Friday, November 23, 2012

kekuatang

ada orang kata, kekuatan bisa diraih dengan 3 cara :

1. Qiam
2. Siam
3. Diam

ohoh, no 2 yang siam tu bukan siam thailand eh, tapi siam = puasa. ya, sod di depan tu.

begitulah perkongsian ringkas daripada ukhti yang disegani tu. simple, yet deeeep.

kalau aku sendiri, aku ada masalah untuk melazimi puasa. hohh. peluhh. bukan sebab aku ni pelahap gemar makan banyak2, tapi perut aku memang kurang lasak sikit. isk2. dan pula, setelah diuji Allah dengan gastrik sementara tahun lepas, makin susah pula aku nak berpuasa.

bak kata ayah aku, aku ni small but frequent eater. tambah pulak masa cuti ni dok rumah, ada je benda best best yang boleh dikunyah. hoh.

tapi terasa pedih bila baca satu status ni, dia cakap yang kita kena biasa2kan diri dengan puasa. jangan dok manja manjakan perut tu. kerana tu kan salah satu cara yang agak efisien untuk melatih diri mujahadah, juga antara sunnah2 lazim ar rasul.

tak boleh jadi ni, bisikku pada diriku. in sha Allah akan mula kembali melazimi puasa seperti dulu2. aku rasa sebenarnya boleh je nak puasa. in sha Allah boleh. buktinya, masa bulan ramadhan, aku telah berjaya kot. alhamdulillah. tapi setiap kali nak puasa tu aku dalam sujud memang berdoa sangat7 agar Allah beri aku kekuatan hati dan fizikal untuk puasa ni. dan juga ditambah dengan sahur yang berat. wihihihi.

ok macam gedik pulak. ingin mula melatih diri untuk kurang menjadi cerewet


Wednesday, November 7, 2012

sobar

sudah tengahari, cepat sungguh masa berlalu, padahal rasa roti telur yang aku kunyah pagi tadi masih terngiang2 di tekak.

nabi pernah berdoa, allahumma barik li ummati fi bukuriha. ya Allah, berkatilah ummatku di pagi harinya(mereka yang berpagi pagi)

sebab tu penting untuk tidak tidur lepas subuh. untuk bangun awal pagi, bukannya bangun bila matahari dah menegak.

sebab kalau bangun lambat, satu anda akan pening kepala. kedua, hampir separuh hari macam dah terbazir. yelah, bangun2 je nak lunch dah. ergh, rugi2. lepas tu pulak, time malam pergi stay up sampai 3,4 pagi. and the cycle goes on and on. bukankah ini berlawanan dengan sunnatullah. Allah menjadikan malam untuk kita beristirahat, bukannya mengadap laptop. =p (jelir lidah untuk diri sendiri) -err lainlah kalau stay up time malam tapi still manage untuk bangun awal heheh.

terkesan juga dengan kata2 dari siapa entah, lebih kurang macam gini ; how do you expect the sun of islam will rise again, when the sons of islam are asleep during the sunrise?

pagi, dengan segala keindahannya, damai waktu dhuhanya, pancaran mentari yang penuh dengan segala vitamin dan khasiatnya, udara dingin yang begitu segarnya, boleh rosak macam itu sahaja dengan MARAH.

ye, marah. aku makin lama makin terasa signifikannya pesan nabi yang sebaris ini : la taghdob.

jangan marah! sounds simple. tapi bila saitonnirrojim dah merasuk kepala hotak dan jiwa tu, tak ada yang simple dah.

kepada pemarah pemarah dan manusia panas baran, your anger will take you nowhere. last2 anda yang akan termenyesal sebab dah hambur segala masa marah tu. dan pastilah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh direverse, terlajak kata dan tumbukan serta tamparan, BURUK PADAHNYA. kuang3

aku terbaca satu hadith yang begitu cantikkk dalam buku "ya Allah kokohkan kaki kami di jalan-Mu" lebih kurang gini lah mafhumnya ; siapa yang bila dia rasa marah tapi dia menelan kemarahannya(padahal dia boleh je nak marah) , Allah akan memenuhi jiwa dan setiap rongganya dengan KEIMANAN  dan KEAMANAN.

subhanallah. fwahhh. iman dan aman. memenuhi diri kita. fwahh.

Allahummaj'alni minassobirin. ameen.

atas jalan

baru2 ni aku telah berjaya drive kereta ( ehem manual ) ke lebuh raya. LEBUH RAYA BEB. HIGHWAY TU.

alhamdulillah, bukanlah sebab aku cekap sangat pun nak multi task ; tukar gear jaga clutch tengok side mirror dengan rear view mirror. tapi macam faom ler jugak, rasa macam Allah sangat jaga time tengah drive tu. hihih

semuanya bermula bila aku tertinggal barang kat cfs. so macam kalau nak suruh ayah hantar memang boleh tapi kena terima sebakul bebelan dulu (sebab ni kes terlupa padahal ayah dah 2,3 kali tanya ada tak barang tinggal)

maka, dalam cuak2 tu aku beranikan diri jugak. sebab rupanya bila ada lesen, bukanlah bermakna kita sudah tidak tempang ye. bak kata dr hizul : ikhwah akhawat tolongggg lah belajar bawak kereta. muslimah arqam tu, lori balak pun dia bawak!

tambahnya lagi, takde lesen pun takpelah. janji pandai bawak kereta. lesen tu nak tunjuk bila kena tahan polis je (pastu audience semua gelak.oh ni aku dengar mp3 talk beliau) so jangan sedih ustazah nora, benar, tak semua orang ada rezeki masa dan kewangan untuk ambil lesen. nanti ada kelapangan nanti kita ajar awak drive ye, in sha Allah, hik3

so pada masa dengar mp3 tu, aku rasa sangat tertampar tampar sebab dah ada lesen tapi tak berani bawak! apakah! tolonglahhh overcome ketakutan kau yang tak munasabah tu, kata saffana kepada dirinya.

sebab actually, aku jadi takut2 ni semenjak 1 ramadhan yang lalu, aku hampir terlanggar satu kereta ni, dah memang kalut habis dengan main pijak je clutch ke brake ke, so memang tak sempat nak angkat tangan kat orang tu sebagai gesture mintak maaf. muka aku pun dah pucat kot rasanya time tu. hohh

tapi, sob sob, boleh pulak kereta tu kejar aku sampai kat mobil, then park sebelah kereta aku, then turunkan tingkap, then maki3 hamun. i was like.....dumbfounded. tapi, alhamdulillah time tu setan kena ikat, aku cuma kata sorry7 sambil berbisik dalam hati, inni so'im. fwah.

sekian.