni, mesti teringat kat mus'ab bin umair yang hensem =)



Friday, August 17, 2012

dua zaman

bismillah walhamdulillah.

finally, ramadhan has come to an end. T_T kita memang bersedih dengan pemergian ramadhan, tapi jangan sehingga terlupa untuk bersyukur untuk kedatangan syawal ini =)

jadii, sebelum benar2 berakhirnya bulan bertuah ini, nahhh lirik lagu yang sangat sentap. enjoy, then reflect. eh.

RAMADHAN DUA ZAMAN - The Zikr

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga



Friday, July 20, 2012

a good start

bismillah walhamdulillah =D

Ramadhan Kareeeeem~

alhamdulillah finally majalah gen dah siap, dan sedia untuk diedarkan ! =D
kalau sajalah kamu tahu betapa bermaknanya akan kesiapan majalah ini.
Allahu Allah..
mengharapkan hidup yang lebih baik dan diredhai selepas gerak kerja majalah gen tammat :)

thank you Allah...

Friday, June 15, 2012

of 2 years


bismillah.

tiba2 banyak mood pulak nak mengupdate cik fityah ni kan.
dalam sebulan dua ni, aku selalu berada dalam situasi yang orang kampung kita panggil sebagai dilemma.
dilemma between two choices, or more. sebagai contoh.. adalah contoh2nya yang tiba2 aku malu nak share kat sini haha
malu sebab, haritu baca buku saksikan bahawa aku seorang muslim karangan pak salim a. fillah yang sangat best itu
jadi aku pun ter came across satu ayat ni yang sangat sentappps.
lebih kurang macam ni lah,

" kita menangis kerana risau akan nasib kita di dunia. sedangkan para sahabat menangis mengenangkan nasib mereka di akhirat "

pheww~
malu pulak bila fikir aku ni dok risau fikir pasal apa je. memang betul dunia ni jambatan ke akhirat, tapi nya kadang2 risau pasal benda kat dunia macam dah the end of the world je kalau tak dapat apa yang kita targetkan.

contoh, memang aku target nak buat setahun je foundation programme kat cfs ni. al maklumlah, kite ni pun dah tua setahun daripada budak2 lain ye dop. tapi jauuuuuuuuh di sudut hati aku memang ada rasa2 yang aku tak dapat nak bawak setahun punya crash prog. ada rasa2 tak mampu. dan yang selalu terngiang2 kat telinga ialah ayat "innahu 'aliimun bizaatis suduur"
sesungguhnya Allah sangat tahu apa yang ada dalam hati kau tu. jauuuuh di sudut hati yang kau dok sorok yang kau tak nak orang tahu tu, ALLAH TAHU.

so sangat berdoa ya Allah aku seriously sangat bodoh and sangat tak tahu apa yang terbaik untuk aku and aku sendiri pun tak pasti akan kemampuan aku. Kau takdirkanlah apa yang tertampal kat notice board nanti yang terbaik untuk aku.

and guess what, bila cek num matrik, aku dapat subjects untuk 1-year-prog. alhamdulillah, tak putus2 aku lafazkan dalam hati. tapi di sudut hati yang lain, still ada sikit ragu. mampukah? dah lah aku kena attend english classes for 9 hours per week. core courses lagi. elective courses lagi. mampukah?

tapi aku nyah2kan je bisikan2 ragu itu, sebab aku yakin Allah dengar doa aku. dan mungkin itu yang terbaik dan Allah takkan bebankan aku dengan something yang aku tak mampu.

somehow. cerita tak habis lagi. keesokan harinya, tertampal pula notice terbaru, siapa yang dapat 1-year-prog tu kena pulak meet the minimum requirement untuk result spm. iaitulah biology kena at least A- and chemistry A.
yang hat chemistry tu aku tak lepas.
makanya, in sha Allah secara rasminya aku pun ambik program DUA tahun.

tak dapat dinafikan lah, memang menangis gak dalam hati. lama kottttt dua tahun. lagi lama daripada duration aku dok kat dq. seriously lama. bagi aku lah. mungkin aku rasa lama sebab umur pun dah tua setahun daripada yang lain as mentioned above.

