Wednesday, August 19, 2015

aqrabeen

harini aku nak cerita satu kisah sentap. penyentapnya adalah abang aku huk2.

nak dijadikan cerita, pada satu hari tu aku takmo ikut pergi satu open house. bukan aku je, mak ayah aku pun tersadai kepenatan kat rumah tak gi jugak. tinggalnya, sorang abang aku ni yang memang jenis 'family-man' je yang nak pergi. dipaksanya aku ikut.

aku pun, menggeliat geliat lah buat muka penat kata takmo pergi. abang aku pun berlalu pergi. ingatkan abang aku ok, aku dah memang 'yesss' dalam hati ler.

lagipun, ni bukan first time makcik yang ni buat openhouse. house dia memang selalu open pun. kiranya macam tak berapa wajib dan dah jumpa pon masa raya kan kan kann. begitulah aku justify kemalasanku waktu itu.

nak disambung lagi cerita, dia whatsapp pulak aku. pujuk2 soh ikut. hurmm tak habis lagi rupanya mamat ni, aku cakap dalam hati. aku jawab standard je lah .. tak larat lah .. gi lah sensorang.

then, dia jawab : ikram member tak boleh macam ni 
*merujuk kpd perangai aku time tu yang malas memenuhi jemputan*
*dah la abang aku bukan ikhwah*

zrapppppp rabak hatiku T_T 

****
aku kopipes satu post dalam fb ukhti habibti aisyah ;

Menyelami hati para syuyukh atau golongan veteran;
Mereka melihat sebahagian besar anak muda,
semakin hilang nilai akhlak dan adab.
Juga mereka melihat sebahagian institusi kekeluargaan,
semakin renggang hubungan silaturrahim.
Ibu bapa saudara menjadi seperti orang luar, tidak bertanya khabar apatah lagi menziarahi, yang dekat apatah lagi yang jauh.
Bahkan teknologi whatsapp, facebook dan sebagainya yang sepatutnya lebih memudahkan urusan bertanya khabar dibiar sepi.
Lebih mudah bertanya khabar kawan-kawan berbanding ibu ayah, nenek atuk, dan ibu bapa saudara.
-----
Entah. Tak tahu nak salahkan siapa.
Antara mereka golongan veteran terlalu sensitif atau kita golongan muda terlampau tidak sensitif.
Common sense.
huu banyak tanggungjawab kita.
bukan setakat study dan kerja, menyantuni orang-orang luar, tetapi menyantuni keluarga dan kaum kerabat juga perlu ditunaikan hak mereka.

original atau spicy. lebih baik original.

berkenalan dengan dua sister (kalau budaya tempat aku, bila sebut sister tu understood as student uia lah yer) di satu program keusahawanan. dua dua mengambil bidang agama, jenis baik innocent sopan santun tapi tak berapa 'care' dengan isu semasa (sebab masa ni tengah hangat isu dua SRC kena gantung sem). sekurang kurangnya itulah tanggapan awal aku terhadap mereka selepas bermuayasyah hampir sehari setengah.

****

aku ke program ni sensorang je, kawan lain gerak dari kuantan, aku je sesat gerak dari gombak. so masa awal tu memang sorang pun tak kenal. sebelum bertolak, ada cuba bagi salam dan make the first move untuk berkenalan dengan sorang sister ni, tapi nampaknya hambariah lah ye. dia bagi reaction sangat cold dan sepertinya memberi isyarat ' err tak berminat nak berkenal kenalan '. kih3. aku pun apa lagi, move on je lah.

so sampai je kat tempat program, dengan tak nampak lagi batang hidung kawan kuantan, aku pun seperti biasa dengan tak malunya approach laaa 3 sisters ni seraya buat muka sopan dan bertanya ' erm, boleh duduk sekali? ' keh3 nasib baik kali ni tak kena reject.

nak dipendekkan cerita, salah seorang daripada 3 orang tu adalah akhawat masa zaman PJ ! woohooo jumpa dah orang kenallll >.<  (awal tu tak perasan sebab dia berpurdah)

lagi dua orang pulak, adalah sisters yang aku cerita kat perenggan satu tadi tu.

nak dijadikan cerita, aku akhirnya satu group dengan dua sisters ni lah. hari pun berlalu, aku pun bermuayasyah dan cuba untuk mengenali lah kot dua sisters ni macam mana orang nya.

nak dipanjangkan pulak cerita, pada malam terakhir kami di program ini, dua orang ni pun mula bersembang deep sikit lah dengan aku. ianya bermula dengan sorang ni tanya "emm, macam mana eh nak istiqomah dengan benda2 baik? "

dan dia menyambung, dia melihat aku sebagai seorang yang "bagus" (errr. bukan, bukan riyak or whatsoever. ni nak bagi jelas keadaan kenapa dia tanya aku camtu) mungkin sebab aku asyik memuji dorang dua ni sebab ambik bidang agama dan aku cemburu, dan aku huraikan lah pulak kenapa budak2 bidang agama ni aset lah especially untuk tarbiah (ops terlepas jugak tajuk ni) bla3 .

