Di kafeteria mahallah ku, ada satu pakej pembelian makanan yang digemari oleh majoriti pelajar.
Anda akan dapat minuman percuma dengan pembelian makanan di kafe tersebut. Sebagai contoh, RM4 untuk nasi+lauk+sayur dan minuman!
Pada satu pagi yang hening, aku turun ke kafe untuk membeli sarapan. Kebiasaannya, atas faktor begitu ingin menyimpan wang untuk tujuan jaulah aku pun memotong kos perbelanjaan makanan instead of benda lain dengan cara sarapan sahaja di bilik. Minum air 3in1, sedikit biskut atau roti, dah cukup.
Tapi, yalah, pagi pun hening jadi laparnya luar biasa. Aku ke kafe dengan niat untuk makan sarapan yang berat sedikit tapi akhirnya aku end up makan kuih muih hihiks.
Masa nak bayar, surprisingly makcik tak bagi cawan sepertimana kebiasaan (selalunya dapat cawan untuk air percuma itulah).
Aku lantas bertanya, "Makcik, tak dapat air ke? Heee". Yang mengenaliku pasti dapat bayangkan senyum kambing tak maluku itu.
Makcik jawab, " Oh kalau kuih2 ni bukan kedai makcik, ni orang tumpang. Kalau nak air free kena beli yang tu" sambil menunjuk ke arah mee goreng kuey tiau goreng dan sebagainya itu.
Aku pun kawtim " Mmm kalau saya tambah 50 sen dapat tak secawan teh o? Boleh lah makcikkk" Mode gedik aku dah mula.
Makcik tak cair. Dia mengakhiri drama tersebut dengan "Tak dapat lah dik, maaf ye".
Aku pun senyum, ucap takpe makcik, terima kasih banyak. Terus aku duduk di kerusi berdekatan.
Selang dua minit, makcik tadi datang bersama secawan teh o. Aku saaaaangat terkejut dan terharu. "Eh makcik, saya gurau je lah tadi. Takpe jee" Kali ini aku bukan berdrama. Aku bersungguh menolak sebab malu. Aku fikir, mengadanya aku ni mampu je nak beli air teh o tapi tadi siapa suruh menggedik kat makcik.
Dan jawapan makcik ternyata menyentuh hatiku yang paling dalam. "Takpe, saya sedekah. Saya pun ada anak jugak". Dia senyum dan dari matanya aku dapat rasakan betapa cintanya dia terhadap anaknya. Tears.
Ya Allah. Bukankah kasihMu pada hambaMu mengatasi kasih seorang ibu kepada anaknya?
Ya Allah, rezekikanlah makcik ini syurgaMu dengan asbab secawan teh o yang dia sedekahkan padaku..
Ya Allah, jadikan anak-anak makcik ini anak-anak yang soleh solehah, berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Sidang pembaca sekalian, ameenkan lah doaku ini. Allahumma ameen..
Hello world!
4 years ago
No comments:
Post a Comment