Wednesday, August 19, 2015

aqrabeen

harini aku nak cerita satu kisah sentap. penyentapnya adalah abang aku huk2.

nak dijadikan cerita, pada satu hari tu aku takmo ikut pergi satu open house. bukan aku je, mak ayah aku pun tersadai kepenatan kat rumah tak gi jugak. tinggalnya, sorang abang aku ni yang memang jenis 'family-man' je yang nak pergi. dipaksanya aku ikut.

aku pun, menggeliat geliat lah buat muka penat kata takmo pergi. abang aku pun berlalu pergi. ingatkan abang aku ok, aku dah memang 'yesss' dalam hati ler.

lagipun, ni bukan first time makcik yang ni buat openhouse. house dia memang selalu open pun. kiranya macam tak berapa wajib dan dah jumpa pon masa raya kan kan kann. begitulah aku justify kemalasanku waktu itu.

nak disambung lagi cerita, dia whatsapp pulak aku. pujuk2 soh ikut. hurmm tak habis lagi rupanya mamat ni, aku cakap dalam hati. aku jawab standard je lah .. tak larat lah .. gi lah sensorang.

then, dia jawab : ikram member tak boleh macam ni 
*merujuk kpd perangai aku time tu yang malas memenuhi jemputan*
*dah la abang aku bukan ikhwah*

zrapppppp rabak hatiku T_T 

****
aku kopipes satu post dalam fb ukhti habibti aisyah ;

Menyelami hati para syuyukh atau golongan veteran;
Mereka melihat sebahagian besar anak muda,
semakin hilang nilai akhlak dan adab.
Juga mereka melihat sebahagian institusi kekeluargaan,
semakin renggang hubungan silaturrahim.
Ibu bapa saudara menjadi seperti orang luar, tidak bertanya khabar apatah lagi menziarahi, yang dekat apatah lagi yang jauh.
Bahkan teknologi whatsapp, facebook dan sebagainya yang sepatutnya lebih memudahkan urusan bertanya khabar dibiar sepi.
Lebih mudah bertanya khabar kawan-kawan berbanding ibu ayah, nenek atuk, dan ibu bapa saudara.
-----
Entah. Tak tahu nak salahkan siapa.
Antara mereka golongan veteran terlalu sensitif atau kita golongan muda terlampau tidak sensitif.
Common sense.
huu banyak tanggungjawab kita.
bukan setakat study dan kerja, menyantuni orang-orang luar, tetapi menyantuni keluarga dan kaum kerabat juga perlu ditunaikan hak mereka.

No comments: