Friday, January 29, 2010

tammat

bismillah walhamdulillah.

hoho, exam finally ended dengan riang ria.
lets kiss goodbye to 'intervensi' . -300 days left to spm. +300 days left to get driving license hohoho

semalam orang thailand datang visit aku. i mean, sekolah aku. dari univ. islam yala. sebak kot bila tau dorang mai sini. teringat pergolakan kat sana. isk isk (haritu ada orang tegur, weih bangkitkan balik semangat palestin kau. *diri makin kurang sensitip soal barang boikot,hampeh~*)
dan, disebabkan masa dorang visit tu tengah kelas, plan bersama ain untuk amik sorang kakak angkat thailand tak tercapai dengan jayanya.

hmm, bercakap tentang intervensi, pada awalnya mungkin rata-rata kita dan tak kurang cikgu merasakan intervensi ni agak membuang masa yang macam emas tu since topik form 5 pun baru ciput kita belajar tetiba nak exam yang meminum masa 2 minggu!~

but from my personal opinion, intervensi ni banyak menyedarkan aku. hahaha dari dulu asik sedar tapi tak berbuat buat pon~ ok tazkirah selori buat diri sendiri.
sedar yang, ouh, silibus form 4 pun bukannya aku cover habis masyi gile pun. bukti, lepas paper bio dan add maths, macam macam bunyi kebunyian.

dan satu benda lagi, aku rasa cam masa+hidup aku cam, cam... cam,,,, kurang ke barakah an. mungkin. hmm. teringat kata kata terakhir ust wan kat bilik guru tempoh hari, macam mana nak tau berkat idak, hari ke hari kita makin improve diri. kalau tak improve pun baik laa.. baik je.. ok je.. tenang je..

ust jugak berpesan, perhatikan dari sekecil kecil perkara hingga ke sebesar besar perkara. daripada apa yang kita selalu buat ( mungkin akhlak bercakap berjalan ber ber ber) kepada sekecik kecik apa yang kita makan.

berkat itu penting. itu sebab budak kisas walaupun gate asrama terbukak 24 hours diorang tak naik dorm pada masa yang haram naik , sebab diorang sedar perihal pentingnya berkat itu. kira cam, eventhough diorang buat tapi warden/peng tak tau, Allah sangat tahu dan mungkin akan affect berkat cikgu cikgu warden warden (?) ok aku pon dah tak paham

post berakhir serta merta di sini sebab aku nak gi belajar (wooooooo)

waAllahua'lam.

p/s : lately ni, lipas selalu muncul di pagi hari setiap kali aku bukak mata. cis la. bila kau nak pupus.

Friday, January 15, 2010

give thanks to Allah ;)

bismillah walhamdulillah.

hem, mungkin kali ni kali terakhir kami balik sesedap oren setiap minggu.
sebab, kerajaan nak kasi balik duit makan asrama(?). hoho. maka tak perlu balik rumah every week sudah...alhamdulillah...hoyeahh!

nak nak lepas lepas ni balik sebolan sekali? bagi aku, BAGUS jugak sebenarnya frekuensi balik bermalam dikurangkan. tapi kebagusan ini hanya applicable untuk spm candidates kot. KOT.

dan... kata kata yang dipetik dari sambalterung ;

Lapangnya masa itu bukan pada berapa jam dan mint yang kita ada.. namun lapangnya masa itu pada keberkatan setiap saat yang Allah berikan pada kita, dan semuanya itu menghasilkan amal. ( maknanya, tak semestinya belajar 2 jam akan faham. Belajar 30 minit pun ok, jika berkat dan jika Allah beri kefahaman itu. Nak dapat kefahaman itu kene doa, minta Allah bukakan hati, jauhkan diri dari maksiat, serta belajar secara efektif insyaallah..)

ya Allah, berkatilah segenap hidupku~

waAllahua'lam.

p/s : baik, senin ini dan 2 minggu kedepan merupakan ujian intervensi untuk form 5. semua topik form 4 yang keluar. huh, sejujurnya tak berapa nak ready....tak tau la~ doakan. ok.

Friday, January 8, 2010

benci balik rumah

bismillah.

sekolah aku sekarang balik every week weh. setiap minggu.
penat penat je aku feeling nak balik haritu.
tetiba balik setiap minggu.
cis la . serious menyusahkan . tapi aku faham, sekolah cant do much . ini semua kerajaan punya pasal.
but at other times, aku sedar. kita ni sangatlah mangkuk dalam bab bersyukur. kalau dulu balik 2 minggu sekali, time takleh balik pun ramai buat drama nak mintak balik gak. sekarang ni balik setiap minggu kata menyusahkan pulak.
untuk aku sendiri, ye, aku cam tu gak kadang kadang. tapi kalau takleh balik aku dok diam diam la kat asrama, tak pun outing ke kan hoho.
sabtu ahad yang terkorban ni sangatlah menuntut untuk kita kita piker sikit punya kritis, celah mana nak selit program2(kerohanian khususnya) dalam 5 hari terbaki di asrama.

tapi bila tengok tengok balik, subhan Allah, baik nya Allah !!!!
sabtu ahad yang terkorban tu, Allah kasi kita petang yang lapang.
sebab apa aku kata camtu, sebab bulan 2,3,4,5,6 ni selalunya petang2 semua orang busy dengan latihan bola itu ini kawad dan segala mak neneknya.
namun, makluman terbaru mengatakan kawad untuk puteri di pupuskan. hoho. sebab baju kita seksi sangat untuk kawad.


takbirr,,,,ALLAHU AKBAR !!!

(^o^)/


ok la, i admit, walaupun aku agak bersyukur dan rasa pertolongan Allah sangat mengiringi, ada sedikit unsur sedih di situ. 4 tahun, suka duka kawad bersama bomba.....
cukup cukup lah memperagakan diri di padang kawad, di mana yang memandangnya bukan setakat kawan kawan sejantina kita, mata mata 'asing' turut sama ada..... kalau nak tunggu putera smakl seluruhnya pandai jaga mata sendiri, tatau la bila. so kita kena mulakan langkah dengan menutup segala peluang ( ?) ini sudah merepek.

waAllahua'lam.