Saturday, August 22, 2009

ramadhan . merdeka

Bismillah walhamdulillah.

ahlan bina, ya Ramadhan!


teringat tazkirah jumaat pagi semalam. akh tu cakap, para sahabat dulu tiba je ramadhan dorang semua bermaaf maafan.
maka...
sempena dengan ramadhan kali ini, saya, ingin memohon maaf atas segala kesilapan sama ada disedari ataupun tidak. segala ketidakpuasanhati bolehlah let me know agar kita sama sama dapat kosong kosong (huh?).

walaubagaimanapun, di sekolah kenapa sambutan merdeka cam lebih hangat compared to sambutan ramadhan? tampar muka tanya diri. teringat lagi kat sms sorang ukht ni, jangan bertanya mengapa mereka tak berbuat, tapi tanya mengapa diri tak memulakan. astaghfirullah..

apapun, berbicara tentang merdeka, moga saya dan kita semua faham akan hakikat merdeka yang sebenar benarnya seterusnya menjadi insan merdeka dengan kemerdekaan yang sebenar benarnya.

iman mengajak manusia memerdekakan diri daripada penghambaan kepada manusia, penghambaan kepada nafsu. dengan iman yang sebenar benar iman, lahirlah satu kemerdekaan yang haqiqi.

again, sempena ramadhan ini, marilah kita bersama sama merdeka dengan iman. ya, merdekalah dengan iman!

and, again, sempena ramadhan ni jugak, saya semacam nak tukar url blog ni, since saya memang have no idea asal nama dia hidupkuceria.

moga moga, kita graduate daripada madrasah tarbiyah yakni ramadhan ini sebagai golongan insan berkualiti, insha Allah insha Allah..

last but not least, sila bersyukur wahai diri, syukur yang lebih praktikal daripada sekadar menyebut alhamdulillah di bibir. jangan dilupa saudara kita di Falestin, dan negara negara yang lain.. betapa aman kita menyambut ramadhan di sini.. bagaimana dengan mereka?

Ramadhan Kareem.. Allahu akram!


waAllahua'lam.

No comments: