Monday, March 21, 2011

stay dq VS keluar dq

bismillah walhamdulillah.

(tajuk post kurang kaitan dengan penulis, hanyalah gara gara kehangatan program mantop yang baru habis sabtu yang lalu)

wah, petang ini sungguh damai, dengan hujan yang sepoi sepoi bahasanya, aku tersangkut kat smartlab bersama ati yang baik hati kerna bersetuju untuk temankan aku jaga smartlab lepas pujuk berjuta juta kali ( 3 kali je) .

tak sangka yep, tidur bangun tidur bangun dah 3 bulan aku dok belajaq(pengaruh faza budak kedah) kat bumi barakah ni. dan tak sangka juga, masa yang dinantikan secara sabar telah pun tiba.

spm result.

hm. hanya mendoakan agar dikurniakan hati yang redha, and most importantly, moga hati kedua orang tua tercinta redha dan menerima seadanya bilangan A yang ditaqdirkan sob sob. sikit A pun alhamdulillah, banyak A pun alhamdulillah, sederhana A pun alhamdulillah (takde A nauzubillah) sob sob, mahu 'belajar' menjadi orang mu'min, yang ajaib urusannya. mendapat nikmat dia bersyukur, lalu itu baik baginya. mendapat musibah pula bersabar, lalu itu JUGA baik untuknya. fehh, easier said than done, syeikhah. memanglah, bukankah syukur itu lebih sukar daripada sabar. wargh, moga Allah menggolongkan kita dalam golongan yang sedikit.

habis cerita result yang mengerikan, cerita gembira pula ye.

ouh ye, kami para freshies telah pun mendapatkan jubah kuliah coklat! yeay! bagi kawan kawan yang musykil, mengapakah makhluk halus ini begitu excited dengan jubah coklat?
oh, selama ni budak budak baru pakai jubah biru gelap sama tudung putih. tapi uniform kuliah kat sini jubah coklat sama tudung kuning. ahah, begitu obvious bukan kalau kat dm tu, mana budak sem 1? itu mereka! yang pakai jubah biru tu tudung putih tu! ( ok abaikan cerita tak signifikan ni)

lagi satu, kakak kakak diploma sedang cuti sem dengan bahagianya di pangkuan keluarga, maka asrama petak ni hanya dipenuhi kanak kanak sijil(ok bukan semua kanak kanak). agak sunyi nampaknya asrama kita tapi best jugak sebab asrama ini kita yang conquer muahahah (gelak evil)

setakat itu sahaja berita terkini dari bumi dq, kiri kanan bukit (cewah). buat pengetahuan para ibu di luar sana, anak anak anda di sini sedang struggle menghabiskan muqarrar(silibus) hafazan. maka, doakanlah!

waAllahua'alam.

p/s: petang ni ada iftor dengan kakak kakak sem 3. jom.

1 comment:

budak bayek said...

nampaknya nama saya ada di situ yeeee..