Thursday, April 30, 2009

ke-demam-an.

Bismillah walhamdulillah.

Alhamdulillah 3x, selamat sampai di rumah. Alhamdulillah 3x, tak jadi stay :p .
sebenarnya, mengikut perancangan awal, kadet ku dan kadet mereka diminta untuk mengorbankan harapan dan perasaan untuk pulang pada tengahari khamis sejurus selepas habis sekolah, kerana ada latihan kawad. sampai jumaat lak tu. namun, perancangan dan ketentuan Allah lebih baik. kita tidak dibenarkan stay dan kena pulang sebelum pukul 7. ahah.

em, baguslah. beranikah kalian nak dok kat asrama, warga DM takde, warden pun nak balik kampung, putera takde langsung kat sekolah dah(bukanlah aku rasa putera ni mampu 'jaga' kitorang, but at least ada 'lelaki-yg-maybe-boleh-puteri-thiqoh' kat bumi smkakl tu rasa selamat SIKIT.) er, takkan nak harap kat jaga?

nak cerita pasal virus yang melanda warga sekolahku sebenarnya. DEMAM. masa kat paper bitau ada selsema babi aka swine flu siap diberitahu apa simptom2nya, ia agak menimbulkan kemusykilan dan ke-gabra-an kitorang.

at first aku budget korang demam sebab balik dari kem tu. maybe la sebab korang berendam dalam lumpur and sungai kot. tapi pikir2 balik, ramai sangat yang demam, bukan f4 je. takkan korang kot yang bawak virus? harharharr..

mungkin sebab cuaca tak menentu kot, sat panas sat sejuk sat hujan selebat lebatnya. tapi aku tak salahkan cuaca. hoho~ moga moga sakit kita ini menjadi kaffarah dosa buat kita semua~ (aku demam gak masa awal2 tu)

mungkin ni jugak satu tarbiyyah daripada Allah. Allah nak ingatkan kita, warga smkakl ni, mungkin apa yang kita dah buat ke..apa2 ke..kan..lu pikir la sendiri..untukku jua..

segala apa yang terjadi di sekeliling kita sebenarnya adalah tarbiyyah daripada Allah, asalkan kita mahu memandangnya dari sudut kaca mata seorang mutarabbi. macam tu gak bila glass door musolla pecah. betapa bisingnya kita kat musolla (sangat2 untukku jua) , citer benda2 lagho la, tidur2 kat belakang tu padahal orang nak masuk rakaat kedua dah. mungkin Allah nak warn kita. tapi berapa ramai je yang mengambil ibrah terhadap apa yang jadi. sampai sorang budak puteri ni luka teruk kan kena kaca pintu tu. sampai berjahit jahit bagai.

jom, introspeksi diri ! (muhasabah le tuu..)

i'm speaking to myself before i speak to anyone else.

waAllahua'lam.

1 comment:

nur nailah said...

alhamdulillah..yup