Thursday, November 27, 2008

pengubat rindu~


Bismillah walhamdulillah. (pict atas ni hiasan semata2 setelinga2 ye)


hari ini hari jumaat. selalunya, kalau pagi jumaat kat sekolah aku pagi2 tu ada sujud sajadah. ahah. saje je. tiba2 terindu.



5.00 - 5.30 am



ha tuuu dia bermulalah hari aku kat bumi smakl. kadang2 tu lajnah sedaya ada pasang lagu2 nasyid. from my observation la, selalunya kalau ada pasang lagu baru la ramai sikit orang kat toilet. huhu.




6.00 am




solat subuh secara berjemaah. ouh, aku tensi kalau 'ketiadaan imam' or 'putera pun bangun lambat' (huhu~jangan mare) sebab nanti nak tunggu dia panggil nama aku, " saff..." lambat yang akan menyebabkan aku mengantuk pastu tersadai kat dinding belakang tu. adoyai~ lepas solat baca quran satu page. tapi ada gak yang mencari pencerahan diri dengan baca lebih2. ahah. bagus betul korang ni. kalau sabtu ahad ada la baca ma'thurat. kalau weekdays, pandai2 la baca sendiri. hoho.




6.30 am




ouh, naik dorm. part ni aku agak suka sebab aku suka tengok orang ramai2 bertelekung plus baju tidur dengan muka sememeh(oops~jgn mare) jalan naik tangga. timbul rase syukur pepagi camtu sebab tergolong dalam golongan yang solat subuh ; jamaah lagi tuu. huhu. bunyi selipar sangat kedengaran pepagi cenggini. takpe, bunyi rahmat. ahaks~




6.45 am




ouh sesungguhnya tidur lepas subuh tu tak elok an. menutup pintu rezeki. tapi selalu jaa aku syahid. hoho. kadang2 tu semua form 3 dorm aku syahid ramai2 kat 2 katil bawah tu. berjamaah jugak tu. hoho~ paling gue tak suka hari isnin and khamis sebab nak kena gosok baju. time ni omputih kata peak hours la kat bilik gosok tu haa. nasib baik dalam dorm aku ada amal, takdelah aku buat kerja haraaam yakni gosok baju dalam dorm. kuang3. hari rabu?oh,takyah gosok baju bomba aku gosok au tak gosok sama jaa.




6.55 am




ayah aku kate breakfast is the most important meal. tapi aku tahu ja kalau makan cereal mesti semua cam mengeluh an? (semua ke? aku tak pun. huhu) aku tak suka makan bubur sebab tak kenyang. kui3 (astaghfirullah..tak bersyukurkah saff?!) cewah, takda lah. mari kita sama2 tanam rasa syukur dalam diri ya kawan2. kira hebat la kita makan cereal pagi2. kat palestin?afghanistan?yang kita belajar geografi negara mana yang padat penduduk tapi miskin tu? haa..ethiopia, india..lagi lagi? huhu. hebat korang ni. geografi masih segar dalam kepala otak. kau pun, saffana, bersyukur la makan bubur. huhu~ baik bos!




7.10 am




haa tuuu dia masuk tapak perhimpunan. zeto suka dok depan sekali. lantak hang la zeto. kui3~ ni haa ada luahan hati sikit. kadang2 tapi selalu sebenarnya, aku sedih juga. tiap2 pagi, asyik banat je memenuhi tapak perhimpunan dulu. mana banin? para imam kami? pemimpin kami? yang bakal menjadi jundullah? hoho~ ada lah kat kantin tu tapi ramai jugak masih kat bait at tolabah kan? hoho~ (astaghfirullah...ana tak usha ye! :p ) aku selalu membayangkan satu pagi di mana kaum muslimin sekolah aku ni dah penuh kat tapak perhimpunan, kalah muslimat. and aku membayangkan betapa terkejutnya aku time tu lantas termenangis terharu(isyhk, tak macho btoi) ahah. over lak. so, ikhwah out there! turun assembly awal eh. aku cabar ni. huhu. (jgn mare eh putera2 kalau ada yang tersinggah blog aku =) yang keruh kita buang yang jernih kita ambil buat air masak kalau2 mengantuk dalam kelas an)




7.30 am




bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran or lagi best sesi pendidikan dan terdidikan (ew x sedap nya bunyi dia). aku tatau kenapa tapi virus mengantuk aku selalu menjalar and mengganas time2 ni la. pepagi gitu. ohoh, maybe im so not a morning person. kat group meja aku, yang paling kuat mujahadah lawan ngantuk ialah ama!~ cewah ama sukela tu..uhuk2..tapi aku takut ama, tengok kekadang tu kau terhuyung hayang. ahah, lain kali tidur je, aku sentiasa sokong kau dari belakang. (ishyk, teruknya. dont try this at school.)




