Thursday, September 8, 2011

menyayat hati

bismillah.

terlalu, terlalu menyayat hati. realitinya hari ini sudah jumaat. dan ahad ini aku harus pulang ke dq.

sudah harus pulang :'( aaaaaaaahhhhhh zaman mengejar modal* bermula kembali. padahal i'adah* tengah kucar kacir. tapi apa aku boleh buat. exam dah dekat. muqarrar kena habiskan. dalam 'subjek' quran pun ada jugak ye exam oriented -.-" mintak jauhhhhh

hari tu mencall ustazah. dengan excitednya mengucapkan selamat hari raya (setelah seminggu raya berlalu teruk kan baru nak call ustazah) ustazah pun tanya lah soalan piawai, "macam mana, cari modal dah?" ... aku pun bagi jawapan anak murid baik kononnya, "hihi saya i'adah ustazah.. belum carik modal lagi" ustazah tanya lagi," wahhh, tapi semuka sehari la eh"

aku hanya mampu tergelak (malu gila kot)

***

satu lah kawan2. satu benda yang aku sangat treasure kat dq ni, kat sinilah first time aku berkawan dengan manusia2 dari seluruh malaysia ! cool gile kan. mana tak nya, aku sedari lahir kat kl, sekolah kat kl, kampung kat kl. mana nak berkembang otak aku

masuk dq, kat sini segala jenis loghat ada. terkial2 jugaklah aku nak paham apa diorang cakap masa awal2 masuk dulu. lagi pula loghat paling dominan kat dq ni aku rasa pantai timur dengan orang utagha lah.

masa first day dulu ingat lagi, benda pertama ex-room mate aku tanya aku, " maye doh?"
aku macam, huh, mayo? mayonis kah?
dengan sabar, cik nabilah ex room mate aku ulangi, "maye doh?"
aku nganga sikit mulut, apakah??
dia ulang, " solat dah?"
papp, aku tepuk dahi dalam hati. lahhh bunyik macam apa je.

masa meeting bakti ramadhan haritu. bila sampai kat timbalan pengarah kita(cik farah ok sila tepuk sikitt) dia berbahasa sebagaimana manusia normal berbahasa haha. bahasa kita laa bahasa baku yang tak berapa nak baku tu.

sampai kat unit jemputan, keluar dah fatin punya kecek kelate. " mace, ade jempute dok bagi respon ke, jadi susoh nok....." (aku nak ngeja pun susah hihi)

sampai kat unit cenderahati cik insyirah kita, keluarlah segala kupang ayaq loqlaq dan sewaktu dengannya.

nasib baiklah cik ain najihah merangkap ayang aku tak terlibat, kalau tak "makang ayang malang tu* " -.-" hihi ayang jangan marah

cool kan. mungkin bagi sesetengah orang tak ada apa yang cool biasa je kot tolong rilek la cik saff.

haha tapi bagi aku, subhanAllah, ni baru malaysia kan, macam2 pesen 'bahasa' dah ada. :)
loghat2 tu agak sukar difahami pada awalnya, tapi tak pernah menjadi tembok penghalang dalam ukhuwah kita kan BANAT XII GEN ???? tetap harmoni, walaupun dalam satu meeting, satu bilik, satu kelas, boleh berbunyi pelbagai loghat. alhamdulillah. kerna kita diikat dengan al-quran.. in sha Allah T_T

(kami nak warm up ni! )

kitorang, banat XII gen tak ramai pun. asal ada 62 orang. 2 orang keluar time haluan siswa.
tinggal 60. aisyah syahira keluar untuk ke mesir.
tinggal 59. nabilah ex room mate i (lap air mata) masuk program diploma.
tinggal 58. hafizah dan wani cham the fast trackers keluar.
tinggal 56.

56 je. tak ramai. tu yang sweet lebih tu haha.
tapi bakal kehilangan lagi 5 orang fast trackers T_T

waAllahua'alam.

p/s:seronok tengok banat kat private group kita kat fb. bak kata aisyah, gedik2 sesama akhowat boleh. yeahhhh haha. tapi korang, berhati2 ok, kena lebih perhatikan ikhtilat di alam maya ya. kerna banin sudah pandai add para banat *horror faced*

*modal = hafazan yang perlu diperdengarkan pada ustazah.
*i'adah = mengulang. mengulang hafazan yang telah diperdengarkan pada ustazah.
*makan ayam malam tu

1 comment:

nur nailah said...

syg korg terlebih!!! :')

Banat XII Gen terhebattt! ;)
[ada unsur2 asabiah drpd banin x?hua3!]