sambung lagi, aku cakap tak henti2 pasal kegembiraan aku belajar alquran dengan nouman ali khan kat utube, and betapa bestnya omar series sebab guna bahasa arab fushah (and dorang tak pernah tahu pun pasal ni, so memang dorang teruja lah jugak)

ok berbalik kepada soalan dia tadi, aku time tu sambil2 sibuk menyiapkan presentation slide menjawab "hurmmm surround urself with good people lah"

involuntarily aku sambung "awak ada usrah?" sambil memandang laptop.

okeh, mereka ni memang jenis tak care sangat jemaah ke apa lah. seriously innocent. sayang sangat. cuma, yeahh cuma, mereka agak skeptikal dengan budak usrah huk2. panjang jugak dia komen budak usrah tapi lega sebab dia end kan komentar panjang tu dengan ayat "tapi ada jugak budak usrah ok, macam awak" aku lap peluh lega dalam hati.

at that moment aku teringat satu ayat "inna naraaka minal muhsinin" . itulah remark yang diberikan oleh rakan banduan nabi yusuf kepada beliau, bila dua banduan ni nak mintak nabi yusuf takwilkan mimpi. dont get me wrong, aku tak kata pun aku ni nampak ngattt macam bagus ke apa ke setaraf nabi ke, tak tak dan tidak. tapi ibrah daripada kisah nabi yusuf ni menjelaskan betapa lisanul hal lebih memberi impak dari lisanun ma qaal.

dan apa yang sister tu sambung lepas tu, lebih lebih lagi membuatkan aku berfikir panjang. dia kata, mafhumnya, 'walaupun awk join usrah, tapi awak ok je. takdelah tiba2 nak dekat2 pastu bagi tazkirah ke (eh dorang budak bidang agama tau ni) awak sempoi je jadi diri awak. dan ni lah kali pertama kita bercakap dengan orang yang bukan classmate kita, takde kaitan dengan kita, pasal benda2 ni"

sister ni jenis yang reserved. aku dapat merasakannya saat awal perkenalan lagi.

pengajaran terbesar aku dapat : ORIGINALITY. JUST BE YOURSELF. orang dapat sense sebenarnya bila kita tengah jadi diri kita, atau kita tengah emm buat2 (?). dan, menjadi seorang yang ikut sistem tarbiah, walaupun MENJADI DIRI SENDIRI tu mestilah wajiblah haruslah terhimpun sekali ciri2 seorang muslim? kan? kalau tak semua at least beberapa lah kan? izzati sila jawab.

dan aku akhiri perkenalan singkat kami ini dengan "give usrah a try lah wak" and dorang macam, inshaallah. bahagiaaaaa ;D


p/s: tadi sorang tu whatsapp, dengan excited kata dah start tengok omar series. and rasa best sangat2. aku terus rekemen dia untuk gandingkan dengan baca buku sirah. moga2, satu masa nanti aku berjumpa semula dengan sister berdua ni, sebagai seorang akhawat muslimah aktivis di jalan dakwah. ameen!

Monday, August 10, 2015

tak berkira

genap (baca:ganjil) seminggu aku berlanglang buana di luar, dan setiap malam dalam minggu ini aku tak terlepas dari termenung bermuhasabah panjang akan usia yang dipinjamkan Allah, dan bagaimana aku menghabisinya.

tak lama lagi, aku akan genap berumur 22 tahun (16 september, pliz take note kayh. birthday kali ini im looking forward to have a new nice badminton racket mih3) . dan aku selalu rasa 'loser' bila membandingkan diri aku dengan seorang ukhti fillah, murabbiah pertama dalam hidupku yang bertanggungjawab memperkenalkan ku kepada dunia DnT ini. kenapa rasa loser? sebab bila aku kenang kenang balik, masa beliau baya aku, amal beliau jauhhhhhhhhhh lebih qowiy daripada aku tskk tskk tskkkk T_T

hmm.

seorang akhawat russia menceritakan, titik titik turning point dalam hidupnya. masa tu zaman friendster lagi, dia baru je umur 17 tahun, form 5. bersekolah di sekolah biasa pulak tu. tapi, ada sorang 'kakak' mesir ni, contact dia through her friendster (kakak mesir tu randomly je nak berkenalan dengan dia sebab tengok profile macam tinggal di satu residence yang sama). sent her text messages, jumpa dia before spm to wish good luck dan bagi kata2 semangat. pada awalnya, dia merasa si kakak mesir ni tersangatlah creepy. tak pernah terlintas di fikiran yang dia sedang di-DF kan huk2. long story short, si akhawat russia itu kini telah pun menjadi salah sorang aktivis di jalan dakwah, bermula dengan seorang kakak mesir yang TIDAK BERKIRA men-DF dirinya, walaupun masa tu tak nampakkkk pon lah dirinya tu sebagai seorang potential mad'u.

mendengar cerita ukhti ni, membuatkan bulu roma saya meremang. pehhhh, nabi kan dah kata kalau seseorang itu mendapat hidayah lantaran kamu, itu lebih baik daripada unta merah! ataupun dalam riwayat lain mengatakan lebih baik daripada dunia dan seisinya (everything under the sun)! masha Allah.... teruskan beraksi, teruskan berbuat, Allah pasti melihat dan mengganjari.... pasti.

jom slow2 baca dan hadam buku qawaid dakwah yuk akhawat. sehingga kita bertemu lagi. :')