Wednesday, November 23, 2011

tersungkur di dewan exam

bismillah.

pertamanya, blog ni tak sesuai untuk orang yang ada asthma ke resdung ke allergic habuk terlebih ke lantaran blog ini yang dah lama terupdate sampai berhabuk dan bersawang al ankabut dah

keduanya, peperiksaan sem 2 ni benar2 menyungkurkan aku di dewan exam. huhuu
kadang2, kita rasa 'sakit' dengan expectation orang.
kentang2 upsr kita 5a, manusia semua nak pmr kita pon straight a jugak.
lepas tu dapat lah pmr 9a hazaa min fadhli robbi, semua orang pun, " ohh spm straight a jugak la niiii awak kan pandaiiii"

T_T

macam tu jugak, kentang2 sem lepas nya exam kita score dengan warna berterbangan,
orang jumpa kita je,
" ohhh ni empat rata ni..
"awak tolong amikkan exam untuk kita.. kita tak sempat iadah..
"eh ni muka tenang je.. mesti dah masyi giler ni..
hm, buat muka tenang salah, buat muka gabra pun salah.

kita diajar untuk mengaminkan sajor bilamana orang mendoakan empat rata lah masyi lah bagai2 lah.

tapi just imagine, kita sendiri benar3 tersepit dalam kesukaran kita prepare untuk exam. dengan tak habis i'adah nya lagi, baca ulang2 sampai berpuluh2 kali macam tak masuk2, last2 muka kita tersembam ke quran.

banjir lagi..

rasa cam, ya Allah... aku tahu.. hati aku ni memang tak layak nak dilekati oleh kalam-Mu...

dan banjir lagi..

terserempak dengan orang, lagi menstresskan kita dengan expectations mereka.

sekarang bukan banjir dah, tsunami jadinya. tapi tsunami dalam hati. huuu

tak sanggup rasanya nak banjir depan orang dan susahkan hati kawan2 sekeliling sebab kita tahu, kawan2 sekeliling memang jenis concern moncern takkan ditinggalnya kita bersendirian :'(
dan tak sanggup jugak sebab, ada sahabat kita yang diuji laaaaaaagi dahsat untuk ingat kalam Allah ni...

seriously. hafal quran ni bukan macam kau belajar bio sejarah add maths tu..
kalau zaman sekolah dulu, tak sempat cover syllabus pun, bantai je jawab exam.
tapi sekarang, kau tak sempat cover juzuk2 yang bakal disoal, hmm kau lah kena 'bantai' jawapnya.
dahlah english nye paper aku ingat 2 jam rupanya sejam suku je bantai lahh siapkan essay time tu tinggal 15 mins je. understanding islam pong yang shirik in rububiyyah aku bubuh shirik in asma wassifat. T_T

macam kakak tu kata, ujian manusia ni berbeza beza.
dan kena ingatlah wahai saffana apa Allah kata dalam surah al-ankabut : 2-3

apa kau ingat senang2 je kau mengaku beriman, dan kau tak diuji?
seriously Allah dah uji dah pun orang2 sebelum kau saff. untuk Allah tunjukkan siapa yang benar, siapa yang dusta.

kira macam, boleh ke kau ngaku kat ustazah kau, " ustazah, saya ni sangat masyi, memang mumtaz lah" tapi kau tak masuk exam? *gelak berirama*
so kenalah ada exam, untuk buktikan betul ke kata2 kau yang kau ni budak mumtaz, ataupong kau dusta je, kau tak mumtaz pong.

ok lah ni skop yang sangat kecik sebenarnya, pasal exam je pong.
tak perlu nak rasa hidup berakhir ataupun denda diri tak makan sebab screwed up exam kali ni,huhu.
dan wahai pemuda, usia muda ni bukan untuk sedih2 exam je ye. banyak lagi KERJA kita.
lagipun, yang lebih terutama tamanya bukanlah hafal quran. apatah lagi hafal buta2 je T_T
tapi, yang jauh lebih penting kau tadabbur tak, dan macam mana kau menterjemahkan al-quran tu dalam kehidupan seharian *ok rasa kena tampar dengan ayat sendiri warghhh banjir lagi*

ya Allah jangan tinggalkan aku walau dalam kadar sekelip mata........... T_T

2 comments:

serikandi islam said...

assalamulaikum.saffana ku.:)
kejayaan tu milik Allah.ad giolongan yg hdup utk peperiksaan ,100% percaya bhw kejayaannya dsebabkn keupayaannya dan usaha sendiri.dornhg lupa yg ciptakn kejayaan tu Allah.dan dorng lupa yg pinjamkn nikmat kemenagan/kejayaan tu Allah.dan yg menguji dgn kegagalan tu Allah jugk.kita kne buat baik dgn pmbri kejayaan itu,jaga hubungan baik dgn-Nya seiring usaha kte dgn doa,kemudian bersyukur.insyaAllah ap2 kptusan yg kte dpt peroleh kbrkatan dan redha-Nya.'PEPERIKSAAN' yg palng bsr nnt hny dimahsyar sana.ayuh get ready utk yg itu,yg tu utamakan dlu.ana pun ble nk exam sbuk memikirkn mcm enti gak.tp.kte berbalik pd Allah.insyaAllah kte akn dpt yg TERBAIK.BarakaAllahu fik Saff! :)

serikandi islam said...

saffana! :)
jgn risau.peperiksaan dkhirat lg utama.kte hny perlu igat Allah lah yg bg nikmat kejayaan dan allah lah yg bg nikmat kegagalan.kegagalan yg memberi motivasi,kesedaran supaya kte bermuhasabah balik.yg pnting jge hubungan kte dgn Allah.usaha yg beserta dgn doa dan kemudian bersyukur.stp prkara yg Allah bg adlh yg terbaik utk hambanya.:)