Friday, May 8, 2015

of insta and ukhti

aku secara peribadi merasakan instagram adalah satu kesia siaan.
dia tak macam facebook, nowadays kita baca berita dan akhbar islami pun melalui facebook. betul tak?
dan aku sendiri dalam sehari memang akan scroll beberapa page/people tertentu di facebook untuk baca berita, artikel dsb.

aku pernah ada account insta satu masa dahulu, masa tu insta baru nak up. masa yang tak berapa hot lagi tu pun aku rasa mudaratnya (ni personally eh) kepada aku lebih besar daripada munafaat nya, and i find insta to be a bit addictive, aku pon cepat2 delete account dan uninstall insta. alhamdulillah berkurang satu faktor kebuang masaan dalam hidup time tu alhamdulillah. heh

kenapa insta bagi aku adalah kesia siaan? sebab kat sana ada gambar sahaja of people yang update aktivti harian mereka, lepas tu gambar orang2 bisnes yang jual macam2 (ni yang aku lemah, so tempting to beli semua) .
aku juga risau melihat fenomena para penggerak dakwah akhawat yang post gambar2 mereka yang begitu zoom, seraya buat muka comel, cantik pulak tu, walaupun diserta dengan caption tazkirah, sebagai sesuatu yang boleh menyah-sensitif (de sensitize if theres such word) rasa malu dalam diri. mehhh
dan aku juga ingin mengajar diri aku to refrain myself from terbiasa mempamirkan meneceritakan menwarwarkan kegiatan harian sampai tercerita excessively amal2 yang tak seberapa, pastu last2 amal2 tak seberapa tu jadi hangus jek dek kerana niat yang tak terjaga. aduh.

ini adalah pendirian aku setakat 8 haribulan 5 tahun 2015 (semalam)

tapi semalam, masa aku sembang2 dengan adik bulatanku, sorang ni dia report kegiatan sorang lagi (both ada di situ) seraya berkata "kak saff kena buat insta cepat2, nanti akak akan tahu maaaacam2 kegiatan si *nama sorang lagi* ni"

hurmm..

ok lah. sebenarnya bukan insta yang salah. untuk seorang ukhti mempunyainya ok je provided dengan beberapa restrictions :
-kalau rasa nak post banyak gambar akhawat, set lah account as private. settle. ramai je mad'u yang excited dan tertarik dengan dakwah ni bila tengok gambar2 kita berprogram berukhuwah bagai.
-jangan follow page2 yang tempting yang jual macam2 tu hahaha
-jangan juga gatal follow ajnabi yang konfem2 akan banyak post gambar mereka dan kita pun menatap semua2 tu on a daily basis. gila. buat kotor hati je.
-set kan limit masa untuk go through insta in one session per day (eg: ok sekarang kol 11.02. by 11.20 aku stop)

bila ada masa senggang, kita tend to buka smartphone dan open facebook/insta, kalau pada hari tersebut kita dah 'secara cukupnya' update dengan segala social media tu, bila gatal je tangan nak buka lagi gantikanlah dengan membuka alquran untuk menambah hafazan ataupun buka buku untuk dibaca..

tulisan ini adalah untuk tazkirah aku di masa hadapan, yang mana masa tu kemungkinan aku dah terrr ada account insta.

.."dan mereka yang menjauhi perkara2 lagha" surah kedua puluh tiga ayat tiga.

Thursday, May 7, 2015

tahun pertama yang bakal berakhir

begitu skema tidak tajuk penulisanku kali ini.
setelah begitu lama aku tidak bertinta (pehpehhh) di sini, malam ini aku kembali.
what a comeback!!! okeh perasannya aku ni hmmph

sedar tak sedar, aku dah pun selamat dengan izin Nya menyambung pelajaran ke peringkat degree pada usia 22 tahun. apa, ko kata aku tua? age is just a number. betapa ramai orang yang tua sebelum umurnya, dan betapa ramai pula orang yang jiwanya begitu ke anak anak an, yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa?

paham ke? kalau paham bagus, kalau tak paham boleh baca karya syed qutb ataupon PM aku di pesbuk.

toyyib.

seorang ukhti fillah pernah berpesan, dengan semakin meningkatnya umur, kita kena expect taklifat (tanggungjawab) akan bertambah. hidup akan makin sibuk. masa akan semaking mencemburui.
never expect bila kita dah mengalami transis dari satu phase ke satu phase yang lain (dari matrik ke univ, dari univ ke pekerjaan, dari bujang ke berkeluarga) kita akan ada masa lebih dsb.

so, jangan beranganlah wahai mereka yang berkata "emm masa phase jadi student ni tak dapat lah nak commit tarbiyyah sangat. masa dah grad nanti inshaallah commmit!"

memang tak lah ye.. illa man rahima robbi (kecuali mereka yang diberikan rahmat oleh tuhan).

dan aku sendiri, yang bakal menamatkan tahun pertama mahasiswa ini, sudah pun mula merasa kehangatan penambahan taklifat tersebut.

wahai orang2 yang beriman! janganlah kamu mengkhianati Allah! dan janganlah kamu mengkhianati rasul! serta amanah2 yang dipercayakan kepada kamu sedangkan kamu mengetahui!

surah kelapan, ayat duapuluh..emm duapuluh berapa ya. mohon akhawat buat homework lebih utk dalil dan hafal kod surah:ayat nya ya.

kheyr.

moga kehidupan kita, dengan meningkatnya umur kita, sentiasa dipandu Allah... :)