kepada pelajar smkakl (uhh cam ada yang baca blog ni je, takpelah, kira aku la pelajar smkakl tu) silalah jangan lupa untuk bawak balik pokok kaktus hari isnin kelak.
ouh, asrama aku ke arah menjadi asrama 5 bulan bintang. kununnya, nak cantikkan taman asrama kot. aku kira kira kalau takde yang lupa bawak pokok kaktus, secara rough nya akan ada 378 helai pokok kaktus (kesalahan penjodoh bilangan yang disedari, sebab tatau nak guna apa. buah, eh? ) em, banyak tu. makanya, kalau ada antara kita yang dengan riyaknya menyidai anak anak kecil pakaian di koridor, pastu jatuh kat taman asrama, koyak kot. sebab kena pokok-pokok kaktus tu. ahah.
dear blog, anti tahu tak ana kelas 4 Othman? (ouh, blog ni perempuan ahahah).
yelah, kelas 4 Othman la. alhamdulillah, ahli kelasku semua ok ok soleh soleh solehah solehah belaka (doa ni). woha~
tapi kan, pada satu hari tu tak ingat hari apa, ada la beberapa putera kelas lain datang singgah kelas aku. dah tu, dia pun maybe bergurau senda dengan putera kelas aku. tak kisahlah nak bergurau senda ke hape ke. tapi aku panas tatkala terdengar carut marut yang diorang sebut sebut dah la berulang ulang kali repitasi gitu. heyyy budak meja aku dah panas panas dah. yolah, selama aku duduk kat smkakl, alhamdulillah, f1 f2 f3 kelas aku ok je. takde nya dengar orang carut carut ni (kot la~ sebab aku tak dengar).
kami yang puteri ni panas lain macam sikit sebab pencarut tu tak silap kelas luar ( i assumed dia kelas lain sebab selama ni takdelak dengar carutan.)
nasib baiklah tiba tiba carey (cewah carey bangga ar tu dicapub di sini) sebut amende tah tapi ada 'amar maa'ruf nahi mungkar'. heh~ tu pun diorang ada sambung carut sikit sikit.
kepada siapa siapa yang tersesat ke blog ni dan baca post ni, tolonglah sampaikan kat putera putera sekolah aku, untuk berhenti mencarut, for good. yaa, tak semua mulutnya begitu. certain je kan. huhu. harapnya lah.
sungguh buat cemar kat kelas aku ! ~
apa pun, aku doakan semoga aku, kau si pencarut dan kita semua lah dipancarkan hidayah oleh Allah s.w.t.agar atmosfera kelas aku dan smkakl bebas dari perkataan-perkataan tidak baik itu, dan dinaungi rahmat sentiasa.
Lets turn smkakl into a better place to live in. (^_^)
salam amar maa'ruf nahi mungkar~
waAllahua'lam.
p/s : Maaf seribu kali maaf andai post ini berbaur kasar. segala kekurangan itu datangnya dari diri ana sendiri~