Saturday, February 28, 2009

aku x paham kenapa ibnu rusyd hebat.

Bismillah walhamdulillah...
tajuk post ni ku cekup dari salah satu sepanduk ibnu battuta. kui3. okey ar, tadi ada hari sukan, kali ke-13 kot. tahun lepas tak buat, sebab katanya hari sukan 2 tahun sekali. hm, bagusla. masa batch aku, takyah la susah2 stay up sampai 4 malam lebih untuk keceriaan. jauh di sudut buah pinggang aku, aku merasakan semua itu agak kebaziran. bazir masa , tenaga , dan duit terutamanya.

rasionalnya? susah payah kita buat keceriaan tu semua, pakai tak sampai setengah jam pung, lepas perbarisan cabut ah benda2 tu semua. keceriaan kat khemah lak, tak tau lah kalau ada orang simpan untuk sukan lagi dua tahun. ok je nak melawa melaram keceriaan semua, tapi berpada pada lah. heh, dah la puteri yang kena modify baju putera, plus keceriaan khemah yang 80% puteri buat ! putera buat sepanduk je kot, so aku rasa tak aci.

tahun ni kemalasan melanda, maka nya aku tak masuk satu pong acara (latihan pung tak turun nak masuk hape nye. astaghfirullah~ ) tapi aku dapat kerja, tau. pn rafidah soh aku jadi penjaga masa, syok gak ar walaupung panas semacam dok kat padang tu. apa pun, sukan itu perlu! bukankah salah satu muwasofat tarbiyah ialah qawiyul jism; tubuh badan yang kuat. takpe takpe, kawad kaki dan tangan juga bola baling dan baling selipar masih ada. huhu~

syukur, aku kurang lihat apa apa yang tak menyedapkan mata memandangkan. walaupun pancreas mengaduh sedih dan kasihan kepada para atlit puteri kita, yang terpaksa bertanding, berlari di hadapan lelaki ajnabi~putera! aku tak faham, kenapa putera buat buat tak paham yang mereka tidaklah manis tengok puteri bersukan, dengan bertenggek di cerun bukit padang itu. lagi lagi majoriti puteri masukkan tudung dalam baju tapi ada juga yang sedar dengan sekadar menge pin tudung agar tidak terbang terbang masa lari. no comment, takmo cakap lebih.

masa jaga masa tadi, tersentuh atas satu kejadian ni. masa tu acara putera lari berapa meter tah. ada sorang putera ni, kat lengan kanan dia ada ikat kain tertulis kalimah Allah. (mungkin biasa je bende ni tapi tak nampak putera lain buat, kot. so cam gharib. tu yang teruja sedikit la.) pastu kebetulan dia ni laju and menang lah no satu. masa sampai kat garisan penamat die jerit Allahu akbar! so, terharu. trademark rumah sukan aku last2 tu bertakbir gak ok, so cam cool. ahah~

apa pun, aku harap aku dan kita semua mengambil ibrah daripada hari sukan tadi. harapnya, tahun tahun selepas ni, masa perbarisan takyah kot puteri kita mempersembahkan aksi2 cam menari (tak menari sangat pun poyo je lebih haha) or jadi pom pom girl yang terlompat lompat semacam. hm, mungkin ada yang tak setuju dengan aku. tapi, muslimah, kerana dirimu begitu berharga. tahun ni dah takde hari sukan puteri. tahun ni gabung. kalau ada yang khusus untuk puteri menari melompat tergolek golek pung takpe kot. ahah.

"Allah lebih menyukai orang mu'min yang kuat daripada yang lemah."

awak perasan awak hebat sebab awak tak perasan ibnu rusyd~

waAllahua'lam.

1 comment: