Monday, March 21, 2011
stay dq VS keluar dq
(tajuk post kurang kaitan dengan penulis, hanyalah gara gara kehangatan program mantop yang baru habis sabtu yang lalu)
wah, petang ini sungguh damai, dengan hujan yang sepoi sepoi bahasanya, aku tersangkut kat smartlab bersama ati yang baik hati kerna bersetuju untuk temankan aku jaga smartlab lepas pujuk berjuta juta kali ( 3 kali je) .
tak sangka yep, tidur bangun tidur bangun dah 3 bulan aku dok belajaq(pengaruh faza budak kedah) kat bumi barakah ni. dan tak sangka juga, masa yang dinantikan secara sabar telah pun tiba.
spm result.
hm. hanya mendoakan agar dikurniakan hati yang redha, and most importantly, moga hati kedua orang tua tercinta redha dan menerima seadanya bilangan A yang ditaqdirkan sob sob. sikit A pun alhamdulillah, banyak A pun alhamdulillah, sederhana A pun alhamdulillah (takde A nauzubillah) sob sob, mahu 'belajar' menjadi orang mu'min, yang ajaib urusannya. mendapat nikmat dia bersyukur, lalu itu baik baginya. mendapat musibah pula bersabar, lalu itu JUGA baik untuknya. fehh, easier said than done, syeikhah. memanglah, bukankah syukur itu lebih sukar daripada sabar. wargh, moga Allah menggolongkan kita dalam golongan yang sedikit.
habis cerita result yang mengerikan, cerita gembira pula ye.
ouh ye, kami para freshies telah pun mendapatkan jubah kuliah coklat! yeay! bagi kawan kawan yang musykil, mengapakah makhluk halus ini begitu excited dengan jubah coklat?
oh, selama ni budak budak baru pakai jubah biru gelap sama tudung putih. tapi uniform kuliah kat sini jubah coklat sama tudung kuning. ahah, begitu obvious bukan kalau kat dm tu, mana budak sem 1? itu mereka! yang pakai jubah biru tu tudung putih tu! ( ok abaikan cerita tak signifikan ni)
lagi satu, kakak kakak diploma sedang cuti sem dengan bahagianya di pangkuan keluarga, maka asrama petak ni hanya dipenuhi kanak kanak sijil(ok bukan semua kanak kanak). agak sunyi nampaknya asrama kita tapi best jugak sebab asrama ini kita yang conquer muahahah (gelak evil)
setakat itu sahaja berita terkini dari bumi dq, kiri kanan bukit (cewah). buat pengetahuan para ibu di luar sana, anak anak anda di sini sedang struggle menghabiskan muqarrar(silibus) hafazan. maka, doakanlah!
waAllahua'alam.
p/s: petang ni ada iftor dengan kakak kakak sem 3. jom.
Tuesday, March 8, 2011
tips untuk rerakan gen19
post kalini ditujukan khas buat rerakan yang sukar mendapat green light daripada kedua orang tua masingmasing untuk attend usrah liqo' daurah dan sebagainya. tips ini dicopy-pastekan khas daripada sebuah blog akhawat mesir :) http://anak-anak-nil.blogspot.com/
salam perjuangan untuk semua akhawat/ikhwah yang membaca blog kami. setelah setahun,
barulah kami melancarkan blog ini. tapi penulis-penulis di perlembahan nil kini teramat sibuk walaupun fatrah imtihan telah berakhir. Semuanya sedang sibuk melangsaikan tugasan-tugasan yang tertunda dek imtihan. Cuti medik bukanlah bermakna kita boleh bergoyang kaki dan bergelak ketawa, sebenarnya ia adalah masa yang paling cocok buat kita untuk fokus pada amal dakwah kita.
Kebanyakan daripada kami telah mempunyai blog sendiri, maka untuk maintain 2 helai blog agak menuntut komitmen yang tinggi. Apatah lagi ada yang mepunyai lebih dari 2 blog. namun kami di barisan penulis akan cuba sedaya upaya untuk menghidangkan anda dengan entri-entri yang lazat lagi menyegarkan.
oh ya, apa ye saya mahu berkongsi dengan antunna? prinsip saya mudah, jika kita tak mempunyai sesuatu, kita tidak boleh memberi. maka, pada hari ini saya tidak mahu membicarakan soal fikrah kepada para pembaca sebaliknya saya ingin kongsikan tips-tips penting buat akhawat sekalian(ikhwah jarang ada masalah ini rasanya) terutamanya yang pulang Malaysia.
malaysia merupakan medan sebenar kita. Jika ketika belajar di luar negara kita bebas menghadiri usrah, daurah, mukhayyam dan keluar setiap minggu tanpa halangan. tapi malaysia bukan semudah itu. di malaysia ada family gathering, ada kenduri KakSiti, mak ajak soping, paklong ajak balik kampung amek durian dsb. tidak salah untuk meluangkan masa untuk kelurga tetapi kita perlu tahu akan kepentingan kita untuk menghadiri daurah dan usrah.
musim panas sepatutnya menjadi zaman kita mengaut seberapa banyak bekalan perjuangan untuk meneruskan langkah dakwah kita di lokaliti masing-masing. kiranya kita seolah-olah refill peluru sebelum pergi berperang. kalau peluru tak sufficient, di tengah-tengah peperangan nanti, kita akan terkial-kial kerana kehabisan bekalan. begitulah analoginya.
jangan jadikan musim panas zaman gelap a.k.a zaman futur anda. di sini ingin saya kongsikan beberapa tips yang mampu saya fikirkan secara spontan dan juga ada beberapa point yang akhawat france dan jepun telah tolong sama-sama fikirkan=)
1-Bersihkan hati anda, luruskan niat anda dan beristighfarlah. Tanya betul-betul hati anda betulkah anda mahu pergi program/usrah dan kerana apa anda mahu pergi. Jika anda betul-betul bersungguh mahu mendapatkan suapan kefahaman fikrah, dan niat anda pergi benar-benar kerana Allah, segala masalah insya Allah boleh ditangani.
2-Ulang langkah 1.haha
Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di Bumi dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan. (al-Hujurat 49:18)
3-Kenal pasti mak ayah anda jenis yang bagaimana. Jika mak ayah anda fobia dengar perkataan usrah, maka jangan guna perkataan usrah. Beritahu mereka anda mahu pergi belajar agama atau berjumpa kawan.(betul kan dalam usrah kita belajar agama dan berjumpa kawan?)Yang penting, jangan menipu.
4-Bagi akhawat yang memang tidak boleh keluar, minta tolong pada akhawat lain untuk datang berziarah. Kenalkan akhawat pada mak ayah anda. Ketika azan berkumandang, buat solat berjemaah bersama, ke depankan akhawat yang sedap bacaannya, yang hafal berjuzuk-juzuk untuk menjadi imam terutamanya jika solat jahriyah. Ajak mak anda solat jemaah sekali. Up kan kebaikan-kebaikan setiap akhawat anda. Suruh akhawat lain up kan anda juga.Dan jika mak anda suka mereka, sebut nama akhawat yang telah mak anda kenal setiap kali mahu pergi daurah, atau minta akhawat itu jemput anda di pintu rumah.
5-Prior the priority. Jika anda tahu hari Sabtu ada daurah, jangan menggatal pergi ronggeng MidValley pada hari Jumaat dan pulang tengah malam. Sila berperangai baik sepanjang minggu. Huraian penuh di point seterusnya.
6-Berperangai baik sepanjang minggu. Sebagai anak dara yang tertarbiyah, sila jangan bangun meninggi hari. Buat kerja rumah seperti masak sarapan, sapu sampah, etc tanpa perlu disuruh. Biarlah nampak beza sedikit berbanding sebelum dapat tarbiyah. Jika mempunyai bibik dan kerja-kerja itu tak perlu dilakukan, cuba curi hati mak ayah dengan urut-urut kaki mereka selepas mereka penat pulang bekerja, bantu adik-adik membuat kerja rumah di waktu malam, kilatkan BMW ayah anda sehingga ke rim tayarnya atau belanjalah mak anda ke salun kegemarannya. Ilmu mengipas a.k.a bodek sangat diperlukan.
7-Kongsi ilmu-ilmu yang anda dapat dari daurah dengan mak ayah anda. Ceritakan dengan nada teruja betapa bestnya ilmu-ilmu yang anda dapat, betapa mantapnya akhawat yang anda baru berkenalan dan betapa anda mahu pergi lagi program sebegitu di lain masa.