10.25 am




time ni la aku paling laju and semangat and segar bugar and ceria. ahah. recess time bebeh! tapi selalunya i'll try my very best untuk keluar seawal yang mungkin bagi mengelakkan kesesakan dan keserabutan membeli makanan sebab budak smakl ni kalau kat kantin time rehat jadi cam anak2 di palestin. gaya cam tak makan setahun. takpe. makan kalau niat baik, supaya bertenaga and tak ngantuk untuk belajar kan ibadah. kiranya kita ni cam fastabiqul khoirot gak la.(uihh suketi ja hang ni buat tafsiran sendiri :p) yang pasti almost everyday akan ada budak puteri yang volunteer buat art attack kat tudung :p. credits to sambal. kau memang 'berjasa'. tanpa kau siapalah nasi lemak.




1.05 pm




ouh 1.05 pm balik untuk hari rabu. paling awal beb. i love you, wednesday! kuang3. untuk balik pun aku suka balik cepat2. nak senduk beb.hari isnin la paling tak bulih bla balik pukul 2.50 pm eh? dah lupa dah. ahaks. baru sebulan dah lupa ?! cop, i love you too, friday. jumaat pun awal beb. 12.30 gitu. paling sengsara kat dm aka mat'am sangat la sesak mesak so kita semua jadi macam anak2 palestin again. huhu~aduhai puteriku sayang =) mcm kat toilet nye tulisan je :p . bersahut2an la kalimah paling laku ; lepas? (huhu tak macam anak palestin dah sebab kat sana tak cakap bm an?)



lepas makan - asar.




time ni musolla penuh la. bergelimpangan la para syuhada' kat musolla tu haa time2 camni. hihi. comel sungguh. takpe, iktikaf katanya ( suketi ja :p ) . time2 camni kat prep pun ramai syahid gak. senang cerita time ni memang time2 kritikal la. nak kata qailullah zohor dah lepas, nak masuk asar dah. ikut hang laa..sebab aku pun sama. hoho.




4.50 pm




solat asar, jamaah. pastu baca ma'thurat, jamaah. waa~ rindunya. sob sob. lepas ni ramai la mula dok kat kolah dengan harapan makhluk2 berstokin akan lalu, lantas mintak tolong ambilkan kuih. hoho. tu lah korang. lepas ni pakat ramai2 kepit stokin kat ampaian. senang kerja makan2 ni. ahah. (aku sendiri pun pernah jaa mintak tolong orang, hihi. ) ouh aku tidaklah baik mana banyak kelemahan yaa aku sedar. tapi kan kawan2 nak ingatkan just in case antunna terlupa. kepada mereka2 yang dah tahu kaki tuh aurat tapi still dengan bangga dan riya' nya masuk dm tak pakai stokin, khususnya akhowat f3 terchenta. tolonglah, pakai stokin. mungkin ada yang kata, time tu takde putera. tapi sahabatku abg dm tuh perempuankah? at least fikirlah for the sake of our school. kalau adik2 junior tengok mana tau kot2 ada yang pasang niat ; one day bila aku senior aku pun taknak pakai stokin la. who knows kan? mungkin ada yang kata, hipokrit la, kat luar bukannya pakai stokin pun. sahabatku, at least fikirlah untuk menghormati and janganlah cemar iklim dini yang tak seberapa kat sekolah kita tu. huhu~ kerana dirimu begitu berharga~oh diriku jua =)



5.30 pm



semenjak dua menjak lepas pmr ni barulah reti beberapa budak puteri khususnya form 3 nak turun riadhah kat court merah tu haa. aku selalu main badminton, haa berapa banyak shuttlecock daa yang dah flying without wing kat atas pertama tu. muahaha. dhina, nanti ana ganti shuttlecock nti ek, ana ingat lagi =) . lagi satu, main baling selipar. haa salman pun join sekali tau. uishhh kontroversi ni weih salman mana ni ?! husnu zhon beb husnu zhon. ni budak kecik la. anak mudir aku. hoho. tp boleh ja nak kira dengan sebelah tangan berapa kali ja aku turun riadhah. hoho.



