Saturday, February 5, 2011

please let us seat you, says pizza hut

" Kpd adik beradik usrah FK, due date utk hantar taklifat yang along n ayong bagi adalah pada pukul 12 malam ni ea. soalan ke-3 boleh bagi pada hari isnin. harap diambil perhatian ea. thanks semua :) "

bertubi sms aku terima daripada adik beradik usrah FK, mengingatkan tentang taklifat, sejurus selepas ayong hantar sms muhasabah tentang tanggungjawab untuk melangsaikan taklifat yang ditaklifkan. huuu~

may i introduce, usrahku di dq diberi nama Fityatul Kahfi. memang kena dengan namanya, usrah aku ni ada 7 orang. angah alang ayang ateh acik anje dan ucu. masuk along and ayong maka jadilah 9 orang, hueh. dan yang paling tak boleh bla nya, aku mendapat gelaran anje. eventhough pada awalnya aku rasa, weih, aku anje? sungguh tak gagah bukan. tapi sekarang dah mula redha dan best dengan gelaran tu, haha.

FK lah 'medan' aku sekarang. FK bakal menjadi tempat aku membina iman dan membangun jiwa saban minggu. tempat aku duduk bersama diorang dan beriman sejenak setelah harihari yang sedikit 'tertekan' untuk mengejar muqarrar dalam menghafal. tempat aku berukhwah bermesra luah perasaan tak pendampendam. juga, tempat untuk kita lepak bilik siapasiapa, bukak tin biskut dan bancuh quaker oat, lalu berbincang, apa sebenarnya point kita datang dq nih (haha nak kasi bunyi cam ilmiah sikit)

dan begitulah. 'medan' baru aku ni pasti tidak sama dengan 'medan' kat sekolah dulu. sangat berbeza, mungkin. berbeza dari segi methodnya saja, matlamat medan lama dan baru tetap sama ;D

dan aku harap agar Allah benarbenar menpertaut hatihati kami. agar melalui FK ini kami benarbenar bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, untuk menegakkan syariat islam dalam setiap diri kami(ok ayat ini edited from lagu rabithah)

moga kami bertujuh benarbenar menghayati kisah pemuda kahfi yang Allah kisahkan dalam alquran.

dan, ketahuilah FK sekalian, probability untuk kalian tersinggah di blog ni sangat rendah. cuma nak kata, alhamdulillah, aku dah mula rasa sayangggg kat kalian eventhough kita baru kenal dalam sebulan sengetsenget. tapi rasa cam setahun dah kan? dan Allah jualah yang kasi campak rasa sayang tu dalam jiwa aku. dan Allah jualah yang mempersatukan hatihati kita.

buat adikadik TN, nak tahu tak. akak rindu gilos kat korang. serious. each time adik akak balik rumah mesti dia cerita pasal korang. sobs. dan ketahuilah, akak meng'abadi'kan kenangan bersana korang kat dq tau. nama kelas tasmik akak kat situ ialah Tasurrunnazirin ;D.

ok. nak balik dq dah. i'adah macam mana wahai diri? berapa banyak carik modal? haaaaa. takmo jawab. cuma nak balik cepatcepat je.

cuma kalini terasa lama dok rumah. dengan kehadiran ahli keluarga yang penuh. kecuali cik abang sulung terlantar di hospital, kaffarah dosa buat dia, mungkin. cewah. ok, syafakallah, and get well soon. tau, abang sulung takkan baca ni pun.

k, lagi sejam bakal bertolak ke kirikananbukit KKB. bakal merindui laptop dan katil dan bilik dan seluruh isi rumah ini. dan lebihlebih bakal merindui penghunipenghuni rumah ini, terutamanya kedua orang tua sama dua adik yang makin besar makin matang dan mula ngerti tujuan hidupnya. yelah, sebelum ni kena laung 3 round baru terkedekkedek naik nak solat, sekarang sergah satu kali sudah cukup. alhamdulillah. sila jangan gedikgedik di sekolah ye. oh, walaupun korang dua pun takkan baca ni.

ok, doakan. at least fasyark akan baca post ni, dan sejurus ayat ni habis dia akan doakan aku dalam hati haha. lihatlah fasyark, betapa optimisnya aku terhadap kau hee ;D

waAllahua'alam.

5 comments:

Nailah703 said...

Alhamdulillah ^_^
mmg dh bnyk kali diucapkn sejak di smakl: "biar brbeza wadah yg kita semua pilih tp pastikn matlamatnya tetap sama, insyaAllah"

doakn nailah sntiasa tajdid niat . bimbang asyik bandingkn usrah di dq dgn usrah n halaqah di smakl. huhu

aisya zainal said...

saya pun baca ~~~~~
taklofat apa dik [org takde ilmu]

Unknown said...

yeeaaa...
doa smoge saffana sihat sentiasa di sanaa..
aku still bukak tau blog ko ni..
even though owner dye bzy mmanjang...
huhuu...
doakan aku eaa...wawaaaaa.....

superserikandi said...

nailah ; yeah, kita perlu banyak berlapang dada! :)

kak ecah ; kakak, sy pun baru belajar word tu la, hee. taklifat = tanggungjawab. kalau bahasa kita time usrah selalunya cam, task la :)

fasyark ; sebenarnya aku nak je kuihkuih yang kau bawak masa kat rumah abi haritu, namun aku sengan =.=' bawak lagi ok for the next liqo' haha

Anonymous said...

yup! jawatan ini ditaklifkan kepada... kan selalu guna.. baek2.. nnt jd toriqat.. hehe..