Thursday, November 26, 2009

korban

bismillah walhamdulillah.

selamat hari raya aidiladha~
taqabbalallahu minna wa minkum~

waAllahua'lam.

Tuesday, November 24, 2009

super senior

Bismillah walhamdulillah.

tadi chat sebentar dengan kak *i* . beliau ni ex sekolah aku(ecece tak nak mention nama sekolah cam orang tatau je haha) spm 2003 gitu. terus teringat yang aku belum mengabadikan lagi kisah alumni 2003 datang sekolah aku haritu. best best.

rabu, malam tu. segerombolan orang orang asing yakni muka muka yang jarang dijumpai di dm,aras aras dan musolla sehari hari(asing la kan huhu) duduk bersama dalam musolla. usai solat isyak ( cett usai gitew), tirai dengan rakusnya dibuka dan rata rata pelajar puteri terkejut haha. semua musykel, ni campoq putera puteri ke dak nih..

disebabkan campoq, rata rata puteri terkedek mancari cari stokin, ada yang lari naik dorm, dan sewaktu dengannya. lepas tu, kakak dan abang alumni ni pong duduk dipecahkan kepada beberapa group, according to their courses.

aku blur blur baru sampai musolla gara gara naik dorm tak jumpa stokin rupa rupanya kat ampaian. pastu terus masuk satu halaqah kat tengah dunia (baca:musolla) kebetulan halaqah tu halaqah course yang aku agak berminat, yakni biosciences. hoho.

duduk punya duduk, kakak bioscience tu tanye kat abang bob (ex smakl juga yang menghandle malam tu) seraya bertanya, takde brothers berminat ke kat bioscience? then abang bob tu pun tanyalah memana putera yang nak. disebabkan semua cam dah syok masuk halaqah masing masing, halaqah bioscience end up takde lelaki ALHAMDULILLAH. hoho~ bebas sikit nak tanya merapu2.

taaruf punya taaruf, tetiga kakak bioscience terkezut bilamana tahu aku warga TTDI. hoho. dan aku pong turut sama terkezut tatkala mengetahui tetiga kakak bioscience itu, kak zata kak maryam kak hanis, pong, warga ttdi. my super senior lak tu! semua generasi skttdi 1. woha bangga tak bangga ~maka ada sedikit chemistry di situ ya, al maklumlah jumpa orang kampong.

habis round one, aku dah blur lagi, nak masok halaqah course apa, then teringat ada yang dari utp. aku ni buleh kata agak berminat la dengan utp sebab bukan senang oh nak masuk sana plus tarbiyah nya di situ bagus =) . tetibe, ada orang soh gi kat kak *i*. sebab beliau utp.

apa lagi, aku bersama che' wan dok sembang sembang dengan beliau. best best. dapat banyak pencerahan daripada beliau malam tu. sebab dia bukan cakap pasal skop course dia je, tu yang best. hoho.

tapi tertarik dengan statement beliau,

awak boleh nampak malam ni, seniors yang pelbagai.

hmmh, memang pelbagai pong, bisikku dalam hati.

dia banyak berpesan seolah olah, pilihlah nak jadi yang macam mana. and dia banyak tekankan kat u nanti selalu lalu lah doa kat Allah agar dikurnia kawan yang mengingatkan kita kepada Allah. erm.....

last last tu, ( ni sister lain pulak)

aku : akak dok ttdi katne?
kakak tu : oh, akak dah pindah shah alam dah.
aku : *tau* sebelum tu dok kat mana?
kakak tu : at****ha**n .
aku : *dalam hati , eyt area umah aku tu* at****ha**a mana?
kakak tu : medan
aku : medan berapa ?
kakak tu : **a
aku : oh? sama lah kita *tekezut sebenarnya tapi kontrol tak nak nampak takjub sangat.
kakak tu : ouh ye ke? *tekezut gak* rumah awak no berapa?
aku : ** . akak?
kakak tu : ** . rumah awak yang area bawah kan?
aku : haah.
kakak tu : eh, jap. awak ada abang tak?


dihabeskan cerita, dia kenal abang aku. kawan masa darjah 6. dia siap kata, dah besar dah adik dia* (merujuk kpd abg aku) huhu kecik nya dunia.

nak highlight kat post kali ni, betapa aku bangga ramai juga generasi ttdi masuk smakl neyh. asal bila zaman aku makin puput? oh oh semua nak masok sbp mrsm bagai. sob2. tak sefamous dulu. takpe takpe. low profile. hoho~

ye lah, batch aku kat skttdi 1 tu, aku sorang je la smakl. siapa entah lagi yang masok sekolah agama cam takde dengar cerita pung. nasib baik unie, masok time form 4. huhu.

oh, tahun ni ramai jumpa kawan lama. tak sabar nak hangout dengan diorang. yelah, dulu lagho senget nakal sama sama, takkan sekarang nak betul sorangsorang?

waAllahua'lam.

Sunday, November 22, 2009

mari tutup blog yeay

Bismillah walhamdulillah.

title yang tiada kaitan dengan hidupku dan matimu. hoho.

baik, aku dalam mode menunggu sorang long lost friend aku dan entah camne dah Allah berkehendak die found aku masa cuti ni untuk online. penantian adalah satu penyeksaan, gitew..phewit.

ganjil 365 hari, hari ni merupakan ulang tahun pembinaan blog aku.

sejarah penubuhan (cis mcm ayat intro majalah smakl je) blog ni bilamana masa lepas pmr form 3 aku jadi bosan tahap tak ingat padahal seorang mukmin tu patutnya takleh bosan, paham? ok tetiba. time saspen saspen menunggu keluaran result, aku dah bayangkan macam2, kot2 pmr dapat teruk then kena pindah masok sekolah biasa and so on. ok sedikit pesimis di situ.

konon nak mencatat kenangan kenangan yang konon tersisa di smakl padahal form 4 muka aku gak kat smakl tu hoho. ok takpe. kiranya, niat awal blog ni memang bukan tempat tazkirah copy paste dan sewaktu dengannya maka aku mintak maap kiranya anda anda dan anda yang telah tersinggah di blog ini dan tak dapat satu haram benefit dunia apatah lagi akhirat. astaghfirullah.

sebabnya, blog ni beneficial, bagi aku sendiri. dan kalau tetiba dia jadi terbermanfaat bagi kamu, alhamdulillah. nak jugak jadi manusia naafi'un lighairihi (maksud cek kamus) shark, wardah, pisang korang ngaku la blog aku ni bermanfaat eh since muka muka korang je salu baca blog aku haha.

ma sha' Allah. asal melalut terlebih ni. nak kata tu je sebenarnya, blog ni dah setahun. dan aku menulis di sini ikut suka hati aku, sila paham. aku bukan apa lah (cet dah mula tone bengang hoho), u ada prinsip u i tak kata apa pun. biarlah i berprinsip and hidup dengan cara i. baru ada life. cuma kalau cara i bertentangan dengan syariat, then tell la. in sha' Allah i terima. ok. bai.

waAllahua'lam.

p/s :esok takleh joget joget dah. spm ok. kakak dq kata, muslimah ni dia berpikiran jauh. kira spm walau jauh sebenarnya tak berapa jauh pon, mari kita berpandangan jauh. konon ko saff

Saturday, November 21, 2009

jangan lupa isi jadual tu hai f1 f2 n f4 sekalian

Bismillah walhamdulillah.

maka secara official nya aku mula cuti petang semalam. alhamdulillaaah!

tahun ni, pecah rekod diri sendiri sebabnya aku balik pada masa yang skema. (baca : masa sebenar yang boleh balik)

tahun sebelumnya, mesti sehari dua sebelum hari last aku dah cabut, namun atas tuntutan dakwah(serious poyo) tanggungjawab, dan segala bagai plus untuk menemani amal since ain dah cabot terlebih dahulu, aku pun dok kat hostel di mana ahli dorm aku pon tinggal sejemput je ha.

alhamdulillaaah, mesage 2009 telah dirasmikan,berlangsung,dan berakhir. oh, akan ada post khas mengenai mesage, nantikan.

alhamdulillaaah, naqibat telah terpilih dan dipilih. untuk perlaksanaan usrah tahun depan yang nak disettlekan tinggal dalam 30% senget2. moga Allah menguatkan dan permudahkan.

things won't happen without iznillah. alhamdulillaah thumma alhamdulillaah.

namun, bak pengisian dauroh tempoh hari, syukur boleh diexpress dalam tiga cara ; hati, kata2,perbuatan.

dan ekspresi syukur melalui perbuatan adalah yang paling sukar. ya, sukar. (skema nya bunyi, sukar gitu) tambahan, Allah kata, wa qolilum min 'ibadiya asysyakur..dan sangat sedikit daripada kalangan hambaKu yang bersyukur~ moga kita menjadi yang sedikit itu. huhu. easier said than done, huh?

bercerita mengenai cuti, this so called cuti sangat pendek, serious. refer je la kat borang mutaba'ah kita tu hai form 4 sekalian. ciput gilos, nak kentot pun tak sempat ok exaggerated giler tipu3.

buat aku, dan bakal naqibat sekalian, juga adik adik seluruh asrama, moga cuti ini membawa lebih manfaat berbanding mudharat. moga cuti ini 'menghidupkan' bukan 'mematikan'.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else. reminders are beneficial for those who believe.

waAllahua'lam.

p/s:form 4, dah bulih start mengisi borang k! tampal kat dalam bilik ke, meja ke, fridge ke (ni azimah sorang la)

p/s2:adik adik form 1 dan form 2, jangan buat buat lupa lak pasal borang yang antunna kena buat tu. amanah k! nanti akak nak kutip.

Friday, November 13, 2009

exam

dah habis. alhamdulillaah. yeay.

spm 2010

waAllahua'lam.