petang ini hujan renyai2 turun. tadi aku bawak kereta keluar kejap, pasang aircond no. 1 pun dah sejuk macam pasang no. 5.
tiba2 terperasan lampu minyak dah berkelip2, lambang minta diisi. memang aku tak mampulah financially nak isi nyor, keluar rumah ni pun cukup2 je duit aku untuk dua benda :
-burger ayam
-duplicate kunci
hahah. dapat bayangkan tak perasaan makan burger panas di kala hujan? tak kisahlah
yang penting tadi aku duplicate kunci. dah bertahun dah actually abang aku bising soh buat, dia kata dia masa form 1 dah ada dah kunci sendiri. aku ni tak independent, tambahnya lagi
tapi aku persetankan je nasihat dia, dah kalau malas tu memang malas la kan. tambahan pulak setakat ni kalau aku balik rumah mesti adaaa je orang kat rumah. so takyah risaulah, pikir aku.
sampailah semalam, tiba2 ayah aku memberi titah untuk aku duplicate kunci before balik uia. haruslah terus buat hari ini sebagai lambang wala' T_T
lepas tu tadi sementara tunggu2 kunci siap dicopy, ternampak laa sekumpulan budak sekolah bawak gitar. gaya macam baru habis kelas muzik. boleh jadi lah, sebab dorang jalan pon ke arah kawasan perumahan yang besar2 gak ar.
aku macam agak remeniscing zaman aku sekolah dulu2. rasa macam zaman tu dah jauhh sangat dari usia sekarang ni. buktinya adik2 kat smkakl yang sempat ku kenal hanya berbaki 2 generasi. pehhh, begitu sekali waktu terbang.
hmm, buat muka kerut2 jap. umur dah 20. kalaulah usia muda yang Allah akan persoal spesifically kat akhirat nanti tu bermula usia 17 tahun, 3 tahun dah aku rasa macam tak all out.
sedihh. gotta act now. bye, salam maghrib
Hello world!
4 years ago
No comments:
Post a Comment