Tuesday, December 27, 2011

of KLUS

bismillah walhamdulillah.

jadi, bagi meraikan cik syifa' k kita yang sangat terer maths tu, saya pun mengepost lah kisah tentang KLUS ni.

KLUS tu haruslah bermaksud Akhawat Kuala Lumpur - Selangor. haha kan.

kadang2 aku pelik, kalau aku pergi mana2 majoriti orang mesti berasal dari kelantan. kat dq contohnya, paling dominan rasanya orang kelantan. haritu aku jumpa kakak2 dari UTHM, bila ditanya majoriti diorang berasal dari mana, dari kelantan jugak. aku rasa macam ramainya lah orang kelantan atas muka bumi ni. erk.

macam kalau kat dq nih, ada persatuan anak kelantan lah, anak pantai timur lah, anak johor lah pahang lah dan seterusnya. cuma anak2 kl selangor tak pernah ada haha. jadinya haritu masa duduk2 sesama bebudak iqrac, kitorang pun terpikir, kenapa tak ada persatuan anak kl selangor eh, padahal kat dq ni rasanya ramai jugak budak kl selangor (walaupun mungkin tak seramai oghe kelate)

ha, since then lah tertubuhnya persatuan akhawat kuala lumpur - selangor nih. kenapa akhawat? sebab kitorang tak melibatkan memana banin, tak perlu pun ok setakat ni. dan setakat ni keahlian hanyalah terdiri daripada kanak2 iqrac, jadi kakak2 diploma yang berminat nak join venture tak ada masalah, boleh berhubung terus dengan mas'ulah kami iaitu cik faqihah ^^ oh ye, persatuan KLUS ni telah pun direstui oleh ketua iqrac banat, cik nada kita ye. (walaupun cik nada ni anak pantai timur wahaha)

pastilah kewujudan KLUS ni bukannya main2, adalah hadaf kami yang tertentu. jadi untuk cuti sem ni macam7 plan telah dibincangkan untuk buat. kemain lagi pong pang pong pang bermesyuarat tatapi akhirnya macam biasalah, tak jadi pun segala plan tu wihihi.

tapi! ha, tapi alhamdulillah satu plan untuk ziarah akhawat dq kat uia pj telah pun terealisasi dengan izin Allah.

jadi satu hari tu pun kami ramai2 (tak ramai pun ok, tak sampai 10 orang pun KLUS yang lain semua ada masyaqqah masing2 T_T ) bergerak ke uia pj. sampai je sana macam biasa lah, terkejut melihatkan cik tipah yang dah makin susut badannya, aku syak dia ni terlampau kuat belajar, tipah2.. berjumpa juga dengan syifa' , aisyah zul , sarah , fatimah omar.

macam biasalah perempuan buat apa lagi, sembang7 lepas sembang lapar. jadinya masa ahli rombongan (tak payah nak rombongan sangat la kan semua dok kl je haha) nak beli makanan untuk lunch, cik syifa' ada berpesan jangan beli berat2 sangat.

pelik jugak kenapa dia berpesan macam tu, tapi ahli rombongan hanya tidak mempedulikan arahan cik syifa' lantaran kelaparan yang dah terlalu unbearable.

lepas tu makan7 lepas makan nak balik. HAHA. tapi kanak2 uia ni kemain lagi tak bagi kitorang balik awal, disuruh tunggu lagi sampai zohor nanti bulih zohor sesama (padahal time tu baru kol 11 senget2 ok).

rupa2nya diorang nak buat surprise lahhh. cik syifa' dan cik tipah(yang susut tadi tu) tetiba keluar dan masuk balik bilik bersama berkotak2 pizza. alhamdulillah. hihi. diorang nak belanja ahli rombongan makan pizza rupanya :') siap ajak kakak2 gen 11 sekali iaitu lah kak azlina kak shazmiera kak najwa and so on..

apa2 pun, akhawati yang telah mendahului kami ke uia, jazakunnallahu khairan katheera atas layanannya, atas pizzanya dan atas segalanya. korang ni kita tengok makin sweet dari hari ke hari lahh. :)

(credit to kak syaf)
waAllahua'alam.

Monday, December 12, 2011

pasca TOPS

"serius dalam perjuangan. kerja kita ni bukan main-main.
terbitkan amal. terbitkan amal. terbitkan amal.
bukan HANYA duduk depan laptop dan taip keyboard saja.
perjuangan macam mana tu kalau tak keluar peluh dan air mata."

T_T

Sunday, November 27, 2011

melajukan DnT lah harapnya

"Daie yang tak reti drive itu daie yang tempang"

terkebil2 jugaklah aku mendengarkan statement seorang ustaz yang diulang sebut oleh kak KD.
macam, wargh, begitu sekalikah. tempangkah kalau tak reti bawak kereta??!!

tapi ada benarnya. cuba bayangkan, contoh macam ain la dia kan macam qawiyy sikit kan (wahaha ain kena balik ;p ) tetiba dia dihantar sebagai naqibah kat universiti memana lah. tetiba dia tak dapat nak follow up, sebab apa, sebab dia tak reti bawak kereta. padahal kat rumah dia ada je kereta. motor ke. tak kisahlah apa2. cuma tak boleh nak bawak. ye lah dah tak reti. kawasan tu pulak mungkin la pedalaman ke tetiba tak ada public transport pule kan.

