Wednesday, October 31, 2012

rabu tiada kata

zaman ni masih bongsu lagi

Monday, October 29, 2012

aku baru teringat, cuti 3 bulan aku ni tak confirm lagi 3 bulan, sampailah result ept keluar.

kalau exempted ept ( people tolong ameenkan! ) maka 3 bulan lah.

kalau tak (nauzubillah, people tolong doakan) maka cuti aku hanya berbaki kurang 2 minggu, sebab kena ambik short sem. hoh

tapi tapi tapi, kalau exempted, means first year aku ada cuti 3 bulan, second year pun 3 bulan.

so total sepanjang kat cfs ni aku cuti 6 bulan

LAMA GILE. (ok perkataan gile sangat tak tawadhuk) LAMA SANGAT OKEH 6 BULAN TU

6 bulan ialah bersamaan setengah tahun.SETENGAH TAHUN LAMA KOTTT T_T

baik uia compress kan je program 2 tahun aku jadi setahun setengah ke, cuti sekejap sekejap pun tak apa, dari membazir usia emas aku dengan cuti cuti cuti.

bak komen makcik aku ; aikk, baru start belajar dah cuti 3 bulan. lama benar tu

memang betul, kita boleh fully utilize cuti setengah tahun tu dengan perkara perkara perkara bermanfaat. seperti bla bla bla... banyaklah.

but still, asasi je pun, why cuti so lama.

mula berkecil hati dengan cuti yang lama.

Friday, October 26, 2012

nakal

#pesanan 1 dari daurah nota untuk naqib: 
-jangan jadi ikhwah/akhwat NAKAL-
contoh : pergi usrah, pergi daurah tajmik orang, bawa usrah, bagi tazkirah,selalu ingatkan orang dengan amar makruf nahi mungkar TAPI kat belakang ikhwah akhwat ; tengok movie, baca novel, dengar lagu lagho, chatting dengan ajnabi, facebooking memanjang. 

implikasi : tak lama dalam dakwah. !!!!

sebab tarbiyah bukan menj
adikan kita aktivis sahaja, tapi menjadikan kita hamba kepada Allah dan membina kekuatan akidah.
kalau hanya menjalankan amal di medan tapi kekuatan akidah tidak dititikberatkan itu namanya aktivis. dan bila ujian datang, kekuatan akidah tak dapat menampung tolakan ujian. menyebabkan kita lemah. dan akhirnya........

pergh. serius sangat nih.

jadihambayangbaik.





-copy n paste from kak diba's fb-





sangat benarrr. ramai yang boleh jadi aktivis. zaman muda2 ni semangatlah. mahasiswa gitu. tapi tanpa kefahaman yang benarrr, semangat pun akan berlalu dengan berlalunya masa muda. 





kena cut down lagi perkara lagha yang telah menjadi rutinitas. hoh

Tuesday, October 23, 2012

bismillah


alhamdulillah :') wahh wahhh lamanya tak menghirup udara pagi kat rumah. dah nak dekat sebulan okeh tak balik rumah. bagi aku kira lama la tu, sebabnya jarak rumah aku ke uia pj, adalah kitar2 15 mins perjalanan. so kalau dah hampir sebolan tak balik, lama la tu ye dop. eh ye ke.

terlalu banyak benda2 yang aku nak abadikan kat blog ni dengan bermacam2 perkara yang aku dapat sepanjang satu sem pertama ni. tapi, nantilah sambung. sekarang keadaan kurang mengizinkan

yang pastinya, satu sem ini terasa begitu cepattt berlalu. rasa macam baru je taaruf week haritu. tapi3, terasa begitu bermakna sekali. sangat :')

tbc.

Sunday, October 7, 2012

a thing or two i'd like u to know

bismillah walhamdulillah.
wassolatu wassalamu 'ala rasulillah..

setelah begitu sekian lamanyaaaaaaaaaaaa tak update blog
bahkan hampir terlupa aku ni ada blog, sampailah masa usrah haritu, naqibahku kata : "nanti share2 la input yang kita dapat kat orang lain. yang ada blog tu, haa share la kat blog"

sampai je kat ayat tu, aku siku2 ustazah noraini kita yang begitu aktif mengupdate blog dia hoho.

#############

Nabi kita pernah kata : "ada 2 nikmat yang telah disia2kan oleh KEBANYAKAN DARI KALANGAN MANUSIA. iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG" (riwayat bukhari)

cuba bayangkan, tiba2 madam susilawati (ni lecturer chemistry aku eh) dia announce yang exam final sem kali ni RAMAI DARI KALANGAN KELAS G2 yang fail.
secara logiknya, kalau kita ni budak kelas G2, kita mesti rasa terancam. betul tak?
mesti rasa tak senang duduk, rasa macam 'eh aku ke ea yang fail tu. entah2 aku, jawab haritu pun tah pahape je'

begitulah.
jadi bila nabi kita yang konfem2 lah takkan berkata sesuatu yang bohong cakap ramaiiiii dari kalangan manusia yang sia2kan nikmat sihat and masa kosong dia, sepatutnyalah kita terasa, dan berbuat sesuatu so that kita bukan daripada kalangan tu.
sepatutnyalah kan. biasalah hidup ni memang banyak perkara yang 'sepatutnya'. tapi ramai je yang tak terasa dengan hadith ni. (termasuklah aku) yelah kan, kononnya dah familiar sangat dengan hadith ni, pqs dulu2 pon ada belajar. hoh.

nak kata lagi, 2 nikmat ni, hanya akan terasa dapat dimaknai, bila kedua2 ada.

contoh, kalaulah kita ni baaaaanyak masa lapang, tapi kita ni tak sihat. nak belajar lama2 pun pening ye dop. nak sujud lama2 kang hingus meleleh pule.
macam tu jugak, bila kita sihat wal 'afiat, bmi pun normal, tapi busy tak hengat dunia akhirat. memang tak menyempat lahh nak baca buku2 tarbawi ke, solat zohor pun gitu2 je sebab kejar masa kelas (astaghfirullah)
begitulah.

dannn, aku pun bakal menghadapi buat pertama kalinya final exam kat cfs ni. lepas tu, bakal bercuti 3 bulan sampai termuntah. fufuhh.
doakanlah aku dapat hadapi exam dengan baik, dan akan memanfaatkan semaksimanya cuti 3 bulan ni.
ni cuti terpanjang aku kot setelah habis f5. mana taknya, habis je spm, ada seminggu je gap before daftar masuk dq. habis je dq, ada seminggu je gap nak daftar uia pulak.
begitulah.
moga Allah akan menyibukkan aku dengan segala macam kebaikan sehingga aku penat dan tak ada tenaga dan masa dah untuk dibazirkan dengan perkara lagha apatah lagi maksiat.

dan, aku sendiri masih dalam proses untuk mengimplementasikannnn sangat2 hadith yang begitu bermakna di dalam hidup aku. note the word 'masih dalam proses'. means, bukanlah aku orang yang terbaik dan paling beramal dengan hadith ini. moga2 para pembaca yang membaca lebih2 lagi beramal dari diriku.
(eh ada ke pembaca)

waAllahua'alam.