alhamdulillah, khamis haritu aku berpeluang pergi program BREAK THE SILENCE kat MMU. so basically program ni macam awareness campaign tentang apa yang berlaku kat sedare2 kita di 4 particular countries, which are : palestine, syria, myanmar and somalia.
yang menariknya program ni, kita sedia maklum lah yang MMU ni ramai non muslim kan. kalau tengok dean dia haritu boleh kata ramai gak ar audience dari kalangan non muslim. tabik ar kepada committee program sebab mampu influence deme2 ni untuk mai program macam ni. speaker2 yang hadir pun banyak kali tekankan ni bukan isu religion je, tapi isu humanitarian jue..
asalnya plan aku nak tidoq kat MMU je malam tu as program tu kemuncaknya pada waktu malam. tapi pikir punya pikir, aku rasa macam nak balik je memandangkan dan 4 hari berlanglangbuana di luar.
lantas, aku pun try2 laa negotiate dengan abang aku apakah dia sanggup mengutipku jauh nun di cyberjaya. disebabkan dia ni bekerja, aku pon takdela kejam sangat nak paksa, just tanya2 je. lepas sms tu, abang aku bagi arahan suruh call dia sekarang jugak (memang kedekut sikit bab2 kredit ni, almaklumlah dia guna digi. kesudah aku tak faham kenapa dia setia dengan digi)
so bila aku call, aku saje cakap camni kat dia : laa, nape ko tak call gune tepon ofis ko je
pastu abang aku reply : ko nih, kenalah amanah suketi2 je nak guna, nama je ustazah
aku tak pernah kata pun aku ustazah cuma sering diejek(?) begitu. alhamdulillah ar se ngokngekngokngek abang aku pon dia masih ihsan dalam bab2 amanah ye. moga Allah melimpahkan barokah dalam rezeki yang dia perolehi saban bulan. ameen
Hello world!
4 years ago
No comments:
Post a Comment