6.40 pm



semenjak dua menjak ni aku makin selalu makan lambat. hoho. kalau makan ayam, memang aku laju. ataupun ikan kicap pastu ada papedem(weih cmne nak eja ?) sebab ada sambal belacan.huhu.i love you kak eton~



7.00 - 9.00 pm



haa tu diaaa. kalau nak poyo baik, wah nilah time yang paling dirindui. sob sob.duduk kat musolla, melakukan pencerahan buat diri. sebelum maghrib hingar bingar la musolla dengan bacaan2 kalamullah. huhu. pandang depan, tepi, belakang, semua, khusyuk jaa mengadap ayat2 cinta bercerita. (ada ja yang flat time2 ni. penat riadhah ye kawan2?au kenyang sangat makan ayam? hihi. aku pun pernah jee flat :p) pastu, solat maghrib, jamaah. pastu,zikir2 ( waa rindu rindu).pastu ada ceramah ke ape ke.paling takbest bila tirai diangkat.mula lah ramai undur diri ke belakang an. ahah. puteri sekolah aku memang pemalu orangnya =) .weih siapa perasan doa wahdah/takbir wida' dah lama tak buat ? waa~ rindu rindu. (uicehh aku tanya siapa, macam ada orang je datang blog ni. takpe, aku jawab sendiri) pastu solat isyak,jemaah.



lepas Isya' dan keatas



ouh aku malas nak cerita part dalam prep. nak dekat2 pmr barulah ada kesedaran baca buku, ulangkaji, buat homework. kalau sebelum tu selalunya syahid la, makan la. hoho. kalau time takde prep penuh la public phone dengan manusia2. alhamdulillah syukur sangat2 sekarang dah makin membanyak dah telepong2 awam kat bait at tolibah tu haa. menggalakkan para pelajar memperhabis duit syiling le tu. hoho. kalau tak selalunya berbulu aku menunggu turn ha. takpe2, puteri semua baik2 belaka kan. anak mak bapak la katakan. tu yang ramai call parents tu. takdenya yang call pakwe balak boipreng or whatsoever. ouh ye ke? doa2. =)


11.00 pm


haa kalau isnin and khamis ada liqo'. hihi, siapa ada masalah bila time liqo' je virus mengantuk datang? huhu~ time ni mungkin ada yang tak berapa nak senang la ada liqo'. yolah ada yang nak basuh baju la, makan supper tak habis la and macam2.takyah gi jauh, aku la senang cerita. huhu.tapi bila pikir2 balik sepatutnya rasa tak senang tu ditukar dengan rasa bersyukur an. yup, syukur, again. malas nak ulang tapi ulang la jugak. time pukul 11.00 pm tu, Allah pilih kita2 ni untuk duduk dalam halaqah, siap mengalunkan kalamullah lagi tu. tapi at the same time, mungkin di tempat yang lain, ada jaa budak2 baye kita gak, tengah watpe? hangout, melepak tak tentu arah kat luar tu. so, wahai diri bersyukurlah, sebab terpilih oleh Nya. alhamdulillah..


11.30 pm


..."perhatian kepada semua pelajar puteri, jam telah menunjukkan tepat pukul 11.30 malam(eventhough kdg2 tu tak tepat pong~haa) kepada semua dorm yang masih belum menutup lampu dorm, sila tutup lampu dorm anda sekarang. yang masih berada di basement, sila naik ke atas sekarang. bacaan doa .. [..........] pelajar puteri diingatkan untuk memaafkan kesalahan orang lain sebelum tidur. sekian terim kasih "...... ayat ni dah terhafal dah lantaran selalu sangat dengar kat aspuri. senang cerita, announcement2 ni selalunya bagi kita cam annoying an. tapi tatau kenapa. aku tiba2 terindu lak nak dengar. ahah. time ni selalunya setiap dorm ada jaa manusia2 yang tersadai depan pintu mengharapkan cahaya lampur koridor menerangi buku yang nak dibaca (or novel..huhu) lepastu semuanya melakukan ibadat yang paling ikhlas sekali (bak kata kak rahmah) yakni, tidooooooo!



ouh, aku saja je nak cerita. ini blog aku cerita aku. so? hihi. tapi aku tau je takde siapa datang. like i said before, takpe, aku baca sorang2. =)


kerinduan yang telah diluahkan. heh~ legaa..


wassalam~

4 comments:

~[Wardah al-Farafishah]~ said...

kesimpulannya...
rindu semuanya! hidup di smakl yg penuh dgn ujian, cabaran, pengajaran dan kini...tggl kenangan
uhuhuhu...
[masih terbayang,kenakalan teman,usik mengusik,senda gurauan..-sekolahku-unic] ehehehe
seronok dgr lagu ni...
saff...nntkn blog about my life starting january 2009 [form 4]! ;)

cikdoktorfalsafah(: said...

huhu!
saff rindu yehh?
;]

superstar said...

yaa rindu jiddan~~~ =)

wardatul asrar said...

assalamualaikum ukhty fillah =)

rindunye akk nk kembali ke zaman sekolah.... rindu sgt2.....