Friday, January 11, 2013

ihsan

alhamdulillah, khamis haritu aku berpeluang pergi program BREAK THE SILENCE kat MMU. so basically program ni macam awareness campaign tentang apa yang berlaku kat sedare2 kita di 4 particular countries, which are : palestine, syria, myanmar and somalia.

yang menariknya program ni, kita sedia maklum lah yang MMU ni ramai non muslim kan. kalau tengok dean dia haritu boleh kata ramai gak ar audience dari kalangan non muslim. tabik ar kepada committee program sebab mampu influence deme2 ni untuk mai program macam ni. speaker2 yang hadir pun banyak kali tekankan ni bukan isu religion je, tapi isu humanitarian jue..

asalnya plan aku nak tidoq kat MMU je malam tu as program tu kemuncaknya pada waktu malam. tapi pikir punya pikir, aku rasa macam nak balik je memandangkan dan 4 hari berlanglangbuana di luar.

lantas, aku pun try2 laa negotiate dengan abang aku apakah dia sanggup mengutipku jauh nun di cyberjaya. disebabkan dia ni bekerja, aku pon takdela kejam sangat nak paksa, just tanya2 je. lepas sms tu, abang aku bagi arahan suruh call dia sekarang jugak (memang kedekut sikit bab2 kredit ni, almaklumlah dia guna digi. kesudah aku tak faham kenapa dia setia dengan digi)

so bila aku call, aku saje cakap camni kat dia : laa, nape ko tak call gune tepon ofis ko je
pastu abang aku reply : ko nih, kenalah amanah suketi2 je nak guna, nama je ustazah

aku tak pernah kata pun aku ustazah cuma sering diejek(?) begitu. alhamdulillah ar se ngokngekngokngek abang aku pon dia masih ihsan dalam bab2 amanah ye. moga Allah melimpahkan barokah dalam rezeki yang dia perolehi saban bulan. ameen

Sunday, January 6, 2013

jihad tu guane

bismillahirrohmanirrohim.

dan mereka yang bersungguh sungguh di atas jalan Kami, akan Kami tunjukkan pada mereka jalan jalan Kami. dan sesungguhnya Allah amat bersama orang2 yang berbuat kebaikan. (al ankabut:69)

perkataan bersungguh sungguh yang dipekattebalkan di atas berbunyi "jaahadu" dalam bahasa arabnya. berasal dari root word nya "jihad".

cakap pasal jihad, aku rasa alhamdulillah sekarang masyarakat makin dapat menerima perkataan jihad sebagai something yang positip. tahun tahun tahun tahun sebelum ni mungkin jihad tu difahami sebagai something yang ekstrim, teroris gitu.

tapi alhamdulillah, dengan semakin mekarnya islam di tanah melayu ini, orang2 yang berkesedaran mula menyampaikan pada masyarakat betapa konteks jihad itu luas sebenarnya

ada jihad dalam melawan hawa napsu, jihad struggle belajar, jihad cari nafkah untuk keluarga, jihad menulis, jihad berDNT dan jihad jihad jihad yang lain

aku pun setakat sampai 2 hari yang lepas, aku paham jihad tu bersungguh sungguh. apa parameter bersungguh tu pun aku tak berapa nak sure, yang aku tau bersungguh2 la. all out gitu.

but still, aku tak clear pon kita nak buat macam mana sampai dikira dah all out tu. dan alhamdulillah, Allah mengajarkan aku through kak sofi bahwa berjihad tu ialah..

buat sampai tak larat.

akak tu pun question kitorang, pernah lagi tak setakat ni mentarbiyyah diri dan dakwah kepada orang lain sampai rasa tak larat? after one another benda dnt yang kita kena buat sampai tak larat, penat, pernah tak?

serius aku cakap memang aku tersentak. dalam hati aku jawab, " tak, tak pernah..."

aku rasa sedih sangat dengan diri sendiri, yang kononnya mengaku telah dilanggar tarbiyyah gitu. aku maluuuu sangat, sebab sejujurnya aku rasa aku pernah ALL OUT BELAJAR SAMPAI TAK LARAT. aku pernah...baca buku like dari pagi sampai ke petang sampai otak tepu pun rehat kejap je amik nafas then sambung. 

tapi dalam bab dnt ni, aku belum pernah lagi nak bersungguh sungguh sebegitu. yalah, bibir mudah je nak cakap apa tujuan hidup, tapi gaya hidup menunjukkan sebaliknya. seolah2 aku kita ni memang diciptakan untuk study sahajor

aku mengaku, aku takdelah bagus sangat academically. kadang2 tu malas2 gak. eh selalu sebenarnya. eh ni lagi tak guna, study pon tak all out, dakwah pon tak all out, apa yang aku all out :(

huhu. aku tak menafikan kita memang kena tawazun dalam mengatur hidup kita. tapi kadang2 kita ni poyo je kata tawazun segala padahal ke arah akademik tu pehh berat sebelah.

kita memang kena sangat3 berdoa.. agar Allah menthabatkan kita atas jalan kebenaran.. sampai kita hembuskan nafas yang teraakhir.


Thursday, January 3, 2013

persimpangan gitu

salamullah 'alaikum.

2 hari lepas aku mendengar satu lecture ustaz nouman ali khan di youtube. subhanallah. it was just amazingggg. the lecture is just an eye-opener for me biiznillah. so u guys who are serious wanting to improve yourself towards achieving Allah's pleasure, are highly recommended to listen to this 30-min lecture.
the title is - the people of the cave. find it urself at utube.

well i have my own reason why i dont post the link here. its simply because i already privatised my blog so no one can read hik7 !

ok ehem2 back to topic.

i am so annoyyed with my broken english so lets change the mode to our bahasa ibunda.

jadi selepas mendengar lecture tu, aku tersedar yang sekarang ni aku punyai masalah agak besar. ya, agak besar untuk mereka yang mengaku ahli tarbiyyah. puii

masalah itu ialah : aku tak jelas dengan course yang aku tengah amek sekarang kat uia dan aku tak jelas apa aku nak jadi in terms of career and so on. blerghh

lepas tersedar tu baru laaa terkedek2 pergi google segala maklumat pasal biosains. dan yang paling menggerunkan, setelah google sikit2, aku tersedar lagi yang aku errr, macam tak minat je dengan biosains ni -_-

homaigawdddd what are u talking saffffffffff ????

iya dong, saya serious ini. setakat yang aku baca, dorang kata, biotech ni orang2 yang minat untuk stuck dalam satu permasalahan for weeeeeks sampailah settle satu2 eksperimen tu. that is soo not me. aku lembap sikit kalau bab2 nak merencam ni. ergh

tapi tu dorang kata la. aku tak kenal pon dorang, baca pendapat dorang je.

hurm... tapi takpe, aku dah mula merancang sesuatu. moga Allah permudahkan. yang penting, kat mana aku berada sekarang ni, buat je sehabis baik. kadang2 ada benda yang kita rasa bukan untuk kita tu lah dan2 je kita kena hadapi jugak kan.