Saturday, September 19, 2009

nostalgia.

Bismillah.

tajuk post ni gelabah je tu. melihatkan ramadhan dah sampai ke penghujongnya, molek benar kiranya hamba mengabadikan nostalgia ramadhan 1430 H kat superserikandi ni kan. hoho.

aku buat blog hopping sikit, tengok orang pakat citer comparison between ramadhan at malaysia and mesir, jordan, france and so on. since aku ni belajar dalam nogori sajor, aku pakat story malaysia je la eh. kan sekarang orang sebok kata satu malaysia. hanya jauhari mengenal manikam. ok tiba tiba je.

antara puasa kat sekolah dan kat rumah, mana lagi best, masyuk, wangi, beriman ???

ha-ha. of course la kat sekolah.

sahur.
kat rumah, aku selera tinggi. haha~ sebab aku ni pesen sahur bukanlah macam nak makan lunch kan. tapi kat sekolah kasi menu lunch. ambik kau pepagi mamai tu makan nasi kawah, sotong sambal and so on. tapi aku bersyukur, alhamdulillah. ada gak benda nak makan. lagi satu best kat rumah, kau bangun suci suci sikit terus sahur. kalau kat asrama, kena tukar baju 390 darjah. unless sekolah buat lagi satu dm milik puteri.

aktiviti seharian.
apa skema sangat daa aktiviti seharian gitu. ok takpe. kalau kat sekolah la lagi best, obviously. kau terlupe tentang kelaparan sebab lepas sekolah terus solat pastu gi sekolah balik tiba tiba dah petang pastu buka. yeay. kalau kat rumah tercongok tatau nak buat apa buat taik mata banyak ish2 serious buang masa. nak belajar pun takde feel tah pape tah. kalau kat sekolah, lapar2 pun tengok kiri kanan at least ada gak orang belajar. so the spirit is there la.

lagi satu,. kat sekolah ni rasa la keindahan amal jamaie yang selalu indah diperkatakan tu. serious. satu benda yang paling aku chenta pasal smakl ni, bila masuk musolla. time lepas zuhur, and lepas maghrib terutamanya. masa tu ramai orang dok baca quran, satu view yang touching, yang aku tak pernah bosan tengok, yang everytime tu aku mesti akan terbisik, emm, i'm so gonna miss this moment. =) kalau tidur terbongkang pun jamaie jugak an. haha iskk~

kalau kat rumah, baca quran, pandang kanan nampak meja belajar. pandang kiri nampak Kktil. tskk tskk~ tarbiyah dzatiyah giler.

lagi satu, kat sekolah ni ada bi'ah dia. kalau nak dekat2 buka tu, dalam kesemakan orang kecek non stop kita tadah tangan doa pun tak rasa apa. tak rasa malu ke. sebab bukan kita sorang buat kan. tuh best ar. suasana ibadah tu ada la. kat rumah, tiba2 nak tadah tangan berdoa time maqbul2 nak dekat iftor tu semacam la. tapi sebenarnya, kau takyah malu kan nak buat kebaikan. tapi entahla. alternatif lain, dok diam2 kat bilik and berdoa time2 tu.

bazar.
tahun ni aku memang tak pernah jejak the so called bazar ramadhan. and aku rasa memang aku tak sempat nak jejak untuk tahun tahun sebelum ni gak. bagus save duit oh. tapi seperti biasa sekolah ku sentiasa menyediakan alternatif lain. perkenalkan....bazar court merah. haha.

aku bukan nak cakap apa la. tapi memang kalau form 4 tak menjual meniaga, tinggal abang bob dan air hijaunya, koopians sikit sikit and lajeko sikit sikit. tepuk sikit~ ok tiba tiba nak tepuk pesal kau.

kelas aku, 4 Othman, jual air je tiap tiap hari. alhamdulillah, setiap hari memang habis la berkat ramadhan kan. kelas 4 Umar dengan float nye. 4 Ali sama ngan kitorang, jual air. bersaing betul, huh. haha. tapi saing yang sihat gitu. 4 Hamzah dengan kek batik nya yang aku tak pernah2 menyempat nak beli. dengan segala jenis cocktail nata de coco amende tah. 4 AB ? korang dah kaya dah.. :p ni kira cam fastabiqul khairat kot. semua kejar2 nak kumpul duit buat gi jamuan kelas nak ikut sunnah nabi, berniaga. hihi. dan dan je.

tarawih.
aku suka solat tarawih kat masjid taqwa ttdi. sebab kekadang adik muhammad yang baca sedap tu jadi imam. walaupun baca panjang, tapi berkat belajar arab sikit sikit, suara dia yang sedap, dan setan diikat, tak penat insha Allah. tapi kalau imam kat sekolah aku aka budak putera, ada pesen laju gila cam bullet train shikansen, harap 'lagu' sedap tapi kalau diteliti tajwid tonggek lunggang. ada gak pesen baca pergh sedap, tajwid pun pass, tapi pendek tahap tak ingat. hihi. takpe2. at least sempat makmum nak toma'ninah kan.

tiba tiba aku lost lak, apa yang aku nak citer sebenarnya ni. haih~

ok takpe. kesimpulan hukum daripada post ni (ecehh cam psi lak)
sebenarnya cume nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI. MAAF SEGALANYA~
cis, intro sikit punya pendek laa.

dan selamat mengintrospeksi diri, sempena tamatnya ramadhan dan bermulanya syawal.

mari usha peringatan ini,

hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (59:18)

sungguh, peringatan buat diri pertama tama sekali.

waAllahua'lam.

No comments: