Saturday, June 15, 2013

yang berbaki

bismillah.

hari ini hari ahad, harus pulang ke cfs bagi menyambung pengajian di tahun kedua, asasi. ASASI tau jangan salah sangka, belum degree okeh. takpe.

so alhamdulillah bebarang pun dah 70% kemas cuma biasalah time macam ni lah benda2 kecik selalu nak hilang. kain solat purple faveret(khas untuk ke cfs kih2) pun hilang entah kemana. aku syak adik aku yang dah pulang ke labu tu yang kebas. hmm terpaksa pakai kain kurang faveret, tapi yang penting solat tu ok bukan kain faveret ke tak faveret.

perasaan sekarang? haruslah happy dan gembira walaupun 2 benda yang sama tapi ulang sebab nak kata betapa girangnya di hati ini. untuk cepat2 menghabiskan asasi. dan pergi kuantan pula. bagus sangat la tu nak cepat2, berapa ramai mad'u pulak yang terbina? jawap, jawap! (ok malu sendiri)

di samping gembira, seriuzli rasa sedih teramat. balik cfs kali ini akan kehilangan beberapa wajah yang dicintai. bolatan ku sahajor dari 7 tinggal 3 je okeh. lain semua berterbaran ke gombak dan kuantan demi sebuah ijazah dan risalah. ke risalah dan ijazah? ohh, antara ijazah dan risalah baru betol kih2. merepek lagi

geng2 deekiu pun ramai jugek tak nampak dah sem baru ni. sara, wajih, rushy, radh, aimi. elok2 lah amek unggas bagi yang medic tu. yang architecture jangan bz sangat okeh. (boleh ke mintak camtu huhu)

akhawatee habibatee pula unais (nama manja anisah), syee syee, lily, nurun 'ala nurin, kak ain, izzatul islam(nama manja izzah), syu dan syi juga wani mahmud butatan. moga terus ikhlas dan thabat T_T

usrotee pula sarah, aisyah, tasneem, fatimah. moga terus istiqomah dan iltizam dengan tarbiyyah ini.

doakan kami yang berbaki di sini. sobs.
ramadhan juga kian menghampiri. selamat terus memanaskan enjin ;D

Thursday, June 13, 2013

expect the unexpected

bismillah.

kadang2 tu kita rasa segala benda di sekeliling kita tak betul sokmo. segalanya tak betul. tak islami.
almaklumlah, kita ni kan ex-sekolah agama, or ex-dq, or geng2 budak baik kan
tapi memang betul pon sekeliling kita memang banyak jahiliyyah2 yang dah jadi macam benda biasa

paling geram, ada ke patut kalau nak kerja kat tempat2 macam foto-zzoom, guess, zara bla3 kedai3 tu lah, takleh pakai tudung. ok tu satu, maybe dah biasa dengar. yang paling takleh bla, bila ditanya boleh solat tak masa kerja jawapnya tak boleh. omg ni malaysia kotttttttt negara islam (walaupon xseberapa but still agama rasmi) tapi apesal nak hire orang macam kedai kau kat london jee - mak kepada kawan cerita

tutup cerita cari kerja tu, berbalik kepada jahiliyyah di sekeliling
dalam mendepani perkara2 yang tak 'masuk' dengan diri 'kita' , tolonglah jauhilah dari bersikap kasar dan macam menyindir2. apa kita ingat orang lain dapat tarbiyah macam kita? masuk sekolah agama/dq macam kita? dapat parents islamik macam kita?
bersabarlah...dan berbaik sangka. but of course disusuli dengan kita berbuat sesuatu dengan perkara tak betul tu.
tapi nak mintak janganlah terlalu disuarakan segala benda yang macam kita rasa tak kena tu. kat fb
sampai nada post tu macam kitalahhhh yang paling baik yang paling suci yang paling islami. huuu. tak tahu.
contohnya
kalau budak2 yang KITA ANGGAP kurang faham tu baca, tak kecik hati diorang? tak makin menjauh diorang dari kita?
contohlaa ada orang pakai pakaian menampakkan aurat kat asrama.. memang kita sakit mata sebab kat tempat lama kita dulu orang berlitup tutup(?)
tapi janganlaa pandang slack, pandang macam nak makan je sister tu. sebab kadang2 ada je sisters yang TAK  TAHU batas aurat sesama perempuan weh true story, until diorang terbaca poster kat toilet pasal batas aurat sesama perempuan.
yang dah tahu pulak pastilah sangat takes time untuk dia ubah tabiat dia.. again, background kita bukannya sama..
dan banyak lagilah contoh2 lain. banyakkk sangat.
tapi timbul pulak lagi satu masalah, bila kita nak masuk sangat dalam crowd, kita mencair. mencair dan mencair last2 takde beza pon kita dengan orang yang takpernah dapat tarbiyyah!
solusi?
as the saying goes, terbukalah tapi jangan hanyut. berprinsiplah tapi jangan jumud.
eh tu solusi ke? spesifik sikit! (sambung post lain)

ok post ini ayatnya sangat berterabur. tak kesah, aku baca sorang. agar aku beringat2 di masa hadapan. sebab setahun yang lepas, bila aku mula melangkah ke cfs, aku pon seperti di atas.
dan ini adalah apa yang Allah ajarkan aku selepas setahun. untuk lebih berhikmah. lebih berbaik sangka. dan lebih berlemah lembut.

moga Allah pelihara kita dari perasaan perasan bagus dan mulia. 

p/s: ni baru cfs okeh. the not-yet-real-world. 