but then, still, Allah knows best. dan itulah jawapan doa aku yang sebenar weeheehee. dan setelah menrasionalkan akal dan mengingat2kan diri tentang tawakkal dan redha, dada aku rasa teramattt lapang. alhamdulillah, inilah batas kemampuanku.

memanglah grad lambat sikit daripada orang lain. tapi nak citer hidup esok pun tak tentu lagi ye dop. after all, age is just a number. yang penting macam mana kita memaknai usia kita tu. dan teringat bila syeikhah anisah mintak kita listkan apa kita nak buat kalau hidup kita ends at the age of 20. dan teringat juga sharing sorang ukhti ni pasal umur.... T_T

sebab akhirnya kita hidup ni is not only about grad awal semua tu, kita kena take into account juga dakwah dan tarbiyyah yang sepatutnya ibarat nafas kita tu macam mana

teruskan melangkah. =)

kepindahan

bismillah walhamdulillah.

huargh, zeriouzly berhabuk okeh ini blog bahkan lebih berhabuk daripada bangunan smawp hoho no offence
mesti ramai yang tertanya2 *perasan* kenapa aku mensepikan diri dan privatise ini blog usang for a such a longg time.
sebenarnya, adalah sebabnya. tapi korang mesti berbulu telinga dengar sebab yang aku nak state kan ni sebabnya sebab ni agak keperasanan (ok ayat sangat keling)
sebenarnya(again), ada lah beberapa makhlus halus dan kasar yang tidak aku ingin makhluk2 ini untuk tahu kewujudan blog ni dan seterusnya membaca dan jadi pembaca setia pulak tu (ok korang dah muntah hijau. i told u oledi)
so aku pun tutup blog ni dalam jangka masa yang agak lama jugak lah dengan harapan makhluk2 halus dan kasar(as i mentioned above) menyangka blog ni telah pupus abadan abada..
tapi tak nak lah pulak aku privatise ini blog selama2 nya lantaran aku nak lah juga beberapa makhluk yang dikehendaki agar membaca ini blog. so here i am, and this post is a comeback. thank u ppl for waiting. (satu al malik faisal hall tepuk tangan)

toyyib. cik fityah (nama blog aku just in case korang terlupa) mesti pelik kenapa tak ada post perpisahan dengan dq. huhu. aku pun pelik sebenarnya kenapa aku tak post padahal dalam ini kapla otak banyak sajaa cerita2 yang aku dah susun (dalam otak lah) tinggal nak kasi taip je lagi
tapi, mungkin kalau aku nak cerita pasal dq kat sini habis berkajang2 post kot gamaknya dan pula pastilah keyboard laptop aku ini kerosakan lantaran air mata yang bercucuran lantaran terkenangkan bumi barakah itu dan diri ini yang tak sedar2 diri bakal mati mati bila2 masa saja. huh!

somehow, life goes on. dq telah 3 minggu senget2 ku tinggalkan. dan telah officially bergelar pelajar uia untuk selama.. *jap kira2 dengan jari* selama 2 minggu alhamdulillah.
perut aku pun dah mula boleh adjust dengan makanan cafe2 kat sini *walaupun dah 3,4 kali gak diserang diarrohea (la ba'sa, tohuurun in sha Allah :)  )
begitu banyak bangunan2 kat sini pun aku dah mula ingat sikit2
so, ok la dok kat sini. kalau nak kata tak sama dengan dq tu memang lah. tak boleh nak forever kat zon selesa la ye makcik2 sekalian. (dan tazkirah ustazah noraini pagi tadi di kolam depan A&R department sungguhlah membuatkan daku menangis2 di dalam hati walaupun pada riak muka nampak biasa saja)
tapi, ok la. ipta mana kau nak jumpa dalam student oath dia ada highlight pasal ikhtilat, to observe the relationship between male and female(aku tak ingat ayat dia sebenarnya huhu).
boleh kata, alhamdulillah kat sini masih segarrr udara islamnya. tak susah pun nak adapt kat sini biiznillah, ok je, semua orang yang aku jumpa setakat ni baik2 helpful2 ja. :)

dan pastinya, seperti mana kat ipt2 or matrik2 or kat mana2 tempat sekalipun, kita nak jumpa dengan orang2 yang baik2, rajin2 lah turun solat di musolla. im not saying that those yang tak turun tak baik ea, jangan menghukum saya atas perkataan yang tidak saya sebut.
tapi best la alhamdulillah. moga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk jadi orang2 yang mengimarahkan rumah Allah di hari2 yang mendatang. ameen!

dan sebenarnya, banyak je lagi aku nak cerita. (ok jangan buat bunyik 'cecite cecite' annoying wokehz) pasal roommates baru, mahallah yang best, coway yang dah tak ada, library yang menyejukkan, and sooo onnnn.
tapi dah penat. so next time lah sambung in sha Allah. fuhhh finally aku update jugek blog usang ni.

ma'as salamah~

Monday, April 30, 2012

hm

bismillah.

setiap kali ada peluang balik rumah, aku mesti spend setiap petang untuk bawak kereta. takdelah jauh mana pun, takat mobil belakang rumah tu sampai ler. tapi ok ar gak sebab taman tun ni sibuk, banyak gak kereta petang2.
nak dijadikan post, petang tadi pemanduan aku sangatlah tidak berkaliber. mati enjin 3 kali di tengah3 jalan. i mean it, SANGAT TENGAH JALAN. the very the dangerous ok kawan2. tapi alhamdulillah semua pun tak hon3 aku lah. maybe sebab sticker P dengan megahnya tertampak kat kereta aku (i mean mak aku)
lepas2 ni aku rasa in sha Allah aku dah boleh pergi jauh sikit dari kawasan rumah. nak jugak merasa bawak kereta kat highway, main2 hon, haha. (aku tak suka hon oke sakit allergic dengan hon rasa nak pancitkan stereng sesape yang suka hon tu biar tak ada bunyi dah kalau dia tekan hon)

point yang aku nak terniat nak highlight sebelum taip post ni ialah, memandu kereta itu best. alangkah bestnya kalau dapat bawak yang auto pulak. ok itu nada tidak bersyukur dengan apa yang ada pule
sorry lah kalau rasa macam alahai sian budak ni, betapa jakun. hehe biasalah baru pandai bawak memang lah jakun, peace.

***********************

aku mula dapat faham perasaan kawan sendiri kahwin, huhu. selalunya pergi wedding mak ayah punya kawan punya anak lah, sepupu sepapat menikahlah, tapi ni bila kawan sepengajian(skema ork) yang menikah, memang lain laa feel dia. bukan feel nak menikah juga ea ehem tapi feel macam, wah kawan aku dah besar dah, dah nak menikah dah (padahal sebaya je -.-' ) so yang terdekat ni in sha Allah kawan smkakl sorang kawan dq sorang dalam awal bulan 6 ni. moga pernikahan nanti penuh barakah ye :)

tapi tak dapat dinafikan la semua orang pun dah mula rancak bercakap pasal baitul muslim. it's a good thing sebenarnya sebab setakat ni kalau terdengar2 orang cakap pasal ni pun (circle of friends saya lah ye) tak ada pun percakapan yang mengeneng2(camni ke ejaan dia) kawan sendiri dengan mana2 lelaki. semua pun perbincangan yang futuristik dan untuk menyiapkan diri ke arah itu(err aku ke yang taip ni)


**********************

bila jalan kat blog3 yang tarbawi and boleh buat pembacanya tertunduk menginsafi diri, memanglah sangat jeles. bestnya diorang ni, tulisan diorang memberi manfaat pada orang dengan teramatnya. langsung aku teringat kat blog usang+berhabuk tebal ni. hmmmm malu lah jugak. so nak warn awal2, ini bukanlah blog yang sesuai kalau kalian nak mencari apa2 yang ketarbawian (sambing mengelap air mata) walaupun akhirnya yang akan membaca blog ni tak lain tak bukan ati. eh ati je ke

ok lah itu saja. syeikah anisah taha pesan, our days here are numbered.
'here' itu merujuk kepada darul quran. huuuu nak keluar dah rasa macam baru masuk
tolong teramat7 doakan kami di sini. sehingga al quran terpahat di hati.
cewah

salam.

