Bismillah walhamdulillah.
arakian bermulalah cerita tentang satu satunya
dewan makan di sekolahku yang dinamakan
Balai Selera namun tak pernah lak aku dengar siapa siapa panggil BS.
DM itu biasa~
sebelum apa2, aku bukan nak
bukak isu or perbesar or perkecik apa2 kes. cuma nak, er, maybe mengimbas kejadian2 yang telah terjadi
obviously bukan rekaan untuk dibuat
ibrah bersama. suka untuk aku
streskan di sini,
tiada unsur2 konspirasi untuk mengaibkan siapa2 cume dah kalau terasa
pedas tu, er, my bad! and
jauuuuuh sekali nak memalukan sekolah but however aku agak yakin kot setiap mana2 sekolah pun ada skeletons in their closet, yes?pada suatu
lunch yang hening bening, sabtu kot. masa ni majoriti form 4 takde sebab semua gi meronggeng di
kem raudhah. so form 4 yang tinggal memang sangat
secubit la. ok berbalik kepada cerita. masa tu ada
seminar pemikiran islam. kat DM masa tu ada la
jemputan2 vip2 yang tengah duduk
makan riang ria di bahagian belakang DM tu kan.
tiba - tiba..prangggggg....(eh camtu ke bunyi sudu besi jatuh dan berjoget di lantai sebelum berhenti?)then...wooooooooooooooooooooooooooooooooo....(suara sumbang turut me'nyumbang' sejurus selepas sudu habis berjoget)agak2 apa jadi? ok takpe. meh aku explain the situation.
sorang warga DM ni yang telah
baaanyak berjasa kat pelajar sekolah tu sedang menolak trolley yang ada jug air kot. sudu turut bersama ada atas trolley tu. dengan
bangga dan riyaknya sepenuh hati dia tolak trolley tu dengan kadar
speed and velocity yang agak
constant. qada' dan qadar Allah,
sudu jatuh dari trolley tu.spontaneously, seluruh DM, khususnya
Putera(ok disini takde isu gender yea,tapi memang obvious, kata bunyik suara dalam, perempuan kah?) or maybe ada gak la puteri turut menyumbang tapi tak obvious.
ni to be fair la ye.spontaneously jugak lah, warga DM kita yang dah baaaanyak berjasa tu
mengkiki. dicampaknya sudu tu kena siapa2 ntah naseb badan, dan dia mengamuk la. antara ayat yang dijeritkannya adalah
"korang ingat korang bagus sangat arh" ni if im not mistaken la tapi ada ayat yang
mafhumnya begitu. lantas die
menghempas pintu dan keluar DM
at the same time mungkin syaitan dan kroninya tengah berguling2 suka ria tengok sorang anak Adam yang telah berjaya dia api2kan......mintak ampun maaf awal2, tapi kat sini aku tak suka salahkan si warga DM tu. mungkin orang nak kata dia emo, baran dan sebagainya. tapi kita, yang kononnya
belajar agama ni la yang patut dipersoal.
(ok aku tengah agak menyoal diri sendiri!) katakanlah,
pelajar2 tak buat bunyi woooooooo masa sudu tu jatuh, insha Allah warga DM tu hanya akan stopkan trolley kepada
zero velocity dan dengan muka tak beriak dia akan angkat sudu tu dan
teruskan perjalanan.
hypothesis is accepted.tapi sebab woooooooo tu telah agak
mencalar maruah dia, yela malu la beb semua pandang kan, telah
mencabar ego nya, dan
syaitan and the geng pun mula lah cucuk sana sini. maka, itu lah result nya. kita lah, kita yang kononnya belajar agama yang selalu
misbehave dengan mereka. tak percaya?
#1 masa campak tray dan cawan dalam baldi, punyalah dengan gaya pro nye ala2 nak
GA bola jaring nak shoot kita campak cawan. tray lak kita campak cam nak bagi tahu satu dunia,
woi aku baru habis makan dan ini tray nya!dan masa tu warga DM tengah
tercongok kat tepi dinding memandang sorang2 puteri yang 'main bola jaring' dengan muka beriak=
ni ke muslimah2 sekolah agama? (ok aku tahu aku juga buat sebelum ni. tapi lepas usrah haritu naqibahku sentuh isu pasal ni lantas terketuk dan~ jom berubah!)#2
cerewet tahap tak ingat suku sakat cacing kerawit nya. kalau
ayam nak kepak lah, dada lah, drumstick lah. kerja DM penat beb, dah tu kita banyak
cekadak suruh dia carikkan pretty chicken
.( ohh aku pernah buat dan sekarang memang taknak cerewet dah!)#3 DM tu kalau takde
lopak2 air aka lauk pauk yang tumpah memang bukan puteri la yang makan. haha~
aku sangat cakap kat diri sendiri. kita dah tau tray penuh tahap maksima ngan lauk gi
berpusing 360 darjah dengan speed and velocity yang tak buleh bla. taknak ckp byk,sdiri buat and currently sdg
cuba beruubah!# err taknak list dah la. cuma nak mengajak diri sendiri terutamanya untuk
kita duduk bersama dan beriman sejenak. entahapapantah kita dah buat kat warga DM tu kan. nampak
remeh tapi seriously sangat
effect kepada Islam. macam mana?de?"
"camni ke pelajar sekolah agama punya attitude?" atau kalau ikut fahaman sebenar
"ni ke yang sekolah agama ajar budak2 ni?" atau lagi tepat
"ini ke tarbiyah Islam ajar dorang?"nahnu qaumun aa'zzanallahu bilislam. kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.tapi, what did we do in return? kita lak jadikan Islam tu nampak
rendah. padahal
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.sebab tu isu ni bukan
isu kecik. ni belum masuk
bab dakwah kat warga DM, puteri yang mungkin kurang menjaga ikhtilat dengan warga DM...dan sebagainya...
nanti esok sambunglah Dewan Makan terChenta 2. dah ngantuk.
oh ya,
i'm speaking to myself before i speak to anyone else. kesedaran nak berubah, so nak kongsilah!
waAllahua'lam.