Friday, October 25, 2013

hatinya berbeza

ada satu lagu yang begituuuu menyentuh sanubari. pernah jadi lagu feveret beberapa tahun lepas, pastu dah lupa, pastu jumpa balik. sobs. sila dengar eh izzati memandangkan awak je baca blog ni.

https://www.youtube.com/watch?v=VNsb9_2fp6I

sobs bergenang air mataku. jauhhhnya lah dari ciri2 mujahidah sejati.

"mujahidah sejati
akhirat utama
kerana dunia bukan pilihannya

mujahidah sejati
hatinya berbeza
kerana diasuh
iman dan taqwa"

:')

Friday, October 18, 2013

ku bahagia

antara kebahagiaan yang membahagiakan apabila menerima teguran yang terasa begitu ikhlas disampaikan memang kerana sayang lillah. tak tertahan untuk menegur sebab rasa kalau tak tegur kesian kat ukhti tu tetap buat silap yang sama.

moga Allah terus membuka hati kita untuk menerima kebenaran dari siapa pun. moga Allah berkenan mengurniakan keimanan kepada kita, dan menghiasinya pula di hati kita :)

Wednesday, October 16, 2013

perasaan

bismillah.

wah, akhirnya aku sekali lagi sampai ke cuti sem yang begitu panjang ini. summer time gitu. sekarang ni sangat2 merasakan aduhai cepat sungguh masa berlalu. aku teringat2 awal kemasukanku ke cfs uia ini, aduhai begitu lamakah di sini, 2 tahun kots. alhamdulillah akhirnya telah sampai ke semester terakhir inshaAllah sebelum terbang penuh gumbira ke kuantan hihiks

ok tak payah nak hihiks sangat

puji dan puja buat Allah, aku merasakan dari satu sem ke satu sem di sini, makin bermakna gamaknya. moga sem yang terakhir akan datang ni jadi yang paling bermaknalah bizznillah. dan sem ini jugak aku banyak bermuayasyah dengan seorang ibu muda. soo banyak jugak lah tips2 kecantikan, kerumahtanggaan, kebagaimana nak amek hati mertuaan dan sebagainya yang didapati dari beliau. sebenarnya nak citer pasal lain

ok pasal ni

lately ni aku selalu terfikir, apa eh perasaannya berada dalam keluarga yang betul3 mengamalkan islam? i mean, yang betul3 baitul muslim lah. tak kisah lah berfikrah haraki ke dak. tu satu
yang kedua, apa pulak perasaannya berada dalam keluarga baitul muslim yang haraki gitu. sembang2 dengan ayah tentang dakwah macam si unais buat selalu. wahh..... aku selalu tertanya2 persoalan ni sampai terimpi2 ingin membangunkan keluarga qurani sebegitu rupa juga. apa eh agaknya perasaannya.... :')