ha kan dah susah. bak kata kak dina, akan memandulkan dakwah di situ. eh, begitu sekali ke huhu. aku ni memang, suka sangat main quote orang cakap apa

tu satu contoh. ada banyak lagi contoh. nanti boleh brainstorm sama2 (haha tak perlu tak perlu)

jadi moral of the story kat sini, ambiklah lesen (dan pandai bawak kereta ye sebab ada je orang ada lesen tapi tak reti2 bawak gak sebab dah lama tinggal stereng, fobia lah macam2)
dan aku semacam excited lah daripada kalangan serikandigen12 pong dah berapa orang lepas jpj test. wani mera' malin
dan yang bakal berlesen ati angah(kenal ke angah saya siapa hoho) baini farah nadiah dijah and so on.

alhamdulillah. so rehlah next sem ni bab pengangkutan dah settle la eh.

thumma alhamdulillah, aku juga diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk ambik lesen cuti sem 2 ni. dan aku dah pun attend ceramah KPP yang seharian suntuk ngantuk killes ok kawan2.

nak ceritanya, aku punyalah susah payah ronda rondi satu taman tun , damansara semua nak cari driving school yang murah. ada je dekat dengan rumah aku ni, metro punya. tapi harga memang boleh kena demam kepialu aku nak membayarnya. agak mahal sikitlah compared to other driving schools. tapi akhirnya aku end up ambik kat metro disebabkan metro ni orang islam punya kompeni, driving school lain cino belako ( hoho racist kah aku, tak2, religionist je)

nak ceritanya lagi, macam mana entah abang aku contact and deal dengan orang metro, tahu2 keesokan harinya orang metro tu datang rumah pukul 8am bawak aku pi kampung melayu subang. untuk dengar ceramah kpp yang aku taip kat perenggan sebelum2 ni

aku suruh gak abang aku teman ikut, bukan ngada2 atau manja ye kanak2, tapi aku tak tahu lagi cikgu yang akan mengjemput aku tu laki ke puang. tapi abang aku macam takde kerja lain je nak meneman aku pulak la kan jadi aku end up pergi sorang2 sobs T_T

sampai je kereta metro tu kat depan rumah, aku keluar, sampai je kat kereta, guess what. cikgu lelaki ye. dan tak ada student lain kat dalam tu. gagah2 je aku bukak pintu belakang, tetibe cikgu tu cakap, ehh duduk depan sini. aku macam, ok duduk depan kah T_T terus aku teringat kawan aku pernah cakap, setengah orang dia tak suka kalau passenger dok belakang, sebab dia terasa dia tu macam driver. so dengan nama Allah, moga Allah pelihara segala2nya aku pong dok depang (asal aku kena jangkitan ganu ni) -aku tak pernah dan tak pernah berani untuk naik teksi yang driver nya lelaki sengsorang okeh dan hanya pernah jumpa teksi yang driver nya perempuan hanya sekali seumur hidup-

sepanjang jalan tu dia bertaaruf pule dengan aku padahal muka aku rasa teballllll je maluuuuuu killes serious. time2 tu jugaklah aku sms dengan kak mashiii huhu menceritakan apa yang berlaku dan betapa aku malu. tapi kak mashi kata, tak apa in sha Allah, moga Allah memelihara kita. so bila dah sampai kat kampung melayu subang tu aku pun melepaskan napas lega alhamdulillah. berakhir sudah (perjalanan agak jauh ye, lebih 15 mins tak silap)

rupanya belum berakhir, sekali lagi menempuh rasa malu teramat untuk perjalanan balik pula. tapi on the way back ni cikgu dah penat kot seharian kerja so tak tanya aku apa2 dah melainkan bila ternampak myvi yang latest tu kaler kuning, dia tanya pendapat aku cun tak kereta tu.
aku pun satu, selamba badak kata, tak pun, macam teksi -.-'

maka, kepada ati yang konfem2 akan membaca post ni, silalah doakan kejayaan computer test kite esok ye. tak score pong tak apa, 42 pong tak apa janji tak payah repeat sebab kalau repeat rm40 aku terbangg lagi

waAllahua'alam.

p/s: tak jadi amik lesen motor ye sedih ni sebab ayah tak bagi, bahaya katanya tapi aku wala' je yalah ayah kite dah makan asam garam lagi banyak okeh sampai kena gout ok takde kaitan

Wednesday, November 23, 2011

tersungkur di dewan exam

bismillah.

pertamanya, blog ni tak sesuai untuk orang yang ada asthma ke resdung ke allergic habuk terlebih ke lantaran blog ini yang dah lama terupdate sampai berhabuk dan bersawang al ankabut dah

keduanya, peperiksaan sem 2 ni benar2 menyungkurkan aku di dewan exam. huhuu
kadang2, kita rasa 'sakit' dengan expectation orang.
kentang2 upsr kita 5a, manusia semua nak pmr kita pon straight a jugak.
lepas tu dapat lah pmr 9a hazaa min fadhli robbi, semua orang pun, " ohh spm straight a jugak la niiii awak kan pandaiiii"

T_T

macam tu jugak, kentang2 sem lepas nya exam kita score dengan warna berterbangan,
orang jumpa kita je,
" ohhh ni empat rata ni..
"awak tolong amikkan exam untuk kita.. kita tak sempat iadah..
"eh ni muka tenang je.. mesti dah masyi giler ni..
hm, buat muka tenang salah, buat muka gabra pun salah.

kita diajar untuk mengaminkan sajor bilamana orang mendoakan empat rata lah masyi lah bagai2 lah.