8-Sila saiko. Instead of using ‘mak, boleh tak along pergi tet tet tet….’ kepada ‘MAK, ALONG KENE PERGI TET TET TET….’ Nampak macam kita berkeras, mempunyai pendirian dan betul-betul mahu pergi. Tapi, jangan sampai meninggi suara. Minta dengan suara manja dengan sedikit merengek. Sambil mata berkelip-kelip bajet comel.
maka sekali-sekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. (Surah Al-Isra' 17;23)
9-Kalau boleh, kenal pasti kerisauan mak ayah anda. Kadang-kadang ada yang trauma dengan tabligh, ada yang trauma dengan gerakan anti-Islam dsbnya. Jika anda tahu apa yang mak ayah anda musykilkan, silalah beri penerangan yang sewajarnya. Sebenarnya, mak ayah kita ok je, Cuma kita je fikir lebih. Belum minta kebenaran lagi dah cakap macam-macam alasan dekat mas’ulah. Cuba dulu, berikan maklumat yang mereka perlukan. Siapa tak risau kalau anak nak keluar tapi tak beritahu details program, tak beritahu siapa kawan-kawan yang ada dsbnya? Mak ayah Cuma perlu diberi sedikit penerangan. Mereka ada hak ke atas kita.
10-Luangkan quality time bersama keluarga anda. Jika anda duduk di rumah dan asyik terperap dalam bilik sahaja, mak ayah panggil makan semeja pun tak mahu, lepas tu mahu minta keluar. No way! maka selagi anda ada di rumah dan tidak keluar berdaurah silalah melayan mak ayah anda sebaiknya. Duduklah berbual-bual dengan mereka setiap hari sehingga mereka tiada topic untuk dibualkan.
11-Kalau dah cuba macam-macam pendekatan tapi tak berjaya, nak buat macam mana. Minta lah akhawat yang berkesempatan pergi untuk share dengan anda apa yang mereka dapat semasa program. Tapi ingatlah yang macam saya sebutkan pada point pertama tadi.
Jika awal-awal lagi mak ayah anda telah beritahu bahawa sekian-sekian haribulan anda anda kenduri sanak-saudara atau family gathering, sila maklumkan pada mas’ulah anda supaya tarikh daurah boleh di adjust. Tak best la kalau daurah tapi tadek semua.
Jika anda berpegang kepada konsep ‘tengoklah nanti kak, kalau saya free, saya datang’ maka, segala tips yang saya kemukakan ini bakal tak berhasil, saya jamin iA. Kerana anda hanya akan datang program jika mak anda tak ajak shoping, jika kucing anda tak beranak dan jika hari tidak hujan.
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami) Kami akan tunjukkan
kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik(Q 29:69 )
ingat, dakwah bukan mengajar kita untuk membelakangkan ibu bapa..
SELAMAT BERMUJAHADAH!
Monday, March 7, 2011
musolla itu hijau warnanya
haritu aku pergi sekolah,
kah3. kanakkanak sungguh blog ni, 'haritu aku pergi sekolah? apakah ?!
takpe, boleh3, teruskan3.
haritu aku pergi sekolah, buat mereka yang dah lama tak pergi sekolah, ni nak bitau la ni, musolla dah hijau, lampu makin banyak dan kipas makin kuat, alhamdulillah, takdelah generasi lepas ni mengenggan penuhi saf depan lantaran panas.
tirai pulak dah ada improvement sikit. sebelum ni takde langsung, haritu pergi bolehlah, dah pasang sikit bahagian tengah tu eventhough tepinya ternganga gak takde tirai =.=' takpe3, boleh3.
karpet dah lain wok. macam karpet masa aku form 1 :)
apapun, masa aku masuk musolla haritu, damainya masih sama. alhamdulillah :)
asrama pula, masih pink sebagaimana 2 bulan lepas haha. cuma dorm aku ada penambahan sikit kat dindingnya. cis tu pun nak kecoh
adikadik form 1 sangatlah kecilkecil orangnya. comel je. ingat budak darjah satu adik siapasiapa la kan yang datang, rupanya tu budak form 1. hm, perlu makan sayur dengan lebih banyak ye adikadik.
tempattempat lain seperti bangunan sekolah dewan makan rumah warden tak sempat aku kunjungi. sibuk ye, mendengar curhat daripada adikadik badar, ceritacerita mereka sangatlah meluluhkan jiwa :'( bagaimana ini, kondisi budakbudak kita makin mendahsat dari hari ke hari. adakah perkara semacam ini berlaku sejurus selepas 'pentarikan diri' ikhwah akhowat daripada medan smkakl? cis suketi je kan cakap camni kan kak diba huhu .
itu saja laporan setakat ini. nak tahu lebih lanjut bolehlah ziarah sekolah sendiri.
waAllahua'alam.