Thursday, December 23, 2010

thanks for the memories

bismillah walhamdulillah.

dalam mode gelak-sebak. gelak2 sambil usha balik gambar2 kenangan dengan kawan2 yang ada yang tah pahape, yang candid gile, yang berlakon thiqoh dan sebagainya. sebak sebab rasa sedih. haha memanglah sedih takkan girang gumbira kot. sedih, bila masanya lagi nak jumpa cukup 137 orang. reunion lagi 10 tahun nanti pun tak kompemlah 137/137 ada. mungkin kurang, kot2 ada yang mati muda(mati bila bila je weih serious nih) or mungkin lebih, ada yang bawak suami or anak (pehh). hm, begitulah.

aku kan, dah laaaama sangat nak attend lah pengisian ISK. buat yang tatau ISK tu natang apa, ISK tu ini sejarah kita. cam nama modul la (kot). emm, tau pasal isk ni pun lepas berjalan2 kat blog sisters. teringin sangat nak attend. kalau bahasa bebudak sekarang, nak sangat wokk.

cemane tah, Allah gerakkan hati abi(baca:pengetua) kitorang untuk kasi buat lah program untuk fivers yang baru habis spm ni. kasi program sikit sebelum benar2 mengakhirkan zaman sekolah. aku pun, on je la. dah segala abi tanggung, makan accomodation segala. tak bayar single cent pun weih. baik tak baik pengetua aku. no wonder lah rezeki beliau muraaaah je. :) . nak dijadikan program, pergilah kami ber35 orang ke sebuah tamrin yang dikenali sebagai kursus kepimpinan(kononnya) dan sampaikan ke tapak program tuh, masih taktau lagi pengisiannya ialah modul ISK.

so bertolak2 dari sekolah, aku kira banyaklah kot aktiviti outdoor sebagaimana kem2 tipikal yang lain. lalu aku tersebarkan dakyah kat berapa ramai tah untuk bawak seberapa banyak baju sokan, baju kurung or jubah sehelai cukup! ye, begitu konfiden nor saffana ni pada masa itu. membayangkan, kem di hutan, dok dalam khemah, kurang kurang pon bilik cam dorm yg katil double decker yang tak banyak kipas dan banyak nyamuk.

tapi semua sangkaan dan assumptions aku meleset tahap peleset bila kitorang sampai kat tempat program. perghh! satu banglo sikit punya tersergam lah terpacak depan kitorang. konfius 2 saat, baru tersedar, ouh bestnya tamrin kat sini! alhamdulillah. memang besar banglo tu i tell u. masuk je nampak lagi tersampuk aku dibuatnya. kat sini ke nak berprogram? sikit punya grand! memang semua pun like like like je huhu. nak nak pulak, kat belakang banglo tu ada swimming pool standard sunway lagoon nya(melampau bunyik) haha.

lepas taklimat, dan minum pagi, baruuuuulah tahu, ISK rupanya. time tu rasa terharu sangat dengan Allah. akhirnya diberi peluang. huhu. dan programnya berlangsunglah selama 2 hari 1 malam. dan the best part bila petang tu turn akhowat swimming. perghh, lama sangat tak swimming kat pool. kalau kat sungai ke laut ke lain citer la. kali terakhir swimming pun 5 tahun yang lepas. huhu. dan memang enjoy sakan la. alhamdulillah. nak gelak2 je bila ingat balik moment tu :')

baiklah, dalam program ni paling best masa yang laaaast sekali, yang semua pun pecah ikut group dan ditakdirkan Allah aku dapat fasi yang dah jadi mak orang dah pun tapi muda lagi serta melayan je loyak buruk kitorang haha. perkenalkan, kak hakimah. rumah dia dekat je dengan rumah aku dan ou, kat kota damansara. lepasan u kat oz, sekarang senior geophysicist kat petronas. pergh bukan. ehh apasal dok promote kak hakimah pulak.

lalu tamatlah program tu, dengan pesanan yang agak terakhir daripada abi, yang sangat345 mengharapkan penerusan tarbiyah bagi kami. tak melampau kalau aku cakap abi merupakan salah satu blessing yang Allah tetapkan untuk smkakl. bukan senang kau nak dapat pengetua sikit punya pemurah la, turun jemaah sekali dengan budak2, kalau takde orang azan dia yang azan, yang kau boleh datang rumah dia bila2 je, dan paling best, seorang pengetua yang mana kau berusrah dengannya :') . bak kata ustazah nabiroh masa tamrin tu, dia sangat envy kat kitorang. sebab masa zaman dia, usrah sikit punya sirr la sebab nak sorok daripada pengetahuan pengetua. zaman kitorang lak, berusrah dengan pengetua! alhamdulillah :')

dan dan, murobbiah saya berpesan, cara nak menilai jemjem mana satu nak intima', kena follow program dia, rasa then nilai. kat mana satu hati kau rasa tenang dengannya. huhu.

sebenarnya nak kasi tunjuk sikit a few picts yang sempat disnap sepanjang program dan sepanjang di banglo megah tu. tapi virus malas tetiba menyelinap dalam diri lalu tiadalah rezki kalian untuk usha picts tu semua. bye2.

waAllahua'lam.

5 comments:

Aimi Syahirah said...

;'( I'm jealous.
Sounds very very cool and enjoy.
In islamic way lagi.

Nak PLKN yang macam itu.. boleh x?
:\

Nailah703 said...

alhmdulillah,,,segala apa yg saff ckp kita sokokng 100%
about pengetua kita,the program,the accommodation there... everything is subhanallah, WOW!!! haha ;)
so, awk rasa tenang la ni dgn program jem ni? hehe[soalan cepumas]

insyaAllah,x kira jln apa yg kita pilih. semoga matlamat itu tetap sama. insyaAllah ^_^

jumpa isnin ni ye saff! insyaAllah

superserikandi said...

aimi ; in sha allah boleh punya, apatah lagi dengan kahadiran aimi kat kem plkn tu ! suatu suasana tu hidup berdasarkan hidupan yang berada dalam suasana tersebut, yes? ;)

nailah ; tersedak 2 saat baca soalan cepumas awak tu.. em, to be fair kan(eiceh) kena rasa pulak camne rasa program jemjem lagi satu ;p

aisya zainal said...

ehh. nak tengok gambar yg gembira tuu. kat mana?

Anonymous said...

aimi: kamo jadi cam kak teha, dye still bertudung labuh wlupon ke plkn. dye juga menjadi kemudi utk aktiviti keagamaan wlupon ramai lagi bdk skola agama yg hebat2..[kisas]. Kmo mampu mengubahnya.

saff: betol. abi sgt baek.. rindu plak dye men kunci ats kepala akk :')