tapi just imagine, kita sendiri benar3 tersepit dalam kesukaran kita prepare untuk exam. dengan tak habis i'adah nya lagi, baca ulang2 sampai berpuluh2 kali macam tak masuk2, last2 muka kita tersembam ke quran.

banjir lagi..

rasa cam, ya Allah... aku tahu.. hati aku ni memang tak layak nak dilekati oleh kalam-Mu...

dan banjir lagi..

terserempak dengan orang, lagi menstresskan kita dengan expectations mereka.

sekarang bukan banjir dah, tsunami jadinya. tapi tsunami dalam hati. huuu

tak sanggup rasanya nak banjir depan orang dan susahkan hati kawan2 sekeliling sebab kita tahu, kawan2 sekeliling memang jenis concern moncern takkan ditinggalnya kita bersendirian :'(
dan tak sanggup jugak sebab, ada sahabat kita yang diuji laaaaaaagi dahsat untuk ingat kalam Allah ni...

seriously. hafal quran ni bukan macam kau belajar bio sejarah add maths tu..
kalau zaman sekolah dulu, tak sempat cover syllabus pun, bantai je jawab exam.
tapi sekarang, kau tak sempat cover juzuk2 yang bakal disoal, hmm kau lah kena 'bantai' jawapnya.
dahlah english nye paper aku ingat 2 jam rupanya sejam suku je bantai lahh siapkan essay time tu tinggal 15 mins je. understanding islam pong yang shirik in rububiyyah aku bubuh shirik in asma wassifat. T_T

macam kakak tu kata, ujian manusia ni berbeza beza.
dan kena ingatlah wahai saffana apa Allah kata dalam surah al-ankabut : 2-3

apa kau ingat senang2 je kau mengaku beriman, dan kau tak diuji?
seriously Allah dah uji dah pun orang2 sebelum kau saff. untuk Allah tunjukkan siapa yang benar, siapa yang dusta.

kira macam, boleh ke kau ngaku kat ustazah kau, " ustazah, saya ni sangat masyi, memang mumtaz lah" tapi kau tak masuk exam? *gelak berirama*
so kenalah ada exam, untuk buktikan betul ke kata2 kau yang kau ni budak mumtaz, ataupong kau dusta je, kau tak mumtaz pong.

ok lah ni skop yang sangat kecik sebenarnya, pasal exam je pong.
tak perlu nak rasa hidup berakhir ataupun denda diri tak makan sebab screwed up exam kali ni,huhu.
dan wahai pemuda, usia muda ni bukan untuk sedih2 exam je ye. banyak lagi KERJA kita.
lagipun, yang lebih terutama tamanya bukanlah hafal quran. apatah lagi hafal buta2 je T_T
tapi, yang jauh lebih penting kau tadabbur tak, dan macam mana kau menterjemahkan al-quran tu dalam kehidupan seharian *ok rasa kena tampar dengan ayat sendiri warghhh banjir lagi*

ya Allah jangan tinggalkan aku walau dalam kadar sekelip mata........... T_T

Tuesday, September 27, 2011

selamat .

bismillah.

sedikit sedih.
sahabat fast trackers tinggal kurang 2 minggu je untuk bergelar pelajar darul quran.
lepas tu, mereka akan dengan bahagianya mendaftar masuk uia sebagai intake yang keberapa entah.
ok tu bukan point nya.
point nya, betapa lah aku akan merasa kehilangan kalian. walaupun kalian cumalah 7 orang yang dah pun tinggal 5 gara2 cik hafizah dan cik wani cham terlebih advance ye untuk keluar dq (harhar)
kalian memang mendapat tempat di hati aku, tahniah lah. :')
padahal, baru 8 bulan senget2 je kita kenal, ye dok.
tapi rasa macam kawan 5 tahun. apesal eh?
subhanAllah. dan Dialah yang telah mempersatukan hati2 kita.

eh, mana lagi sorang?

baik2 exam minggu depan. rasanya korang memang takkan kena dur thani ek. spesel kes lah katakan.
selamat berjuang di uia. dan juga di taylor's. oh, dan juga bakal di jordan.
kat u nanti nak keluar on weekend tak ada dah kena isi borang outing online yang sangat melecehkan. err, tak ada alasan dah ye untuk tidak attend daurah, huuuu

waAllahua'alam.

Thursday, September 8, 2011

menyayat hati

bismillah.

terlalu, terlalu menyayat hati. realitinya hari ini sudah jumaat. dan ahad ini aku harus pulang ke dq.

sudah harus pulang :'( aaaaaaaahhhhhh zaman mengejar modal* bermula kembali. padahal i'adah* tengah kucar kacir. tapi apa aku boleh buat. exam dah dekat. muqarrar kena habiskan. dalam 'subjek' quran pun ada jugak ye exam oriented -.-" mintak jauhhhhh

hari tu mencall ustazah. dengan excitednya mengucapkan selamat hari raya (setelah seminggu raya berlalu teruk kan baru nak call ustazah) ustazah pun tanya lah soalan piawai, "macam mana, cari modal dah?" ... aku pun bagi jawapan anak murid baik kononnya, "hihi saya i'adah ustazah.. belum carik modal lagi" ustazah tanya lagi," wahhh, tapi semuka sehari la eh"

aku hanya mampu tergelak (malu gila kot)

***

satu lah kawan2. satu benda yang aku sangat treasure kat dq ni, kat sinilah first time aku berkawan dengan manusia2 dari seluruh malaysia ! cool gile kan. mana tak nya, aku sedari lahir kat kl, sekolah kat kl, kampung kat kl. mana nak berkembang otak aku

masuk dq, kat sini segala jenis loghat ada. terkial2 jugaklah aku nak paham apa diorang cakap masa awal2 masuk dulu. lagi pula loghat paling dominan kat dq ni aku rasa pantai timur dengan orang utagha lah.

masa first day dulu ingat lagi, benda pertama ex-room mate aku tanya aku, " maye doh?"
aku macam, huh, mayo? mayonis kah?
dengan sabar, cik nabilah ex room mate aku ulangi, "maye doh?"
aku nganga sikit mulut, apakah??
dia ulang, " solat dah?"
papp, aku tepuk dahi dalam hati. lahhh bunyik macam apa je.

masa meeting bakti ramadhan haritu. bila sampai kat timbalan pengarah kita(cik farah ok sila tepuk sikitt) dia berbahasa sebagaimana manusia normal berbahasa haha. bahasa kita laa bahasa baku yang tak berapa nak baku tu.

sampai kat unit jemputan, keluar dah fatin punya kecek kelate. " mace, ade jempute dok bagi respon ke, jadi susoh nok....." (aku nak ngeja pun susah hihi)

sampai kat unit cenderahati cik insyirah kita, keluarlah segala kupang ayaq loqlaq dan sewaktu dengannya.

nasib baiklah cik ain najihah merangkap ayang aku tak terlibat, kalau tak "makang ayang malang tu* " -.-" hihi ayang jangan marah

cool kan. mungkin bagi sesetengah orang tak ada apa yang cool biasa je kot tolong rilek la cik saff.

haha tapi bagi aku, subhanAllah, ni baru malaysia kan, macam2 pesen 'bahasa' dah ada. :)
loghat2 tu agak sukar difahami pada awalnya, tapi tak pernah menjadi tembok penghalang dalam ukhuwah kita kan BANAT XII GEN ???? tetap harmoni, walaupun dalam satu meeting, satu bilik, satu kelas, boleh berbunyi pelbagai loghat. alhamdulillah. kerna kita diikat dengan al-quran.. in sha Allah T_T

(kami nak warm up ni! )

kitorang, banat XII gen tak ramai pun. asal ada 62 orang. 2 orang keluar time haluan siswa.
tinggal 60. aisyah syahira keluar untuk ke mesir.
tinggal 59. nabilah ex room mate i (lap air mata) masuk program diploma.
tinggal 58. hafizah dan wani cham the fast trackers keluar.
tinggal 56.

56 je. tak ramai. tu yang sweet lebih tu haha.
tapi bakal kehilangan lagi 5 orang fast trackers T_T

waAllahua'alam.

p/s:seronok tengok banat kat private group kita kat fb. bak kata aisyah, gedik2 sesama akhowat boleh. yeahhhh haha. tapi korang, berhati2 ok, kena lebih perhatikan ikhtilat di alam maya ya. kerna banin sudah pandai add para banat *horror faced*

*modal = hafazan yang perlu diperdengarkan pada ustazah.
*i'adah = mengulang. mengulang hafazan yang telah diperdengarkan pada ustazah.
*makan ayam malam tu

Tuesday, September 6, 2011

solat perlu on time macam makan perlu on time

ingatkah anda lagi akan kelas yang bersepah cantik ini?




bismillah walhamdulillah.

mendapat satu pengajaran baru2 ini. iaitu betapa perlu untuk menjaga waktu makan. kalau tak nanti kena gastric. dan sang ayah kata, kalau kena permanent gastric, sampai ke tua susah nak puasa!

nauzubillah, bisikku dalam hati. tak emboh aku kena gastric. jadi mula makan ikut time macam di asrama. maka sihat kembali, alhamdulillah.

semalam dok geledah folder gambar2 semasa muda. lalu jumpa lah gambar2 senget masa hingusan zaman sekolah dulu hik2 (padahal baru setahun meninggalkan zaman sekolah)

gambar2 kelas yang .... (aimi pls fill in the blank ;p )
gambar2 usrah badar.
gambar2 usrah underground dengan kak diba.
gambar2 dorm. (gambar2 dorm ni lah asyik buat aku gelak sorang2 depan laptop, pose yang pelik2, angkara ketua dorm yang pelik2 juga la eh ain ;p )
gambar2 epalians ;)

epal tu sebenarnya nama dorm aku masa fasa nak dekat2 spm, so semua form 5 kena kuarantin dalam beberapa dorm. dan sebenarnya nama dorm tu EFEKTIF ye kawan2, bukannya epal. ni gara2 mak insyirah yang assume dorm E tu stands for dorm EPAL. maka melekatlah nama tu -.-'

apa pun, dorm epal antara kebahagiaan aku lah di saat2 akhir di smka kl. rindu time2 kita kononnya berjanji untuk tidur awal, last2 malam tu tidur lambat jugak biasalah pulun last minute huhu. cara hidup dalam fatrah spm memang sangat tidak sihat ye. makan segala jenis fattening food dan hanya belajar atas katil/lantai. dan tak bergerak2. hanya bergerak untuk bakar roti kat bilik gosok, atau ke toilet, atau fly ke tesco . ehh rupanya banyak la bergerak

kenapa ye cerita pasal dorm epal aku ni. oh ye, sebab semalam masa tengah bergenang sorang2 tengok satu par satu gambar2 tu, sambil2 tu sedang mengwallpost dengan cik syekkey. beliau ini juga salah seorang warga epal ya kawan2. sangat berjasa dalam mengajar aku add maths pada last2 minute hik2. aku dan add maths, hm, we were not meant to be together. tapi, pada hari paper add maths aku rasa aku dan add maths sudah saling jatuh cinta hoho

rindunya..
tapi, paling rindu pada moment gambar di bawah ini


:')
aini, ingat lagi kat kak hadaani dan caramel nya?

Sunday, September 4, 2011

dear kak diba,

mana ada saya lupakan akak okeh -.-'
tengok akak dari jauh, akak macam dah bahagia dengan kesibukan akak hik2. (inilah kesibukan yang akak doa2kan tu kan)
dan, kanak2 smkakl rindukan akak~

Saturday, September 3, 2011

cakap banyak, buat tak?

" al quran ni bukan untuk dihafal semata-mata, tapi untuk difahami".

pangg. satu tamparan tepat mengenai aku kitorang berempat yang sedang mendengar talk tersebut. tertunduk, telan liur dibuatnya. sempat jugak saling berpandangan antara kami 4 orang, sambil buat mimik muka, "pedas kot!"

satu benda lah, kalau nak diikutkan dah selalu kita rasa ouch dengan satu2 pengisian, rasa macam kena langgar lori dengan satu2 tazkirah, dengar talk yang sangat menusuk hati tembus sampai ke back bone dan seterusnya..

tapi benarlah, kita tak cukup sekadar bermuhasabah, menghukum diri rasa menyesal and so on...
betul, memang kita kena mengintrospeksi diri semua tu. dan kadang2 kita rasa dah cukup baik la tu, "aku buat salah at least aku rasa guilty pe.. tak adalah macam orang lain, tak rasa apa2 buat dosa, dah immune sangat, boleh berbangga siap dengan dosa yang dilakukan". amboi.

muhasabah kita itu perlu disusuli dengan tindakan yaw (weh siapa ajar berbahasa gedik ni)

nampaknya agak benarlah statement ini ; seribu kesedaran tak berguna tanpa satu tindakan.
maybe bukanlah tak berguna tapi tak cukup kot

as the saying goes ; biar amal berbicara ~
(dan bila aku tengah quote ayat ni suddenly aku teringat my murabbiyah.. ex-murabbiyah to be exact ;'( )

Thursday, September 1, 2011

kenapa menjauh?

"kau hafal quran,
tapi kau makin jauh dari Tuhan."


walaupun ada slight kesalahan tatabahasa (ah mengada its the message that matters),
tapi serangkap ayat yang terconteng atas salah satu rehal di masjid huffaz itu,
benar2 membuatkan aku yang tengah duduk, makin terduduk.

mungkin lah perbuatan insan itu menconteng rehal awam itu satu perbuatan yang selamba dot,
tapi aku merasakan statement dia tu mendalam.
dia tulis mungkin berdasarkan realiti huffaz sekeliling dia,
atau paling mudah mungkin dia melihat realiti dalam diri dia sendiri.

terima kasih duhai insan selamba dot, saya yang terduduk duduk tadi tu, terus melihat ke dalam diri.
heh, gile ironi. setiap hari mengaji tapi keringnya hati ;'(


(kejadian yang dah beberapa bulan lepas berlaku)

Monday, March 21, 2011

stay dq VS keluar dq

bismillah walhamdulillah.

(tajuk post kurang kaitan dengan penulis, hanyalah gara gara kehangatan program mantop yang baru habis sabtu yang lalu)

wah, petang ini sungguh damai, dengan hujan yang sepoi sepoi bahasanya, aku tersangkut kat smartlab bersama ati yang baik hati kerna bersetuju untuk temankan aku jaga smartlab lepas pujuk berjuta juta kali ( 3 kali je) .

tak sangka yep, tidur bangun tidur bangun dah 3 bulan aku dok belajaq(pengaruh faza budak kedah) kat bumi barakah ni. dan tak sangka juga, masa yang dinantikan secara sabar telah pun tiba.

spm result.

hm. hanya mendoakan agar dikurniakan hati yang redha, and most importantly, moga hati kedua orang tua tercinta redha dan menerima seadanya bilangan A yang ditaqdirkan sob sob. sikit A pun alhamdulillah, banyak A pun alhamdulillah, sederhana A pun alhamdulillah (takde A nauzubillah) sob sob, mahu 'belajar' menjadi orang mu'min, yang ajaib urusannya. mendapat nikmat dia bersyukur, lalu itu baik baginya. mendapat musibah pula bersabar, lalu itu JUGA baik untuknya. fehh, easier said than done, syeikhah. memanglah, bukankah syukur itu lebih sukar daripada sabar. wargh, moga Allah menggolongkan kita dalam golongan yang sedikit.

habis cerita result yang mengerikan, cerita gembira pula ye.

ouh ye, kami para freshies telah pun mendapatkan jubah kuliah coklat! yeay! bagi kawan kawan yang musykil, mengapakah makhluk halus ini begitu excited dengan jubah coklat?
oh, selama ni budak budak baru pakai jubah biru gelap sama tudung putih. tapi uniform kuliah kat sini jubah coklat sama tudung kuning. ahah, begitu obvious bukan kalau kat dm tu, mana budak sem 1? itu mereka! yang pakai jubah biru tu tudung putih tu! ( ok abaikan cerita tak signifikan ni)

lagi satu, kakak kakak diploma sedang cuti sem dengan bahagianya di pangkuan keluarga, maka asrama petak ni hanya dipenuhi kanak kanak sijil(ok bukan semua kanak kanak). agak sunyi nampaknya asrama kita tapi best jugak sebab asrama ini kita yang conquer muahahah (gelak evil)

setakat itu sahaja berita terkini dari bumi dq, kiri kanan bukit (cewah). buat pengetahuan para ibu di luar sana, anak anak anda di sini sedang struggle menghabiskan muqarrar(silibus) hafazan. maka, doakanlah!

waAllahua'alam.

p/s: petang ni ada iftor dengan kakak kakak sem 3. jom.

Tuesday, March 8, 2011

tips untuk rerakan gen19

bismillah walhamdulillah.

post kalini ditujukan khas buat rerakan yang sukar mendapat green light daripada kedua orang tua masingmasing untuk attend usrah liqo' daurah dan sebagainya. tips ini dicopy-pastekan khas daripada sebuah blog akhawat mesir :) http://anak-anak-nil.blogspot.com/

salam perjuangan untuk semua akhawat/ikhwah yang membaca blog kami. setelah setahun,
barulah kami melancarkan blog ini. tapi penulis-penulis di perlembahan nil kini teramat sibuk walaupun fatrah imtihan telah berakhir. Semuanya sedang sibuk melangsaikan tugasan-tugasan yang tertunda dek imtihan. Cuti medik bukanlah bermakna kita boleh bergoyang kaki dan bergelak ketawa, sebenarnya ia adalah masa yang paling cocok buat kita untuk fokus pada amal dakwah kita.


Kebanyakan daripada kami telah mempunyai blog sendiri, maka untuk maintain 2 helai blog agak menuntut komitmen yang tinggi. Apatah lagi ada yang mepunyai lebih dari 2 blog. namun kami di barisan penulis akan cuba sedaya upaya untuk menghidangkan anda dengan entri-entri yang lazat lagi menyegarkan.

oh ya, apa ye saya mahu berkongsi dengan antunna? prinsip saya mudah, jika kita tak mempunyai sesuatu, kita tidak boleh memberi. maka, pada hari ini saya tidak mahu membicarakan soal fikrah kepada para pembaca sebaliknya saya ingin kongsikan tips-tips penting buat akhawat sekalian(ikhwah jarang ada masalah ini rasanya) terutamanya yang pulang Malaysia.

malaysia merupakan medan sebenar kita. Jika ketika belajar di luar negara kita bebas menghadiri usrah, daurah, mukhayyam dan keluar setiap minggu tanpa halangan. tapi malaysia bukan semudah itu. di malaysia ada family gathering, ada kenduri KakSiti, mak ajak soping, paklong ajak balik kampung amek durian dsb. tidak salah untuk meluangkan masa untuk kelurga tetapi kita perlu tahu akan kepentingan kita untuk menghadiri daurah dan usrah.

musim panas sepatutnya menjadi zaman kita mengaut seberapa banyak bekalan perjuangan untuk meneruskan langkah dakwah kita di lokaliti masing-masing. kiranya kita seolah-olah refill peluru sebelum pergi berperang. kalau peluru tak sufficient, di tengah-tengah peperangan nanti, kita akan terkial-kial kerana kehabisan bekalan. begitulah analoginya.

jangan jadikan musim panas zaman gelap a.k.a zaman futur anda. di sini ingin saya kongsikan beberapa tips yang mampu saya fikirkan secara spontan dan juga ada beberapa point yang akhawat france dan jepun telah tolong sama-sama fikirkan=)

1-Bersihkan hati anda, luruskan niat anda dan beristighfarlah. Tanya betul-betul hati anda betulkah anda mahu pergi program/usrah dan kerana apa anda mahu pergi. Jika anda betul-betul bersungguh mahu mendapatkan suapan kefahaman fikrah, dan niat anda pergi benar-benar kerana Allah, segala masalah insya Allah boleh ditangani.


2-Ulang langkah 1.haha


Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di Bumi dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan. (al-Hujurat 49:18)


3-Kenal pasti mak ayah anda jenis yang bagaimana. Jika mak ayah anda fobia dengar perkataan usrah, maka jangan guna perkataan usrah. Beritahu mereka anda mahu pergi belajar agama atau berjumpa kawan.(betul kan dalam usrah kita belajar agama dan berjumpa kawan?)Yang penting, jangan menipu.


4-Bagi akhawat yang memang tidak boleh keluar, minta tolong pada akhawat lain untuk datang berziarah. Kenalkan akhawat pada mak ayah anda. Ketika azan berkumandang, buat solat berjemaah bersama, ke depankan akhawat yang sedap bacaannya, yang hafal berjuzuk-juzuk untuk menjadi imam terutamanya jika solat jahriyah. Ajak mak anda solat jemaah sekali. Up kan kebaikan-kebaikan setiap akhawat anda. Suruh akhawat lain up kan anda juga.Dan jika mak anda suka mereka, sebut nama akhawat yang telah mak anda kenal setiap kali mahu pergi daurah, atau minta akhawat itu jemput anda di pintu rumah.


5-Prior the priority. Jika anda tahu hari Sabtu ada daurah, jangan menggatal pergi ronggeng MidValley pada hari Jumaat dan pulang tengah malam. Sila berperangai baik sepanjang minggu. Huraian penuh di point seterusnya.


6-Berperangai baik sepanjang minggu. Sebagai anak dara yang tertarbiyah, sila jangan bangun meninggi hari. Buat kerja rumah seperti masak sarapan, sapu sampah, etc tanpa perlu disuruh. Biarlah nampak beza sedikit berbanding sebelum dapat tarbiyah. Jika mempunyai bibik dan kerja-kerja itu tak perlu dilakukan, cuba curi hati mak ayah dengan urut-urut kaki mereka selepas mereka penat pulang bekerja, bantu adik-adik membuat kerja rumah di waktu malam, kilatkan BMW ayah anda sehingga ke rim tayarnya atau belanjalah mak anda ke salun kegemarannya. Ilmu mengipas a.k.a bodek sangat diperlukan.



7-Kongsi ilmu-ilmu yang anda dapat dari daurah dengan mak ayah anda. Ceritakan dengan nada teruja betapa bestnya ilmu-ilmu yang anda dapat, betapa mantapnya akhawat yang anda baru berkenalan dan betapa anda mahu pergi lagi program sebegitu di lain masa.


8-Sila saiko. Instead of using ‘mak, boleh tak along pergi tet tet tet….’ kepada ‘MAK, ALONG KENE PERGI TET TET TET….’ Nampak macam kita berkeras, mempunyai pendirian dan betul-betul mahu pergi. Tapi, jangan sampai meninggi suara. Minta dengan suara manja dengan sedikit merengek. Sambil mata berkelip-kelip bajet comel.


maka sekali-sekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. (Surah Al-Isra' 17;23)


9-Kalau boleh, kenal pasti kerisauan mak ayah anda. Kadang-kadang ada yang trauma dengan tabligh, ada yang trauma dengan gerakan anti-Islam dsbnya. Jika anda tahu apa yang mak ayah anda musykilkan, silalah beri penerangan yang sewajarnya. Sebenarnya, mak ayah kita ok je, Cuma kita je fikir lebih. Belum minta kebenaran lagi dah cakap macam-macam alasan dekat mas’ulah. Cuba dulu, berikan maklumat yang mereka perlukan. Siapa tak risau kalau anak nak keluar tapi tak beritahu details program, tak beritahu siapa kawan-kawan yang ada dsbnya? Mak ayah Cuma perlu diberi sedikit penerangan. Mereka ada hak ke atas kita.


10-Luangkan quality time bersama keluarga anda. Jika anda duduk di rumah dan asyik terperap dalam bilik sahaja, mak ayah panggil makan semeja pun tak mahu, lepas tu mahu minta keluar. No way! maka selagi anda ada di rumah dan tidak keluar berdaurah silalah melayan mak ayah anda sebaiknya. Duduklah berbual-bual dengan mereka setiap hari sehingga mereka tiada topic untuk dibualkan.


11-Kalau dah cuba macam-macam pendekatan tapi tak berjaya, nak buat macam mana. Minta lah akhawat yang berkesempatan pergi untuk share dengan anda apa yang mereka dapat semasa program. Tapi ingatlah yang macam saya sebutkan pada point pertama tadi.


Jika awal-awal lagi mak ayah anda telah beritahu bahawa sekian-sekian haribulan anda anda kenduri sanak-saudara atau family gathering, sila maklumkan pada mas’ulah anda supaya tarikh daurah boleh di adjust. Tak best la kalau daurah tapi tadek semua.


Jika anda berpegang kepada konsep ‘tengoklah nanti kak, kalau saya free, saya datang’ maka, segala tips yang saya kemukakan ini bakal tak berhasil, saya jamin iA. Kerana anda hanya akan datang program jika mak anda tak ajak shoping, jika kucing anda tak beranak dan jika hari tidak hujan.


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami) Kami akan tunjukkan

kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik(Q 29:69 )



ingat, dakwah bukan mengajar kita untuk membelakangkan ibu bapa..

SELAMAT BERMUJAHADAH!

Monday, March 7, 2011

musolla itu hijau warnanya

bismillah.

haritu aku pergi sekolah,

kah3. kanakkanak sungguh blog ni, 'haritu aku pergi sekolah? apakah ?!

takpe, boleh3, teruskan3.

haritu aku pergi sekolah, buat mereka yang dah lama tak pergi sekolah, ni nak bitau la ni, musolla dah hijau, lampu makin banyak dan kipas makin kuat, alhamdulillah, takdelah generasi lepas ni mengenggan penuhi saf depan lantaran panas.

tirai pulak dah ada improvement sikit. sebelum ni takde langsung, haritu pergi bolehlah, dah pasang sikit bahagian tengah tu eventhough tepinya ternganga gak takde tirai =.=' takpe3, boleh3.

karpet dah lain wok. macam karpet masa aku form 1 :)

apapun, masa aku masuk musolla haritu, damainya masih sama. alhamdulillah :)

asrama pula, masih pink sebagaimana 2 bulan lepas haha. cuma dorm aku ada penambahan sikit kat dindingnya. cis tu pun nak kecoh
taraa!

adikadik form 1 sangatlah kecilkecil orangnya. comel je. ingat budak darjah satu adik siapasiapa la kan yang datang, rupanya tu budak form 1. hm, perlu makan sayur dengan lebih banyak ye adikadik.

tempattempat lain seperti bangunan sekolah dewan makan rumah warden tak sempat aku kunjungi. sibuk ye, mendengar curhat daripada adikadik badar, ceritacerita mereka sangatlah meluluhkan jiwa :'( bagaimana ini, kondisi budakbudak kita makin mendahsat dari hari ke hari. adakah perkara semacam ini berlaku sejurus selepas 'pentarikan diri' ikhwah akhowat daripada medan smkakl? cis suketi je kan cakap camni kan kak diba huhu .

itu saja laporan setakat ini. nak tahu lebih lanjut bolehlah ziarah sekolah sendiri.

waAllahua'alam.

