Tuesday, March 8, 2011

tips untuk rerakan gen19

bismillah walhamdulillah.

post kalini ditujukan khas buat rerakan yang sukar mendapat green light daripada kedua orang tua masingmasing untuk attend usrah liqo' daurah dan sebagainya. tips ini dicopy-pastekan khas daripada sebuah blog akhawat mesir :) http://anak-anak-nil.blogspot.com/

salam perjuangan untuk semua akhawat/ikhwah yang membaca blog kami. setelah setahun,
barulah kami melancarkan blog ini. tapi penulis-penulis di perlembahan nil kini teramat sibuk walaupun fatrah imtihan telah berakhir. Semuanya sedang sibuk melangsaikan tugasan-tugasan yang tertunda dek imtihan. Cuti medik bukanlah bermakna kita boleh bergoyang kaki dan bergelak ketawa, sebenarnya ia adalah masa yang paling cocok buat kita untuk fokus pada amal dakwah kita.


Kebanyakan daripada kami telah mempunyai blog sendiri, maka untuk maintain 2 helai blog agak menuntut komitmen yang tinggi. Apatah lagi ada yang mepunyai lebih dari 2 blog. namun kami di barisan penulis akan cuba sedaya upaya untuk menghidangkan anda dengan entri-entri yang lazat lagi menyegarkan.

oh ya, apa ye saya mahu berkongsi dengan antunna? prinsip saya mudah, jika kita tak mempunyai sesuatu, kita tidak boleh memberi. maka, pada hari ini saya tidak mahu membicarakan soal fikrah kepada para pembaca sebaliknya saya ingin kongsikan tips-tips penting buat akhawat sekalian(ikhwah jarang ada masalah ini rasanya) terutamanya yang pulang Malaysia.

malaysia merupakan medan sebenar kita. Jika ketika belajar di luar negara kita bebas menghadiri usrah, daurah, mukhayyam dan keluar setiap minggu tanpa halangan. tapi malaysia bukan semudah itu. di malaysia ada family gathering, ada kenduri KakSiti, mak ajak soping, paklong ajak balik kampung amek durian dsb. tidak salah untuk meluangkan masa untuk kelurga tetapi kita perlu tahu akan kepentingan kita untuk menghadiri daurah dan usrah.

musim panas sepatutnya menjadi zaman kita mengaut seberapa banyak bekalan perjuangan untuk meneruskan langkah dakwah kita di lokaliti masing-masing. kiranya kita seolah-olah refill peluru sebelum pergi berperang. kalau peluru tak sufficient, di tengah-tengah peperangan nanti, kita akan terkial-kial kerana kehabisan bekalan. begitulah analoginya.

jangan jadikan musim panas zaman gelap a.k.a zaman futur anda. di sini ingin saya kongsikan beberapa tips yang mampu saya fikirkan secara spontan dan juga ada beberapa point yang akhawat france dan jepun telah tolong sama-sama fikirkan=)

1-Bersihkan hati anda, luruskan niat anda dan beristighfarlah. Tanya betul-betul hati anda betulkah anda mahu pergi program/usrah dan kerana apa anda mahu pergi. Jika anda betul-betul bersungguh mahu mendapatkan suapan kefahaman fikrah, dan niat anda pergi benar-benar kerana Allah, segala masalah insya Allah boleh ditangani.


2-Ulang langkah 1.haha


Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di Bumi dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan. (al-Hujurat 49:18)


3-Kenal pasti mak ayah anda jenis yang bagaimana. Jika mak ayah anda fobia dengar perkataan usrah, maka jangan guna perkataan usrah. Beritahu mereka anda mahu pergi belajar agama atau berjumpa kawan.(betul kan dalam usrah kita belajar agama dan berjumpa kawan?)Yang penting, jangan menipu.


4-Bagi akhawat yang memang tidak boleh keluar, minta tolong pada akhawat lain untuk datang berziarah. Kenalkan akhawat pada mak ayah anda. Ketika azan berkumandang, buat solat berjemaah bersama, ke depankan akhawat yang sedap bacaannya, yang hafal berjuzuk-juzuk untuk menjadi imam terutamanya jika solat jahriyah. Ajak mak anda solat jemaah sekali. Up kan kebaikan-kebaikan setiap akhawat anda. Suruh akhawat lain up kan anda juga.Dan jika mak anda suka mereka, sebut nama akhawat yang telah mak anda kenal setiap kali mahu pergi daurah, atau minta akhawat itu jemput anda di pintu rumah.


