Friday, December 26, 2008

perhatian..........ISLAM !!! (2)

Bismillah walhamdulillah..

haa nak sambung citer.

lepas tu kami pun dibahagikan kepada kumpulan2. aku kumpulan 3. name kumpulan ana syaukatun najlaa. fasi aku kak syuhada mohd mail ( hihi rindu la kat akak =) ) fasi aku kate tu nama kelas dia kat darul quran. kitorang pun guna jelah nama tu disebabkan dah memang takde idea and tak berapa nak kuasa memerah fikiran cari nama dah. haha.

makanya, lepas dah jumpagroup kami pun masuk dewan dengan bangga dan riyaknya, group by group tapi time tu muslimin sume dah masuk dah. ni aku terharu kali kedua. time group aku masuk dewan, abang dq tu tengah cakap2 kat mic. aku pun cam tertangkap sikit dia cakap pe tapi camnilah lebih kurang. dia pesan kat muslimin kat situ ( ahah budak putera la ) suruh jaga pandangan, muslimin tak bulih pandang2 tempat muslimat and so on. oh mungkin ada yang fikir, ala cakap ni je nak teruja terharu pasal lak. tapi entah, aku cam tersentuh semacam. ahah.

aku ingat lagi, masa setiap kd and fasi berdiri sengsorang perkenalkan diri, kak faaizah (yg dirindui..huhu, kak, bila nak dtg smakl lagi? nak tasmi' la. ) beliau menyatakan tinggi beliau; 178 ke 187 ek? huhu~ lepas tu diorang pun berpecah lah kepada group masing masing. huhu~

makanya bermulalah program tu. huhuhuh~~ aku nak cam cerita part mana yang paling aku ingat la ye.


hmm, setiap program memang selalunya ada riadhah kan? so masa sebelum riadhah tu, kakak kakak darul quran ni kata kat kitorang, suruh pakai baju kurung plus tudung labuh plus seluar sukan. perghhh~ aku time tu sangat memprotes dengan penuh semangat kesukanan laa ( tapi takdelah buat announcement, protes dengan merungut2 and cegah guna hati ja..hahahha)

ouh, mungkin kalau ada budak sekolah agama yang lain tersinggah blog aku, mesti antunna cam pelik. hape nye ana protes lak? ouh. lupa nak cakap. sekolah aku ni memang lain daripada yang lain. muslimat di sini busana sukannya t shirt lengan panjang biasa and tudung 3 segi. haha jangan pandang rendah beb sebab aku tahu sekolah kau pakai baju labuh tudung labuh. tapi kan, tu sebelum ni. bersyukur sangat tahun ni baju adik2 form 1 baju baru, baju oren tu. lebih labuh daripada kami kami yang dah masuk sekolah dulu. huhu. and dengar cerita baju sukan yang baru tu baju labuh. alhamdulillah~ . pasni tudung labuh pula nak? hohoho~ insha Allah =)


ouh sambung cerita. aku protes bukan apa, time tu kan cam jahil2 semacam kan so memang pelik and tak pernah tahu sekolah agama lain pakai tudung labuh baju labuh ( cam pelik tapi serious ta tahu)mungkin tak didedahkan kot? or aku yang tak mendedahkan diri kpd benda2 camni. huhu))
. time tu bukannya ada baju labuh, so terpaksa pakai baju kurung bunga bunga ew plus tudung labuh yang tiap2 hari aku pakai gi dm tu and seluar track. huh !

tapi alhamdulillah. aku rasa hidayah Allah pasal bab menutup aurat ni menyapa aku time tu. bila aku dah siap je pakai camtu, aku rasa cool ! ahah. tatahu nape. tapi aku rasa cam, waaa, aku lain daripada yang lain. and i was so happy with my outfit at that time walaupun sebelum tu sangat x menyukainya. hihi. kan post sebelum ni aku cakap, aku teruja dengan busana kakak kakak dq, tiba tiba lepas pakai baju sukan camtu, aku pun tersimpan cam azam kot, aku pun nak pakai cam diorang, satu hari nanti =) .

haa. dah lepas tu, kami pun berkumpul la untuk warm up. kebiasaannya kat sini, kalau time warm up kita akan kira cam buduh 1 2 3 4 5 6 7 8 pastu tepuk tangan 2 kali pastu seterusnya......

haha. tiba tiba kan, masa nak mula warm up tu, tak silap aku diana eh yang handle warming up pagi tu? tiba tiba kak faaizah kata apa kata kalau kita berzikir sambil warm up; subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illa Allah waAllahu akbar. perghh aku masa tu sangat teruja and terharu sangat2. and aku ingat lagi time tu aku senyum sesangat. haha. entah. benda ni ala2 cam revolusi baru la. and lepas2 tu kalau warm up je most of us berzikir kan? kan lebih baik begitu !


one thing yang aku noticed pasal warga2 DQ yang datang sekolah aku haritu, mereka ni nampaklah sangat menjaga ikhtilat. hm bagus2. aku ingat lagi time kita kene bina masjid gune straw plus kertas plus cellotape eh? ingat tak yang muslimat guna dewan bahagian belakang, yang muslimin bahagian depan. sangat strategik ar sebab aku ingat lagi macam mana ganaznya kakak kakak dq ni huhu diorang suruh kitorang letak masjid2 kitorang kat depan sekali kan. pastu diorang pi hancurkan. perghh...menyirap je time tu. ape lagi semua pun jadi cam anak anak palestin weih tiba tiba semua cam protect sangat2 masjid masing2. banyak masjid dah hancur and aku ingat lagi group aku nye tak hancur lagi hahah. pastu dah tinggal 2 ke 3 masjid je, semua bersatu, jaga masjid yang tinggal. ya Allah aku ingat lagi diorang tu memang lakonan tu ganaz sangat2 ar. tapi jujur aku cakap aku rasa cam suasana kat palestin ouh (cewah cam pernah gi sana je) yelah dengan mereka2 yang kejam berusaha nak pecahkan masjid, kitorang pulak buat lingkaran semata2 nak protect the-so-called-masjid-made-from-paper-and-straw. siap ada yang nangis tau ! ahah tapi ada gak yang nangis bukan sebab rasa cam kat palestin tapi sebab terhimpit kat tengah tengah masa jaga masjid tu sampai tak bulih nafas. huhu~~ kenangan seyh. aku ingat lagi ada kasut sorang kakak dq ni tercabut, sebab ganaz sangat nak pecahkan masjid kitorang kot. ahah.

to be continued.......

1 comment:

[D]ur [A]khyar said...

erm..

syaukatun najlas...aka the najlaas

huhu..

nama kelas akak..

banga2..hu3

(^_^)v