Bismillah walhamdulillah.
the title says it all. hoh padahal orang tak paham pun amende tah page 16 tu. cis bajet ada orang baca blog ni pulok. haihs~
ok dah masuk perenggan kedua cerita page 16 tak mula mula lagi apa nak jadi. PAGE 16 stand for persatuan alumni generasi 16 kot. merangkap form 5 2007 la ni.
ok, post ni cam ala ala aku nak mengabadikan program yang dema (ceh, ni terikut kak diba la ni dema dema gitu) adakan untuk kitorg, form 2 and form 4. kira cam satu tanda appreciation la. tapi sebenarnya aku tahu dorang tak perlukan appreciation or periktirafan or whatsoever kan. sebab diorang buat ni untuk dipersembahkan kepada Allah. tapi saje nak post jugak. hoho
ok tiba tiba je.
berbalik kepada page 16. aku pun tatau apa nama spesifik program tu tapi nak dijadikan program, program ni start hari jumaat, penghulu hari gitu. lepas sekolah, lepas usrah puteri and lepas putera balik solat jumaat, kitorang berdaftar kat dewan. ceh konon kitorang padahal aku takde masa registration oh. bukan escape tau, ada pertandingan hadith. alhamdulillah, hafal sama2 dengan ayu, tasmi' pun dengan ayu, last2 menang dengan ayu oh. sweet kan. haha~
ok tiba tiba lagi. berbalik kepada cerita page 16.
dipendekkan cerita, petang tu ada riadhah. memandangkan salah satu ciri ciri muslim itu naafi'un lighoirihi - bermanfaat kepada orang lain, maka aku nak share la input output dan segala putput program tu. untuk riadhah ;
ldk 1 - apa tah nama die.
kitorang belit2 tangan sesame sendiri then kena uraikan jadi satu halaqoh besar which takde satu group pun yang berjaya tapi group aku paling berjaya la untuk ldk ni. haha~ tapi kena tolak markah gak last2 sebab ada orang tu pakai selipar kuning. redha je budak group lain. haha
ibrahnya, ukhwah tu penting, kena tolak ansur, dengar pendapat kawan and so on.
ldk 2 - bola iman.
yes, aku paleng chenta ldk ni. walaopon puasa tapi kitorang tak lemah pun ok well perang badar pon bulan ramadhan. kitorang buat halaqoh lagi, sambil bahu ke bahu kawan. then sejibik bola taruk kat tengah. kitorang kena protect bola tu jangan kasi fasi rampas.
and kitorang takleh bersuara selain ayat "pertahankan iman! pertahankan aqidah!" memang semangat plus galok giler ar kitorang protect bola iman tu sampai ada fasi nye cincin bengkok (sorry kak tika wani ;p) and tangan cedera sikit2. dengar cerita jam fasi ada yang tercemar sikit eh. haha.
ibrahnya, kita kena protect iman dan aqidah kita dari (sedikit kesalahan tatabahasa di situ ye) segala jenis anasir anasir walau camne gaya sekalipun. and yes, betapa umat islam sekarang diserang dari segenap sudut dan sudut yang paling kita kalah ----> PEMIKIRAN. cis.
ldk 3 - voyage amende tah tapi maksudnya, mari berlayar kot.
kitorang diberi beberapa helai paper, then dari starting point ke end point kena redah 'berlayar la konon' tapi tak leh jejak lantai, kena jalan atas paper. dan fasi lak akan rakus merampas paper yang terbiar.
aku paling terkesan dengan ldk ni sebenarnya. bila part kak rahmah terangkan ibrah dia.
ibrahnya, dalam pada kita berlayar, kita menuju ke arah mardhotillah, ke arah syurga Allah, ke arah kejayaan, ke arah kebenaran, kita kena tengok2kan jugak kawan kawan kita. kot2 ada yang 'kapal' (paper) diorang yang dah terkoyak, hampir karam ke. kita kena tolong. takkan nak masuk syurga sorang sorang. kata nak buat reunion kat jannah. (ameen). setakat makan kat nurysa bila bila boleh kan.
em, sangat betul oh. lagi lagi bila dah kuar sekolah nanti. janganlah tinggalkan kawan kawan kita yang dah makin hanyut, makin weng, makin jauh dari tarbiyah, dari islam tu sendiri. tolong diorang kot2 tengok dah semacam terhuyung hayang weng weng, dahnak karam tu, tarik dorang... iskk2..ya Allah, thabatkanlah aku dan sahabat2ku atas jalanMu hingga ke hari kiamat.
tiba tiba aku ngantuk. esok aku share lagi pengisian program hari tu okeh.
sebenarnya tiba tiba nak share benda cam bermakna sikit ni lepas terketuk lepas terbaca kat satu blog ni. sesungguhnya daripada kebaikan islam seseorang itu adalah meninggalkan apa2 yang tak bermanfaat baginya - riwayat at tirmizi. maka, sila silalah manfaatkan blog anda sikit pun takpe tapi aku tau blog ni tetap merapu tapi harapnya dapat jugalah manfaatnya walau sedikit. cis perasan ada readers again! takpe, aku tahu shark pasti akan baca. muahaha.
to be continued.
waAllahua'lam.
Hello world!
4 years ago
No comments:
Post a Comment