Friday, March 13, 2009

bumi itu.

Bismillah...

CAUTION : PENAIP MENAIP POST INI DALAM KEADAAN PERASAAN YANG SADIS MADIS SERTA JIWA TERLUKA LUKI. kalau agak agak takleh terima apa cek nak taip ni jangan baca naa, harap ma'lom.

toyyib,
aku tidaklah baik mana, pernah ter tak turun kawad, kena squad jump 200 kali sebab lambat masuk barisan, tidur masa prep, tak datang latihan rumah sukan, turun rehat dan balik awal dan entah pahape lagi la kot.

despite semua tu, aku sayang sekolah aku, makanya, aku tak suka cemar cemar yang terang tang tang berlaku. paham ke? ok. camni.

aku masih ingat, tahun lepas, pada satu majlis ni. hari g*****s* , banyak hati hati yang terluka luki dan remuk. nak tahu kenapa? sebab masa tu apa yang jadi adalah mereka yang bergelar warga sekolah agama itu seolah olah menginjak injak maruah bumi sekolah agama itu sendiri.
bagaimana weh?

aurat. stokin memang dah maasalamah wa ila liqo' dah. tudung bawal sejarang jarang alam. tu satu. di pin setinggi tinggi sehingga terselah bentuk. tu dua. susi yang sangat dahsat, jaga jarak jangan cerita la, bergambar together gether laki perempuan tanpa sebab rasional, ada yang berdua, yang lebih pun ada, tapi sangat rapat la. pada saat itu, detik itu, mereka masih bergelar pelajar sekolah agama itu. aku rasa tak patut dan tak wajar se tak wajar wajarnya. tak tahulah kalau bagi kau yang baca benda ni biasa.

ya! ustazah aku kata kemungkaran itu memang something yang biasa dah jadinya. tapi di bumi itu, itu bukan biasa ! itu sepatutnya benda yang sangat gharib ! yang tak patut jadi sewenang wenang sesuka suki nya ! dan yang biasa itulah yang bahaya...

aku bukan ingin kita semua jadi hipokrit sepokrit pokrit konkrit, cuma ingin kita sama sama sedar untuk menghormati iklim dini yang dah tak berapa dini di bumi itu. ya, ni soal hormat ya sedara sedari sekalian. hormat.

kenapa agenda tahun lepas aku nak ungkit harini? kerana perkara itu berulang. dan lebih teruk jadinya. apa kalian nak tunjuk protes kah dengan datang sekolah ambil r**u*t dengan boipreng siap cakap "sayang..bi..honey.." depan kami junior kalian? entah ape tah jadi lagi. susi yang pelik pelik. sebab berlaku di bumi itu.

kalau kat luar, suka hati hang la nak buat apa pun, pakai apa pun, susi camne dahsat pun, bukan tak sayang kalian, tapi kalau dah tegar sangat, suka hati la. but not in our school ! my school ! kalau takde perasaan kat sekolah tu pun, at least respek ah sikit guru guru yang memandang. adik adik yang melihat. hmm, entah. sedih. sebab sayang.

apa pun, aku tahu tak semua begitu. masih sejuk hati dan senyum selebar lebarnya tatkala berjumpa beberapa kakak yang insha Allah masih istiqomah memelihara auratnya, ikhtilat dan segalanya. semoga terus tsabat ya ukht!

dan maafkan aku duhai blog kalau telinga kau panas (ada telinga kah?) dengan post ni. hanya satu luahan yang membuak buak sebab tahan dari tahun lepas lagi. maafkan aku andai ada terkasar bahasa tersilap bicara. aku tahu, batch aku pun tidak baik mana. cuma ingin mengajak diri ini dan kita semua untuk mengambil ibrah dan islah diri.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else.

fa'tabiru yaa ulil absor...

waAllahua'lam.

3 comments:

Ikhwan said...

Adik2...
If kena bumping 5 6 ratus tu biasalah.Ana masa sklh dulu sakit juga.Lebih2 lagi Tuan Ali,Tuan Rosli,Tuan Misai n Cikgu Penang(sbb dia suka guna lorat penang)(juru latih kebangsaan).Sorang silap semua kena.Sorang lambat semua juga kena.Ada sebab ia berlaku.Ia bukanlah segaja dibuat.Ia dilakukan bagi membina jati diri dan displin ahli kadet.Ia bagaikan 1 jemaah,jika ahlinya silap maka semua bertanggungjawab.Jika ketua komandent tegas anggaplah ia kerana displin.

Berkaitan bntk tubuh semasa pakai baju kadet.
Boleh diatasi sebenarnya kalau kretif.Baju tu beli 3 ke 4 ratus(full uniform).

Utk pergaulan.Setahu ana,undang2 pertandingan kawad kaki formasi antaranya 1 planton (30 orang) n ketua komanden wajib sama jantina.
Ke sebab bergaul dgn planton sekolah lain?Ketua komanden kena tegas.Selagi planton pakai uniform kadet selagi itu kn jaga nama baik kadet dan ketua komanden ada kuasa bg arahan denda jika planton melakukan perkara yg memalukan nama kadet(syaratnya masih pakai uniform).

Berkaitan pergaulan.Guru sekolah n ketua komanden btggjwb dlm hal ini.
Tu baru peringkat sekolah.Peringkat negeri dan kebangsaan lagi mencabar.Cnthnya pertandigan antara kadet bomba peringkat negeri.Kem dlm 3 hari.1 team cmpr laki perempuan n ada main tepuk dan nyayian.Masa aktiviti wajib kn ikut team masing2.

Yang pntg korang kn pggl senior korg datang pantau dan tlg ajar.
Formasi tu bukan senang sebenarnya.
Kn ingat basic(kawad statik) dan jalan dulu.

superstar said...

jazakallah utk komen pjg lbar ni..
cop..nta faham kan yg situasi ana cite ni xde kaitan lgsg dgn kawad..hehe..yg bkaitan kawad yg post atas tu..however,jazakallah ..

Ikhwan said...

Xde kaitan lgsg?Ada sikit walaupun seciput :b