Saturday, June 8, 2013

jee emm jay

eja tajuk post memang tak boleh poyo lagi. ok takpeh

bismillah.
alhamdulillah, yesterday i managed to attend global march to jerusalem. walaupun perjalanan untuk ke sana err takdelah berliku sangat tapi rasa nak nangis sikit. sikit laa. a few things happened aku salah venue bla3 naik teksi sorang2 and rasa insecure sangat dengan pakcik teksi tu bla3 tapi Allah jua yang maha memelihara

ok so sampai2, haruslah makan burger dulu kat masjid negeri. kenapa masjid negeri, haruslah lagi sekali kerana dataran gmj tu sebelah je masjid negeri. kenapa pula burger? haa burger sebab kat masjid tu banyak stall kecik2 jual jubah pakaian tudung makanan sikit2, takkan pulak nak jual nasi campur. dan kebetulan aku pun sukaaa sangat burger tepi2 jalan ni :') tak memasal pula cerita pasal burger

sepatutnya event tu start lepas maghrib, tapi biasalah drag sikit2 so i decided to stay at the masjid to perform isyak prayer first. as a result, i missed dr hafidzi's sharing. and dorang solat ramai2 kat dataran. ok takpeh lagi T_T

aku tak tahu kenapa tapi aku paling tersentuh time muadz dzulkefly nyanyi lagu 'amrullah' . seingat2 aku lagu tu aku pertama kali dengar masa form 3. dan obses gile dengan lagu tu. aku masih ingat memang aku replay lagu mengenai hadith baitul maqdis tu berpuluh puluh kali. dan juga lagu2 hadith lain. best sangatttt. but itu adalah back then, kata omputeh. 

sebab seingat2 aku lagi, zaman tu kat rumah semua orang pon share satu komputer, pastu cam semua orang pon masukkan virus dalam tu so abang aku reformat maka hilanglah koleksi nasyid2 best aku. aku ada cerita pasal ni dalam post2 tahun sebelum2 ni. eh

maka bila muadz nyanyi balik lagu tu after years, ianya semacam ring a bell to me. betapa masa telah berlalu yah. dan betapa telah mulai ramai kawan yang kawen (qid kawen pagi tadi)

dan betapa lately ni terlalu banyak kisah2 kematian yang mengerikan dan menyayat hati (terutamanya accident jalan raya) dan betapa kita tak tahu macam mana pengakhiran kita. dan betapaaaaa kita mengharapkan agar Allah istiqomahkan kita atas jalan kebenaran hingga ke nafas terakhir kita. tapi, betapa sikitnya amal dan usaha ke arah itu.... at least for me.


Monday, June 3, 2013

impak maksima

bismillah

mengimbau kembali masa awal2 mengenal tarbiyah, 'fikrah'ku banyak dibina melalui pembacaan blog2 akhawat serata dunia.
zaman tu memang zaman blogging, fb dan twitter baru nak panas enjin. dan seriusli, blog2 akhawat serata dunia tu memang memberi banyak impaklah kepada diri aku..
walaupun takdelah seilmiah buku2 kan. but still, memberi impak..

moga pahalanya buat kalian, akhawat yang tidakku kenali (tapi ada a few dah jumpa di alam realiti hehe) sebab menyumbang terhadap pembinaan diri ini di awal2 dulu. oh ye pembinaan diri terus berlangsung hingga bila pun.

dan sekarang bila aku intai2 kembali, rata2nya dah jarang update, sepertimana aku hue hue. mungkin sekarang pon bukannya zaman orang baca blog berjela2 dah, sekarang zaman baca sikit2 je kat fb dan twitter. dan juga video2. adakah masyarakat makin malas membaca? waAllahua'alam

yang pasti, aku ingin kembali mengupdate blog tak best langsung ini sepertimana dulu. mungkin takde sape pun yang akan jengah, or tak ada sesiapa akan terbina fikrahnya dengan baca blog ini hukhuk, tapi bila kita baca balik post2 yang lepas, kadangkala ianya memberikan kekuatan. (tahu memang post2 lepas banyak merepek lagi2 time zaman sekolah tulisan warna warni siap, rajinnya la aku)

kekuatan macam mana tu?
haa. kekuatan yang macam ni. kadang2 dengan meningkatnya umur dan usia kita dalam tarbiyah ni, banyak benda yang bertambah, tapi tak lupa juga ada kebaikan2 yang mula hilang dari kita..
so bila baca post dulu2, aku selalu terfikir macam ni "oh aku pernah macam ni rupanya"

hihu. bosannya la rant aku malam ni. till we meet again, fityah <3 p="">