Sunday, January 6, 2013

jihad tu guane

bismillahirrohmanirrohim.

dan mereka yang bersungguh sungguh di atas jalan Kami, akan Kami tunjukkan pada mereka jalan jalan Kami. dan sesungguhnya Allah amat bersama orang2 yang berbuat kebaikan. (al ankabut:69)

perkataan bersungguh sungguh yang dipekattebalkan di atas berbunyi "jaahadu" dalam bahasa arabnya. berasal dari root word nya "jihad".

cakap pasal jihad, aku rasa alhamdulillah sekarang masyarakat makin dapat menerima perkataan jihad sebagai something yang positip. tahun tahun tahun tahun sebelum ni mungkin jihad tu difahami sebagai something yang ekstrim, teroris gitu.

tapi alhamdulillah, dengan semakin mekarnya islam di tanah melayu ini, orang2 yang berkesedaran mula menyampaikan pada masyarakat betapa konteks jihad itu luas sebenarnya

ada jihad dalam melawan hawa napsu, jihad struggle belajar, jihad cari nafkah untuk keluarga, jihad menulis, jihad berDNT dan jihad jihad jihad yang lain

aku pun setakat sampai 2 hari yang lepas, aku paham jihad tu bersungguh sungguh. apa parameter bersungguh tu pun aku tak berapa nak sure, yang aku tau bersungguh2 la. all out gitu.

but still, aku tak clear pon kita nak buat macam mana sampai dikira dah all out tu. dan alhamdulillah, Allah mengajarkan aku through kak sofi bahwa berjihad tu ialah..

buat sampai tak larat.

akak tu pun question kitorang, pernah lagi tak setakat ni mentarbiyyah diri dan dakwah kepada orang lain sampai rasa tak larat? after one another benda dnt yang kita kena buat sampai tak larat, penat, pernah tak?

serius aku cakap memang aku tersentak. dalam hati aku jawab, " tak, tak pernah..."

aku rasa sedih sangat dengan diri sendiri, yang kononnya mengaku telah dilanggar tarbiyyah gitu. aku maluuuu sangat, sebab sejujurnya aku rasa aku pernah ALL OUT BELAJAR SAMPAI TAK LARAT. aku pernah...baca buku like dari pagi sampai ke petang sampai otak tepu pun rehat kejap je amik nafas then sambung. 

tapi dalam bab dnt ni, aku belum pernah lagi nak bersungguh sungguh sebegitu. yalah, bibir mudah je nak cakap apa tujuan hidup, tapi gaya hidup menunjukkan sebaliknya. seolah2 aku kita ni memang diciptakan untuk study sahajor

aku mengaku, aku takdelah bagus sangat academically. kadang2 tu malas2 gak. eh selalu sebenarnya. eh ni lagi tak guna, study pon tak all out, dakwah pon tak all out, apa yang aku all out :(

huhu. aku tak menafikan kita memang kena tawazun dalam mengatur hidup kita. tapi kadang2 kita ni poyo je kata tawazun segala padahal ke arah akademik tu pehh berat sebelah.

kita memang kena sangat3 berdoa.. agar Allah menthabatkan kita atas jalan kebenaran.. sampai kita hembuskan nafas yang teraakhir.


No comments: