Monday, April 30, 2012

hm

bismillah.

setiap kali ada peluang balik rumah, aku mesti spend setiap petang untuk bawak kereta. takdelah jauh mana pun, takat mobil belakang rumah tu sampai ler. tapi ok ar gak sebab taman tun ni sibuk, banyak gak kereta petang2.
nak dijadikan post, petang tadi pemanduan aku sangatlah tidak berkaliber. mati enjin 3 kali di tengah3 jalan. i mean it, SANGAT TENGAH JALAN. the very the dangerous ok kawan2. tapi alhamdulillah semua pun tak hon3 aku lah. maybe sebab sticker P dengan megahnya tertampak kat kereta aku (i mean mak aku)
lepas2 ni aku rasa in sha Allah aku dah boleh pergi jauh sikit dari kawasan rumah. nak jugak merasa bawak kereta kat highway, main2 hon, haha. (aku tak suka hon oke sakit allergic dengan hon rasa nak pancitkan stereng sesape yang suka hon tu biar tak ada bunyi dah kalau dia tekan hon)

point yang aku nak terniat nak highlight sebelum taip post ni ialah, memandu kereta itu best. alangkah bestnya kalau dapat bawak yang auto pulak. ok itu nada tidak bersyukur dengan apa yang ada pule
sorry lah kalau rasa macam alahai sian budak ni, betapa jakun. hehe biasalah baru pandai bawak memang lah jakun, peace.

***********************

aku mula dapat faham perasaan kawan sendiri kahwin, huhu. selalunya pergi wedding mak ayah punya kawan punya anak lah, sepupu sepapat menikahlah, tapi ni bila kawan sepengajian(skema ork) yang menikah, memang lain laa feel dia. bukan feel nak menikah juga ea ehem tapi feel macam, wah kawan aku dah besar dah, dah nak menikah dah (padahal sebaya je -.-' ) so yang terdekat ni in sha Allah kawan smkakl sorang kawan dq sorang dalam awal bulan 6 ni. moga pernikahan nanti penuh barakah ye :)

tapi tak dapat dinafikan la semua orang pun dah mula rancak bercakap pasal baitul muslim. it's a good thing sebenarnya sebab setakat ni kalau terdengar2 orang cakap pasal ni pun (circle of friends saya lah ye) tak ada pun percakapan yang mengeneng2(camni ke ejaan dia) kawan sendiri dengan mana2 lelaki. semua pun perbincangan yang futuristik dan untuk menyiapkan diri ke arah itu(err aku ke yang taip ni)


**********************

bila jalan kat blog3 yang tarbawi and boleh buat pembacanya tertunduk menginsafi diri, memanglah sangat jeles. bestnya diorang ni, tulisan diorang memberi manfaat pada orang dengan teramatnya. langsung aku teringat kat blog usang+berhabuk tebal ni. hmmmm malu lah jugak. so nak warn awal2, ini bukanlah blog yang sesuai kalau kalian nak mencari apa2 yang ketarbawian (sambing mengelap air mata) walaupun akhirnya yang akan membaca blog ni tak lain tak bukan ati. eh ati je ke

ok lah itu saja. syeikah anisah taha pesan, our days here are numbered.
'here' itu merujuk kepada darul quran. huuuu nak keluar dah rasa macam baru masuk
tolong teramat7 doakan kami di sini. sehingga al quran terpahat di hati.
cewah

salam.