Saturday, February 28, 2009

aku x paham kenapa ibnu rusyd hebat.

Bismillah walhamdulillah...
tajuk post ni ku cekup dari salah satu sepanduk ibnu battuta. kui3. okey ar, tadi ada hari sukan, kali ke-13 kot. tahun lepas tak buat, sebab katanya hari sukan 2 tahun sekali. hm, bagusla. masa batch aku, takyah la susah2 stay up sampai 4 malam lebih untuk keceriaan. jauh di sudut buah pinggang aku, aku merasakan semua itu agak kebaziran. bazir masa , tenaga , dan duit terutamanya.

rasionalnya? susah payah kita buat keceriaan tu semua, pakai tak sampai setengah jam pung, lepas perbarisan cabut ah benda2 tu semua. keceriaan kat khemah lak, tak tau lah kalau ada orang simpan untuk sukan lagi dua tahun. ok je nak melawa melaram keceriaan semua, tapi berpada pada lah. heh, dah la puteri yang kena modify baju putera, plus keceriaan khemah yang 80% puteri buat ! putera buat sepanduk je kot, so aku rasa tak aci.

tahun ni kemalasan melanda, maka nya aku tak masuk satu pong acara (latihan pung tak turun nak masuk hape nye. astaghfirullah~ ) tapi aku dapat kerja, tau. pn rafidah soh aku jadi penjaga masa, syok gak ar walaupung panas semacam dok kat padang tu. apa pun, sukan itu perlu! bukankah salah satu muwasofat tarbiyah ialah qawiyul jism; tubuh badan yang kuat. takpe takpe, kawad kaki dan tangan juga bola baling dan baling selipar masih ada. huhu~

syukur, aku kurang lihat apa apa yang tak menyedapkan mata memandangkan. walaupun pancreas mengaduh sedih dan kasihan kepada para atlit puteri kita, yang terpaksa bertanding, berlari di hadapan lelaki ajnabi~putera! aku tak faham, kenapa putera buat buat tak paham yang mereka tidaklah manis tengok puteri bersukan, dengan bertenggek di cerun bukit padang itu. lagi lagi majoriti puteri masukkan tudung dalam baju tapi ada juga yang sedar dengan sekadar menge pin tudung agar tidak terbang terbang masa lari. no comment, takmo cakap lebih.

masa jaga masa tadi, tersentuh atas satu kejadian ni. masa tu acara putera lari berapa meter tah. ada sorang putera ni, kat lengan kanan dia ada ikat kain tertulis kalimah Allah. (mungkin biasa je bende ni tapi tak nampak putera lain buat, kot. so cam gharib. tu yang teruja sedikit la.) pastu kebetulan dia ni laju and menang lah no satu. masa sampai kat garisan penamat die jerit Allahu akbar! so, terharu. trademark rumah sukan aku last2 tu bertakbir gak ok, so cam cool. ahah~

apa pun, aku harap aku dan kita semua mengambil ibrah daripada hari sukan tadi. harapnya, tahun tahun selepas ni, masa perbarisan takyah kot puteri kita mempersembahkan aksi2 cam menari (tak menari sangat pun poyo je lebih haha) or jadi pom pom girl yang terlompat lompat semacam. hm, mungkin ada yang tak setuju dengan aku. tapi, muslimah, kerana dirimu begitu berharga. tahun ni dah takde hari sukan puteri. tahun ni gabung. kalau ada yang khusus untuk puteri menari melompat tergolek golek pung takpe kot. ahah.

"Allah lebih menyukai orang mu'min yang kuat daripada yang lemah."

awak perasan awak hebat sebab awak tak perasan ibnu rusyd~

waAllahua'lam.

Saturday, February 14, 2009

Alhamdulillah~

Bismillah walhamdulillah.

syukur. majlis makan makan batch dah berlalu. bersyukur sangat sebab tak berlaku perkara perkara yang menyakitkan mata, hati dan iman. walaupun ada satu kes tu. tapi takpelah. eh bukan takpe. tapi bersyukur sebab ada improvement, kot.

rasa sedikit bangga tapi tidaklah takbur, merasakan batch kita ni bulih lah nak kata 'matang' sikit dalam meng handle apa apa function kan. huhu~

hari tu, kelas aku pergi putrajaya. ada perasmian bulan dakwah. cam cool gak ar. sebab makan sedap. ngeh3.

masa dah balik tu sorang sahabat kata camni, " best ar tadi, tapi menyesal..."

aku ingat dia menyesal sebab tak masuk kelas ke apa. rupa rupanya,,,,,

"sebab susi...."

masa tu cam agak, terketuk kot. terharu. sensitif hati dia terhadap benda benda tak baik ni, walaupun kecik.

susi time bila ek? ouh. masa dalam auditorium tu aku dok tempat yang takde putera. mungkin bahagian lain diorang ada cakap cakap ngan putera kot, cakap kosong. aku perasan gak, tapi takdelah nak kata teruk gila walaupun pada aku tak patut gak. orang tak paham maybe kata aku and kami ni syadid kot. sebab sembang2 kosong ngan lelaki pun anggap something yang cam big deal sangat.

tapi, biasa la tu. persepsi orang lain kot. kita pelajar agama islam. kenalah lain daripada orang lain. kan.

apa pun, bersyukur sebab batch kita makin ramai sedar dan sensitif isu susi ni. hmm, aku pun tatau kenapa aku selalu risau sangat pasal ikhtilat dalam kalangan kita ni. mungkin sebab bagi aku, antara faktor major kerosakan akhlak berpunca daripada pergaulan yang tak syaro' , kot.

tutup cerita barbeque, bukak cerita liqo' ngan senior kita yang sampai pukul 3 lebih pagi tu. huhu~

semoga kita betul betul berusaha ke arah misi kita ; hijrah kepada lebih baik. apa yang aku rasa based on perjumpaan kita haritu, kita dan form 5 ni sangatlah kamcing sebenarnya. malam tu buleh gelak sama sama lagi, pass2 biskut. hm. tol tak? insha Allah...

moga kita terus berukhwah kerana Allah semata.

waAllahua'lam.

Sunday, February 1, 2009

barbeque.

Bismillah walhamdulillah.

hm, sepatutnya post ni terlebih dahulu post mahu pulang. tapi takpelah. langkah bendul.

nak dijadikan post, batch sembilan belas yang sangatlah unite (doa ni)itu ingin mengadakan ala ala reunion kot, untuk form 3 2008 khususnya. tapi form 4 2009 yang baru buleh ja nak join. ada duit, semua jalan. ahah.

tadi dapat 2,3 sms, daripada sahabat sahabat la of course takkan daripada jin pulok.

sms tu kata, kalau nak pakai tudung bidang masa jamuan jumaat ni, bawaklah. tak tahu lagi buleh pakai tak. just bawak.

spontaneously, ana terimbau memori 2008. malam makan beradab. hm, seingat ana yang kadang kadang lupa ni, kelonggaran diberi kepada pelajar puteri yang berhajat nak pakai tudung bidang aka tudung tidak berjahit ( just to let u know, disekolahku tidaklah buleh untuk memakai tudung tidak berjahit, peraturan. ) . tapi bila kelonggaran tu diberi, apa jadi?

meh ana jawab apa yang jadi. apa yang terjadi adalah ada segelintir ataupun mungkin sorang dua je. yang pakai tudung bawal, tu satu. bidang tak cukup, tu dua. takdelah ana pergi kat dia dan ukur tu bidang berapa tapi obvious sangat.

cop, ana tidaklah sewaro' antunna, yang mungkin berjubah berpurdah di luar sana. tidaklah begitu.

cumanya, ana harap kita masing masing sensitif la terhadap pemakaian kita dalam bumi smkakl.

cop, bukan mengajar untuk hipokrit!

hanya ingin mendidik diri sendiri terutamanya, untuk menghormati bumi smkakl.

makanya, kalau nak diteruskan kelonggaran itu, haruslah ada tapisan dibuat untuk tudung tudung bidang.

ana bukanlah seorang yang berjawatan dalam batch, makanya post ini hanyalah untuk meluahkan cadangan kot. dan peringatan buat diri. hm. lagi satu, pasal make-up. alat solek. tak silap ana, kita hanya buleh bersolek solek hanya pada malam lipur puteri, kan. tapi pada malam makan beradab tu ada segelintir yang make-up nya pergh. faham faham saja. terkejut, tapi dah terlewat untuk kata apa-apa. sebab masa tu dah selamat dalam dewan makan. apapun, sepatutnya ana ingatkan sahabat tu lepas habis acara. namun, khilaf ana sendiri, tak punya kekuatan untuk bersuara. astaghfirullah~

benda ni benda dah lepas. bukan ana saja nak ungkit ungkit. tapi george santayana kata, siapa yang melupai sejarah akan mengulanginya.

mu'min is not supposed to repeat the same mistake.

harapan ana pada majlis barbeque ni, tiada yang susi, tiada lagu lagho dipasang, tiada pembaziran.

cop, ana tidaklah 24 hours dengar ikim, but again, ini soal hormat. ya, hormat bumi smkakl.

dan post peringatan-buat-diri-dan-batch-khususnya ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana sayang.

ana sayang batch ana, dan ana harap sayang ana kepada batch ana dapat membawa ana pada kecintaan kepada Allah.

i'm speaking to myself before i speak to anyone else.

ampun maaf ada tersalah bicara, harap dibetulkan.

Together We Achieve Mardhotillah.

waAllahua'lam.

mahu pulang~

Bismillah walhamdulillah.

Dah lebih seminggu ana dok terbongkang kat rumah. setiap pertemuan ada perpisahan. makanya, selamat tinggal pc, tv, katil best sikit daripada katil asrama, bantal best sikit daripada bantal asrama, washing machine, hot shower, dan sebagainyalah.

aku nak pulang. pulang ke penjara. ya, smkakl memang penjara;penjara bagi nafsu yang sering menggoda! uhh, baru seminggu lebih dok rumah pun dah weng semacam. makanya, perlulah aku menyerahkan diri untuk ditarbiyyah, di taman islam itu. hoho~

doakan ana dikurnia dada yang lapang, pikiran yang luas, jiwa dan hati yang bersih untuk terus menuntut ilmu di taman islam terchenta itu. agar tidak mencapai blur dahshat masa p&p. hoho~

duhai ahli ahli dorm karisma, ketahuilah ! ana rindu antunna. kui3.

Together We Achieve Mardhotillah

waAllahua'lam.

p/s :nailah suka lah tu. :p