Saturday, February 5, 2011

please let us seat you, says pizza hut

" Kpd adik beradik usrah FK, due date utk hantar taklifat yang along n ayong bagi adalah pada pukul 12 malam ni ea. soalan ke-3 boleh bagi pada hari isnin. harap diambil perhatian ea. thanks semua :) "

bertubi sms aku terima daripada adik beradik usrah FK, mengingatkan tentang taklifat, sejurus selepas ayong hantar sms muhasabah tentang tanggungjawab untuk melangsaikan taklifat yang ditaklifkan. huuu~

may i introduce, usrahku di dq diberi nama Fityatul Kahfi. memang kena dengan namanya, usrah aku ni ada 7 orang. angah alang ayang ateh acik anje dan ucu. masuk along and ayong maka jadilah 9 orang, hueh. dan yang paling tak boleh bla nya, aku mendapat gelaran anje. eventhough pada awalnya aku rasa, weih, aku anje? sungguh tak gagah bukan. tapi sekarang dah mula redha dan best dengan gelaran tu, haha.

FK lah 'medan' aku sekarang. FK bakal menjadi tempat aku membina iman dan membangun jiwa saban minggu. tempat aku duduk bersama diorang dan beriman sejenak setelah harihari yang sedikit 'tertekan' untuk mengejar muqarrar dalam menghafal. tempat aku berukhwah bermesra luah perasaan tak pendampendam. juga, tempat untuk kita lepak bilik siapasiapa, bukak tin biskut dan bancuh quaker oat, lalu berbincang, apa sebenarnya point kita datang dq nih (haha nak kasi bunyi cam ilmiah sikit)

dan begitulah. 'medan' baru aku ni pasti tidak sama dengan 'medan' kat sekolah dulu. sangat berbeza, mungkin. berbeza dari segi methodnya saja, matlamat medan lama dan baru tetap sama ;D

dan aku harap agar Allah benarbenar menpertaut hatihati kami. agar melalui FK ini kami benarbenar bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, untuk menegakkan syariat islam dalam setiap diri kami(ok ayat ini edited from lagu rabithah)

moga kami bertujuh benarbenar menghayati kisah pemuda kahfi yang Allah kisahkan dalam alquran.

dan, ketahuilah FK sekalian, probability untuk kalian tersinggah di blog ni sangat rendah. cuma nak kata, alhamdulillah, aku dah mula rasa sayangggg kat kalian eventhough kita baru kenal dalam sebulan sengetsenget. tapi rasa cam setahun dah kan? dan Allah jualah yang kasi campak rasa sayang tu dalam jiwa aku. dan Allah jualah yang mempersatukan hatihati kita.

buat adikadik TN, nak tahu tak. akak rindu gilos kat korang. serious. each time adik akak balik rumah mesti dia cerita pasal korang. sobs. dan ketahuilah, akak meng'abadi'kan kenangan bersana korang kat dq tau. nama kelas tasmik akak kat situ ialah Tasurrunnazirin ;D.

ok. nak balik dq dah. i'adah macam mana wahai diri? berapa banyak carik modal? haaaaa. takmo jawab. cuma nak balik cepatcepat je.

cuma kalini terasa lama dok rumah. dengan kehadiran ahli keluarga yang penuh. kecuali cik abang sulung terlantar di hospital, kaffarah dosa buat dia, mungkin. cewah. ok, syafakallah, and get well soon. tau, abang sulung takkan baca ni pun.

k, lagi sejam bakal bertolak ke kirikananbukit KKB. bakal merindui laptop dan katil dan bilik dan seluruh isi rumah ini. dan lebihlebih bakal merindui penghunipenghuni rumah ini, terutamanya kedua orang tua sama dua adik yang makin besar makin matang dan mula ngerti tujuan hidupnya. yelah, sebelum ni kena laung 3 round baru terkedekkedek naik nak solat, sekarang sergah satu kali sudah cukup. alhamdulillah. sila jangan gedikgedik di sekolah ye. oh, walaupun korang dua pun takkan baca ni.

ok, doakan. at least fasyark akan baca post ni, dan sejurus ayat ni habis dia akan doakan aku dalam hati haha. lihatlah fasyark, betapa optimisnya aku terhadap kau hee ;D

waAllahua'alam.

Thursday, February 3, 2011

unite for egypt revolution!

bismillah walhamdulillah.

post ni bukan nak kasi story updates di mesir. yang tu kita boleh together gether bukak website ikhwanweb, blog bebudak mesir, palestinkini pun boleh gak.


ohh, terlalu banyak kisah untuk dikisahkan. especially setelah sebulan senget3 aku bersekolah di tempat baru.

minggu haluan siswa.
mafatih mahabbah.
interactive dakwah training.
language fun fiesta.
the faith.
revolusi tunisia yaman dan krisis mesir.
ada lagi tak aku tertinggal?

haha, amacam. smakl memang tak leh lawan la sekolah baru aku ni.
eh, dahnak maghrib. lalu tiadalah dapat hamba mentammatkan post ni dengan jayanya.
to be continued. tapi aku bukan nak ulas satusatu program ni la, haha.

"watak, peribadi, aqal dan hati, mestilah seirama dengan al-quran" - kakak angkat.

waAllahua'alam.