Sunday, December 14, 2008

apa yang penting ?

Bismillah walhamdulillah...

bagi sesiapa yang pernah tengok or tak tengok pun tapi tahu cerita wonderpet, mesti korang jawab 'kerjasama' ! (mesti ada hati2 yang sakit kata dalam hati;eh aku tak jawab pun. ahah. su'u zhon lak aku.)


okey beb, takmo belit belit aku straight to the point je la ek. apa yang penting? jawapannya, amal. ya, amal. eh cop, bukan amal kawan aku yang masuk tv dalam rancangan mari bertarannum tv9 tu. ohoh. tapi ni amal la. praktik. buat. boleh?


kiranya kan, kau cakap pom camne pun kalau tak amal, tak praktik, sekadar teori semata mata sehidung hidung tak guna la. hm. bagi hati2 yang masih sakit sebab ngutuk2 aku dalam hati korang; (eleh, penulis blog ni pun cerita berapi lebat ja, kau pun same ar!! adoh..su'u zhon lagi ;p) i'm speaking to myself before i speak to anyone else. alright? huuu~~~


seingat aku, dalam silibus buku usrah badar untuk form 3 an, part hadis ada kan hadis pasal orang yang cakap tak serupa bikin tu. siapa ingat angkat keyboard! kalau ayat quran pun ada juga mengingatkan manusia2 yang cakap tak serupa bikin ni (albaqarah : 44) , (as saff : 2,3) .

hm, takut juga sebenarnya ni nak post cerita ni. sebabnya, diri ini pun masih tak banyak amal. dahla sikit, tu pun entah diterima tidak....astaghfirullah....robbana taqobbal minna...sob sob..


apa pun an, haritu terjalan jalan kat halaqah online and terbaca satu artikel pasal dakwah kot. hm, mungkin ada antara kita rasa(even ana sendiri pernah rasa camtu) bahawasanya diri ni sangatlah tak perfect, dahlah tak perfect banyak lak kekurangan. disebabkan itu, kita pun cam, adoyai~ takmo lah berdakwah. daripada terjerumus ke lembah kemunafikan dan kabura maqtan 'indaAllah lagi baik aku tak berdakwah. camtu ke? heh~


mabruk alaik sebab masih rasa 'tawaddhu' sebab rasa rendah diri dan rasa tak layak untuk memikul dakwah. tapi kan beb, sikit2 rasa tu takpelah bagus bulih buat muhasabah. tapi kalau dah terlebih2 and terover2 sampai langsung tak melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar walau dengan hati ( sebab hati dia cam dah redha dengan kemungkaran tu, dengan alasan, aku pun pernah buat dulu. adoyai~ dulu?sejarah tak bulih menghukum sayaang) tu bukan lagi satu panggilan muhasabah, tapi tu nampaknya (nampak ke?) syaitoonirrojim sudah cucuk itu jarum daa. makanya kita pun cam ragu ragu(kak najibah pernah sms aku dulu, beliau kata an, orang yang berjuang itu sentiasa diragu2kan hatinya.huhu.saje je mencapub nama kak naj.rindu la kak~) makanya kita pun cam agak futur untuk terus mendekati di samping menolong dan menarik kawan kita yang tengah hangat berchenta. (ni contoh)


so, what to do ek? (ahah ada ek lak) serasanya diri ni sangatlah kureng. okey, instead of kita 'tarik diri' daripada berdakwah, lagi baik rasanya kalau kita improve diri islah diri so that percakapan seiring perbuatan. haa, kan better tu. hoho~ apa pun, medan bercakap tak sama dengan medan berbuat. easier said than done. makanya, setiap apa tazkirah atau apa2 lah yang orang cakap macam mana pun si pencakap tu, kita takyah pandang siapa dia tapi kita pandang apa yang dia kata. walaupun sebenarnya agak susah an sebab kita akan terpandang gak siapa orang tu huhuhu~ haa,peringatan! jangan sesekali kita pandang orang yang kita rasa cam 'huha huha' tu cam teruk. or apa2 je la.konon perasan diri suci. kadang2 tu orang tu buat dosa sebab tatau tu dosa. kita pulok buat dosa dalam keadaan dah tau hukumnya dosa. astaghfirullah...lagi satu, bulih jadi, suatu hari nanti orang tu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah berbanding kita..hmm...doakan iman kita bersama.... =)




yok ikhwah akhowat smakl khususnya..terus menerus kita gencar bumi smakl dengan tarbiyah dan dakwah!! takbir...Allahu akbar!!!


ouh yea, cakap pasal smakl aku teringat apa yang pernah aku terfikir dulu. jom kita jadikan smakl zon bebas ikhtilat tak syaro' ?hikhik....siap la kepada mereka2 yang ingin buat cemar kat bumi smakl...muahahahhaha...



okeyla, takat ni je kot dulu. nilah isi liqo' halaqah pertama hari tu. sebenarnya ada lagi. tapi dalam next post la ye? insha Allah~


kepada kawan2 sahabat2 yang mengenali atau tak kenal pun diri ini, kalau ternampak or terperasan diri ini cakap pom tapi tak buat, pernah cakap sesuatu tapi tak amalkan, or pernah mencegah satu kemungkaran tu tapi diri ini terbuat, ingatkanlah, tuntunilah daku. tolong? agar kita tak tergolong dalam golongan rugi, kene pass syarat2 yang termaktub dalam surah al-'asr. tegur lah ana ingatkanlah ana tarik ana balik bila2 kalau ana tergelincir. ok? jazakumullah khairan kathira =)




waAllahua'lam.

2 comments:

~[Wardah al-Farafishah]~ said...

salam alaik
Alhamdulillah
kagum dgn achik =)

superserikandi said...

wslm~
makcik, perli ek?
huahua.. ;P