Tuesday, December 30, 2008

hazaa min fadhli robbi =)

Bismillah walhamdulillah...

hazaa min fadhli robbi = ini adalah dari kurniaan Tuhanku.

once upon a time, ustazah laila ingatkan kami untuk ucap itu perkataan dapat result kelak.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pemilik segala kejayaan, segala pujian dipulangkan hanya kepada NYA.

result pun dah keluar, alhamdulillah. nasib baik aku tak pakai selipar kuning, kalau tak....dah malu dah naik pentas setengah jalan turun balik, cam budak putera.
apa pun ada cerita lawak sikit masa naik pentas tadi.

aku tak percaya nama aku kena sebut tapi jalan jugak lah kedepan. aku dahlah rabun, tak pandang langsung pengetua, terus salam pn nik samihah, ingatkan nak salam ustazah laila sekali tapi dah terlajak, ahah.

tapi fatin mun lagi lawak ok. aku bantai gelak. haha. boleh lak dia nak pentas terus gi beratur ngan kitorang sekali, tak gi amik slip pun. ahahahahha. memang semua gelak ja. famun famun. oops ana tak ngumpat nti la, cuma rasa 'comel' ja. huhu.

alhamdulillah, PMR tahun ni ada peningkatan. ketahuilah ikhwah akhowat batchku tersayang, antum memang hebat! bagi yang tak dapat straight A's, ketahuilah antum pun hebat juga! mesti ada sebab kenapa Allah letakkan kita kat 9a,8a,7a,6a,5a,4a,3a,2a,1a,0a.

aku nak kongsi sms yang fiqah kamal pernah bagi kat aku suatu masa dahulu ;

"...sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyingkapinya dengan syukur, sabar dan tawakkal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian....."

kejayaan dan kegagalan , kekayaan dan kemiskinan, dua dua ujian. huih rasanya ujian berbentuk kejayaan kekayaan lagi payah deyh.

apa pun, kita jadikan ini sebagai satu panggilan muhasabah yaa. bagi yang dah dapat 9a jangan kita mendabik dada dan dagu, bak kata opick, bagaimana kau merasa bangga akan dunia yang sementara? apapun, keep up the good work!

bagi yang tidak mendapat straight A's, this is not the end of the world. PMR is not everything. teruskan usaha !

waAllahua'lam.

p/s : hmm, tiada putera yang bertakbir maka aku bertakbir dalam hati sajor. huhu~

6 comments:

[D]ur [A]khyar said...

haa za min fadhlillah..

mabruk2..buat ukhti..(^_^)v

cikdoktorfalsafah(: said...

mabruk ya :)
ana syg anti.

~::sya_mujahidah::~ said...

salam...
urm tahniah yer...

cLoVer4miza said...

Taniah.. teruskan perjuangan.. :)

wardatul asrar said...

tahniah adikku =)

(kengengadean mu menggelabah + berdebar tempoh hari telah terserlah.. hihi)

banat @ saffa @ hazwani said...

salam

mabruk adik. teringat dulu2 masa dpt result pmr. straight a jugak. alhamdulillah~

yela, nasib akak tak pakai selipar jugak masa tu :P

teruskan usaha!