Saturday, February 1, 2014

sudah wanitakah kita

bismillah.

alhamdulillah aku telah berpeluang untuk attend siri seminar wanita dan syariah anjuran wanita ikram. seminar tersebut setakat ini dah 3 kali dan aku attended ketiga2 kot. sungguh wanita juga aku ini. oh no im not a girl not yet a woman

SEMINAR 1
tak ingat tajuknya yang pasti ianya lebih kepada sharing tentang baitul muslim. masa ni naqibahku jadi pengarah program so apalagi kami semua pun jadi penyapport lah dengan jadi ajk pendaftaran, persiapan tempat dan sebagainya. oh ye lupa nak mention naqibahku itu dah status wanita(beranak 4) sooo sebab tu lah dia yang mengarah program sebegini rupa.

di seminar ini jugalah aku terserempak dengan sedare sebelah ayahku yang hadir bersama suaminya (newly wed couple) dan masa ini aku macam, mashaAllah! sampai juga 'dakwah' ikram kat mereka ye. teruja juga lah ada ahli extended family ku yang tahu menahu tentang program yang dianjurkan kami.

pastilah begitu banyak input keibubapaan serta keperkahwinan yang aku dapati dari seminar ini. namun, ye namunnya, hanya satu point yang paaaaling aku ingat, yang dikongsikan oleh dr harlina, which is ; para suami harus berbincang dengan isteri betul2 bila nak dapat anak dan berapa jangka masa dari satu anak ke anak yang seterusnya. jangan main mengandung je lepas tu bila cek UPT (urine pregnancy test eh?kawan aku yang dah kahwin pernah sebut2 aku anggukkan aje) ok sambung bila cek UPT, para ibu mencebik. macam, ala mengandung ke. baru nak rest! so kesianlah zuriat itu sebab seolahnya dia macam, sobs, unwanted child. astaghfirullah... so aku pun macam, ok noted.


SEMINAR 2
haa yang ni macam semangat2 sikit. sebab pasal kebebasan dan hak wanita dalam islam. biasalah kan bila pasal hak2 kita siapa tak semangat. bila pasal apakah hak orang lain telah kita tunaikan diam seribu bahasa. seperti biasalah begitu banyak input aku dapat tapi yang paaaling aku ingat bila dr maza menyaran dengan penuh perasaan ; NGO2 islam perlu terkehadapan dalam memperjuangkan hak2 wanita yang sepatutnya. kita melihat begitu banyak individu2 (unpractising muslim secara zahirnya) dan gerakan yang liberal (seperti SIS) yang memperjuangkan hak wanita ni. ok time tu jujurnya hidung aku agak kembang kempis bila mengenangkan penindasan terhadap wanita especially kat negara2 macam afghanistan, tapi aku macam, where do i start? apa yang aku boleh buat untuk tolong? aku nak sangat tolong wanita2 itu! ni bukan soalan jibril eh, memang aku betullll tertanya2.

tak lama lepas tu kecoh pula tentang seorang wanita bertudung nak mintak kerja kat gedung2 ternama seperti gucci, miss selfridge, foto zzoom(omg kedai gambar ni tak ternama pun tapi kemain eh cekadaknya) tak terima pekerja bertudung. like, seriously? ni malaysia kot? walaupun tak berapa nak islam tapi setidaknya dah termaktub agama rasmi agama islam kot. dah kenapa la dengan korang ni kan. ha kan dah emo. dan masa tu aku macam, grrr, apa yang aku boleh buat or tolong, agar sedare2 seaqidahku yang bertudung yang nak bekerja di kedai2 macam tu. aku ada gak tanya pada ikram siswi nasional untuk raise up this issue tapi erk dorang kata, akan dipertimbangkan. jujurnya aku kecewa tapi husnuzzon, isn baru sangat, setahun jagung baru umurnya banyak benda dalaman nak kena cater dulu before dapat kehadapan dalam isu2 begini.


SEMINAR 3
baru berlangsung siang tadi. ni banyak pasal parenting skills. aku banyak terangguk2 mengiakan kebanyakan point yang disebut penceramah. dan paling cannot go, aku berbisik pada diriku "my parents should be here listening this" tapi takpe, ok je. aku faham kesilapan2 parenting ke atas aku adalah normal. memana keluarga pun alami kot. its ok. sebab kadang2 ibubapa kita tersilap pun, sebab dia tak tahu, tak pernah terdedah dengan segala parenting talk bagai. its ok. moga Allah menyayangi parents ku sebagaimana mereka amat menyayangi dan menjagaku sedari aku kecil.

waAllahua'alam.

p/s: esok kawan smkakl yang ketiga dalam batch akan menikah. puan-to-be atikah azman. barakallahu lakuma ;D

1 comment:

Anonymous said...

asek tajuk sama je bila bukka blog ni