5-Prior the priority. Jika anda tahu hari Sabtu ada daurah, jangan menggatal pergi ronggeng MidValley pada hari Jumaat dan pulang tengah malam. Sila berperangai baik sepanjang minggu. Huraian penuh di point seterusnya.


6-Berperangai baik sepanjang minggu. Sebagai anak dara yang tertarbiyah, sila jangan bangun meninggi hari. Buat kerja rumah seperti masak sarapan, sapu sampah, etc tanpa perlu disuruh. Biarlah nampak beza sedikit berbanding sebelum dapat tarbiyah. Jika mempunyai bibik dan kerja-kerja itu tak perlu dilakukan, cuba curi hati mak ayah dengan urut-urut kaki mereka selepas mereka penat pulang bekerja, bantu adik-adik membuat kerja rumah di waktu malam, kilatkan BMW ayah anda sehingga ke rim tayarnya atau belanjalah mak anda ke salun kegemarannya. Ilmu mengipas a.k.a bodek sangat diperlukan.



7-Kongsi ilmu-ilmu yang anda dapat dari daurah dengan mak ayah anda. Ceritakan dengan nada teruja betapa bestnya ilmu-ilmu yang anda dapat, betapa mantapnya akhawat yang anda baru berkenalan dan betapa anda mahu pergi lagi program sebegitu di lain masa.


8-Sila saiko. Instead of using ‘mak, boleh tak along pergi tet tet tet….’ kepada ‘MAK, ALONG KENE PERGI TET TET TET….’ Nampak macam kita berkeras, mempunyai pendirian dan betul-betul mahu pergi. Tapi, jangan sampai meninggi suara. Minta dengan suara manja dengan sedikit merengek. Sambil mata berkelip-kelip bajet comel.


maka sekali-sekali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. (Surah Al-Isra' 17;23)


9-Kalau boleh, kenal pasti kerisauan mak ayah anda. Kadang-kadang ada yang trauma dengan tabligh, ada yang trauma dengan gerakan anti-Islam dsbnya. Jika anda tahu apa yang mak ayah anda musykilkan, silalah beri penerangan yang sewajarnya. Sebenarnya, mak ayah kita ok je, Cuma kita je fikir lebih. Belum minta kebenaran lagi dah cakap macam-macam alasan dekat mas’ulah. Cuba dulu, berikan maklumat yang mereka perlukan. Siapa tak risau kalau anak nak keluar tapi tak beritahu details program, tak beritahu siapa kawan-kawan yang ada dsbnya? Mak ayah Cuma perlu diberi sedikit penerangan. Mereka ada hak ke atas kita.


10-Luangkan quality time bersama keluarga anda. Jika anda duduk di rumah dan asyik terperap dalam bilik sahaja, mak ayah panggil makan semeja pun tak mahu, lepas tu mahu minta keluar. No way! maka selagi anda ada di rumah dan tidak keluar berdaurah silalah melayan mak ayah anda sebaiknya. Duduklah berbual-bual dengan mereka setiap hari sehingga mereka tiada topic untuk dibualkan.


11-Kalau dah cuba macam-macam pendekatan tapi tak berjaya, nak buat macam mana. Minta lah akhawat yang berkesempatan pergi untuk share dengan anda apa yang mereka dapat semasa program. Tapi ingatlah yang macam saya sebutkan pada point pertama tadi.


Jika awal-awal lagi mak ayah anda telah beritahu bahawa sekian-sekian haribulan anda anda kenduri sanak-saudara atau family gathering, sila maklumkan pada mas’ulah anda supaya tarikh daurah boleh di adjust. Tak best la kalau daurah tapi tadek semua.


Jika anda berpegang kepada konsep ‘tengoklah nanti kak, kalau saya free, saya datang’ maka, segala tips yang saya kemukakan ini bakal tak berhasil, saya jamin iA. Kerana anda hanya akan datang program jika mak anda tak ajak shoping, jika kucing anda tak beranak dan jika hari tidak hujan.


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami) Kami akan tunjukkan

kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik(Q 29:69 )



ingat, dakwah bukan mengajar kita untuk membelakangkan ibu bapa..

SELAMAT BERMUJAHADAH!

4 comments:

Anonymous said...

masyaAllah
OMG!
I LOIKEEEEEE SO MUCH..
kalau suruh ummi baca blh x??

superserikandi said...

boleh insy. awak print then tampal depan bilik.

Zahra Ameerah said...

eheh, akak nk try la pasni.
thanx for the tips.

i like the part where i need to "kelip-kelip mata dan bajet-bajet comel" ^^

Anonymous said...

pentingnya belajar berhelah, bukan menipu!