Wednesday, August 19, 2015

original atau spicy. lebih baik original.

berkenalan dengan dua sister (kalau budaya tempat aku, bila sebut sister tu understood as student uia lah yer) di satu program keusahawanan. dua dua mengambil bidang agama, jenis baik innocent sopan santun tapi tak berapa 'care' dengan isu semasa (sebab masa ni tengah hangat isu dua SRC kena gantung sem). sekurang kurangnya itulah tanggapan awal aku terhadap mereka selepas bermuayasyah hampir sehari setengah.

****

aku ke program ni sensorang je, kawan lain gerak dari kuantan, aku je sesat gerak dari gombak. so masa awal tu memang sorang pun tak kenal. sebelum bertolak, ada cuba bagi salam dan make the first move untuk berkenalan dengan sorang sister ni, tapi nampaknya hambariah lah ye. dia bagi reaction sangat cold dan sepertinya memberi isyarat ' err tak berminat nak berkenal kenalan '. kih3. aku pun apa lagi, move on je lah.

so sampai je kat tempat program, dengan tak nampak lagi batang hidung kawan kuantan, aku pun seperti biasa dengan tak malunya approach laaa 3 sisters ni seraya buat muka sopan dan bertanya ' erm, boleh duduk sekali? ' keh3 nasib baik kali ni tak kena reject.

nak dipendekkan cerita, salah seorang daripada 3 orang tu adalah akhawat masa zaman PJ ! woohooo jumpa dah orang kenallll >.<  (awal tu tak perasan sebab dia berpurdah)

lagi dua orang pulak, adalah sisters yang aku cerita kat perenggan satu tadi tu.

nak dijadikan cerita, aku akhirnya satu group dengan dua sisters ni lah. hari pun berlalu, aku pun bermuayasyah dan cuba untuk mengenali lah kot dua sisters ni macam mana orang nya.

nak dipanjangkan pulak cerita, pada malam terakhir kami di program ini, dua orang ni pun mula bersembang deep sikit lah dengan aku. ianya bermula dengan sorang ni tanya "emm, macam mana eh nak istiqomah dengan benda2 baik? "

dan dia menyambung, dia melihat aku sebagai seorang yang "bagus" (errr. bukan, bukan riyak or whatsoever. ni nak bagi jelas keadaan kenapa dia tanya aku camtu) mungkin sebab aku asyik memuji dorang dua ni sebab ambik bidang agama dan aku cemburu, dan aku huraikan lah pulak kenapa budak2 bidang agama ni aset lah especially untuk tarbiah (ops terlepas jugak tajuk ni) bla3 .

sambung lagi, aku cakap tak henti2 pasal kegembiraan aku belajar alquran dengan nouman ali khan kat utube, and betapa bestnya omar series sebab guna bahasa arab fushah (and dorang tak pernah tahu pun pasal ni, so memang dorang teruja lah jugak)

ok berbalik kepada soalan dia tadi, aku time tu sambil2 sibuk menyiapkan presentation slide menjawab "hurmmm surround urself with good people lah"

involuntarily aku sambung "awak ada usrah?" sambil memandang laptop.

okeh, mereka ni memang jenis tak care sangat jemaah ke apa lah. seriously innocent. sayang sangat. cuma, yeahh cuma, mereka agak skeptikal dengan budak usrah huk2. panjang jugak dia komen budak usrah tapi lega sebab dia end kan komentar panjang tu dengan ayat "tapi ada jugak budak usrah ok, macam awak" aku lap peluh lega dalam hati.

at that moment aku teringat satu ayat "inna naraaka minal muhsinin" . itulah remark yang diberikan oleh rakan banduan nabi yusuf kepada beliau, bila dua banduan ni nak mintak nabi yusuf takwilkan mimpi. dont get me wrong, aku tak kata pun aku ni nampak ngattt macam bagus ke apa ke setaraf nabi ke, tak tak dan tidak. tapi ibrah daripada kisah nabi yusuf ni menjelaskan betapa lisanul hal lebih memberi impak dari lisanun ma qaal.

dan apa yang sister tu sambung lepas tu, lebih lebih lagi membuatkan aku berfikir panjang. dia kata, mafhumnya, 'walaupun awk join usrah, tapi awak ok je. takdelah tiba2 nak dekat2 pastu bagi tazkirah ke (eh dorang budak bidang agama tau ni) awak sempoi je jadi diri awak. dan ni lah kali pertama kita bercakap dengan orang yang bukan classmate kita, takde kaitan dengan kita, pasal benda2 ni"

sister ni jenis yang reserved. aku dapat merasakannya saat awal perkenalan lagi.

pengajaran terbesar aku dapat : ORIGINALITY. JUST BE YOURSELF. orang dapat sense sebenarnya bila kita tengah jadi diri kita, atau kita tengah emm buat2 (?). dan, menjadi seorang yang ikut sistem tarbiah, walaupun MENJADI DIRI SENDIRI tu mestilah wajiblah haruslah terhimpun sekali ciri2 seorang muslim? kan? kalau tak semua at least beberapa lah kan? izzati sila jawab.

dan aku akhiri perkenalan singkat kami ini dengan "give usrah a try lah wak" and dorang macam, inshaallah. bahagiaaaaa ;D


p/s: tadi sorang tu whatsapp, dengan excited kata dah start tengok omar series. and rasa best sangat2. aku terus rekemen dia untuk gandingkan dengan baca buku sirah. moga2, satu masa nanti aku berjumpa semula dengan sister berdua ni, sebagai seorang akhawat muslimah aktivis di jalan dakwah. ameen!

1 comment:

Anonymous said...

izzati x baca blog ni