Saturday, March 10, 2012

keabangan

bismillah walhamdulillah.

jadi hari ni cerita aku bertajuk keabangan..
tak pernah2 aku nak cerita pasal abang aku kat sini
tapi tak apa, there's always a first time for everything (betulkan grammar aku kalau salah, my english is rusting from day to day)
abang aku mungkin tak macam abang orang lain
dia tak ikut tarbiyyah (dia even ada sejarah hitam dengan orang3 'agama' ni okeh jadi agak sukar untuk aku bercakap dengan dia soal ini)
dia juga pro bn (haha ada ke kaitan, ada kot)

tapi kadang2 aku terharu dengan abang aku
dari dulu lagi, dia lah yang dok ngantar aku gi lrt kalau aku nak attend usrah ke.. daurah ke.. apa ke..
macam satu hari tu, nak gi aqsa syarif nye program, so macam program tu start awal pagi
nak travel lagi ke tempat program tu, kena keluar rumah seawal pagi yang boleh la kan
aku pun apa lagi, roger2 abang aku mintak hantar sampaiiii ke tempat program wahaha (err bukan nak manja sangat tapi kalau naik ktm takut by the time aku sampai program pun dah habis)

padahal abang aku baru balik kerja awal pagi tu ( dia shift malam pulak hari kejadian tu)
tapi dia gagah2 je ngantar aku, takut jugak aku sebenarnya, asik dok menguap je sepanjang dia drive tu
pulak tu aku mintak singgah kat kl sentral jap, nak ambik cik jah yang ingin menumpang sama
aku pun pergi la cari cik jah kejap
dan sementara aku cari (sekejap sangat kot) abang aku sempat lagi tidur
nak kata betapa penatnya dia
hew2.

aku selalu doa, agar dia ditemukan dengan kawan2 yang soleh2
dan moga2 sebab dia tak berkira (er walaupun kadang2 mintak gak duit minum) nak tolong aku hantar aku gi program2 tarbiyyah ni
dengan sebab itu, Allah memberikan hidayah kepadanya

the end. ( satu audi tepuk tangan )

Friday, March 2, 2012

hakikatnya~

bismillah walhamdulillah.

fuhhfuhhh (tiup blog yang dah berhabuk)
jadi, superserikandi telah pun kembali
dan sebenarnya banyakkkk je benda nak cerita dalam ni
tapi mungkin kekangan masa(konon) dan internet kat bumi barakah dq ni
menyebabkan blog ni terbiar begini sekali

jadii..haritu iqrac ada buat program kat maahad hamidiah
dan, begitu terharu kerana berpeluang dengar pengisian daripada dr hizul
setelah bertahun lamanya
(sebenarnya pernah dengar sekali je, masa form 4)
alhamdulillah, pengisian dia sangatlahh basahhhh ok
dan sangat3 teringat moment2 dulu kala, masa awal mengenal tarbiyyah..
teringat kat halaqah di musolla saban ahad..
teringat kat akhawat yang travel jauh2 untuk jumpa kitorang walaupun keesokannya ada kelas..
teringat kat teha,wardah(majlis syura HAHA),farahana,carey,jannah,dan akhawat smakl yang kini bersamaku di dq.. (dan ramai lagi sebenarnya, the list goes on ok)
dan of course lah paling teringat
kat murabbiyah terchenta ku T_T (ex murabbiyah, to be exact)

terus meng sms kerinduan terhadap kenangan2 tu kat cik ex murabbiyah ku..
dia reply, " waa..jgn begitu. Rindu sgt juga. Tapi hakikat adalah hari ini."

ya, hakikat adalah hari ini.

teruskan melangkah.