Friday, December 28, 2012

qud-wahh!

pernah tak jumpa orang yang membuatkan kita can't take our eyes from them?

orang tu opkos lah yang sejantina yarr. saje nak mention sebelum timbul gapo2 spekulasi liar =p

sem lepas, Allah mempertemukan aku dengan beberapa insan yang, subhanallah, dengan sekadar memandang muka mereka2 ni je automatically mulut kita dan hati kita bertasbih. immediately teringat2kan Allah.

bukan sebab mereka2 ni cun macam lisa surihani ke apa, tapi, entah, inilah kot yang dikatakan sebagai "siimaahum fi wujuuhihim min atharis sujud" - tampak pada wajah2 mereka kesan sujud.

subhanallah.

dah tu, tasbih aku tadi tak terhenti di situ. tadi tu baru tengok muka je. sekali tengok qudwah, ma sha Allahhh, cair aku dibuatnya!!

akhlak sangatlahhhh tiptop. mulutnya setakat ni tak pernah dengar lagi benda yang tak bermanfaat. sentiasa tersenyum lagi. kalau salam tu tegap genggaman tangannya, hangat pelukannya. aicewahh. eh, tapi serious ni

orang2 sebegini, terlalu sering membuatkan aku macam muhasabah on the spot. rasa macam langit dengan bumi. rasa macam, wahh bestnya dia ni mampu mengingatkan manusia lain kepada Allah tanpa berkata sepatah pun!

dan sangat pasti lah, bagaimana mungkin orang yang tidak mengingati Allah dapat pula mengingatkan orang lain kepada Allah....

terima kasih ya Allah.. memberikan aku peluang untuk bersentuhan hati dengan orang2 yang dekattt denganMu.. di jalan dakwah dan tarbiyyah ini.. walaupun aku ni, tak 'amil macam dorang pon..

No comments: